Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Saya dan ahli kumpulan telah melaksanakan pengajaran makro untuk acara lompat
jauh tahun empat bagi menjayakan tugasan refleksi yang merupakan suatu aktiviti mengkaji
semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan. Refleksi
yang telah dilaksanakan dengan hikmah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran saya
dalam elemen mendidik terutamanya dalam bidang olahraga. Sebelum membina
RPH, objektif pengajaran telah dirancang merujuk kepada sukatan pelajaran, huraian sukatan
pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan. Berdasarkan penilaian dalam skala peratusan,
objektif pengajaran saya dinilai tercapai 85% keseluruhannya. Terdapat faktor-faktor yang
menghalang pencapaian objektif P&P pada sesi makro ini. Antaranya adalah faktor kesediaan
murid semasa menjalankan simulasi. Kehadiran ahli kumpulan dalam menjayakan rakaman
dan pemerhatian telah menjadikan murid sedikit tersasar dalam tumpuan terhadap
pembelajaran. Saya dapati objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan tahap
perkembangan murid kerana tidak berlakunya miskonsepsi. Hal ini adalah
kerana rancanagan pengajaran harian yang telah dibina telah mengambil kira pengetahuan
sedia ada dan tahap kemahiran murid.
KELEBIHAN

Antara kekuatan yang telah ditonjolkan semasa aktiviti simulasi dijalankan ialah saya
dapat mengawal kelas dengan baik. Hal ini adalah kerana saya menggunakan suara yang
lantang dan hal ini memudahkan murid untuk mendengar seterusnya membantu pemahaman
murid terhadap isi pelajaran yang ingin disampai oleh guru. Murid akan lebih tertumpu kepada
penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Saya juga
menekankan elemen ketegasan. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan
membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Berikutnya, saya akan memastikan arahan
yang diberikan jelas dan dapat difahami oleh murid. Kejelasan dalam memberikan arahan
merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Hal ini adalah
kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar
agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, saya menggunakan pertuturan yang
baik bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang
standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta
penyampaian yang lancar.

Selain itu saya telah membuat persediaan rapi sebelum memulakan simulasi ini,
maka pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang.
Pemilihan permainan bagi acara lompat jauh ini sangat sesuai dan dapat menarik minat murid
serta memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, kelas dalam keadaan yang
sangat terkawal kerana permainan Lets Jump ini sangat berkait rapat dengan aktiviti yang
dilakukan pada aktiviti pertama dan kedua. Secara kesimpulannya, aktiviti ketiga ini
merupakan pengukuhan bagi menilai penguasaan murid dalam aktiviti pertama dan kedua

Berikutnya, saya menerapkan elemen pengukuhan yang positif semasa simulasi


dijalankan. Ganjaran berbentuk pujian dan motivasi adalah unsur menggalakkan murid lebih
bersemangat. Senyuman, isyarat mata dan tangan yang saya gunakan merupakan
komunikasi yang merapatkan hubangan membina yang berbentuk motivasi antara guru dan
murid.

Di samping itu, saya menekankan penggunaan adab ke-21 dengan menerapkan


kaedah koperatif iaitu kaedah melakukan aktiviti dalam kumpulan. Murid perlu bekerjasama
dalam memperoleh markah yang tinggi semasa aktiviti Let’s Jump dijalankan. Hal ini
mementingkan kerjasama dalam kumpulan di mana setiap murid perlu menyumbang markah
bagi memastikan kumpulan mereka merupakan kumpulan yang terbaik.
KELEMAHAN

Seterusnya, dari segi kelemahan pula ialah saya tidak mampu melakukan bimbingan
secara individu kepada murid-murid yang menghadapi kelemahan dalam melaksanakan
aktiviti Lets Jump ini. Hal ini adalah kerana saya beranggapan murid sudah mampu
menguasai aktiviti yang telah diajar pada aktiviti pertama dan kedua. Hal ini menjadi kesilapan
kepada saya kerana mengabaikan murid yang lemah dalam kemahiran lompat jauh.

Kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.
Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan baik dan lancar. Hasil pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan
rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk
menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor
iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih
diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran
terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa
perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak
terlalu terjejas.

PENAMBAHBAIKAN

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambaikan. Penambaikan
adalah perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Dari
aspek penambahbaikan, saya ingin menambah baik dari segi kawalan masa. Saya akan
memantau kawalan masa dengan baik dengan mengadakan aktiviti bersesuaian dengan aras
kebolehan murid supaya aktiviti dapat dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Saya akan lebih memberi perhatian dalam pembahagian ahli kumpulan mengikut
keupayaan semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Hal ini bermaksud saya akan memastikan
setiap kumpulan terdiri daripada murid yang cemerlang, sederhana dan lemah. Hal ini adalah
bagi mewujudkan keseimbangan dalam kumpulan. Murid yang cemerlang dapat membantu
murid yang sederhana dan lemah. Hal ini memberi keadilan kepada setiap kumpulan supaya
dapat menggunakan kekuatan yang ada bagi mengatasi kelemahan setiap kumpulan. Selain
itu, saya akan berusaha untuk mencari ruang dan cara dengan mengadakan sesi pemulihan
bagi mambantu murid-murid yang lemah dan tidak mampu menguasai kemahiran yang diajar
dengan sebaiknya.
Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang
sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki aktiviti permainan agar
lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan,
memperbanyakkan aktiviti yang berpusatkan murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan
memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Saya berharap agar dengan melakukan
tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan.

Saya juga ingin membuat penambahbaikan dari segi kawalan kelas dengan
memantau pergerakan semua murid. Saya tidak seharusnya berdiri dihadapan semasa
menyampaikan pengajaran, sebaliknya saya perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap
aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas sama
ada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran
secara serta merta.

PENUTUP

Saya amat berharap agar dapat memahami beberapa elemen pembinaan refleksi seperti
objektif pengajaran eksplisit dan spesifik, implikasi objektif pengajaran, kemungkinan-
kemungkinan implikasi kepada perlakuan pengajaran, contoh-contoh dan gambaran-
gambaran alternatif yang mungkin dapat memperjelaskan lagi isi pelajaran dengan lebih
berkesan kepada murid-murid, perkara yang patut dilakukan supaya dapat menarik dan
mengekalkan minat murid, perkara yang patut saya amalkan supaya murid lebih aktif, strategi
pengajaran yang digunakan dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan.menilai tahap
diri dalam mencapai objektif pengajaran, cara untuk saya boleh mengetahui tahap pencapaian
pengajaran saya. Proses menjayakan tugasan yang diberikan merupakan proses membina
sahsiah, kemahiran dan peningkatan ilmu kepada saya. Moga usaha mendidik yang saya
sandang ini dapat saya jadikan amanah yang merupakan anugerah daripadaNya.

Anda mungkin juga menyukai