Anda di halaman 1dari 3

Mengumunkan ketibaan Yang Dipertua PIBG SMK Bercham En Megat Mohamad Khairuddin

bin Megat Sharuddin diiringi para jemputan masuk ke dewan

(1) ALUAN PENGERUSI


Bismillahirrahmanirrahim
· Yang berusaha Pn Hjh Jamaliah bt Ibrahim Pengetua Smk Bercham,
· En Hamid bin Mat, Penolong Kanan Pentadbiran,
· Rn Shamsuri bin Md Shaari, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
· Pn Hjh Norlaila bt Abd Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum,
· En Zaimi bin Sabar, Penolong Kanan Petang,

Guru-guru Kanan, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia, Salam Perak Excellent, Salam
SMK Bercham Excellent

Disisir diandam dengan cekap,


Potong rambut pelbagai cara,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Tiba masanya menyambut Hari Raya.

Kuih bahulu sudah tersedia


Ketupat rendang ada bersama
Tangan dihulur ampun dipinta
Agar ukhwah terjalin sentiasa

(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan
kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan SMK
Bercham yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat
sekolah bagi tahun 2016

(4) DOA-

Garam Ada kicap pun ada


Sayang lada terlupa bagi
Pantun ada ucapan pun ada
Sayang tiada berdoa lagi

Kalau pergi Tamjung keramat


Anak Manis Jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga Majlis mendapat berkat
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu
dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Ahmad Afan bin Abdul Aziz bagi
memimpin bacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz

....
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Pulut dihidang enak rasanya


lemang dan dodol pilihan kita
Bingkisan kata ucapan raya
Tuan pengetua bermula bicara

Majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, Pn Hajah
Jamaliah bte Ibrahim, Pengetua SMK Bercham. untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Pengetua atas ucapan itu tadi.

Duduk sekawan gadis jelita


Buat santapan untuk pahlawan
Tampillah tuan kami meminta
Madah ucapan kata aluan

Seterusnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berusaha, En Megat


Mohamad Khairudin bin Megat Sharuddin, YDP Pibg SMK Bercham. untuk menyampaikan
sepatah dua kata.

Terima Kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan itu tadi.

(6) JAMUAN

Kalau tuan pikat cemara


Buatlah bara bakar selasih
Sudilah tuan menjamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

Ketupat lemang dodol tersedia


Satay utara tidak dilupa
Hidangan tersedia di meja
Mari bersama menjamu selera
Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah
sedia dihidangkan.
Arahan Pelajar :
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai