Anda di halaman 1dari 3

KHASIAT POKOK LETUP-LETUP

Nama Umum : Pokok letup-letup atau juga dikenali sebagai pokok ulat bulu
Nama Saintifik : Passiflora foetida
Asal : Amerika selatan dan Barat India ( merupakan tumbuhan yang terkenal
dikalangan penduduk kampung kerana pucuk daunnya boleh dijadikan
ulam dan buahnya boleh dimakan )
Lokasi Tumbuh : Tumbuhan menjalar yang sering dijumpai di kawasan semak samun atau
dibatas-batas sungai.

KHASIAT POKOK LETUP-LETUP

1. UNTUK RAWATAN MENGHIDAPI SALURAN JANTUNG TERSUMBAT

a) Ubat jantung, ambilkan empat 40 helai blander dijadikan jus. Diminum tanpa campur apa-
apa. Salah satu petua dan ubat untuk jantung kita

b) Amalkan meminum air daun pokok ulat bulu dengan cara 'blender' daun yang muda dan
dicampur dengan susu tepung.

c) Daunnya boleh dibuat ubat sakit jantung dengan memakannya sebagai ulaman dan biasanya
pagi-pagi dalam sehelai dua setelah dibersihkan terlebih dahulu.
2. BOLEH DIJADIKAN UBAT PENYAKIT ASMA.
Ambil daun dan batangnya, rebus minum air dia atau ambilkan daunnya dicampur dengan
kapur sirih lalu dihancurkan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. basahkan
dengan air. Selepas itu gumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar air berwarna hijau
keputih-putihan serta berbuih. sapukan bahagian dada, perut dan belakang.

3. DAUN TUMBUHAN INI BOLEH MENGUBATI KURAP


Hancurkan daun dan letak dikurap

4. MENURUNKAN SUHU BADAN YANG PANAS


Gunakan buahnya dengan cara makan tarus atau buat jus jika deman terutamanya kanak-
kanak

5. TURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI


Amalkan air rebusan daun, buah dan akarnya berfungsi cuci darah.

6. MASALAH KENCING KOTOR KETIKA MENGANDUNG


Amalkan minum air rebusan pokok buah ulat bulu ni. Ambil dari akar sampai pucuknya.

7. MERAWAT KANSER
Pucuknya yang muda dicampur dengan 4 biji beras dan tunas kunyit digiling dengan
tempurung kelapa, sampai lumat kemudiannya ditampalkan pada bisul ataupun yang ada
kenser payu dara insya Allah cepat sembuh.

8. MERAWAT KEKUNINGAN PADA BAYI BARU LAHIR


Petua orang Cina, pokok ini dijemur sampai kering dan buat mandian untuk
bayi yang baru lahir.

9. MERAWAT ORANG YANG PENGSAN


Ambilkan akarnya dan akar samalu dan bakar kemudiannya abunya campurkan dengan
kapur sirih. Dan gaulkan menggunakan minyak kelapa. kemudiannya gosok pada kepala orang
yang pengsan akibat sawan. cepat dia sadar.

10. MERAWAT JERAWAT


Daunnya boleh guna untuk ubat jerawat.

11. BAGUS UNTUK NERVE ORANG YANG TERKENA STROKE


Minum dan makan sebagai ulam

12. UNTUK CERDAS DAN CERGAS


Masukkan dalam cawan/ gelas campur air + limau nipis + gula.

13. MERAWAT PASANG SURUT (HERNIA)

14. MENGUBATI KENCING MANIS


Batang dan akarnya direbus, minum sehari 3x, amalkan selalu.

15. SAKIT SENDI LUTUT (ATHRITIS)


Gumpalkan daun dengan kapur makan, tampalkan pada lutut
16. KENCING TIDAK LAWAS
Minum air rebusan daun ulat bulu

17. MENURUNKAN PARAS KOLESTROL


Dengan cara memakan daunnya 2 helai sekali makan dan tiga kali sehari

18. MERAWAT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS


Rebus daunnya dan minum air.

19. UNTUK TAMBAH DARAH


Untuk tambah darah bagi mereka yang kurang darah, buang daun dan buah . Masakkan
batangnya sahaja dan air tersebut diminum. selalu amalkan meminum air rebusan itu, Insha
Allah darah akan bertambah.

20. KES PESAKIT TALASEMIA


Minum air rebusan daun, darah dalam badan akan bertambah. Kulit dan muka tidak
kelihatan pucat.

21. PENAWAR UNTUK ORANG YANG TERMAKAN RACUN


Sepohon pokok ini termasuk akarnya buat rebusan boleh juga jadi penawar untuk orang
yang termakan racun dan orang yang keracunan makanan

AMARAN !

Selepas makan buah tidak boleh minum kopi. Pernah terjdi keracunan.

Anda mungkin juga menyukai