Anda di halaman 1dari 3

Cincinsuasacincinpusaka,

Disimpanrapidalampeti;
Cintainegarasayangibangsa,
kekalkanperpaduantanpasangsi.
Pantun empat kerat ini membuka tirai syarahan saya pada pagi ini.
Salam bahagia dan sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berbahagia Tuan Pengetua, barisan hakim yang arif danberdiri di atas paksi keadilan, guru-
guru dan tidak dilupakan hadirin sekalian yang saya muliakan.
“ SATU MALAYSIA PEMANGKIN PERPADUAN “, demikianlah bunyinya tajuk syarahan
yang akan saya sampaikan pada pagi yang mulia ini.

Hadirinsekalian,

“Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan satu impian, kita
akan jadikan Malaysia sebuah Negara lebih kuat, gagah perkasa dan Berjaya”.Begitulah
kata Datoserinajibtunrazakselakuperdanamenteri Malaysia keenamnegarakita yang
fahamakansecararealitinyamasyarakatberbilangketurunandan agama di
negarainiperlubersatubagimenjadikan Malaysia sebuahnegara yang kukuh.

Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan buminya tadan reality sebenar
rakyat pelbagai kaum di negaraini.1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan
satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar
dekat di hati kita sebagai satu bangsa.Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan
meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan kita dan
akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif telah diperkenalkan dalam konsep
satu Malaysia ini. Budaya kecemerlangan, ketabahan, rendahhati, penerimaan, kesetian,
meritokrasi, pendidikan dan integriti, kelapan-lapan nilai ini telah menjadi asas kepada satu
Negara satu bangsa.

Para hadirin,
Kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Contohnya sebagai
kawan,anda setia kepada kawan anda tak kisah dari segi keturunan dan keagamaan,
kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda
dengan seorang yang lain. Dengan adanya kepercayaan antara kawan, maka wujudlah
keharmonian di antara jiran memandangkan jiran kita kawan kita.Semangat kejiranan yang
kukuh penyumbang kepada keamanan masyarakat. Tambahan pula, KESETIAAN KEPADA
RAJA DAN NEGARA begitulah bunyinya prinsip kedua rukun Negara kita.Semua rakyat
dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di PertuanAgong merupakan ketua negara yang
menyimbolkan penyatuan rakyat.

Perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan. Apabila kita menyebut
toleransi,mungkin kita tidak berapa suka akannnya, tetapi tetap menerimanya kerana kita
tiada pilihan.Tetapi jika kita bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan
pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu secara positif. Penerimaan dari segi
kita bersedia untuk menerima sebarang perkara.Jika kita sanggup menerima sebarang
perkara,kita mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka dengan kepastian kita
akan dapat melihat kepada semua perkara secara lebih positif. Olehhal yang sedemikian,
dengan nilai penerimaan ini, kita sebagai rakyat Malaysia patut menerima konsep
satu Malaysia secara positif.

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana Negara


mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang
berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa.Sebuah empayar
yang terbina daripada kekuatan tentera tidakbertahan dan tidak mampu
bertahan. Pendidikan yang disepadukan dengan nilai, kita akan memiliki sebuah
masyarakat yang bukan sahaja dapat menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu
segala yang lain malah dapat menghayati erti perpaduan yang dikecapi selama ini.

Saudara-saudari,
'Satu Malaysia' bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry).Iaju gabukannya suatu
pernyataan slogan yang kosong. Kita mesti sama-sama menghayati kepentingan
'Satu Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannya dengan suasana sedia ada. Tidak ada
satu bangsa hebat di dunia ini yang mampu mencapai klimaks kehebatan dengan
bangsanya yang berpecah-belah dan tidak ampuh.Ini fakta sejarah yang tidak mungkin
mampu dinafikan.Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apasekalipun, ia bermula dengan
'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi bersama.

Justeru,generasi muda Malaysia khususnya perlu membina 'fikrah Satu Malaysia' yang
sejujur-jujurnya.Kita perlu banyak meninggalkan syak wasangka.Kita perlu meruntuhkan
kefahaman prejudis yang merosakkan. Kita perlu bersangka baik antara satu sama lain. Kita
perlu mempunyai yakin diri bahawa tempat dan langit terbaik yang kita miliki ada di bumi
bertuah Malaysia ini.
Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang
berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat.Ciri-ciri demografi seperti negeri,
daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa
Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan Negara secara bersama.

Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di Negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan
menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat
mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan
memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang
mempunyai kestabilan dan keselamatan yang terjaminakan member perkembangan
ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmat ilimpahan daripada kerancakan
ekonomi negara.

Para hadirin yang sayahormati,

Sebagai rumusan, setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum, agama,budaya dan adat resam memerlukan satu misi bagi memajukan Negara
secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri
adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana untuk menyatakan impian satu
bangsa satu Negara.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai