Anda di halaman 1dari 4

FUNGSI-FUNGSI PERANCA PUTLOG TUNGGAL DAN PERANCA BEBAS ERGANDA

Peranca Putlog Tunggal digunakan bagi pembinaan bangunan lima tingkat ke atas terdiri daripada
satu baris tiang tegak yang dipasang secara memanjang bersama dengan ledger dan brace. Putlog
di bahagian hujung pada ledger dan satu lagi akan diletakkan pada dinding bangunan melalui
lubang yang telah disediakan. Seterusnya, pembinaan peranca ini adalah dengan menggunakan
kayu bakau bulat atau persegi kerana la amat sesuai digunakan untuk kerja menerap atau
memasang batu bata pada pembinaan dinding terutamanya untuk dinding luar. Manakala, peranca
Bebas berganda pula direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia). Keistimewaan
peranca jenis ini ialah ia tidak bergantung kepada bangunan untuk menyokong bebannya dan ini
menyebabkan ia amat sesuai dipraktikkan dalam pembinaan struktur kerangka yang bertingkat –
tingkat. Antara fungsi-fungsi peranca Putlog Tunggal dan peranca Bebas Berganda adalah:

1) Pelantar Tempat Kerja

Membantu pekerja dalam menjalankan tugas dengan mudah dan selamat Kerana banyak
kerja- kerja pembinaan dan pemasangan yang terletak jauh dari aras tanah atau lantai
bangunan sebagai contoh, melakukan kerja-kerja pada bahagian dinding, siling dan
bumbung bangunan.

2) Pelantar Untuk Menempatkan Bahan dan Loji

Bahan dan loji merupakan beban yang perlu diletakkan berhampiran dengan pekerja
supaya kerja-kerja pembinaan atau pemasangan dapat berjalan lancar.

3) Pelantar dan Tangga Laluan

Perbezaan fungsi ini daripada fungsi di atas adalah dari segi penumpuan beban. Tangga
laluan dibina hanya digunakan untuk menyokong pelantar yang digunakan sebagai laluan
pekerja atau laluan untuk mengangkut bahan-bahan dan loji sahaja sebagai contoh, tangga
laluan dapat menghubungkan dua bangunan berhampiran yang sedang dibina untuk
kemudahan pekerja mengangkut bahan serta perlatan.
Bahan-Bahan Peranca Putlog Tunggal dan Peranca Bebas Berganda

Bahan – bahan yang digunakan sebagai pembuatan kepada peranca adalah terdiri daripada kayu
bakau, paip besi, aloi aluminium, buluh dan sebagainya. Bahan – bahan peranca hendaklah
ditentukan tidak memiliki sebarang kerosakan atau kecacatan. Ini adalah untuk menjaminkan
keselamatan pekerja yang menggunakannya.

Kayu Bakau

Kayu bakau yang telah diawet adalah diantara bahan yang digunakan dalam bagi pembinaan
struktur peranca Putlog Tunggal. Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan struktur yang kecil
Dan tidak mempunyai bebanan yang tinggi.

Papan

Papan digunakan sebagai pelantar peranca yang tebalnya adalah 30 – 38 mm.


Paku

Ianya digunakan untuk mencantumkan tiang tegak ke atas tapak kayu, sambungan peranca dan
papan sebagai pelantar peranca.
Besi atau Aluminium

Digunakan sebagai Lejar, rembat untuk mencantum dan menegakkan tiang

Saharudin (2014). Kertas Penerangan Modul 305. https://www.slideshare.net/saharudinkvtaiping/kertas-


penerangan-modul-305

Amiri (2017). Peranca. http://amirin5206.blogspot.my/2017/09/peranca-pengenalan-kepada-


peranca.html

Anda mungkin juga menyukai