Anda di halaman 1dari 9

Jawab semua soalan.

[ 100 markah ]

1. Berdasarkan foto yang diberi, nyatakan contoh anugerah alam ciptaan Tuhan.

a) b)

Bunga / Flora Buah- buahan

c) d)

Hutan Binatang/ Haiwan/ Fauna


[ 4 markah ]

2. Nyatakan empat kepentingan menghargai anugerah alam ciptaan Tuhan.

a. Sebagai sumber perndapatan dan ekonomi negara

b. Sebagai sumber tenaga

c. Kelangsungan flora dan fauna

d. Sumber air, makanan dan perubatan

[ 8 markah ]

2
3. Tandakan ( √ ) bagi cara hidup sihat dan ( × ) bagi gaya hidup tidak sihat
berdasarkan gambar yang diberi.


X

X √

[ 4 markah ]

4. Cadangkan tindakan yang wajar dilakukan berlandaskan pilihan bermoral bagi


situasi berikut.

a) Cheng Ho mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Namun, dia tidak


berminat untuk meneruskan pelajarannya di situ. Keluarga Cheng Ho pula
mendesaknya supaya dia menerima tawaran tersebut.

Berbincang dengan baik Bersama keluarga tentang kebaikan dan pilihan yang
diambil

b) Rakan-rakan John mengajak John untuk menyertai pertemuan semula


(reunion) bersama rakan-rakan lama.Pada masa yang sama, John terpaksa
mengikuti keluarganya pulang ke kampung untuk menziarahi saudaranya yang
sakit tenat.

Memaklumkan kepada rakan-rakan dengan berhemah tentang keperluan untuk


menziarahi saudara yang sedang sakit.

[ 8 markah ]

3
5. Berikan perbezaan antara etika dengan undang-undang siber.

Garis panduan untuk pengguna media


siber
Etika

Tiada hukuman dikenakan @ Dianggap


tidak bermoral jika tidak mematuhi etika
Perbezaan antara
Etika dan Undang-
undang Siber
Peraturan untuk mengawal pengguna
siber
Undang-undang
Siber Boleh dikenakan hukuman jika tidak
mematuhi undang-undang yang telah
ditetapkan @ Digelar sebagai
penjenayah siber jika meyalahi undang-
undang

[ 8 markah ]

6. Bagaimanakah ilmu pengetahuan dan budi pekerti mulia dapat meningkatkan


kebestarian diri seseorang?

Ilmu pengetahuan

 Menjadikan seseorang berkemahiran, boleh memberikan pandangan secara


rasional.dan berprinsip

Budi pekerti mulia

 Menjadikan seseorang sentiasa bersyukur, menjaga harga diri dan sentiasa


berwaspada

Pilih mana2 empat jawapan.

[ 8 markah]

4
7. Berdasarkan situasi yang diberi, nyatakan sama ada sikap jiran anda adalah positif
atau negatif.

Situasi Sikap Positif


atau Negatif
a) Jiran Encik Siva membantu memberikan anjing peliharaan
Encik Siva makan dan minum kerana Encik Siva pulang ke Positif
kampung sempena cuti perayaan.
b) David selalu tiada di rumah. Oleh itu, jiran David selalu
Negatif
membuang sampah sarap ke kawasan rumah David.
c) Kumar mendengar radio dengan bunyi yang kuat sehingga
Negatif
mengundang kemarahan jiran-jirannya.
d) Malek membantu jirannya membasuh kuali dan pinggan
Positif
mangkuk yang digunakan untuk majlis rumah terbuka.
e) Jiran Adam selalu memberikan cenderahati kepada Adam
Positif
ketika beliau balik daripada bercuti.
[ 10 markah]

8. Kenal pasti jenis konflik dalam persahabatan dan contoh situasi dengan
melengkapkan rajah di bawah ini.

Jenis konflik Situasi


Menggunakan perkataan yang kurang sopan kepada

Konflik bahasa sahabat.
Konflik gender /
→ Menyentuh rakan berlainan jantina
jantina
Konflik personaliti
→ Gaya penampilan yang melampau

Konflik etnik, agama Amalan dan budaya yang berbeza antara satu sama

dan budaya lain.
Konflik integriti
→ Membocorkan rahsia sahabat

5
[ 10 markah ]

9. Berdasarkan situasi yang diberi, nyatakan kesan negatifnya.

a) Haikal bermain permainan video secara dalam talian sehingga lewat malam.

Kesan :

Badan dan mata akan letih

b) Sock Hong gemar makan makanan segera dan dia juga tidak mengamalkan
gaya hidup sihat.

Kesan :

Mengalami masalah obesiti

c) Rajan dan rakan-rakannya merokok di dalam tandas sekolah

Kesan :

Membahayakan kesihatan

d) Kit Meng kerap keluar pada waktu malam tanpa pengetahuan ibu bapanya
untuk merempit motor bersama rakan-rakan.

Kesan :

Boleh menyebabkan kemalangan dan ditahan oleh pihak polis

e) Sonia bertindak lari daripada rumah setelah dimarahi oleh ibu bapanya kerana
prestasi akademiknya merosot.

Kesan :

Berisiko menjadi mangsa culik atau dijadikan pelacur

[ 10 markah ]

6
10. Nyatakan nilai yang sepatutnya diamalkan berdasarkan situasi yang diberi.

hemah tinggi hormat kasih sayang berdikari kesederhanaan


harga diri bekerjasama kepercayaan bertanggungjawa rasional
kepada Tuhan b

Situasi Nilai
a) Muthu sentiasa ke kuil pada setiap minggu untuk bersembayang. kepercayaan
Dia akan memakai pottu selepas bersembahyang. kepada Tuhan
b) Aiman dan Kolin mampu bekerjasama dalam satu pasukan bola bekerjasama
sepak sehinggakan pasukan mereka menjuarai pertandingan bola
sepak peringkat negeri.
c) Danial seorang yang sangat bertanggungjawab. Dia memikul bertanggungjawab
segala tugas yang diberikan dengan baik
d) Andress bijak membuat keputusan. Dia bertindak wajar dengan rasional
menolak ajakan rakannya untuk berlumba motosikal.
e) Mei Ling pandai menjaga diri dengan tidak melakukan perbuatan harga diri
yang boleh mencemarkan maruah dirinya.
f) Shantini sangat menghormati tetamu. Dia sering dipuji oleh ibu hormat
bapa dan rakan-rakannya kerana sangat beradab dan bersopan
santun.
g) Nurin seorang yang sentiasa menghargai dan memuliakan orang hemah tinggi
yang lebih tua. Segala nasihat ahli keluarganya juga dipatuhi.
h) Encik Yong mempunyai hati yang sangat baik. Dia sanggup kasih sayang
memberhentikan kenderaanya demi menyelamatkan seekor
kucing yang telah dilanggar oleh sebuah kereta.
i) Encik Akash telah berjaya menjadi pekebun yang cemerlang. berdikari
Beliau banyak berusaha sendiri tanpa bergantung kepada orang
lain.
j) Kita tidak boleh terlalu berlebihan semasa melakukan sesuatu kesederhanaan
perkara. Kita perlulah bersederhana dalam kehidupan.
Kesederhanaan akan menjamin kebahagiaan.

7
[ 10 markah ]

11. Soalan 11(a) sehingga 11(c) berdasarkan gambar yang diberi di bawah ini

a) Apakah perasaan anda jika anda merupakan salah seorang remaja yang telibat
dalam aktiviti pembersihan pantai seperti gambar di atas ?

Gembira kerana dapat bergotong-royong membersihkan pantai.

[ 2 markah ]

b) Nyatakan dua kesan negatif yang berlaku jika kawasan pantai tidak dijaga
kebersihannya.

i) Hidupan akuatik akan mati dan pupus

ii) Kawasan pantai akan kotor

[ 2 markah ]

c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk


memupuk masyarakat mencintai alam sekitar ?

i) Mengamalkan 5R, iaitu rethink, reuse,repair, reduce dan recycle.

ii) Mengadakan Kempen Cintai Alam Sekitar

[ 2 markah ]

8
d) Salah satu cara untuk menjaga alam sekitar adalah dengan menggunakan tong
kitar semula. Nyatakan warna dan kegunaan tong kitar semula berdasarkan
warna tong kitar semula.

i) Biru- digunakan untuk membuang semua jenis kertas

ii) Coklat – digunakan untuk membuang semua jenis bahan kaca

@ jingga – digunakan untuk membuang tin-tin aluminium dan plastik.

[ 4 markah ]

12. Jawab semua soalan di bawah ini berdasarkan gambar yang diberi.

a) Jelaskan perasaan anda apabila melihat suasana seperti yang ditunjukkan


dalam gambar di atas.

Berasa bangga, gembira dan suka kerana masyarakat pelbagai kaum hidup
dengan aman dan bertolenrasi dengan kepelbagaian yang ada

[ 2 markah ]

b) Cadangkan cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengekalkan perpaduan


dalam masyarakat pelbagai kaum.

i) Saling menziarahi antara satu sama lain

ii) Sentiasa mengamalkan sikap bertolenrasi dengan kaum lain

[ 2 markah ]

9
c) Apakah tindakan yang boleh anda lakukan untuk hidup bersatu padu dalam
masyarakat ?

i) Tidak membangkitkan isu-isu sensitif demi menjaga keharmonian


rakyat dan negara

ii) Menghayati prinsip rukun negara

[ 2 markah ]

d) Sebagai murid, bagaimanakah anda mempamerkan amalan hidup bersatu padu


ketika berada di sekolah?

i) Menyertai aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelbagai kaum

ii) Berkawan dengan murid dari pelbagai kaum

[ 2 markah ]

e) Berikan dua contoh aktiviti lain yang boleh menyatu padukan kaum di
Malaysia.

i) Menyertai aktiviti citrawarna

ii) Menyertai sambutan program kebangsaan

[ 2 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………. ……………………… ………………………

(Pn. Azni Nadia Syuhada) (Pn. Kathirmathi a/p Arjunan) (Pn. Norhawati bt Salimuddin)

Guru Subjek P/Moral, Ketua Panita P/Moral, Guru Kanan Kemanusiaan,

SMJK Poi Lam SMJK Poi Lam SMJK Poi Lam

10

Anda mungkin juga menyukai