Anda di halaman 1dari 4

SEBAB2 ORANG BERAMAL PUN KENA GANGGUAN JINN SYAITAN

Penjelasan:
Shaikh Sayyid Aboo Tohir

‫ِسْــــــــــــــــــم‬
ِ َِ
‫نِ ﷲ ب‬ ‫َّح‬
‫ْم‬ ‫الرحيم الر‬
‫َلسَّالَم‬
ِ ‫ْا‬ ‫َي‬
ِ‫ْك‬
‫م‬ ‫َل‬
‫ِع‬‫َة‬
‫ْم‬‫َح‬
‫َر‬‫ﷲِ و‬
ِِ‫َاته‬
‫َك‬‫بر‬ََ
‫و‬

Kemusykilan :

Ada beberapa hamba Allah musykil, pening dan tak percaya yang mereka terkena gangguan syaitan
sedangkan mereka sentiasa membaca Qur'an, solat dan melakukan berbagai amal Islam yang lain.

Berikut adalah sebahagian yang menyatakan rasa tak percaya dan musykil dengan diri mereka sendiri.

(1) HAFIZ QUR'AN


~~~~~~~~~~~~
Saya hafiz Qur'an ya Shaikh. Saya juga mengajar kanak2 mengaji dan hafaz Qur'an. Macamana saya
boleh terkena gangguan syaitan?

(2) TOK IMAM


~~~~~~~~~~
Saya sudah jadi imam berpuluh tahun tuan. Macam mana tuan kata penyakit saya ni sebab jinn syaitan
?

(3) USTAZAH
~~~~~~~~~
Shaikh, saya ni mengaji Ugama sejak kecik. Mak pak saya pun orang alim. Pelik la tuan shaikh kata
saya ada saka.

(4) PENDA'WAH RAJIN SOLAT


~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ustaz, kalau orang yang rajin solat pun, jinn syaitan boleh masuk rumah dan kacau kita ke?

Di atas adalah beberapa contoh saudara2 kita yang terkena penyakit2 ganjil yang tak ada
perubatan doktor biasa dapat merawatnya.

Mereka telah berjumpa bermacam2 pakar, namun tak dapat kesan penyakit mereka.

Apabila di beritahu mereka terkena gangguan jinn syaitan, mereka tak dapat terima kerana mereka
mengaji Qur'an, setengah Hafiz Qur'an, alim dalam kitab2, rajin ibadah. Mereka tak dapat menerima
kenyataan tersebut kerana menurut sangkaan mereka orang2 rajin ibadah dan mengaji apalagi hafiz
Qur'an, tak mungkin di masuki Iblis syaitan semua.

JAWAPAN:
■■■■■■■■

Untuk mengetahui mengapa setengah orang alim (fiqh), hafiz Qur'an, abid dan zuhhad dll. terkena
juga gangguan bisikan syaitan, bahkan lebih dari itu di datangi penyakit2 di sebabkan oleh jinn syaitan,
kita perlu meneliti tiga perkara penting:

:maple_leaf:Pertama : Mengetahui cara2 dan peringkat2 Iblis dan syaitan menyerang orang beriman.

:maple_leaf:Kedua : I'tibar kisah2 orang terdahulu yang di sesatkan oleh Iblis syaitan.

:maple_leaf:Mengetahui senjata paling berkesan melawan Iblis dan syaitan.

□□□□□□□□□□□□□□□□
*Penjelasan Pertama:*
□□□□□□□□□□□□□□□□
Matlamat Iblis dan tentera2 dia adalah menyesatkan manusia dari jalan Allah sehingga menjadi kafir.
Langkah2 Iblis dan syaitan menyesatkan manusia;

(1) Memasuki jantung hati dan bisikkan kekufuran ke dalam hati. Sehingga akhir nya orang itu
menjadi KAFIR

(2) Jika tak berjaya langkah kedua adalah : Bisikkan ke dalam hati supaya riya', takkabur, 'ujub dan
lain2 _syirik khafi_ agar IMAN ROSAK dan IBADAH TERHAPUS.

(3) Jika tak berjaya juga langkah ketiga adalah : Bisikkan ke dalam hati supaya malas dan bosan di
dalam mengerjakan amal ibadah sehingga IBADAH LUMPUH

(4) Jika kesemua di atas tidak berjaya langkah terakhir adalah : Memasuki urat2 darah, pernafasan,
otak, perut dan faraj (wanita) lalu mengganggu seluruh perjalanan sistem biologi sehingga
mendatangkan berbagai penyakit2 yang pelik dan kronik.

Cuba perhatikan baik2, yang keempat itu adalah lazim berlaku ke atas orang2 yang kuat ibadah solat
dan mengaji kerana lazimnya syaitan gagal menyesatkan orang2 yang kuat Iman nya. Tetapi dia
takkan putus asa menyesatkan nya dengan cara2 lain.

Cara terakhir Iblis/syaitan ini cuba menyesatkan orang beriman adalah dengan cara membawa berbagai
penyakit2 sehingga orang itu menjadi lemah beribadah, kehidupan terganggu dan habis masa
memikirkan merawat penyakit nya.

□□□□□□□□□□□□□□□
*Penjelasan Kedua:*
□□□□□□□□□□□□□□□

Telah terjadi banyak contoh2 dalam sejarah manusia sejak Nabi Adam bagaimana Iblis tak kenal siapa
pun untuk menyesatkan nya ; samada orang alim atau jahil, samada org kurang ibadah atau orang gelar
abid.

(Kecuali satu golongan yang tak dapat iblis tewaskan iaitu mereka yang tetap teguh zikrullah dan tetap
IKHLAS.)

Contoh 1:
Kisah Imam Ghazali adalah contoh terbaik yang patut di jadikan i'tibar. Imam Ghazali adalah HAFIZ
QUR'AN, MUHADDITH (Ulama Hadith), ALIM DI DALAM DISIPLIN2 ILMU YANG CUKUP
BANYAK sehingga di katakan tiada tandingan nya sesiapa pun pada m
Sharifah Abdullah
:red_circle:sy nk tanya, knp dlm certain2 keadaan, kita tetap diganggu wpun dh amalkn ayat
pendinding?
asa itu menandingi Ilmu beliau. Berdasarkan pengakuan beliau sendiri, beliau mendapati diri beliau
terganggu dengan riya', tidak ikhlas ( ini adalah hal beliau sebelum beliau menjadi Ahli Ma'rifat).

Kepincangan Iman dan Ibadah ini tidak terjadi melainkan wujud nya bisikan nafsu dan Ibilis.

contoh 2:
Banyak kisah2 di zaman Nabi2 terdahulu beberapa orang alim dan abid di sesatkan oleh Iblis sehingga
menjadi fasiq dan kafir.

Contoh 3:
Yang terdekat kepada kita Ummat Muhammad adalah :

(1) Banyak khalifah2 Kerajaan Islam dan panglima2 memerintah kerajaan Islam menjadi zalim, fasiq
dan jahat seperti syaitan. Antara nya Yazid bin Muawiyah dan Hajjaj yusuf As Saqafi yang membunuh
dan menzalimi orang2 Islam yang tidak berdosa.

(2) Golongan khawarij yang kebanykannya terdiri dari orang2 yang HAFIZ Qur'an, rajin beribadah
sehingga berbekas dahi mereka lantaran sujud yang lama. (orang abid yang kuat ibadah) Tetapi
mereka2 ini menerima La'nat.

(3) Golongan ( syiah rafidhi) yang mengangkat Sayyidina Ali sehingga ke taraf menjadi Tuhan atau
menjadikan beliau sebagai Nabi terakhir.

Perhatikan baik2... golongan yang disesatkan oleh Iblis seperti di atas adalah orang2 Islam, yang
beramal, setengah nya hebat menguasai Al Qur'an...!

Semua kesesatan tersebut tidak terjadi melainkan wujudnya peranan syaitan dan nafsu, menggoda dan
terus menggoda nya sehingga menjadi fasiq, zalim dan setengahnya jadi kafir. Wal Iyazubillah.

□□□□□□□□□□□□□□□
*Penjelasan ke 3*
□□□□□□□□□□□□□□□

Ketahui lah senjata paling ampuh dan benteng paling hebat yang tak dapat di tembusi oleh Iblis dan
konco2 nya adalah.:

HATI yang tetap ZIKRULLAH dengan penuh IKHLAS sepanjang waktu.

Seseorang yang tetap hati nya berzikir Allah Allah dengan penuh ikhlas, Syaitan tak dapat mendekati
nya. Jika dia cuba hampiri juga, nescaya akan terbakar hangus atau menjadi cacat.

Sebaik sahaja hati berhenti zikrullah atau ketika hilang nya ikhlas, maka di sana lah terbuka luas pintu
masuk bagi Iblis dan konco2 nya.

Di sini lah kunci memahami mengapa Iblis dan syaitan masih mampu menakluk hati orang beriman
walaupun mereka itu abid, alim (fiqh) atau hafiz sekalipun. Iblis tetap dapat menyelit masuk ke dalam
tubuh mereka untuk mendatangkan berbagai penyakit dan kerosakan, ketika mereka lalai dari
zikrullah..!

Tetapi persoalan penting sini .... Siapa yang benar2 Ikhlas itu? Apa itu ikhlas yang murni? Bagaimana
cara tetap hati Zikrullah?

jawapannya:
Rujuk lah bab IKHLAS yang telah kita bicarakan dahulu.
Di sana akan jelas makna sebenar IKHLAS murni yang di tuntut oleh Allah .. iaitu Ikhlas yang tak
dapat di tewaskan oleh Iblis dan konco2 nya.

Yang kedua untuk memperoleh Zikrullah yang tetap didalam hati, tiada jalan lain melainkan berguru
kepada Shaikh Mursyid, Ahli Ma'rifat Wakil Rasulullah ‫ﷺ‬. Mereka memiliki cara2 khusus yang di
terima turun temurun dari Rasulullah ‫ﷺ‬, bagi keampuhan hati, kekuatan Iman bagi melawan sekalian
bisikan dan gangguan Iblis dan konco2 nya

□□□□□□□□□□□
KESIMPULAN :
□□□□□□□□□□□

:rose:Pertama :
Iblis dan syaitan dan nafsu akan sentiasa berusaha menyesatkan manusia dari Jalan Allah dan
menjadikan nya fasiq, zalim dan kafir.

:rose:Kedua :
Jika Iblis dan syaitan tak berjaya rosakkan Iman seseorang, dia akan membawa berbagai kuman dan
kesakitan pada nya sehingga ibadah nya lumpuh.

:rose:Ketiga :
Hanya mereka2 yang benar2 IKHLAS dan kekal ZIKRULLAH terselamat dari tipudaya Iblis dan
syaitan.
:rose:Keempat :
Pada hakikat nya setiap sesuatu telah terdahulu ketentuan Allah Ta'ala pada nya. Tiada sesuatu perkara
berlaku melainkan semuanya di dalam ILMU, IRADAT dan KUDRAT Allah Ta'ala.

Jika sesuatu perkara itu di taqdirkan sampai pada kita melalui tangan2 yang baik dan soleh, maka inilah
petunjuk dan Ni'mat ALlah Ta'ala. Sebalik nya setiap sesuatu yang terjadi dari tangan2 Iblis, Syaitan
dan nafsu, maka semua ini adalah kemudaratan dan kerosakan pada Iman. Kita semua perlu waspada
dan mohon perlindungan Allah dari keadaan tersebut.

:rose:Kelima :
Mohonlah petunjuk Allah agar di tunjuki jalan Zikrullah dan IKHLAS yang murni agar kita semua
terselamat da
Sharifah Abdullah
:red_circle:sy nk tanya, knp dlm certain2 keadaan, kita tetap diganggu wpun dh amalkn ayat
pendinding?
ri semua jenis tipudaya dan gangguan Syaitan dan nafsu.

Wallahu A'lam

_Huraian di atas adalah sebagian dari tajuk "Syaitan Musuh Kamu Yang Nyata Maka Jadikanlah ia
musuh kamu"

Anda mungkin juga menyukai