Anda di halaman 1dari 2

MAKSUD 'SIMBOL'

Perisai
Ketahanan dalam menghadapi sebarang cabaran.
2 Roda Gandar
Teknologi diterapkan dalam pendidikan di sekolah ini. Melambangkan semangat kerja yang dinamis
dan produktif sebagai institusi pendidikan yang menghasilkan generasi mandiri, kreatif dan produktif
Buku
Melambangkan Budaya ilmu yang diamalkan oleh warga sekolah serta sebagai asas bahan
pengajaran dan pembelajaran
Glob
Melambangkan segala bentuk hasil usaha menitikberatkan kepada Kualiti yang bertaraf Glokal di
mana nilai-nilai berfikir secara global(antarabangsa) bertindak secara local(tempatan)
LAMBANG WARNA
Biru
Melambangkan ikatan perpaduan yang harmoni, aman damai dan sentosa biarpun berbilang bangsa
dan agama
Kuning
Melambangkan setiap warga SMK Bercham berpegang teguh kepada undang-udang dan peraturan
sekolah
Putih
Melambangkan setiap warga mengamalkan nilai-nilai murni serta ikhlas dan efisien serta amanah
dalam menunaikan janji dan kewajipan kewajipan
Cogan kata
Berilmu Bergerak Maju

Anda mungkin juga menyukai