Anda di halaman 1dari 18

DUTY TASK 02: PENGGUNAAN PERALATAN / MESIN

1.0 Pengenalan

Alatan tangan digunakan dalam proses pembuatan dan penghasilan sesuatu projek. Ianya mestilah
sesuai dengan bahan dan tujuan alatan digunakan. Antara kriteria pemilihan alatan tangan adalah
kesesuaian alatan tangan dengan bahan, kemahiran mengendalikan alatan, kemudahan
mendapatkan alatan, faktor keselamatan semasa menggunakan alatan.

2.0 Objektif

1. Mengenalpasti Cara-Cara Penggunaan Peralatan / Mesin Yang Terdapat Di Bengkel


2. Mengenalpasti Jenis-Jenis Peralatan / Mesin Kerja-Kerja Perkayuan
3. Mengenalpasti Fungsi-Fungsi Peralatan / Mesin

3.0 Peralatan Tangan

I. Pita Pengukur
Digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli.
Berukuran antara 3 hingga 6 meter.

1
II. Pembaris Keluli
Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak, membuat garisan lurus serta
memindahkan ukuran. Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan biasanya
berukuran 300 mm (12") panjang.

III. Sesiku L
Terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan oleh panjang bilahnya. Bilah dan
tonggak dibina bersudut 90°. Ia berfungsi untuk: membuat garisan bersudut tepat
(90°) menguji kepersegian menguji kerataan permukaan kayu .

2
IV. Tolok Penanda
Digunakan untuk membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu menanda
tebal atau lebar pada beberapa kepingan kayu Untuk mendapat garisan tanda yang
tepat, pastikan taji sentiasa tajam skru tangan diketat dengan betul muka tonggak
sentiasa bersentuh dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.

V. Tolok Serong
Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90°. Skru pelaras
digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bilah tolok serong. Untuk
mendapatkan sudut yang tepat, pastikan muka tonggak atau badan sentiasa
bersentuh rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.

3
VI. Gergaji Tangan
Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah. Ada dua jenis mengerat kayu
memotong melintangi urat kayu membelah kayu memotong selari dengan urat kayu
Saiz gergaji di tentukan oleh panjang bilah bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)
Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.

4
VII. Gergaji Puting
Digunakan untuk memotong kayu bersaiz kecil memotong tanggam kayu Jalur
logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji. Saiznya
ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm
dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

VIII. Gergaji Lengkung Halus


Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis. Saiznya
ditentukan oleh panjang bilah gergaji. Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.

5
IX. Tukul Kuku Kambing & Tukul Warrington
Digunakan untuk menukul dan mencabut paku. Saiznya ditentukan oleh berat
kepalanya. Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja ketukan ringan. Saiznya
ditentukan oleh berat kepalanya.

6
X. Pahat Tepi Serong
Digunakan untuk kerja menatal tanggam membersihkan bucu tanggam kerja
meraut Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong. Saiz yang biasa
digunakan adalah antara 4 mm hingga 25mm. Mata pahat dibuat daripada keluli
berkarbon tinggi. Mata pemotong hendaklah diasah pada sudut 25° - 30° supaya
sentiasa tajam.

XI. Kikir Parut


Digunakan untuk merata dan mengikir kayu dengna cepat membentuk lengkuk
pada tepi kayu Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir dan gred giginya.
Ada empat jenis: kikir rata, kikir separuh bulat, kikir bulat, kikir tiga segi .

7
XII. Gandin Kayu
Digunakan untuk kerja pemasangan projek menukul pahat Saiz gandin ditentukan
oleh saiz kepalanya. Terdapat dua jenis gandin kayu, iaitu gandin kepala segi empat
gandin kepala bulat Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu, getah, plastik
atau kulit.

8
XIII. Mesin Gerudi Mudah Alih
Mesin gerudi ini mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk menggerudi lubang
yang berdiameter kecil. Ia mempunyai tiga bahagian utama Suis menghidup dan
mematikan putaran motor Motor memutar bindu Bindu mencengkam dan memutar
mata gerudi Mesin gerudi mudah alih boleh menggerudi lubang secara menegak
atau mendatar.

XIV. Mesin Gerudi Lantai


Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam. Saiznya ditentukan oleh
diameter mata gerudi yang dipasang pada rahangnya. Benda yang hendak digerudi
mestilah diapit pada ragum gerudi sebelum digerudi.

9
4.0 Mesin Mudah Alih

MESIN GERUDI

Mesin gerudi ialah mesin yang digunakan untuk menggerudi lubang. Saiz mata gerudi akan
menentukan saiz lubang yang hendak dibuat. Selain itu, mesin ini juga digunakan untuk kerja-
kerja lain seperti menggerek, melulas dan membenam.

Jenis-jenis Mesin Gerudi

Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi dalam pelbagai bentuk dan saiz. Setiap jenis ini boleh
melakukan kerja menggerudi, sama ada kerja yang berat atau ringan.

1. Gerudi Mudah Alih

Digunakan untuk membuat kerja-kerja yang ringan. Mempunyai pelbagai fungsi, contohnya boleh
digunakan untuk menggerudi lubang pada dinding. Maksimum saiz mata gerudi yang boleh
digunakan ialah 13mm.

10
2. Gerudi Meja

Digunakan untuk kerja am. Dipasang pada meja kerja. Maksimum saiz gerudi yang boleh
digunakan ialah 13mm.

11
3. Gerudi Tiang

Digunakan untuk melakukan kerja yang berat. Dipasang pada lantai dengan menggunakan bolt
dan nat. Maksimum saiz gerudi yang boleh digunakan ialah 25mm dengan menggunakan arbor
gerudi (jika lebih daripada 13mm).

4. Gerudi Jejari

Digunakan untuk menggerudi lubang yang berdiameter besar pada benda kerja yang bersaiz besar.
Boleh menanggung gegaran dan getaran semasa kerja menggerudi dijalankan. Bahagian lengan
boleh dilaraskan pada sudut yang dikehendaki.

12
5. Stapler Gun

Digunakan untuk melekat kepingan moutingboard, papan lapis & MDF

6. Sander
Digunakan untuk kemasan meratakan & melicinkan permukaan kayu membuang bahagian karat
keluli

13
7. Mesin gergaji jig
Digunakan untuk memotong lengkung dan lurus pada papan lapis, MDF dan papan mengikut
ketebalan tertentu mata gergaji halus untuk bahan yang nipis & mata kasar untuk bahan yang
lebih tebal.

14
5.0 Mesin Pegun Asas
I. Mesin Gerudi Lantai
Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam

II. Radial Arm Saw


Digunakan untuk memotong kayu mengikut saiz dan bentuk yang diinginkan.

15
III. Portable Mitre Saw Stand
Digunakan untuk memotong kayu secara menyerong mengikut sudut yang dikehendaki.

III. Thickness Saw


Digunakan untuk mengetam kayu yang tebal bagi mendapatkan ukuran yang
tepat.

16
IV. Mesin Jointer
Digunakan untuk meratakan permukaan kayu terutama untuk sisi kayu

V. Table Saw
Digunakan untuk memotong papan atau papan lapis mengikut ukuran yang
dikehendaki.

17
6.0 Kesimpulan
Penggunaan peralatan dan mesin hendaklah digunakan secara teratur dan sebaik mungkin bagi
mengelakkan daripada berlakunya kerosakkan pada peralatan dan mesin. Sekiranya mesin dijaga
dengan baik,ianya dapat berfungsi dalam jangka masa yang lama. Manakala,penggunaan mesin
perlulah digunakan dengan betul mengikut bahan yang bersesuaian supaya keadaan mesin dapat
dipelihara.

18

Anda mungkin juga menyukai