Anda di halaman 1dari 6

Get-Get Asas Logik

GET ASAS LOGIK

Terdapat dua siri simbol get logik . Sistem binary menjadi sistem nombor pilihan dalam litar
elektronik dan sistem perkomputeran. Ini adalah kerana hanya dua simbol atau digit
digunakan, iaitu”1” dan “0” . Dua bit ini dapat mewakili dua paras voltan yang terhasil dalam
litar elektronik. Paras 5V diwakili oleh bit “1” manakala paras 0V diwakili oleh bit “0”. Bit “1”
dan “0” juga boleh mewakili mana-mana dua keadaan (state) yang dihasilkan oleh sesuatu
sistem seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Konsep perwakilan dalam jadual di atas disebut sebagai logik positif. Sekiranya perwakilan
“1” dan “0” diterbalikkan, iaitu “1”mewakili 0V dan “0” mewakili 5V , maka perwakilan ini
disebut logic negative. Bagaimanakah litar elektronik beroperasi hanya dengan menggunakan
logic “1” dan “0”?

Sebelum soalan itu dijawab, kita imbas kembali sejarah yang berlaku pada tahun 1854.
Seorang pakar matematik, George Boole(1815-1864) telah mencadangkan konsep algebra
digunakan dalam penyelesaian masalah yang berkaitan dengan logic. Beberapa operasi logic
telah diperkenalkan seperti operasi NOT,OR dan AND. Beberapa teorem dan peraturan turut
diperkenalkan yang dikenali sebagai Teorem Boole (Boolean Theorem) atau Peraturan Boole
( Boolean Rules). Sistem matematik dua logic ini dipanggil sebagai “ Aljabar Boolean”
(Boolean Algebra).

Dalam litar elektronik, elemen yang dapat melaksanakan operasi-operasi logik ini dikenali
sebagai get. Get memerlukan satu atau lebih input tetapi hanya menghasilkan satu output
sahaja.Terdapat tiga get asas;
a) get NOT(NOT Gate/Inverter),
b) get OR (OR gate)
c) get AND (AND gate).

Daripada tiga get asas ini, beberapa get lain yang mempunyai operasi tertentu dapat
dihasilkan. Antaranya:
a) get NOT-OR(NOR gate),
b) get NOT AND (NAND gate),
c) get eksklusif OR (XOR gate)
d) get eksklusif NOT-OR (XNOR gate)

Setiap get mempunyai jadual kebenaran (truth table). Jadual kebenaran ialah satu senarai
semua input yang mungkin dan output yang sepadan. Dalam seksyen seterusnya akan
diterangkan setiap ciri –ciri get asas yang telah dinyatakan ini.
Get-Get Asas Logik
GET DAN (AND GATE)

Logik “0” menunjukkan masukan RENDAH (LOW)

Logik “1” menunjukkan masukkannya TINGGI (HIGH)

Untuk get AND dengan 2 input, outputnya menjadi 1 jika kedua-dua inputnya bernilai 1 ,
outputnya 0 jika salah satu input atau kedua-duanya 0. Fungsi get AND boleh diterjemahkan
kepada bentuk matematik iaitu ‘pendaraban’.

GET ATAU (OR GATE)


Get-Get Asas Logik
Keluaran get ATAU akan HIGH (logic 1)jika kedua-dua masukannya adalah HIGH ataupun
salah satu masukannya (A atau B) HIGH.

GET TAK (NOT GATE)

Get NOT dikenali juga sebagai “INVERTER”. Get NOT mempunyai hanya satu masukan dan
satu keluaran. A digunakan untuk komplimen atau alikan isyarat digital.J ika masukan “0”
keluaran akan dialikkan ke “1” dan sebaliknya. Simbol dan jadual kebenaran bagi get NOT
ditunjukkan pada rajah dibawah :

GET TAK DAN (NAND GATE)

Get NAND berfungsi sebagai get OR dan get AND atau dikenali sebagai get AND diikuti get OR.
Operasi get NAND sama seperti get AND kecuali keluarannya adalah terbaik symbol serta
jadual kebenarannya adalah seperti di bawah :
Get-Get Asas Logik

GET TAK ATAU (NOR GATE)

Get NOR adalah gabungan get OR dan get NOT.Operasi bagi get NOR adalah sama dengan get
OR kecuali keluarannya adalah terbalik. Simbol dan jadual kebenaran adalah seperti di bawah
Get-Get Asas Logik

GET ESKLUSIF ATAU ( EX-OR )

Get EX-OR menghasilkan keluaran tinggi jika hanya salah satu masukannya tinggi. Simbol
serta jadual kebenarannya adalah seperti yang dibawah. Cuba anda lihat perbezaan
keluarannya dengan get ATAU (OR GATE)
Get-Get Asas Logik
GET EKSKLUSIF TAK ATAU (EX –NOR)

Get EX-NOR sama sahaja dengan EX-OR, yang dinotkan outputnya. Peraturan untuk get EX-
NOR ialah outputnya 1 jika inputnya adalah sama mengikut jadual kebenaran di bawah.

Anda mungkin juga menyukai