Anda di halaman 1dari 1

Setiausaha Unit Hadiah dan Cenderahati,

Pesta Konvokesyen 41,


Majlis Perwakilan Pelajar, MPP,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai.
___________________________________________________________________________

Pegawai Kanan PHB,


Bahagian Harta,
Pejabat Harta Bina,
81310 UTM Skudai. 23 Julai 2008

Tuan,

PERMOHONAN BEBERAPA TAPAK GERAI PENJUALAN BUNGA DI SEKITAR


UTM SEMPENA KONVOKESYEN 41, UTM

Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya saya ingin mendapatkan pertimbangan
daripada pihak tuan untuk menggunakan beberapa tapak penjualan bunga-bungaan di sekitar
UTM, sempena menyambut hari konvokesyen UTM yang ke 41.

2. Tujuan permohonan beberapa tapak penjualan di sekitar UTM ini adalah untuk
membolehkan pihak kami membuka gerai penjualan bunga-bungaan sempena hari
konvokesyen UTM yang ke 41. Segala urusan gerai dan penjualan akan diuruskan
sepenuhnya oleh pelajar dari UTM dan AJK pesta konvokesyen 41 yang terlibat.

3. Beberapa tapak yang telah dikenalpasti oleh AJK-AJK pesta konvokesyen yang
terlibat adalah seperti berikut;
i. Tapak Letak Kenderaan (parking) FAB,
ii. Tapak Letak Kenderaan (Parking) Tasek,
iii. Ruang Legar Anggora, dan
iv. Tapak Letak Kenderaan (Parking) FKM.

4. Pihak kami akan mula menggunakan tapak-tapak penjualan tersebut pada 13 Ogos
2008 hingga 19 Ogos 2008. Kami akan memastikan kebersihan tapak gerai yang dibuka
berada dalam keadaan yang baik untuk setiap hari penjualan sehingga tamat tarikh jualan.

Diharapkan agar pihak tuan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap
permohonan ini. Segala jasa pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

_________________________
(SITI ZUBAIDAH MD SAAT)
Setiausaha,
Unit Hadiah dan Cenderahati,
Pesta Konvokesyen 41, UTM

Anda mungkin juga menyukai