Anda di halaman 1dari 7

PANATIA MATEMATIK

Pada tahun 2018,jawatankuasa panitia matematik SK.Lenjang telah merancang pelbagai aktiviti dalam memperbaiki prestasi
Mata Pelajaran Matematik secara keseluruhannya.

Oleh yang demikian, Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Lenjang telah menyediakan pelan bertindak yang sewajarnya dan
bersesuaian untuk dijalankan bagi meningkatkan prestasi pencapaian Matematik murid sekolah. Di samping itu, dengan adanya pelan
stretegik, pelan operasi dan juga pelan taktikal yang telahpun dirancang, adalah diharapkan pengurusan Panitia Matematik bagi tahun
2018 akan lebih terancang,sistematik dan juga berkesan.

Matlamat Panitia Matematik agar dapat melaksanakan segala perancangan yang telah diatur pada tahun ini serta menunjukkan
pengurusan yang lebih sempurna berbanding tahun sebelumnya.
PERANCANGAN TAHUN 2018

1. Perancangan
I. Lantikan Jawatankuasa Panitia Matematik tahun 2018
II. Mesyuarat Jawatankuasa
III. Perancangan Aktiviti Kurikulum.
 Perancangan pelan stategik
 Perancangan pelan operasi
 Perancangan pelan taktikal

2. Pelaksanaan perancangan dan aktiviti Panitia


I. Mesyuarat Panitia
II. Pelaksanaan pelan taktikal
III. Hafalan sifir waktu rehat
IV. Info panitia (papan kenyataan)

3. Refleksi
I. Individu
II. Seluruh Jawatankuasa

4. Penilaian dan pemantauan


I. Perbincangan professional tentang prestasi murid sepanjang tahun
II. Pemantauan dan pencerapan oleh Ketua Panitia, GPK dan Guru Besar
III. Penyemakan buku latihan.
ANALISIS SWOT 2018

BIL OBJEKTIF KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN


1 Semua murid tahun 6P Murid sudah 1.Murid gagal menyebut Murid lebih seronok dan Murid lebih gemar untuk
dapat menguasai sifir ada asas sifir secara spontan sifir yang yakin untuk membuat membelek sifir di kulit
1 hingga sifir 9 ditanya. sifir mudah apabila belakang buku latihan
2. Kurangnya aktiviti sentiasa diberi peluang
congak dalam kelas
2 Murid menguasai Murid 1.Murid tidak memahami 1.Murid dapat Murid tahun 6P mempunyai
kemahiran mempunyai kehendak soalan dalam menyelesaikan soalan aras penguasaan yang
menyelesaikan kemahiran bentuk lazim. dalam bentuk lazim. berbeza-beza
masalah dalam semua membaca 2.Murid tidak dapat 2. Murid boleh
tajuk pengajaran. mengaitkan masalah yang menguasai soalan
diberi dalam situasi berbentuk penyelesaian
harian. masalahdengan bantuan
3.Murid tidak dapat bahan maujud
menentukkan operasi dangambarajah
yang tepat
3 Meningkatkan peratus Murid pernah 1.Murid tidak membaca Boleh perbaiki peratus Ada sebilangan murid yang
kelulusan dalam ujian didehakan soalan dengan teliti. kelulusan sekiranya lebih tidak dapat mengaplikasikan
pengesanan,mingguan dengan 2. Murid keliru atau cuai berhati-hati ketika kemahiran yang dipelajari
dan UPSR dari segi pelbagai ujian semasa menjawab soalan menjawab soalan dan dalam kelas ketika sesuatu
kualiti dan kuantiti sebelum ini berfikir semasa ujian dijalankan
menjawab
PELAN STRATEGIK PANITIA MATEMATIK 2018

Pelan strategik merupakan pelan jangka masa panjang yang dirancang agar dapat menjadi garis panduan kepada semua guru
Matematik agar segala aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan.

Dengan adanya pelan strategik ini adalah diharapkan pengurusan serta perancangan Panitia Matematik SK.Lenjang akan lebih
sempurna dan sistematik.

Pengurusan panitia yang baik dapat menjamin indikator kejayaan bagi setiap program yang dirancang akan lebih menyerlah di
samping komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru Matematik.

BIL MATLAMAT PROGRAM TEMPOH KUMPULAN TANGGUNGJAWAB TOV OTI 1 OTI 2 OTI 3 ETR
MASA SASARAN

1 Mencapai Bestari 1 tahun Semua GPK Tadbir & Guru


target lulus Matematik murid Matematik
sebanyak tahun 6 P
78.94% bagi
murid tahun 6P
PELAN OPERASI PANITIA MATEMATIK TAHUN 2018

BIL PROGRAM OBJEKTIF AKTIVITI KUMP.SA TEMPOH PELAKSANA PENILAIAN DAN INDIKATOR
SARAN MASA PEMANTAUAN KEJAYAAN
1 Bestari Mencapai 1.Sifir mudah. Murid 9 bulan Semua guru 1.Ujian bulanan Meningkatka
Matematik target lulus 2. Problem tahun 6 Matematik 2. Guru Matematik n peratus
sebanyak solving made Pintar 3. Ujian gerak lulus
78.94% easy. gempur. Matematik
bagi subjek 3. Latih tubi. 4. Ujian diagnostik UPSR pada
Matematik 4. Gerak gempur. tahun 2018
tahun 6 P

PELAN TAKTIKAL PANITIA MATEMATIK 2018

Dalam usaha untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan dalam analisi SWOT,pelan taktikal panitia Matematik
SK.Lenjang dirancang agar dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid serta keyakinan mereka dalam mempelajari mata
pelajaran Matematik.

Antara program yang telah dirancang adalah seperti berikut:

1) Program hafalan sifir


 Program ini diharapkan dapat menjana minda murid agar lebih prihatin untuk menguasai sifir supaya dapat
menyediakan mereka untuk menghadapi peperiksaan.

2) Program pemulihan dalam kelas


 Membantu murid yang kurang mahir dengan konsep asas Matematik supaya lebih faham apa yang ingin di ajar oleh
guru mereka.
3) Penggunaan alat bantu mengajar
 Dapat memberikan murid “Hands On and Minds On Experience” ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

4) Koleksi set-set soalan dan latih tubi


 Memberi suatu bentuk keyakinan kepada murid-murid terutamanya murid tahun 6 P tentang bentuk-bentuk soalan
peperiksaan dan tips menjawab yang lebih berkesan

BIL OBJEKTIF NAMA PROGRAM AKTIVITI KUMP. TEMPOH TINDAKAN


SASARAN MASA
1 Meningkatkan % 1. Bijak sifir 1. Menulis sifir dengan Semua murid 9 Bulan Semua guru
lulus Matematik bagi kaedah mudah. tahun 6P Matematik
murid tahun 6 P 2. Menjawab soalan
congak yang
diberikan oleh guru
2. Latih tubi / 3. Murid menjawab Semua murid 9 Bulan Semua guru
gerak gempur soalan kemahiran tahun 6P Matematik
asas secara tahun 6
berkumpulan dan
individu 5-10 semasa
sesi pengajaran dan
pembelajaran
3. Cemerlang 4. Menjawab set-set Semua murid 9 Bulan Semua guru
UPSR soalan percubaan tahun 6P Matematik
sekala berkala setiap tahun 6P
minggu dan bulan.
5. Menjawab koleksi
soalan UPSR tahun-
tahun sebelumnya.
PENUTUP

Adalah diharapkan agar segala perancangan tahunan dan juga pelan yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan sistematik demi memastikan peningkatan dari segi akademik terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.

Semoga dengan adanya komitmen serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi, maka Panitia Matematik akan menjadi sebuah
Panitia yang terbaik dari segi pengurusan serta kepimpinan dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik Sekolah Kebangsaan
Lenjang.

Anda mungkin juga menyukai