Anda di halaman 1dari 15

PIMKU 36

RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM


DAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN AL-QURAN DAN
AL-SUNNAH

Syed Najihuddin bin Syed Hassan1


Mohd Yusuf bin Ismail2
Nidzamuddin bin Zakaria3

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah


Universiti Sains Islam Malaysia
1
syednajihuddin@usim.edu.my, 06-7986717
2
yusufismail@usim.edu.my, 06-7986745
3
nidzamuddin@usim.edu.my, 06-7986703
RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
DAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN AL-QURAN DAN
AL-SUNNAH

Syed Najihuddin bin Syed Hassan


Mohd Yusuf bin Ismail
Nidzamuddin bin Zakaria

ABSTRAK

Pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan teknologi akan meningkatkan kadar


pemahaman pelajar terhadap pelajaran. Kemajuan aplikasi teknologi dalam bidang
pendidikan juga telah meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kepada para
pelajar. Islam sebagai sebuah agama universal yang menjadi pegangan hidup setiap
Muslim tidak melarang sama sekali pengaplikasian kaedah serta pendekatan baru yang
digunakan, bahkan Islam amat menggalakkan umatnya supaya menggunakan apa jua
cara yang termampu bagi membantu proses penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat.
Justeru, kertas kerja ini akan menyingkap aspek hidup Rasulullah S.A.W sebagai model
pendidik yang ulung dan contoh teladan. Di samping itu, kajian ini juga meneliti
bagaimana Baginda  memanfaatkan teknologi semasa yang wujud pada zaman Baginda
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik generasi sahabat. Seterusnya,
kertas kerja ini juga akan menyenaraikan beberapa teknologi semasa yang boleh
dimanfaatkan dalam pendidikan al-Quran dan al-Sunnah. Adalah dijangkakan agar
kajian ini mampu menjadi pemangkin kepada para pendidik Muslim dalam
memanfaatkan lagi teknologi dan aplikasi semasa dalam penyampaian mereka serta
membuka ruang kepada mereka untuk mengenali aplikasi semasa yang berfaedah dalam
pengajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Kata kunci: Rasulullah  dan teknologi, pengajaran al-Quran, pengajaran al-Sunnah, aplikasi
teknologi, inovasi pengajaran.

1.0 Pendahuluan
Sejak dahulu, manusia mencipta berbagai-bagai alat teknologi untuk memudahkan kehidupan
mereka. Dalam hal ini, teknologi wujud dengan kewujudan manusia. Pelbagai cara digunakan
untuk mendapat hasil yang diingini. Tiada siapa dapat menafikan kepentingan teknologi
terhadap manusia sejagat. Begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran yang telah melalui
evolusi seiring dengan kemajuan manusiawi. Pendekatan demi pendekatan telah diaplikasikan
untuk memaksimakan hasil pembelajaran. Teori dan teknik diperbaiki untuk mendapat hasil
yang dimahukan oleh pengajar atau pendidik sehingga membawa kepada penemuan terkini.
Siapa sangka pada satu masa dahulu, penggunaan papan kalam dapat diinovasikan menjadi
mini komputer riba pada masa sekarang.

2.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah Secara Umum
Sebelum kita melanjutkan perbicaraan kita dalam arena kupasan topik; Teknologi Pengajaran
dan Pembelajaran al-Quran dan Sunnah dengan lebih lanjut, maka lebih sesuai untuk kita
mendasari isu ini dari pokok pangkalnya dengan merujuk terlebih dahulu kepada kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) al-Quran dan Sunnah secara umum terlebih dahulu.

2.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran


2.1.1 Kaedah-kaedah P & P al-Quran
Terdapat beberapa jenis kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
khasnya tilawah al-Quran. Antara kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut:
2.1.1.1 Talaqqi dan Musyafahah: Pelajar mengambil bacaan daripada guru iaitu
mendengarnya dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru, kemudian
mengulang bacaannya dengan didengari oleh guru sehingga guru berpuas hati. Murid
yang berjaya membaca dengan baik, betul dan sebutannya tepat akan beralih ke muka
surat yang lain, manakala murid yang kurang mampu akan tetap di muka surat sama.
2.1.1.2 Tadarrus: Murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulan yang kurang
daripada lima orang, manakala yang lain akan memerhati serta mendengar bacaan
tersebut. Jika terdapat kesalahan dalam bacaan, maka guru akan menegur agar
dimanfaatkan oleh pemerhati (murid-murid) yang lain.
2.1.1.3 Tasmi‘: Guru mendengar dan meneliti bacaan muridnya seorang demi
seorang. Sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan. Guru serta merta
memperbetulkan kesalahan tersebut dan meminta murid membacanya semula dengan
betul.

Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling
praktikal digunakan dalam pengajaran al-Quran. Kaedah ini bertepatan dengan peristiwa Nabi
Muhammad  menerima wahyu pertama di Gua Hira‟. Rasulullah  mengambil al-Quran
daripada malaikat Jibril a.s secara talaqqi dan musyafahah; iaitu Jibril  membacanya dahulu
dan didengar oleh Nabi . Kemudian Nabi  membacanya dengan didengari oleh Jibril atau
mengikut bacaan malaikat Jibril .

Allah  berfirman menjelaskan kaedah Talaqqi dan Musyafahah ini melalui ayat-Nya
berbunyi1:-
ِ َ َ‫الَ تُح ِّر ْك بِ ِو لِسان‬
ُ‫ ثُ َّم إِ َّن َعلَْي نَا بَيَانَو‬.ُ‫ فَِإذَا قَ َرأْنَاهُ فَاتَّبِ ْع قُ ْرآنَو‬.ُ‫ إِ َّن َعلَْي نَا َج ْم َعوُ َوقُ ْرآنَو‬.‫ك لتَ ْع َج َل بِ ِو‬ َ َ
Bermaksud:-

1
Surah al-Qiyamah (75:16-19).
Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang
diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan
kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam
dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah
menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut
bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan
kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

2.1.2 Jenis-jenis Bacaan Dalam P n P Tilawah al-Quran


Terdapat jenis-jenis bacaan yang perlu anda ketahui iaitu:
2.1.2.1 Tartil: Bacaan perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada
makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan bertajwid yang sempurna
dan merenungi makna, hukum dan pengajaran daripada ayat.
2.1.2.2 Tahqiq: Bacaannya seperti Tartil, cuma ia lebih lambat dan perlahan seperti
memperbetulkan bacaan huruf dari segi makhrajnya, menepati kadar bacaan mad dan
dengung. Ia merupakan latihan lidah bagi sebutan huruf dan sifatnya secara betul.
2.1.2.3 Hadar: Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.
Tingkatan bacaan ini bagi mereka yang telah menghafal al-Quran supaya dapat
mengulanginya dalam masa yang singkat.
2.1.2.4 Tadwir: Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar
serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.

2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Sunnah


2.2.1 Kaedah P & P Sunnah

Unit Kurikulum Cawangan Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Jabatan


Perdana Menteri, Kuala Lumpur (t.th.:17-18), telah menggariskan beberapa kaedah P & P
bagi pelaksanaan kurikulum Sunnah/Sirah Rasul bagi program Kelas al-Quran dan Fardu „Ain
(KAFA) di Malaysia amnya termasuk pelaksanaan kurikulum tersebut di sekolah-sekolah
rendah seperti berikut:-

a. Cerita-cerita di sebalik fakta-fakta sirah ditonjolkan bagi menguatkan fakta tersebut.

b. Contoh-contoh positif setiap watak dalam sirah, dikaitkan dengan sifat pelajar dan
juga orang yang hampir dengan pelajar (ibu, ayah, adik beradik dan lain-lain).

c. Contoh-contoh penentangan terhadap Rasulullah  dan sahabatnya disebutkan supaya


pelajar berasa benci atau marah dan di masa yang sama perkara-perkara tersebut,
akan menambahkan lagi perasaan kasih para pelajar terhadap Rasulullah  dan para
sahabatnya.

d. Peristiwa-peristiwa dalam sirah, dikait atau dibandingkan dengan situasi semasa


pelajar dan masyarakat.

e. Pelajar-pelajar dilatih agar mampu menceritakan peristiwa-peristiwa, nilai-nilai


positif, contoh-contoh Rasulullah  dan sahabatnya dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan.

2.2.2 Prosedur-prosedur Utama Pengajaran Sunnah Rasul

Terdapat beberapa prosedur asas bagi pengajaran Sunnah Rasul (Huda „Ali dan Sa„dun
Mahmud, 2005: 157-158, „Abd al-Rahman Salih „Abd Allah,1991:211-212) antaranya:-

Pertama: Penyediaan Rancangan Mengajar

Guru-guru perlu menyediakan Rancangan Mengajar bagi mata pelajaran Sunnah Rasul ini
agar ia berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Rancangan Mengajar yang baik
mengambil kira aspek-aspek berikut:-

a. Penentuan Matlamat

ii. Pemilihan Kaedah dan Media Pengajaran

iii. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Kedua: Penentuan Objektif-objektif Mata Pelajaran

Menentukan objektif-objektif mata pelajaran Sunnah Rasul yang hendak disasarkan bagi
setiap pengajaran yang dilaksanakan berdasarkan tajuk-tajuknya.

Ketiga: Pengenalan Ringkas Mata Pelajaran

Guru-guru juga perlu memulakan pengajaran Sunnah Rasul dengan pengenalan ringkas bagi
setiap tajuk mata pelajaran tersebut yang bakal diajar kepada murid-murid. Hal ini memberi
kesan yang efektif dalam pemahaman dan penguasaan sesebuah tajuk yang diajar.

Keempat: Penyampaian dan Penerangan

Penyampaian dan penerangan tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sunnah Rasul secara
terperinci mengikut R.P.H yang disediakan. Pengajaran Sunnah Rasul harus berpandukan
kepada metod pensejarahan yang sebenar dan berasaskan kronologi peristiwa yang berlaku
mengikut peritiwa-peristiwa dan tarikh-tarikh tertentu. Penyampaiannya adalah dalam bentuk
yang mudah dan ringkas agar senang difahami oleh murid-murid.
Kelima: Penilaian dan Menjalankan Aktiviti-aktiviti

Ia merupakan prosedur penutup dan terakhir dengan menjalankan penilaian terhadap murid-
murid dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses pembelajaran di dalam
kelas. Perkara yang perlu diperhatikan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut adalah
objektif yang disasarkan dan sebaik-baiknya ia berbentuk realiti dan bukan hanya lakonan.

2.2.3 Teknik-teknik Efektif Dalam Pengajaran Sunnah/Sirah Rasul

Teknik-teknik pengajaran mata pelajaran Sunnah/Sirah Rasul adalah bergantung kepada


tajuk-tajuk yang diutarakan, jenisnya dan kepanjangan atau kependekannya (Huda „Ali dan
Sa„dun Mahmud 2005: 165-170). Oleh itu, seseorang guru yang ingin menjalankan
pengajaran Sunnah/Sirah Rasul setelah memulakannya dengan sedikit pengenalan, maka ia
boleh menggunakan kesemua atau salah satu daripada tiga teknik berikut:-

1. Teknik Mengajukan Soalan Berserta Ulasan

2. Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil

3. Penghuraian Dalam Bentuk Cerita

Teknik Pertama: Mengajukan Soalan Berserta Ulasan

Teknik ini dapat dilaksanakan dengan seseorang guru itu mengajukan soalan-soalan berkaitan
tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sunnah/Sirah Rasul adalah berkesan untuk menarik
perhatian murid-murid dengan mata pelajaran yang disampaikan. Dalam teknik ini terdapat
beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:

a. Soalan-soalan yang akan diajukan kepada murid-murid perlulah bermula dengan


soalan-soalan bersifat mudah, sederhana dan berpindah kepada soalan-soalan yang agak
sukar bagi melihat tahap pemahaman murid dan kepintaran mereka.

b. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid-murid sebaik-baiknya diberikan ulasan


yang ringkas bagi memperjelaskan sebarang jawapan yang kurang tepat dan sempurna.
Guru juga boleh menambahkan ulasannya berpandukan kepada kisah-kisah dalam
Sunnah Rasul yang menyokong huraian tersebut.

c. Ulasan yang diberikan pula sebaik-baiknya dilakarkan dalam bentuk gambarajah atau
senarai tajuk-tajuk utama yang meliputi nama-nama dan peristiwa-peristiwa atau kisah-
kisah tertentu. Setelah selesai kelas tersebut, maka gambarajah atau senarai tajuk-tajuk
itu telah pun lengkap dengan fakta-fakta yang tersusun dan mengikuti kronologi sejarah
yang sempurna (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 165-170).
Teknik Kedua: Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil

Teknik ini adalah teknik membahagikan Sunnah Rasul kepada tajuk-tajuk yang lebih kecil
dan terperinci. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:-

a. Isi kandungan Sunnah Rasul itu dibahagikan kepada unit atau tajuk yang kecil di mana
guru tersebut akan menghuraikan unit-unit tersebut. Di samping itu, ia perlu juga
mendengar reaksi murid terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

b. Memastikan tajuk-tajuk bagi setiap unit itu ditulis dengan rapi di atas papan hitam/putih
dan menghuraikannya satu persatu berdasarkan turutan unit-unit tajuk itu di samping
mengambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting bagi setiap peristiwa Sunnah Rasul
yang dinyatakan itu.

c. Membuat kesimpulan setelah selesai menghuraikan tentang unit-unit tajuk dalam


Sunnah Rasul itu (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 165-170).

Teknik Ketiga: Penghuraian Dalam Bentuk Cerita

Teknik ini adalah teknik menghuraikan Sunnah Rasul dalam bentuk penceritaan yang
berobjektifkan pendidikan dan mengambil pengajaran daripadanya. Dalam teknik ini terdapat
beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:-

a. Mengambil kira kronologi Sunnah Rasul dari segi tarikh dan tahun peristiwa itu berlaku
dengan penghuraian berbentuk mudah dan jelas.

b. Menyampaikan pelajaran tersebut dengan cara yang menarik perhatian murid-murid


agar respon yang baik diperolehi dan keberkesannya tercapai dalam kelas.

c. Menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sunnah Rasul dengan menyatakan sebab-sebab


atau faktor-faktor ia terjadi dengan mengaitkannya atau mengaplikasikan pelajaran-
pelajaran yang terkandung dalamnya dengan isu-isu semasa.

d. Menggunakan teknik surprise atau kejutan yang mampu menarik perhatian murid-
murid untuk mengetahui cerita selanjutnya.

e. Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) atau dikenali sebagai Media Pengajaran
untuk menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sunnah Rasul dalam bentuk yang menarik
dan memberansangkan. Sekurang-kurangnya papan hitam/putih adalah medium
pengajaran yang baik untuk memudahkan kefahaman murid-murid terhadap sesuatu
mata pelajaran khususnya Sunnah Rasul (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 165-
170).
Teknik-teknik dalam P & P Sunnah/Sirah Rasul ini adalah penting dan amat baik akan
dapat memastikan keberkesanan mata pelajaran Sunnah/Sirah Rasul di kalangan murid-murid
yang mengikutinya. Selanjutnya, barulah kita berpindah kepada topik aplikasi teknologi
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah sebagai topik utama dalam kertas kerja
ini.

3.0 Rasulullah  dan Aplikasi Teknologi di Zamannya


Rasulullah  juga turut mengaplikasikan pelbagai pendekatan yang wujud pada zaman
tersebut sebagai wahana bagi memudahkan penyampaian ilmu kepada para sahabat. Baginda
 berkomunikasi dengan umatnya berdasarkan kemampuan akal fikiran mereka. Baginda 
juga berinteraksi dengan mereka berdasarkan keadaan serta mengikut kesesuaian. Dalam hal
ini, Baginda  pernah melakar garisan di atas tanah dan membuat isyarat tertentu bagi
menjelaskan apa yang ingin disampaikan. Terdapat beberapa contoh yang dapat digali
daripada sunnah Baginda  sebagaimana berikut.

3.1 Lakaran Atau Lukisan di Atas Tanah


Baginda  pernah membuat lakaran gambar rajah di atas tanah bagi memberikan gambaran
yang bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan. Ini diterangkan dalam hadis berikut:

‫ خط لنا رسول اهلل صلى اهلل عليو و سلم خطا ث قال ىذا‬:‫عن عبد اهلل بن مسعود رضي اهلل عنو قال‬
‫سبيل اهلل ث خط خطوطا عن يينو وعن شالو ث قال ىذه سبل قال يزيد مت فرقة على كل سبيل من ها‬
﴾‫شيطان يدعو إليو ث ق رأ ﴿إن ىذا صراطي مستقيما فاتبعوه ول ت تبعوا السبل ف ت فرق بكم عن سبيلو‬
‫ إسناده حسن‬:‫ تعليق شعيب األرنؤوط‬،‫أخرجو اإلمام أمحد‬
Yang bermaksud:
Dari Abdullah ibn Mas„ud  berkata: Rasulullah  membuat untuk kami satu garisan
kemudian bersabda “Ini jalan (sabil) Allah ” kemudian Baginda  membuat beberapa
garisan di kiri dan di kanan garisan tadi seraya bersabda “Ini jalan-jalan, dan lebih bercabang-
cabang, pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru ke arahnya” kemudian Baginda 
membaca ayat berikut (dalam menafsirkan ayat tersebut)

﴾‫﴿إن ىذا صراطي مستقيما فاتبعوه ول تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيلو‬.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (isnadnya hasan: Syua„ib al-Arna‟ut)

Hadis ini merupakan tafsiran kepada ayat yang diterangkan sendiri oleh Baginda .
Huraian sebegini membantu menambahkan pemahaman terhadap ayat al-Quran. Tafsiran ini
yang berbentuk lukisan gambar rajah menunjukkan kepekaan Baginda terhadap tahap
kefahaman berhubung huraian ayat. Hadis ini juga menunjukkan bagaimana Baginda 
menitikberatkan pengajaran berbantukan alat yang bersesuaian.

3.2 Menggunakan Isyarat Jari, Tangan dan Tongkat


Dalam penyampaian pengajaran Baginda , turut digunakan isyarat-isyarat yang memberi
maksud tertentu. Isyarat yang dibuat membawa maksud yang difahami. Baginda 
menggunakan isyarat jari, tangan dan tongkat sebagai jawapan kepada soalan tertentu. Antara
contoh pengajaran Baginda yang menggunakan isyarat ialah sebagaimana hadis-hadis berikut.

‫عن ابن عباس رضي اهلل عنهما أن النب صلى اهلل عليو و سلم سئل ف حجتو ف قال ذبت ق بل أن‬
‫أخرجو‬ .)‫ قال حلقت ق بل أن أذبح ؟ فأومأ بيده (ول حرج‬.)‫أرمي؟ فأومأ بيده قال (ول حرج‬
.‫ من أجاب الفتيا باإلشارة‬:‫ باب‬،‫البخاري‬
Dari Ibn „Abbas  bahawa Nabi  ditanya semasa Baginda  dalam haji, “Saya menyembelih
(dam terlebih dahulu) sebelum melontar (Jamrah „Aqabah pada hari ke-10)?” maka Baginda
memberi isyarat dengan tangannya berkata “Tidak mengapa”. Berkata (bagi soalan yang lain):
“Saya bercukur (terlebih dahulu) sebelum menyembelih (dam)?” maka Baginda  memberi
isyarat dengan tangannya berkata “Tidak mengapa”. [al-Bukhari, Bab Man Ajab al-Futya bi
al-Isyarah]

3.3 Membandingkan Objek di Sekeliling Baginda


Baginda  pernah membandingkan orang Islam dengan sebatang pokok yang tidak
berguguran daunnya iaitu pohon tamar.

‫عن عبد اللو بن عمررضي اهلل عنهما ي قول قال رسول اللو صلى اللو عليو وسلم إن من الشجر شجرة‬
‫ل يسقط ورق ها وإن ها مثل المسلم فحدثون ما ىي ف وقع الناس ف شجر الب وادي قال عبد اللو ووقع ف‬
‫ن فسي أن ها النخلة فاستحي يت ث قالوا حدث نا ما ىي يا رسول اللو قال ف قال ىي النخلة قال فذكرت‬
.‫ذلك لعمر قال ألن تكون ق لت ىي النخلة أحب إل من كذا وكذا‬
Maksudnya:

Dari Abdullah bin „Umar  berkata, Rasulullah  bersabda “Sesungguhnya terdapat dari
kalangan pokok ada sebatang pokok yang tidak berguguran daunnya, dan sesungguhnya
pokok itu seumpama muslim, maka beritahu padaku pokok apa?,” Maka setiap sahabat
meneka dengan menyebut semua jenis pokok (yang mereka tahu). Abdullah (ibn „Umar)
“Terlintas dalam fikiranku bahawa ia adalah pokok tamar, akan tetapi aku agak malu
menyebutnya”. Kemudian mereka berkata, “Beritahu pada kami wahai Rasulullah apa
(jawapannya)”, Baginda  bersabda “Ia pokok tamar”. Ibn „Umar berkata, “Aku menyatakan
perkara tersebut kepada „Umar (bapanya), beliau berkata, kalau kamu sebutkannya, ia pokok
tamar, lebih baik bagiku dari sekian dan sekian”.

4.0 Aplikasi dan Perisian Terkini Untuk Pengajaran al-Quran dan al-Sunnah
Setelah kita melihat bagaimana Rasulullah  memanfaatkan teknologi yang wujud di zaman
baginda dalam menyebarkan dan mengajar al-Quran dan al-Sunnah, maka sewajarnya kita
juga memanfaatkan teknologi yang ada pada zaman ini untuk menyampaikan kedua-dua
sumber ilmu yang agung ini dengan metod yang lebih praktikal dan berkesan. Maka teknologi
terkini yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah dapat dilihat antaranya dari
pembangunan perisian computer yang menjadikan sumber al-Quran dan al-Sunnah sebagai
kandungan utama.
Setelah tinjauan dibuat, didapati beberapa perisian computer terkini boleh dijadikan
sebagai alat yang berkesan dalam pengajaran al-Quran dan al-Sunnah. Berikut pengenalan
terhadap perisian QuranHafs 2003 sebagai salah satu contoh perisian berkaitan al-Quran yang
merangkumi pengenalan umum terhadap perisian dan ciri-ciri khusus perisian.

4.1 Pengenalan Perisian Quran Hafs 2003


Perisian QuranHafs 2003 merupakan satu perisian al-Quran yang menyediakan pelbagai
fungsi yang memberi banyak manfaat kepada pengguna khususnya untuk mempelajari,
memahami serta mendalami kitab suci al-Quran. Skrin utama QuranHafs 2003 memaparkan
12 menu dengan menu utamanya iaitu carian ayat-ayat al-Quran2 berserta dengan 11 menu
lain berkaitan dengan cabang-cabang ilmu al-Quran seperti Tafsir, Tajwid, Qiraat dan fatwa-
fatwa berkaitan al-Quran.
Pada skrin utama juga terdapat skrin paparan ayat-ayat al-Quran hasil daripada carian
pengguna melalui menu )‫ (بحث‬dengan menggunakan Mashaf Rasm Uthmaniah, pengguna
boleh mendengar bacaan ayat al-Quran melalui klik butang “Tilawah”, Kemudian pengguna
di beri pilihan bacaan Qari terkenal antaranya ialah al-Sudais, al-Ghamidi, al-Syuraim dan
lain-lain dan bacaan semua Qurra’ mengikut riwayat Hafs daripada „Asim al-Kufi.
Keistimewaan yang terdapat pada skrin ini ialah pengguna boleh mendengar bacaan ayat al-
Quran beserta dengan paparan gambar. Pada skrin utama ini juga terdapat paparan tafsir
bersamaan dengan ayat al-Quran yang terpapar di skrin paparan ayat tetapi ianya berhubung

2
Lihat gambarajah 1: Nombor 1.
dengan laman web lain. Antara pilihan tafsir yang disediakan ialah Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir
al-Qurtubi, Tafsir al-Syaukani dan lain-lain.

7 1

8 2
9 3

10 4

11 5

12 6

Gambarajah 1: Menu Utama Perisian QuranHafs 2003

4.2 Ciri Khusus Perisian

4.2.1 Menu (1): Pautan Carian )‫(بحث‬

Pautan )‫ (بحث‬adalah menu utama bagi perisian Quranhafs 2003 kerana daripada menu
ini pengguna akan membuat carian ayat-ayat al-Quran dan boleh dipaparkan di skrin utama
perisian. Terdapat empat perincian pada pautan ini iaitu: Carian kalimah (‫)كلوت‬, perpindahan
ayat, )‫ (انتقال إلي‬dan carian berdasarkan tajuk-tajuk dalam al-Quran )‫ (هوضوعاث‬. Carian
daripada keempat-empat menu ini akan terpapar di menu )‫ (بحث‬terlebih dahulu sebelum dua
kali klik untuk dipaparkan di skrin utama perisian. Di menu ini juga ayat-ayat al-Quran boleh
dicari dengan menaip kalimah awal daripada mana-mana ayat kemudian, akan terpapar ayat
yang bermula dengan kalimah tersebut di menu )‫ (بحث‬disertakan dengan nama surah dan
nombor ayat. Bagi capaian cepat untuk mendapatkan ayat, pengguna boleh menaip nama
surah kemudian letakkan “ - ” dan nombor ayat, contoh {٣-‫} ص‬.
Seterusnya, masuk ke menu (‫)كلوت‬, pengguna boleh menggunakan menu ini dengan
menulis kalimah yang dicari sama ada dalam bentuk kalimah yang sempurna atau huruf
sahaja, kemudian pilih sama ada kalimah yang dikehendaki daripada ayat yang terkandung
kalimah tersebut, ayat yang bermula dengan kalimah ataupun ayat yang berakhir dengan
kalimah tersebut.
Menu kedua menyediakan kepada pengguna untuk mencari ayat al-Quran melalui
kaedah carian (‫)هفرداث‬, pengguna di beri pilihan untuk mencari dengan kalimah yang
sempurna ataupun huruf sahaja. Di samping itu juga, pengguna boleh memilih sama ada hasil
carian untuk dua kalimah yang dikehendaki berturutan atau berasingan dalam ayat tersebut.
Menu yang ketiga )‫ (انتقال إلي‬ialah capaian kepada ayat melalui nama surah, nombor
ayat, muka surat dan juzuk. Pengguna boleh mencari ayat yang dikehendaki dengan menaip
kaedah tersebut. Tetapi melalui kaedah muka surat, ianya mestilah berpandukan Mushaf al-
Madinah al-Munawwarah tulisan „Uthmaniah yang mengandungi 604 muka surat. Melalui
menu ini juga, pengguna boleh mencari semua ayat-ayat sajadah yang terkandung dalam al-
Quran dengan mudah dengan hanya meng‟klik‟ menu sajadah, pengguna boleh mengetahui
surah dan nombor ayat tersebut.
Pada akhirnya, menu )‫(هوضوعاث‬, yang membolehkan pengguna boleh mencari ayat-
ayat al-Quran yang berkaitan dengan sesuatu kisah, tajuk ataupun hukum-hakam, dengan
menaip ataupun mencari di menu sahaja. Contoh berkaitan dengan rukun-rukun Islam di
bawahnya terdapat lagi tajuk-tajuk kecil yang berkaitan dengan rukun-rukun Islam seperti
solat. Ayat-ayat yang berkaitan dengan tajuk tersebut akan terpapar di menu )‫ (بحث‬setelah
di‟klik‟ .

4.2.2 Menu (2): Maktabah al-Tafasir

Menu yang kedua bagi perisian ini ialah (‫)هكتبت التفاسير‬, menu ini dihubungkan dengan
internet untuk mendapatkan maklumat. Pengguna diberi pilihan kitab tafsir yang dikehendaki
seperti Tafsir al-Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir al-Baidawi dan sebagainya, dan disertakan
juga sebab turunnya semua ayat-ayat al-Quran. Di sini, pengguna boleh membezakan dengan
cepat bagaimana penulis kitab-kitab ini mentafsir ayat-ayat al-Quran mengikut kaedah
masing-masing.

4.2.3 Menu (3): al-Maktabah al-Islamiyyah

Dalam menu ini terdapat 10 buah kitab yang berkaitan dengan al-Quran seperti
berikut: I„jaz al-Quran, Fada‟il al-Quran, Manahil al-„Irfan, Kitab al-Sab„ah fi al-Qira‟at, Hirz
al-Amani, Usul al-Qira‟at, Jawahir al-Quran, al-„Itqan, dan lain-lain. Walau bagaimanapun,
untuk mendapat maklumat melalui menu ini, pengguna perlu mempunyai sambungan dengan
internet. Jika tiada internet, maka pengguna tidak boleh melihat maklumat yang di sediakan di
dalam menu ini dengan lebih terperinci lagi.
4.2.4 Menu (4): al-Fatawa al-Qur’aniyyah

Menu (‫ )الفتاوى القرآنيت‬berkaitan dengan al-Quran di mana terdapat 37 soalan berserta


jawapan tentang kemusykilan mengenai al-Quran dari sudut maksud perkataan dalam surah-
surah tertentu, hukum membaca al-Quran, pelbagai keadaan dan situasi serta masalahnya dan
lain-lain lagi.

4.2.5 Menu (5): Maktabah al-Ma’ajim wa al-Mustalahat

Menu (‫ )الوعاجن‬menyediakan sumber kamus-kamus untuk dijadikan bahan rujukan di


mana pengguna boleh mencari sebanyak 21187 perkataan, sebagai contoh maksud ( ‫ ) آ‬dan
akan diterangkan dengan lebih terperinci lagi. Terdapat lima jenis kamus dalam menu ini
iaitu : Lisan al-„Arab, al-Qamus al-Muhit, Mukhtar al-Sihah, al-Mufradat fi Gharib al-Quran,
dan al-Ta„rifat.

4.2.6 Menu (6): Ahkam al-Tilawah


Menu (‫ )أحكام تالوة‬dalam perisian ini mengandungi 10 hukum berkaitan Tilawah al-
Quran berserta dengan keterangannya. Hukum yang dibincangkan dalam menu ini ialah:
makharij huruf, hukum nun sakinah, hukum ra‟, hukum mad, dan sebagainya. Menu ini
bertujuan untuk memudahkan pengguna mempelajari hukum-hukum tilawah dengan
menggunakan skrin komputer. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat
pengguna untuk mengetahui dan mendalami ilmu tajwid dengan sempurna selain mengetahui
cara membaca al-Quran dengan betul.

4.2.7 Menu (7): Maklumat Quraniyyah

Menu )‫ (هعلوهاث قرآنيت‬ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mendapatkan


maklumat tentang al-Quran. Antara maklumat yang boleh didapati dalam menu ini ialah
maklumat berkenaan surah-surah al-Quran, individu-individu penting dalam perkembangan
dan pengkajian al-Quran, dan penulisan penting dalam Ilmu al-Quran.

4.2.8 Menu (8): Masyahir al-Qurra’

Menu (‫ )هشاهير القراء‬bertujuan untuk memperdengarkan contoh bacaan al-Quran


daripada Qura‟ yang mahsyur. Dalam menu ini terdapat 9 orang Qura‟ antaranya Abu Bakar
al-Syatiri, Muhammad Abdul Karim, Hani al-Rifa„i, Masyari al-Afasi dan sebagainya.

4.2.9 Menu (9): Ad‘iyyah (Doa-doa)


Menu (‫ )أدعيت‬menyediakan pilihan doa-doa khatam Quran kepada pengguna, disini
pengguna boleh mendengar bacaan doa khatam Quran dari 7 sheikh yang berbeza. Hanya
dengan klik pada nama sheikh dan butang (‫)قراءة‬, pengguna akan diperdengarkan dengan
bacaan doa ini.

4.2.10 Menu (10): Qiraat

Menu )‫ (قراءاث‬memberi peluang kepada pengguna untuk mendengar perbezaan


bacaan Imam Qiraat Tujuh bersama muridnya. Menu ini hanya mendatangkan satu surah
sahaja iaitu surah al-Humazah dan untuk mendengar bacaan Qura‟, pengguna hanya klik pada
nama Imam Qiraat Tujuh dan klik butang )‫(تالوة‬

4.2.11 Menu (11): Hadha al-Mushaf

Menu (‫ )هذا الوصحف‬memberi maklumat kepada pengguna berkaitan dengan simbol


warna untuk hukum tajwid dan tanda waqaf yang digunakan dalam ayat al-Quran. Contohnya
bagi alamat waqaf (‫ )صلي‬ditandakan dengan warna merah menunjukkan lebih baik
meneruskan bacaan.

4.2.12 Menu (12): al-Mausu‘ah al-Qur’aniyyah

Menu (‫ )التعليواث‬memberikan maklumat kepada pengguna berkaitan dengan cara untuk


menggunakan perisian QuranHafs 2003 dengan lengkap beserta sejarah perisian ini dicipta.
Setiap menu yang ada dalam perisian ini diterangkan fungsinya satu persatu di dalam menu
ini.

5.0 Rumusan dan Kesimpulan


Kertas kerja ini telah membincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi al-Quran dan
al-Sunnah dengan memberikan situasi yang telah dilalui selama ini. Dalam hal ini, Rasulullah
 sebagai rasul pembimbing seluruh alam tidak melarang penggunaan teknologi dalam
penyampaian ilmu, malah Baginda  turut mengaplikasikan apa yang terdapat pada zaman
tersebut. Penggunaan teknologi masa kini yang berbentuk digital telah memudahkan lagi
proses itu. Kemunculan perisian seperti Perisian QuranHafs 2003 yang berkaitan al-Quran
dan al-Sunnah mempunyai banyak kelebihan dan faedah terutama dalam memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah sama ada di peringkat sekolah
mahupun di peringkat pengajian tinggi. Bahkan, dengan menggunakan perisian yang sebegini
dapat mewujudkan suasana kelas yang lebih menarik dan interaktif. Oleh yang demikian,
diharapkan agar para pendidik dalam lapangan ini mengambil faedah daripada kemudahan
teknologi seumpama ini sebagaimana Rasulullah  berusaha sedaya upaya menggunakan apa
yang terdaya oleh Baginda  dalam mendidik ummah ini.
6.0 Rujukan

al-Qur’an dan Terjemahannya. 1412H. al-Madinah al-Munawwarah: Mujamma„ Khadim al-


Haramayn al-Sharifayn al-Malik Fahd li Tiba„at al-Mushaf al-Sharif.

Abdul Qadir Leong al-Azhari. 1997. Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan
Islam. Kuala Lumpur: JAPIM.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM.

al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. 2000. Sahih al-Bukhari, Syarh Fath al-Bari
oleh Imam Ibn Hajar. al-Riyad: Dar al-Salam.

Jamaluddin Abdul Jabbar. 2001. Metodologi Pendidikan Tilawah al-Quran al-Karim. Kuala
Lumpur: Prospecta Printers Sd. Bhd.

Hassan Mahmud al-Hafiz. 1986. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani. Kuala
Lumpur: Dinie Publisher.

Huda „Ali Jawwad al-Shamriyy dan Sa„dun Mahmud al-Samuk. 2004. al-Turuq al-‘Ilmiyyah
li Tadris al-Hadith wa al-Sirah wa al-Fiqh min al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. „Amman:
Dar Wa‟il li al-Nashr.

Surur Shihabuddin. 2005. Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq al-
Syatibiyyah. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd.

Mohd Yusof Ahmad. 2004. Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Yusof al-Hamadi. 1987. Asalib Tadris al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Riyadh: Dar al-Marikh.

Anda mungkin juga menyukai