Anda di halaman 1dari 5

KOKURIKULUM MEMBENTUK WATAK CEMERLANG

Bismillahirrahmannirrahim
Andai patah sayap kenari,
Terbang jua saya ke mari,
Kalau bukan kerana pidato ini,
Takkan saya berada di sini.

Datang Bahtera dari Medan,


Singgah sebentar di laluan Kerai,
Sayang 2020 saya sampaikan,
Kepada warga dewan pembuka tirai

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh…………..

Yang mulia Tuan peneraju majlis, barisan para hakim yang sentiasa
berada di paksi kebenaran,
penjaga masa yang begitu peka dengan edaran jam, jemputan dif-dif
yang mulia, para guru penyuluh cahaya serta hadirin hadirat yang sedia
mencengar pidato saya.

Pada hari yang berbahgia ini ,berdirinya insan kerdil ini  di hadapan
khalayak adalah bagi menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “
Kokurikulum Membentuk watak cemerlang “ .

Menurut kamus dewan edisi ke-empat kegiatan kokurikulum


didefinisikan sebagai kegiatan  atau  aktiviti selain  mata pelajaran yang
diajar dalam bilik darjah tetapi dianggap sebagai sebahagian kursus 
pendidikan pelajar  di sekolah-sekolah.  
Membentuk pula diertikan sebagai menjadikan atau membuat sesuatu 
manakala watak pula ialah sifat zahir dan batin merangkumi budi pekerti
,tabiat, tingkah laku,jiwa serta pemikirannya. Cemerlang pula
didefinasikan  bersinar,gilang gemilang , berkilauan.

Secara tuntasnya Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak


cemerlang. Insan  berkualiti akan mendukung aspirasi negara dalam
semua bidang dan seterusnya mampu melahirkan modal insan yang
gemilang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
yang bakal merenangi arus globalisasi yang kian mencabar hari demi
hari.

Hadirin Sekalian
Nirmala kata saya yang pertama  “Insan  berkualiti  kelahiran 
kokurikulum “  Kegiatan kokurikulum banyak manafaatnya kepada
pelajar. Kerana ia melahirkan warga yang berkualiti ,membimbing
pelajar-pelajar supaya menjadi pemimpin-pemimpin pada masa hadapan.
Dengan menyertai kegiatan kokurikulum pelajar-pelajardi negara ini
terdidik dengan semangat daya saing yang sihat  dan para pelajar juga
akan sentiasa berwawasan tinggi .
Tidak hairanlah suatu hari nanti bidang Kokurikulum sekolah akan lebih
kehadapan dengan memperkenalkan E-Sukan. Sukan elektronik (e-
sukan) atau lebih dikenali sebagai E-Sport adalah sejenis sukan yang
menggunakan elektronik-elektronik yang terdapat di dalam kehidupan
seharian. Berkemungkinan besar para pelajar akan menjadi seorang yang
mahir dalam bidang ini dan mampu mencipta permainan video sendiri
sepertimana yang dilakukan oleh Muhammad Thaqif Syahiran Jamzuri
yang baru berumur 12 tahun atau seperti saudara Faris Zakaria iaitu
seorang Pemain Permainan Video malaysia yang telah sampai ke
peringkat antarabangsa dan baru-baru ini digemparkan dengan berita
tularnya membeli sebuah kereta ford mustang. Oleh itu, tidak salah kita
memberikan galakan kepada pelajar dalam bidang yang diminati melalui
kokurikulum selagi mana ia di pantau dan diberikan sokongan dari
pelbagai pihak

Sidang hadirin yang dirahmati,


Nirmala kata saya yang kedua “.Kokurikulum penjana daya kreativiti”
Bak kata pepatah melayu”kalau tidak dipecahkan ruyung manakah dapat
sagunya” 
begitu juga dengan pelajar-pelajar di Malaysia ini jika tidak dicungkil
bakat mereka
ini mana mungkin mereka tahu bakat mereka ,kreativiti mereka ke arah
mana.
Ramai pelajar dicungkil oleh guru-guru di sekolah  untuk dibimbing dan
dibentuk
agar kreativiti mereka mendapat bimbingan yang sempurna.
Seperti contoh pelajar sekolah menengah di Sarawak berjaya merangkul
gelaran juara dunia dalam Pertandingan MakeX International Robot
Competition. Pelajar sekolah menengah dari SMK Jalan Arang, Kuching
berjaya menewaskan 3,500 pasukan dari 30 buah Negara dengan gelaran
juara keseluruhan pada 2019 tahun lepas. Pelajar-pelajar ini adalah aset
Negara yang amat penting bagi membantu Malaysia agar tidak
ketinggalan di dalam apa jua bidang di dunia ini.

Sidang muslimin muslimat  kesayangan Allah ,


Bicara kata saya yang  ke tiga dan terakhir “ Kokurikulum  memupuk
nilai  murni dalam jatidiri pelajar”. Melalui kegiatan kokurikulum juga
dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling
berkerja sama , melahirkan rasa kasih saying dalam berbilang kaum
seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang ke-Tujuh. Malah kegiatan kokurikulum juga memupuk
keberanian serta belajar berdikari  melalui aktiviti-aktiviti yang
diadakan. Dapat kita lihat buktinya dengan kemenagan sembilan anak
muda yang berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai
penerima pingat emas bagi Pertandingan Olimpiad Matematik
Antarabangsa Dunia (WIMO) yang berlangsung di Tokyo, Jepun pad 27
sehingga 30 Disember 2019 tahun lalu.

Ini membuktikan pelajar Malaysia mampu ke hadapan asalkan bakat


merka digilap dalam bidang akademik dan juga khususnya dalam
kokurikulum.
“Belakang parang diasah lagikan tajam” inikan pula pelajar yang
terbentang luas 1001 kelebihannya.

Tampaknya masa begitu pantas berlalu  .Sebelum saya noktahkan bicara


ini ingin
saya tegaskan kegiatan kokurikulum memberi sumbangan yang
begitu bermakna  dalam membentuk serta mencanai watak insan
cemerlang .
Justeru itu kita janganlah memandang enteng  tentang kegiatan
kokurikulum
dijalankan di sekolah  sekolah di Malaysia ini

Saya tinggalkan sebaris kata yang diinspirasikan daripada kata-kata


 Dato Dr Nordin Kardin mantan Naib Canselor Universiti Utara
Malaysia
“ insan yang berdaya saing, mampu memanipulasikan dirinya ke arah
kemajuan
seiring perkembangan zaman” renungkanlah  fikirkanlah cernakanlah…
Sekian terima kasih
Wabillahitaufik wal hidayah wassalammualaikum warahmatullhi
wabaratuh
Wq\w`11 b

Anda mungkin juga menyukai