Anda di halaman 1dari 5

1.

0 MEMPROMOSIKAN SYARIKAT

Syarikat yang telahpun dibangunkan oleh saya ialah salah sebuah bisnes kecil yang menjual jam
tangan. Jam tangan yang dijual adalah berjenama Casio Gshock. Syarikat ini pada mulanya
hanyalah sebuah bisnes yang dilakukan sebagai pendapatan tambahan. Syarikat ini hanyalah
dijalankan hanya pada hujung minggu di atas faktor kesibukan oleh tuan syarikat tersebut.

Oleh hal yang demikian, saya telahpun membina sebuah laman facebook page di
www.facebook/com bagi tujuan mempromosikan syarikat beliau. Facebook page yang dibina ini
dinamakan GshockOriCikgu. Segala templat dan susunan di dalamnya adalah lebih mudah
direka dengan bantuan pihak facebook tersendiri. Berikut murapakan laman utama facebook
page tersebut.

Rajah 1: Laman utama facebook page syarikat


2.0 MEMPROMOSIKAN JENAMA

Bagi mempromosikan jenama, pelbagai inisiatif perlulah dilakukan. Hal ini adalah amat penting
bagi memperkenalkan jenama syarikat yang baru dibina kepada orang ramai. Bagi
mempromosikan jenama syarikat GshockOriCikgu ini, saya telahpun mengambil inisiatif untuk
membina sebuah logo yang menarik. Logo tersebut adalah seperti pada rajah 2 yang berikut.

Rajah 2: Rajah menunjukkan logo syarikat.

Logo syarikat yang menarik jelas sekali memainkan peranan penting dalam mempromosikan
syarikat. Logo syarikat ini dibina dengan meletakkan sebuah logo sebenar Gshock. Hal ini adalah
bertujuan bagi memudahkan penggemar untuk mengetahui isi yang berada dalam syarikat
tersebut. Selain itu, logo syarikat yang dibina adalah bewarna hitam dan merah. Ini adalah
bertujuan bagi menarik minat pembeli untuk membuka lama facebook page syarikat yang dibina.
3.0 MEMPERKENALKAN BARANG DAN PERKHIDMATAN

Di dalam facebook page yang dibina, saya telahpun memperkenalkan barang produk yang ingin
dijual di dalamnya. Elemen ini adalah sangat penting bagi memudahkan pelawat atau pembeli
untuk mengetahui barang atau perkhidmatan apa yang ditawarkan.

Bagi memperkenalkan produk pada facebook page syarikat GshockOriCikgu ini, saya telahpun
memuatnaik beberapa helai gambar produk. Setiap produk yang dimasukkan adalah beserta
deskripsi yang bersesuaian. Oleh itu, ianya akan menjadikan pembeli lebih mudah
mengendalikan serta mengakses maklumat berkenaan produk di laman facebook page syarikat
GshockOriCikgu ini. Rajah - rajah yang berikut merupakan proses memperkenalkan barang pada
laman facebook page syarikat.

Rajah 3: Senarai gambar produk yang dijual.


Rajah 4: Rajah 4 menunjukkan produk beserta deskripsi bagi tujuan memudahkan pengguna
mendapatkan maklumat.
4.0 MEMPROMOSIKAN BARANG DAN PERKHIDMATAN

Proses yang terakhir adalah mempromosikan barang dan perkhidmatan. Bagi mempromosikan
produk yang dijual oleh syarikat ini, saya telahpun melakukan posting pada laman facebook page
syarikat ini. Posting ini disertakan bersama gambar – gambar yang menarik. Hal ini adalah
bertujuan bagi menarik lebih minat pelawat atau pembeli untuk singgah pada posting ini.

Selain itu, saya turut mempromosikan produk syarikat dengan menggunakan ayat – ayat yang
mampu menarik pelanggan. Ini juga adalah penting bagi memastikan pembeli berasa tertarik
untuk ke laman facebook page syarikat. Rajah berikut menunjukkan posting promosi produk yang
disertakan bersama gambar dan ayat yang menarik perhatian ramai.

Rajah 5: Rajah 5 menunjukkan promosi produk yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai