Anda di halaman 1dari 3

Proses pembagunan aturcara

- Analisis masalah

- Rekabentuk algoritma

- Pengkodan Aturcara

- Pengujian Aturcara

- Pendokumentasian

Analisis Masalah

- Pengaturcara akan berbincang dengan para penganalisa sistem dan pengguna


tentang keperluan yang perlu ada dalam aturcara.

- Mereka akan menentukan keperluan aturcara input, output, dan proses yang
dikehendaki (Input/Proses/Output atau IPO)

Rekabentuk Algoritma

Memerlukan tiga proses utama iaitu :

- Pengaturcara akan mengumpulkan aktiviti aturcara dalam modul.

- Aktiviti-aktiviti yang telah dikumpulkan akan digunakan bagi membina


algoritma penyelesaian bagi setiap modul.

- Pengaturcara akan menguji keseluruhan algoritma penyelesaian dalam


aturcara
Terdapat 2 kaedah perwakilan algoritma :

- Kod persudo
- Perwakilan carta alir

Perwakilan Kod Pseudo

- Kod pseudo (Pseudo code) bermaksud kod mudah yang lebih mirip kepada kod
aturcara yang akan ditulis semasa fasa implementasi.

- kod pseudo menggunakan frasa perkataan dan boleh ditulis dalam mana-mana
bahasa asasi seperti bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

contoh :

Kod Pseudo :

-Mula (Daftar masuk)


-Baca Nama dan Katalaluan

-Jika betul paparkan maklumat lain

-Jika salah kembali kepada form login

-Tamat

Perwakilan Carta Alir

- Perwakilan algoritma dalam bentuk grafik dengan menggunakan simbol-simbol


khas dan disambung dengan aliran aktiviti.

- Simbol-simbol yang digunakan untuk mewakili perjalanan proses

Simbol-simbol yang biasa digunakan

Pengkodan Aturcara

- Pengaturcara akan menterjemahkan rajah algoritma ke dalam bahasa


pengaturcaraan.

- Aturcara tersebut akan dimasukkan ke dalam komputer.


- Ulasan bagi aturcara juga turut disertakan bagi memudahkan pemahaman
pengaturcara.

Pengujian Aturcara

- Aturcara akan diuji bagi memastikan ia tidak mempunyai ralat.

- Ralat aturcara dapat dikesan apabila aturcara tidak mengikut tatabahasa atau
sintaks yang telah ditetapkan.

Tiga jenis ralat dalam aturcara iaitu :

Ralat sintaks ( Syntax error )

- sintaks ini terjadi apabila pengaturcara tidak mematuhi peraturan atau


tatabahasa bahasa yang dipilih.

Ralat Logik ( Logic error )

- Ralat logik selalunya tidak disedari oleh pengaturcara kerana tiada mesej ralat
diberikan dan output yang diberikan adalah salah oleh aturcara.

Ralat Nyahpijat ( Debugging error )

- Ralat nyahpijat akan berlaku apabila input data tidak mematuhi jenis atau
struktur data yang ditetapkan.

Pendokumentasian

- Pendokumentasian akan meliputi maklumat atau dokumen tentang


penyelesaian masalah dan aturcara.

- Pengaturcara lain akan menggunakan dokumentasi ini sebagai rujukan dalam


menyelenggarakan perisian yang dibangunkan.

Antara proses dalam pendokumentasian :

- Menyemak semula pengkodan aturcara

- Menyemak semula semua dokumen

- Membaiki ralat

- Membuat penambahan seperti membaiki ralat dan mengubahsuai aturcara


Untuk menghasilkan suatu aplikasi atau aturcara yang mantap dan mudah
diselengara langkah di atas perlu dititik beratkan.

Anda mungkin juga menyukai