Anda di halaman 1dari 38

Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah?

1
________________________________________________________________________

DOA QUNUT
ZIKIR DAN WIRID
BID’AH?
?
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 2
________________________________________________________________________

Tajuk:

Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah?

Disusun oleh
Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari

Cetakan Pertama: 2008M/1429H


Cetakan Kedua: 2009M / 1430H
Cetakan Ketiga: 2010M / 1431H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-983-3343-37-9

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi


kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara
sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak
penerbit iaitu Sekretariat Penjelasan Hukum Isu-Isu Akidah
Dan Syariah, Majlis Agama Islam Johor.

Disemak dan ditashih oleh:


Lujnah Penyemakan dan Pentashih Penerbitan Agama
Johor
Majlis Agama Islam Negeri Johor

Diterbitkan oleh:
Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,
Majlis Agama Islam Johor.
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh:
Master Gifts Sdn. Bhd.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 3
________________________________________________________________________

DOA QUNUT
ZIKIR DAN WIRID
BID’AH?

Disusun Oleh

Haji Jainal Sakiban Al-


Al-Jauhari
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 4
________________________________________________________________________

ISI KNDUNGAN

Perkara Hal

Pertama
 Hukum doa qunut dalam solat Subuh
 – Mukadimah .................................... 5
 Penjelasan Mufti Mesir ....................... 6
 Pendapat Imam al-Nawawi ................. -
 Dalil disunatkan qunut ......................... 8
 Pendapat Ulama’ ................................ 11
 Kesimpulan ......................................... 17

Kedua

 Permasalahan zikir – Mukadimah ....... 18


 Zikir mengikut al-Quran ...................... 19
 Zikir mengikut Sunnah ....................... 21
 Zikir dengan suara yang nyaring ........ 32
 Kesimpulan ......................................... 35
 Rujukan .............................................. 37
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 5
________________________________________________________________________

Pertama

HUKUM DOA QUNUT


DALAM SOLAT SUBUH

Mukadimah

Membaca Qunut dalam solat Subuh merupakan antara perkara


khilafiyah yang kini diketengahkan dalam masyarakat. Amalan
tersebut antara yang dihukumkan bid’ah oleh golongan yang
berfahaman Wahabi. Persoalan, adakah membaca doa Qunut itu
diharuskan, disunatkan atau dimakruhkan adalah merupakan
persoalan yang menarik untuk dibincangkan.

Bagi mengetahui persoalan ini dengan lebih tepat, mari


kita lihat huraian para ulama’ muktabar mengenai perkara
tersebut berdasarkan sumber syarak.

Menurut al-Imam Muhammad Idris al-Syafie r.h yang kita


anuti dan dianuti oleh sebahagian daripada ulama’-ulama’ besar
seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi, Imam Ibn Hajar al-
Haithami, Imam al-Ramli, Imam Khatib Syarbini, Imam Zakaria al-
Ansori dan lain-lain, bahawa hukum membaca doa Qunut pada
i’tidal rakaat yang kedua pada solat Subuh adalah sunat ab’adh,
yakni sesiapa yang meninggalkannya disunatkan sujud sahwi
sebelum salam daripada tahiyat dan selawat, maka berpahalah
yang mengerjakannya dan tidak berdosa yang meninggalkannya.
(Al-Dalail al-Muniqah Fi Bayan Adillah al-Masail al-Khilafiyyah: :17)
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 6
________________________________________________________________________

PENJELASAN MUFTI MESIR

Mufti Mesir, Dr. Ali Jumaat, (Mufti al-Diyar al-Masriyah) dalam


kitabnya Al-Bayan Lima Yasyghalu al-Adzhan, telah
menghuraikan mengenai masalah Qunut bagi menolak dakwaan
yang dibangkitkan oleh golongan yang mendakwa qunut itu
bid'ah.

Menurutnya, masalah Qunut dalam solat Subuh


merupakan masalah cabang (furu') dalam ilmu fiqah yang tidak
sewajarnya menyebabkan mereka membenci dan bermusuhan.
Dalam soal ini tambahnya lagi, ahli-ahli fiqah berselisih pendapat
mengenainya. Imam mazhab Syafie dan Maliki mengatakan
hukumnya sunat, manakala Mazhab Hanafi dan Hanbali
mengatakan tidak ada Qunut dalam solat Subuh. (Dr. Ali Jumaat,
tahun 2005: 257).

PENDAPAT IMAM AL-NAWAWI

Imam al-Nawawi, seorang tokoh mazhab Syafie yang disegani


dalam Majmu’ Syarah al-Muhazzab menjelaskan: Dalam mazhab
kami, yakni Mazhab Syafie bahawasanya disunatkan membaca
Qunut di dalam solat Subuh itu sama ada ketika turun bala
bencana atau pun tidak. Maka dengan ini kebanyakan ulama’-
ulama’ salaf dan mereka yang kemudian daripadanya atau
kebanyakan daripada mereka menghukumkan sunat membaca
Qunut pada solat Subuh. Di antara ulama’ salaf yang berkata
demikian ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar ibn al-Khattab, Uthman
ibn ‘Affan, Ali ibn Abu Talib, Ibn Abas, al-Barra’ ibn ‘Azib r.a.
(Imam al-Nawawi, Majmu’ Syarah al-Muhazzab (3/504)

Daripada keterangan Imam al-Nawawi itu, menjelaskan


kepada kita bahawa sahabat-sahabat Nabi SAW yang utama
semuanya membaca Qunut pada solat Subuh, maka perbuatan
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 7
________________________________________________________________________

para sahabat ini adalah hujah al-ummah, pemimpin-pemimpin


umat Islam yang sah diikuti oleh seluruh umat Islam sesuai
dengan sabda Nabi SAW: “Sahabatku bagaikan bintang sesiapa
yang menjadikannya sebagai ikutan maka mereka akan dapat
pertunjuk”.

Kata Imam al-Nawawi: Ketahuilah bahawa doa Qunut


dalam solat Subuh itu dituntut dalam mazhab kita (mazhab
Syafi’e), hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan hadis
daripada Anas ibn Malik r.a :

  :
   .  

     
  
  !" # $ &%
'  (  '
) *
 0
12 3 $ /  - 54 6( 78 9
 &  
9
 # : ;  7$-<
= > + ,- .  $ /  -
7D,E
 
: * F  %G
F A /  
 ?
  /  
: * @   
 A , $ &BC
 * *0 .
18 (
K  A # L 0 $ &3  7MD=
 JI
&3 $  H
 9
C
 # .  ?
  /  
> ,   !  &
.8 9
 &  
9
 # . N ?
  /  
 A O
Ertinya: Rasulullah SAW. sentiasa membaca doa Qunut dalam
solat Subuh sehingga Baginda wafat. Para sahabat mengatakan:
Sekiranya ditinggalkannya tidak membatalkan solatnya, tetapi
diganti dengan sujud sahwi (lupa) sama ada ditinggalkan dengan
sengaja atau terlupa. Tempatnya ialah selepas bangkit daripada
ruku' pada rakaat yang kedua solat Subuh. Sekiranya anda
berqunut sebelum ruku' tidak dikira Qunut mengikut pendapat
yang paling tepat, dan perlu mengulanginya selepas ruku',
kemudian sujud sahwi (sujud kerana terlupa).
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 8
________________________________________________________________________

Dalil Disunatkan Qunut

Antara dalil-dalil dan hujah yang berkaitan dengan doa Qunut


dalam solat Subuh adalah seperti berikut:

1. Hadis Anas ibn Malik

Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi


dan Dar al-Qutni:

. N . 8 &3 3 #
1 8 P  !  . &%(  $ &3 $ &%
%&=
  ,!
L% 0 R
Q 0 : 3
.  

     !" # ' S # . & D ,E
 *T 7U -
Ertinya: Dari Anas ibn MaliK, bahawa Nabi SAW berqunut
selama sebulan kerana mendoakan (kecelakaan ke atas orang-
orang yang menganiayai sahabat-sahabatnya) kemudian
ditinggalkan. Adapun Qunut solat Subuh Baginda sentiasa
mengerjakannya sehingga Baginda wafat. (Imam al-Nawawi,
Majmu’ Syarah al-Muhazzab (3/504).

Penjelasan hadis ini, bahawa di zaman Nabi ada


sebilangan sahabat telah dibunuh dengan aniaya lagi kejam,
maka Nabi sangat sedih dan terharu mendapat perkhabaran itu
lantas Nabi berdoa di dalam Qunut Subuh supaya orang-orang
yang membunuh sahabat-sahabat Baginda ditimpakan musibah
oleh Allah. Kemudian Qunut itu diberhentikan kerana dilarang oleh
Allah dengan turunnya ayat dalam surah Ali Imran ayat 127:

öΝßγ¯ΡÎ*sù öΝßγt/Éj‹yèム÷ρr& öΝÍκö n=tæ z>θçGtƒ ÷ρr& íóx« ÌøΒF{$# zÏΒ šs9 }§øŠs9

. šχθßϑÎ=≈sß
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 9
________________________________________________________________________

Ertinya: (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak mem-


binasakan satu Golongan dari orang-orang kafir atau menghina
mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan
hampa kecewa.
2. Hadis Abu Hurairah r.a

Dalam Tafsir Ibn Jarir al-Tobari menyebutkan:

'  " # . &%(  $ &3 $ &%


%&=
  ,!
L / $ !3 $ &%
 V
  W  # X  O0 : 3
'  " # $ ( 0  @  #  ,M; # W 5I 6" 
: *  
  
W <
= : * Y
  # : 
_ 
. 8 &%
:\.]^  X  '  " # . N 7 2 Z

[
  !O K  2  : 2  $ &%
@ 2 (
:  A `
 9
 a
 Fb A O  O0 : O c
 d  Qe fX : O F 2 &(    
: O   

1!!( . 8 &3 8& A j
  `
 * &3 [
 -Th  i  P
. 8 &%
.: !* g a
: *
 E
 3 F E
 3  L
/ )  L <
 3   L C
  : A 
. 8&%
7k(  # M!9
 /
: * [
  R
   A- $    ' S  2 [
 m U  - $ 0 !l &O . N 7$ (   $ &%

.L 2  s . 8 t . 8 Opo A #  0 . 8 &3 q


  # 0 54 r P  * n

Ertinya: Daripada Abu Hurairah adalah Nabi SAW berkata ketika


selesai ia di dalam solat Fajar daripada bacaan dan takbir dan
mengangkat kepalanya kemudian ia berkata ( !O K  2  : 2  $ &%
@ 2 (
 2 Z

[
 ) pada hal Baginda masih berdiri, Ya Allah, lepaskanlah
Walid ibn Walid, Salamah ibn Hisyah, Ghiyasy Ibn Abi Rabi’ah
dan sekalian orang-orang mukmin yang di dalam kelemahan.
Ya Allah, berilah hukumanMu yang keras kepada Madhar dan
jadikanlah kemarau ke atas mereka seperti kemarau Nabi Yusof.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 10
________________________________________________________________________

Ya Allah, laknatkanlah olehMu akan Lahyan, Ra’lan, Zakwan dan


‘Ashiyah yang telah menderhaka kepada Allah dan rasuNya,
kemudian sampai khabar kepada kami bahawasanya doa itu Nabi
tinggalkan manakala turunnya firman Allah:

. (... 54  P  * n
[
  R
   )
Dari sini jelaslah kepada kita bahawa yang ditinggalkan
oleh Nabi SAW. itu Qunut Nazilah (doa qunut mohon kebaikan
apabila berlaku sesuatu bala bencana) yang Baginda SAW
mohon ditimpakan musibah ke atas orang-orang kafir. Ada pun
soal Qunut Subuh iaitu ( # X : 2     X
. 8 &%
) itu Nabi tidak pernah
meninggalkannya sehingga Baginda SAW wafat. (Al-Tobari,
4/ 89). Sahih Muslim 5/176-177).

Keterangan di atas dikuatkan dengan satu lagi hadis yang


diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:
?
  /  
 A O
18 P  !  . &%(  $ &3 $ &%
%&=
 $ &%
'  (  L% 0 R
Q 0 : 3
  !" # ' S # . & D ,E
 
 *T .$/  - . N q
  A 
5u ^
 &3  3  #
.  

  
Ertinya: Daripada Anas bahawasanya Rasulullah SAW berqunut
selama sebulan kemudian daripada ruku’ mendoakan supaya
ditimpakan musibah ke atas suku Arab badwi, kemudian Nabi
tinggalkannya. Ada pun Qunut pada solat Subuh Baginda
sentiasa membacanya sehingga Baginda SAW wafat. (Sahih
Muslim (5/180).

Difahamkan daripada hadis ini, bahawa Qunut yang


ditinggalkan oleh Nabi SAW. itu ialah doa memohon supaya
ditimpakan musibah kepada kabilah Arab badwi yang zalim itu,
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 11
________________________________________________________________________

bukannya Qunut Subuh sebagaimana pendapat setengah


golongan yang terpengaruh dengan Ibn Taimiyah dan Muhammad
ibn Abdul Wahab pengasas mazhab Wahabi.

PENDAPAT ULAMA’

Hukum membaca doa Qunut dalam solat Subuh mengikut ulama’


ada pelbagai pendapat, antaranya pendapat:

1. Ali ibn Ziyad

Mewajibkan membaca doa Qunut semasa solat Subuh,


maka sesiapa yang meninggalkannya batallah solatnya. Qunut
harus dilakukan sesudah ruku' pada rakaat kedua dan ia
merupakan amalan Umar yang diperakui dengan kehadiran para
sahabat.

2. Al-Qadi Abdul Wahab al-Baghdadi berkata:

Diriwayatkan daripada Abi Raja al-'Atharidi mengatakan:


Qunut itu selepas ruku' lalu ditukarkan oleh Umar sebelumnya
supaya orang yang lambat dapat bermasbuq. Diriwayatkan
bahawa orang-orang Muhajirin dan Ansar mereka bertanya
kepada Uthman, lalu dijadikannya sebelum ruku' kerana ia ada
tujuan yang tidak terdapat selepasnya iaitu berdiri semakin lama
dan membolehkan mereka yang terlambat untuk berjemaah,
kerana dengan berqunut itu salah satu cara memanjangkan
berdiri (qiam), dan sebelum ruku' lebih utama khasnya pada solat
Subuh.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 12
________________________________________________________________________

3. Mazhab Imam Syafi’e

Mazhab Syafi’e begitu menekankan mengenai doa Qunut


ini, kerana dalil mengenainya begitu kuat, antaranya seperti
berikut:

i. Hadis Abu Hurairah

: * $ (
 @ 
mv (x) $ &%
'  (  L / :'  W  # X O0 K
 *
:u5^3 

p8 O  3   7F %G
F A /  
 D ,E 
W <
= : * ?   /  

[
 & :{W ,3 $  "8 ,
i
) .z
...  # X : 2   X
. 8 &%

. #i 3 : * S A # n  :
,+ 
i
) . `  * &3  2 Z 

Ertinya: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata: Bahawa


Rasulullah SAW. apabila mengangkat kepalanya daripada ruku'
solat Subuh pada rakaat yang kedua, maka Baginda berdoa: . 8 &%

z
...  # X : 2    X
dan al-Baihaqi menambah ungkapan: [
 |&
 |`  * &3  2 Z

dan al-Tobari menambah:  |#i 3 : |* S |A# n  .
(Diaporkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak (4/298). Al-Baihaqi
dalam Sunan al-Shughra (1/276). Al-Tobrani dalam al-Ausat
(7/232). Subul al-Salam (1/186-187).

ii. Hadis dari Anas Ibn Malik:


 

     
  
  !" # $ &%
'  (  '
) *
Ertinya: Rasulullah SAW. sentiasa membaca doa Qunut dalam
solat Subuh sehingga Baginda SAW. wafat.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 13
________________________________________________________________________

(Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad (3/162). Abdul


Razak dalam Musannifnya (3/110). Dar al-Qutni dalam Sunannya
(2/39). Al-Haithami dalam Majma' al-Zawaid (2/139). Al-Hakim
dalam Arba'innya dia mengatakan hadis ini sahih dan semua
periwayatnya dipercayai (thiqat).

Kemudian Anas ditanya: Adakah Rasulullah SAW


berqunut pada solat Subuh? Beliau menjawab: Ya. Lalu ditanya
lagi: Sebelum ruku' atau sesudah ruku'? Dijawabnya: Sesudah
ruku'. (Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya (1/486) dan Abu
Daud dalam Sunannya (2/68).

iii. Hadis Abu Hurairah r.a

%&=  $ &%
'  (  O W} < =  . ; O 0 0 $ &%
 : '  W  # X O0 : 3
W <
=  : * W  ~ n
F A /  
  !" # W  # X  O0 L / . &%(  $ &3 $ &%

: !* g 2 &   3  # 7K 2  : 2  $ &%


@ 2 ( :'  " # *  A O D ,E  

. %; 
: A & # 
 !* g a

Ertinya: Daripada Abi Hurairah r.a. berkata: Demi Allah aku orang
yang paling hampir dengan Rasulullah SAW dalam solat, dan Abu
Hurairah berqunut pada rakaat yang akhir dalam solat Subuh
selepas mengucap (Allah mendengar mereka yang memujinya)
dan dia mendoakan orang-orang mukmin, mukminat dan
melaknat orang-orang kafir. (Al-Baihaqi dalam Sunan al-Sughra
(1/277).
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 14
________________________________________________________________________

iv. Hadis Abdullah ibn Abas

. &%(  $ &3 $ &%


%&= $ &%
'  (  L / :'  € Q ,3 : O $ &%
 ,3 : 3 
: 2   X
. 8 &%
:D,E
 
W <
=  : *   !" 
 $ O  3   5 ^3i !2 &oA #
2 ! U  O 7  % - : 2  !% - 7  3 :2 ! 3 7 # X
n $ v 7[&3 `" # n  `" - [  v 7 `   *  P !  7 + 3 0
.  A- !O  /  ,- 7 
 : * 'B p #
Ertinya: Daripada Abdullah ibn Abas berkata: Rasulullah SAW.
mengajar kita berdoa dengannya dalam qunut pada solat Subuh
dengan sabdanya: Ya Allah tunjukkanlah kepada kami
sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan pertunjuk,
afiatkanlah kami seperti mereka yang telah Engkau afiatkan,
pimpinlah kami sebagaimana mereka yang Engkau telah pimpin,
Maha Berkuasa Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi,
peliharalah kami dari kejahatan yang telah Engkau tetapkan,
sesungguhnya Engkau yang menghukum dan tidak ada yang
menghukum ke atasMu, sesungguhnya tidak menjadi hina mereka
yang Engkau bimbing, Engkau berkatilah kami ya Allah dan
Engkau yang memberi ketinggian. (Al-Baihaqi dalam Sunan al-
Kubra (2/210).

v. Imam al-Suyuti

Dalam kitab Jami’ al-Shaghir Imam Al-Sayuti menyebutkan


hadis berikut:
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 15
________________________________________________________________________

F  %G
F A /  
 D ,E
 
W <
= : * ?   /  
: * $ ( 0  @ 
mv L /
:bF#
  . # X : 2   X
. 8 &%
:u5^3 

p8 O  3  # $ ## @  #
Fb A /   ~ 6  D ,E  
W <
=  ?   /  
: * $ ( 0  @ 
mv $ 0
. ! 
Ertinya: Baginda SAW apabila mengangkat kepalanya daripada
ruku' semasa solat Subuh pada rakaat kedua, Baginda
mengangkat dua tapak tangannya lalu berdoa dengan doa ini: Ya
Allah tunjukkanlah kepadaku sebagaimana yang Engkau telah
berikan pertunjuk. Mengikut riwayat: Baginda SAW apabila
mengangkat kepalanya daripada ruku' semasa solat Subuh pada
rakaat yang akhir lalu berqunut.
(Al-Suyuti dalam Jami' al-Shaghir (1/157). Al-Syeikh al-Albani,
ulama’ Wahabi sendiri mengatakan hadis ini sahih. Sahih al-Jami'
no. 4730.)

v. Al-Hassan ibn Ali

Adapun lafaz yang dipilih untuk diperkatakannya ialah


apa yang diriwayatkan daripada al-Hassan ibn Ali r.a. berkata:

: 2  ‚
 X
. 8 &%
:- 
 : 8   0  b 2&/ $ &%
'  (   !2 &%3 :' 
2  u U  O 7 % - : 2   !% - 7  3 :2  ! 3 7 # X
n $ v  7[&3 `" # n  `" - [  t7 `   *  P  !  7 + 3 0
.  A- !O  /  ,- 7 
 : * 'B p #
Ertinya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami pada mereka yang
Engkau telah berikan pertunjuk, afiatkanlah kami seperti mereka
yang telah Engkau afiatkan, pimpinlah kami sebagaimana Engkau
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 16
________________________________________________________________________

telah pimpin, berkatilah kami sebagaimana yang telah Engkau


berikan, peliharalah kami dari kejahatan yang telah Engkau
tetapkan, sesungguhnya Engkau yang menghukum dan tidak ada
yang menghukum ke atasMu, sesungghnya dia tidak
menghinakan mereka yang Engkau bimbing, Maha Berkat Engkau
wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.

Ada ulama’ yang menambah: ( |#i 3 : |* S A # n  ) sebelum


(  A- !O  /  ,-) dan sesudahnya dibaca ungkapan ( &3  2 Z

[
 &
(.[
  v q
  -0 U   l ( 0 7 `
  *

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Raudhah pula


mengatakan: Tidak mengapa tambahan ini. Abu Hamid, al-
Bandaniji dan lain-lainnya mengharuskannya. (Dinukil daripada al-
Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj (1/503).

Sunat diikuti selepas membaca doa ini dibaca:


( . &o(
  b 2 C
 * ' 6 &3  b 2 C
 * &3 >o =
 .8 &%
) Inilah bentuk yang sahih dan
masyhur.

Disunatkan menggunakan lafaz:

@ `
ƒ   7[&3 > /%   7[  O : * g  7U  l 9
  7[  !A 9
  v . 8 &%

&oE
  [   7 ,A  U #v . 8 &%
7U  ; # : * U   @ &ƒ   7[
L% v 7[O
p 3 „ ƒ 7[2    j   7 C   A9   [  v 7 9  
.\†C  & *  %;  O  …

[  O
p3
Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya kami mohon pertolonganMu dan
kami mohon keampunanMu, kami beriman denganMu dan kami
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 17
________________________________________________________________________

bertawakkal ke atasMu, dan kami tunduk patuh kepadaMu, dan


kami tinggalkan mereka yang kufur kepadaMu. Ya Allah,
kepadaMu kami sembah dan bagimu kami berselawat dan
bersujud. KepadaMu kami berusaha dan melakukan tumpuan,
kami mengharapkan rahmatMu dan kami takut azabMu,
sesungguhnya azabmu pasti akan menimpa orang-orang yang
kafir.
Berdasarkan perbincangan yang lalu, kita lebih memilih
mazhab Syafie yang mengatakan bahawa doa Qunut semasa
solat Subuh itu adalah sunat mu’akkad (digalakkan). Seterusnya
disunatkan bagi mereka yang meninggalkannya supaya sujud
sahwi (terlupa) untuk menampalnya, tetapi ia tidak membatalkan
solat dengan meninggalkannya.

Kesimpulan:

1. Qunut di dalam solat Subuh itu sunat hukumnya.


2. Memang benar ulama’ fiqah mazhab Syafie memfatwakan
bahawasanya Qunut Subuh itu sunat ab’ad, kiranya
ditinggalkan atau tertinggal sunat digantikan dengan sujud
sahwi.
3. Pengikut-pengikut al-Syafie jangan bimbang tentang
Qunut itu kerana ia tidak bid’ah dan tidak sesat.
4. Mereka yang mengatakan Qunut itu bid’ah bererti ia
menolak beberapa hadis Nabi SAW.

Wallahu a'lam.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 18
________________________________________________________________________

Kedua

PERMASALAHAN ZIKIR

Mukadimah

Zikir merupakan satu amalan yang digalakkan di dalam Islam. Ia


merupakan sebagai tanda ketinggian iman seseorang kepada
Allah S.W.T sama ada dilakukan secara individu atau berjemaah.
Amalan berzikir menjadi amalan para nabi, wali-wali dan orang-
orang yang salih dari kalangan umat Islam. Ia menjadi pengukuh
dan pemantap keimanan seseorang, selain ia menjadi pembersih
jiwa daripada perkara-perkara yang keji seperti riyak, ujub dan
sebagainya.

Wirid dan zikir memunyai persamaan dan perbezaan.


Persamaannya, kedua-dua amalan ini mengingati Allah dan
perbezaannya adalah wirid lebih khusus daripada zikir, kerana
zikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam keadaan apa pun.
Wirid mempunyai kaedah dan tatacaranya yang tersendiri seperti
wirid selepas solat fardhu, wirid khusus seperti Wirid al-Haddad,
Wirid Hujakan dan sebagainya.

Wirid mengikut Kamud Dewan (hal. 1807) mempunyai


makna sebagai: 1. petikan daripada Al-Quran yang ditentukan
untuk dibaca (dipelajari dan lain-lain); 2. Zikir yang dibaca selepas
sembahyang. Berwirid maknanya: membaca wirid, berzikir: lepas
sembahyang, mereka membilang tasbih. Manakala Syeikh
Muhammad al-Madini dalam artikalnya bertajuk al-Wird
memaknakan; zikir itu khusus daripada Al-Quran, sunnah
Rasulullah SAW dan amalan para ulama muktabar.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 19
________________________________________________________________________

Kenapa kita digalakkan berzikir? Menerusi zikir secara


amnya dan wirid secara khasnya membuat mukmin mendapat
ketenangan jiwa, sejuk hati dan sihat tubuh badannya. Ini
dirakamkan oleh Al-Quran dalam Surah al-Ra'du ayat 28:

∩⊄∇∪ Ü>θè=à)ø9$# ’È⌡yϑôÜs? «!$# Ìò2É‹Î/ Ÿωr&

Ertinya: "Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati


manusia."

Sebagai amalan khusus yang mempunyai tatacaranya


sendiri, wirid mempunyai dasar hukum bersumber daripada al-
Quran dan sunnah Nabi.

Dalil al-Quran yang menggalakan kita berzikir dan


mengingati Allah S.W.T secara umum antaranya, seperti berikut:

ZIKIR MENGIKUT AL-QURAN


Al-Quran amat menggalakkan berzikir dan mengingati Allah
S.W.T pada setiap masa dan ketika. Antara saranan Al-Quran
mengenai zikir diperturunkan seperti berikut:

1. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 152:

∩⊇∈⊄∪ Èβρãàõ3s? Ÿωuρ ’Í< (#ρãà6ô©$#uρ öΝä.öä.øŒr& þ’ÎΤρãä.øŒ$$sù

Ertinya: Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi


hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu
dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan
janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

2. Firman-Nya lagi dalam surah Ali Imran ayat 191:


Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 20
________________________________________________________________________

öΝÎγÎ/θãΖã_ 4’n?tãuρ #YŠθãèè%uρ $Vϑ≈uŠÏ% ©!$# tβρãä.õ‹tƒ tÏ%©!$#

Ertinya: Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah


semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring.

3. Firman-Nya lagi dalam surah al-Ahzab ayat 35:

#·ô_r&uρ ZοtÏøó¨Β Μçλm; ª!$# £‰tãr& ÏN≡tÅ2≡©%!$#uρ #Z,ÏVx. ©!$# šÌÅ2≡©%!$#uρ

∩⊂∈∪ $Vϑ‹Ïàtã
Ertinya: Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah
banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut
nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar.

4. Firman-Nya lagi dalam surah al-Ahzab ayat 41-42:

Zοtõ3ç/ çνθßsÎm7y™uρ ∩⊆⊇∪ #Z,ÏVx. #[ø.ÏŒ ©!$# (#ρâ è0øŒ$# (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊆⊄∪ ¸ξ‹Ï¹r&uρ
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur
kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan
serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu
kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 21
________________________________________________________________________

ZIKIR MENGIKUT SUNNAH


Hadis-hadis yang menjelaskan mengenai zikir secara berjamaah,
antaranya seperti berikut:

1. Hadis daripada Abu Hurairah r.a.

$ &3 $ &%
%&=  $ &%
'  (  '  :'  $ !3 $ &%
 V   W # X  O0 : 3

mt  / po 
> X 0 L  9
 2 & # † # +% 
 L    + # F} ; ]‡* $ &% L% v) : . &%( 
:'  ..; j  v
2& X :
i !- $ &%
L   / p # 1* 
j 
 X  – . 8 O . 8  T9   :'  .  
5u ^29  
v . 8 C  !j TO . 8  B C
 
[   ,M; # [   C  ,M9
 # :L   " # :'  ‰Š,3 '  " # * – . 8 O . &3 0
:L   "  :'  ‰ 0 > X : ' "  :'  .[   M 2 # [   2 C  #
  :L   " # :'  ‰ 0   k  / : ' "  :'  U  0 * $ &%
 n
. 1C,9  - [    G/ 0 7
1  2 - [    P 0 7 W} i ,3 [    P 0
 / U  0
> X  : ' " # :'  7F!… 
[    T9 # :'  ‰  T9  # 2 : ' " # :' 
  k  ;  : ' " # :'  . X0 * q M  # $ &%
 n :L   " # :'  ‰ X 0
7 1=  8&3  P 0
 / X 0 . 8 0   :L   " # :'  ‰ X 0 . 8 0
:L   " # :'  ‰L m  A # . 2  :'  F} ,d  8 . ‹ 3 0 7 1,&h 8  P 0
. X 0 * $ &%
 n :L   " # :'  ‰ X 0 > X  : ' " # :'   !
: *
 P 0
 / X 0   :L   " # :' " ‰ X 0   k  ;  : ' " # :' 
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 22
________________________________________________________________________

   d    M0 . /  8 P T :'  "  '  7F}  ƒ* 8  P 0 7
1
  8!*
5I ^Œ j 2v 7.8 !* R  L{ <   . 8  :F; ]‡a
: * [ \ &* '  " # :'  ..8 
..8 9  &j . 8 O "f  # n 5 ^9
 &…

. X :'  .bFj C
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW.
bersabda: Bahawasanya bagi Allah itu ada para malaikat, mereka
sentiasa berjalan sepanjang jalan untuk mencari ahli zikir. Maka
apabila mereka mendapati sesuatu kaum itu berzikir kepada
Allah, mereka diseru: Bersegeralah memohon apakah hajat
keperluanmu. Dikatakan: Mereka melindungi mereka dengan
sayapnya hingga ke langit dunia. Dikatakan: Maka mereka pun
memohon kepada Tuhan mereka - sedangkan Allah lebih
mengetahui daripada mereka - : Ditanya kepada malaikat, apakah
yang dikatakan oleh hamba-hambaku? Malaikat mengatakan:
Mereka bertasbih kepadaMu, mereka bertakbir kepadaMu dan
mereka sentiasa memuji-mujiMu dan mereka mengagungkanMu.
Tuhan bertanya lagi: Adakah mereka melihat akan daku? Malaikat
mengatakan: Mereka tidak melihatMu. Dikatakan, Bagaimana
kalau mereka melihat Aku? Dikatakan, Andainya mereka melihat-
Mu nescaya mereka akan lebih kuat lagi ibadatnya, dan akan
lebih memuliakan-Mu dan lebih banyak bertasbih kepadaMu.
Tuhan bertanya lagi: Apakah yang mereka minta kepadaKu?
Dikatakan: Mereka meminta syurga. Tuhan bertanya lagi: Adakah
mereka nampak syurga? Malaikat mengatakan: Mereka tidak
nampak syurga. Tuhan bertanya lagi: bagaimana halnya jika
mereka melihatnya? Malaikat mengatakan: Jika sekiranya mereka
melihat syurga, nescaya mereka akan lebih berhati-hati, mereka
akan lebih banyak berdoa dan mereka akan lebih hebat
keinginannya. Tuhan bertanya lagi: Apakah yang mereka ingin
elakkan? Malaikat mengatakan: Mereka mengelak daripada api
neraka. Tuhan bertanya lagi: adakah mereka melihatnya?
Malaikat mengatakan: Mereka tidak melihatnya. Tuhan bertanya
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 23
________________________________________________________________________

lagi: Bagaimana kalau mereka melihatnya? Tuhan bertanya lagi:


Sekiranya mereka melihat neraka, mereka akan lari sejauh-
jauhnya dan mereka akan lebih takut kepadanya. Dikatakan, Allah
berfirman: Bahawa aku bersaksi kepada kamu, bahawa Aku telah
mengampunkan dosa-dosa mereka. Dikatakan, ada malaikat yang
berkata, pada kalangan mereka ada individu yang bukan dari
golongan mereka, malahan ianya datang kerana mempunyai
keperluan. Dikatakan, tidak akan ditimpa kecelakaan orang yang
duduk dalam majlis zikir. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (6408).
Muslim (6780). Al-Tirmizi (3600). Ahmad (2/251).

2. Hadis daripada Ma’awiyah r.a.

Ž   ~ . &%(  $ &3 $ &%


%&=  $ &%
'  (  L% 0 $ !3 $ &%
 V
  F # A* : 3
$ &%
 / p  !9  &j :
   ‰.; 9  &j 0 * :' " $ O C=  0 : * Fb " & &3
n% v . ; 9  &j 0 * $ &%6 :'  7 !&3 : *  e <  ( <  
X * &3 K  2 C  
F} 2 8 - . ;  &C
 ( 0 .   Mv *0 :'  .U
m n% v !9  &j 0 * $ &%
 :
   ‰U
m
. ; O  X ,# >% j  S 3 $ &%
L% 0   ,~ T > # ,j   -0  !M;  . ; 
.F; ]‡a

Ertinya: Daripada Ma’awiyah r.a bahawa Rasulullah SAW keluar


ke perkumpulan para sahabatnya lalu bersabda: Apakah yang
mendorong kamu berkumpul di sini? Mereka menjawab: Kami
duduk di sini kerana mengingati Allah dan memuji-mujiNya ke
atas apa yang telah diberikan pertunjuk kepada kami dan apa
yang telah Allah kurniakan ke atas kami mengenai diutuskan
kamu sebagai Rasul. Nabi bertanya lagi: Hanya cuma kerana itu
kamu berkumpul? Mereka menjawab: Demi Allah hanya kerana
itu kami berkumpul. Lalu Nabi bersabda: Bahawa aku tidak
menyangka apa-apa kepada kamu, tetapi aku didatangi oleh
malaikat Jibril memberitahu kepadaku bahawa Allah S.W.T amat
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 24
________________________________________________________________________

bermegah mengenai kamu kepada para malaikat. (Diriwayatkan


oleh Muslim (6797). Al-Tirmizi (3379). Al-Nasa’i (5441). Ahmad
(4/92).

3. Hadis daripada Anas r.a.

:.&%(  $ &3 $ &%


%&=
 $ &%
'  (  '  :'  $ !3 $ &%
 V
  R Q 0 : 3 
‰F!…

  # * $ &%
'  (  # :
   .
A-  F !…

  # O . -  *
mv
./ po 
† & :' 
Ertinya: Daripada Anas r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Sekiranya kamu melalui taman-taman bunga di syurga, hendaklah
kamu bersenang-senang. Mereka bertanya, wahai Rasulullah apa
(riyad al-jannah itu?) Baginda bersabda: Halaqah zikir.
Diriwayatkan oleh Ahmad (3/150). Al-Tirmizi (3510). Al-Suyuti
dalam kitab Jami’ al-Shaghir (859) dan dikatakan sebagai sahih.

4. Hadis daripada Abdul Rahman ibn Sahal ibn Hunaif .

&3  S  '  $ !3 $ &%


 V
  k
b ! : O >Q 8 ( : O : 2   
,3 : 3 
y7|¡øtΡ ÷É9ô¹$#uρ) $ - O0 
 A O   X  . &%(  $ &3 $ %&
%&=
 $ &%
'  ( 
7.8 9
 2 & # Ž
  ƒ
  (ÄcÅ´yèø9$#uρ Íο4ρy‰tóø9$$Î/ Νæη−/u‘ Iχθããô‰tƒ IÏ%©!$# yìtΒ

7& …

„  j 7€
 
 ] N . 8 !* 7 A- $ &%
L   / p # $ *    j  
Š
 p %
$ &%  2 Z

) :'   . 8 A * R
 &j . X 6 2& 7 

q   G%
 m 
.(.8 A *  9u    ,=
 0 L 0   * 0 : *  * 0   > A j
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 25
________________________________________________________________________

Ertinya: Daripada Abdul Rahman ibn Sahal ibn Hunaif r.a berkata:
Diturunkan ayat al-Quran kepada Rasulullah SAW. di salah
sebuah rumahnya yang bermaksud: “Dan jadikanlah dirimu
sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat
kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang”. Maka
Baginda keluar mencari sahabat-sahabatnya, lalu didapati
mereka berzikir kepada Allah, di antara mereka itu ada yang
rambutnya kusut masai, kulitnya kering berdebu dan hanya
mempunyai sehelai baju sahaja, maka manakala Nabi melihat
mereka, lalu Nabi duduk bersama-sama mereka dan bersabda:
Segala puji bagi Allah yang menjadikan pada umatku mereka
yang memintaku supaya bersabar bersama-sama mereka. (Al-
Hawi li al-Fatawa Imam al-Suyuti (2/27) Hadis bil.1).

5. Hadis daripada Abi Said al-Kkudri r.a.

$ &%
%&= $ &%
'  (  L% 0 $ !3 $ &%
 V   Š M   ‘
b A (  O0I : 3 
@ 2 …

> X 0 . &A ( ) :F* " 
e  # >% j  S 3 $ &%
'  " # :'  . &%(  $ &3
> X 0) :'  ‰$&%
'  (  # e  ; 
> X 0 : *  > "  (e ; 
> X 0 : *
.(/ po 
R   *
Ertinya: Daripada Abi Said al-Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW.
bersabda: Allah berfirman pada hari kiamat: Nanti akan dikenal
ahlul jam’i daripada ahlul karam. Lalu ditanya: Siapakah ahlul
karam itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ahlu majalis al-
zikri (orang yang rajin mengikuti majlis zikir). (Diriwayatkan oleh
Ahmad (3/68-76). Ibn Hibban (616).

6. Hadis daripada Syaddad ibn Aus r.a.


Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 26
________________________________________________________________________

%&=  $ &%
'  (   !A  v : '  $ !3 $ &%
 V   € Q  0 : O i
P : 3 
7 !& A   7$&%
n% v $ v n
  7.; # #0
A
:'  m v 7 . &%(  $ &3 $ &%

F 2 &; 
Kp8 O  !GAO [  v . 8 &%
:.&%( $ &3 $ &%
%&=  $ &%
'  (  ' "
:'  . N 7i Aa
k  &ƒ - n [  v F !…

8&3  !- 3   8O  !- * 0
..;    d   $ &%
L% t
f
 O0
Ertinya: Daripada Syaddad ibn Aus r.a berkata: Sesungguhnya
kami berada di sisi Rasulullah ketika bersabda: Angkatlah tangan
kamu dan ucapkan ( $%&
n% v $ v n ) lalu kami lakukan sebagaimana
yang Nabi perintahkan. Maka Baginda Rasulullah SAW bersabda:
Ya Allah wahai Tuhan sesungguhnya Engkau yang mengutuskan
daku dengan kalimah ini dan Engkau juga yang memerintahkan
daku membacanya dan Engkau yang menjanjikan padaku ke
atasnya dengan syurga, sesungguhnya Engkau tidak menyalahi
janji. Kemudian bersabda: Berilah khabar gembira kepada mereka
semua bahawa Allah telah mengampunkan dosa-dosa kamu
semua. (Diriwayatkan oleh al-Hakim (1844). Ahmad (4/124). Al-
Tobrani dalam al-Kabir (7163). Al-Bazzar (10).

7. Hadis daripada Anas ibn Malik r.a.


mv F 
  : O $ &%
,3 L / : '  $ !3 $ &%
 V   [ b  * : O R
Q 0 : 3 
' A- :'  . &%(  $ &3 $ &%
%&=  $ &%
'  (  q  C=  0 : * > j  
 " 
M ,!
v 5I ^ > j  
H  `  l  >Q j   eQ  # 

m ' " F} 3 ( !OM O :* g 
F 
 : O
v Š- n 0 $ &%
'  (  # :' " . &%(  $ &3 $ &%
%&= 
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 27
________________________________________________________________________

:.&%(  $ &3 $ &%


%&=
  ,!
' " 7bF3 ( L 2#v v [   2#v : 3 H  d  #
.(F ; ]‡a
8O  X ,-  %
R
  a
H
 C # $v 7F
 : O
$ &%
.   # )

Ertinya: Daripada Anas ibn Malik r.a berkata: Bahawa Abdullah


ibn Rawahah bila bertemu dengan orang lelaki daripada sahabat
Rasulullah berkata: Mari kita beriman dengan Tuhan kami
sekejap. Maka pada suatu hari dia berkata kepada seorang lelaki
lalu lelaki itu marah dan bertemu dengan Nabi SAW dan berkata:
Wahai rasulullah tidakkah kamu lihat Ibn Rowahah yang tidak
suka mengenai iman kamu meminta beriman sesaat. Lalu
Baginda SAW bersabda: Semoga Allah merahmati Ibn Rowahah,
sesungguhnya dia cintakan majlis ilmu yang disanjung tinggi oleh
para malaikat. (Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang
hasan (22/286).

8. Hadis daripada Abu Hurairah r.a.

$ &3 $ &%
%&=
 $ &%
'  (  '  :'  $ !3 $ &%
 V
  W  # X  O0 : 3 
    / m L v ..  O Š,3 :M s  !3 0 : A- $ &%
'  " # ) . &%( 
.($!* \ ~ 5’ <
 *   $ - / m 5’ < *
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW
bersabda (Allah berfirman: Sesungguhnya Aku bergantung
kepada sangkaan hambaKu ... Jika sekiranya dia mengingati Aku
di tempat terbuka, nescaya Aku akan mengingatinya di tempat
terbuka yang lebih baik daripadanya. (Diriwayatkan oleh al-
Bukhari (697). Muslim (2675). Ahmad (14/268). Tirmizi (2388). Ibn
Majah (3822).
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 28
________________________________________________________________________

9. Hadis daripada Ibn Abas r.a.

$ &%
 V  € Q ,3 : O
: 3 DQ C =  b !9  O "8 ,
 
S,
F #
  

mv Š   ,3 ) : . &%(  $ &3 $ &%
%&=  $ &%
'  (  '  : '  28 !3
  [
 - / m 5’ <
 *    !- / m L v 7 1 ~ [  - / m 1 ~  !- / m
.(G/ 0 . 8 !* Q ~ 5’ <
 *
Ertinya: Mengikut riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi dengan sanad
yang sahih daripada Ibn Abas r.a berkata: Rasulullah SAW
bersabda: (Hambaku jika sekiranya kamu mengingatiKu di tempat
sunyi, maka Aku akan mengingatimu di tempat sunyi juga, dan
jika sekiranya engkau mengingatiKu di tempat lapang, nescaya
Aku akan mengingatimu di tempat terbuka yang lebih baik
daripadanya.

10. Hadis daripada Abi Said al-Khudri dan Abu Hurairah.

 ,!
'  :n  28 !3 $ &%
 V   W  # X  O0 Š M   ‘

b A (  O0 : 3 
. 8 %  n% v >% j  S 3 $ &%
L   / p # e\    A " #n ) : . &%(  $ &3 $ &%
%&= 
$ &%
. X  / m  7F !; 9
 
. 8 &3  S  7 F2   
. 8 f  d  7 F; ]‡a

( K  !3 : 2 
Ertinya: Daripada Abi Said al-Khudri dan Abu Hurairah r.a
berkata: Nabi bersabda: Siapa juga golongan yang berzikir
(mengingati Allah) nescaya akan dilindungi oleh para malaikat,
dan dicucuri rahmat ke atas mereka dan diturunkan ketenangan
ke atas mereka seterusnya Allah sentiasa menyebut-nyebut
mereka di hadapan mereka yang berada di sisi-Nya.
(Diriwayatkan oleh Muslim (2700). Al-Tirmizi (3378). Dikatakan
hadis hasan sahih.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 29
________________________________________________________________________

11. Hadis daripada Anas r.a.

. &%(  $ &3 $ &%


%&=
 $ &%
'  (  : 3 $ !3 $ &%
 V   R Q 0 : 3 
n% v [
 p O L   # # n >% j  S 3 $ &%
L   / p #
A2 j
eQ   : * * : ' 
 M O   7.; 
1  l *
* L 0 5u ^29  
: * ib !* . X
i  n% v $ 8 j 
.b !9   . ; -^“M(
Ertinya: Daripada Anas r.a daripada Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa juga daripada golongan manapun sekiranya berhimpun
untuk berzikir kepada Allah S.W.T yang semata-mata hanya
mengharapkan keredhaanNya, nescaya mereka akan diseru oleh
mereka yang ada di langit untuk memohonkan keampunan bagi
kamu dan menukarkan kejahatan kamu kepada kebaikan.

12. Hadis daripada Abdullah ibn Amru r.a.

$ &3 $ &%
%&=
  ,!
L% 0 2 3 : O $ &%
,3 : 3 b &ƒ  * : O
 " O Ž   ~ 0
 ~ ”
 7$v L  ,d  # $ &%
L  3  # : 9
 &
 a
  0 7:9
 & 2 O  * . &%( 
: * > `   0 2X   0 \ ~ : 9  &  a
</ ) : ' " . & A 
L  2 &oA #
.(~ ”

Ertinya: Diriwayatkan oleh Baqi ibn Mukhlad daripada


Abdullah ibn Amru bahawa Nabi SAW lalu di dua majlis, salah
satu daripada dua majlis itu mereka berdoa kepada Allah dan
mereka suka kepada-Nya dan majlis yang lain mereka
mempelajari ilmu pengetahuan: (Setiap dua majlis itu adalah baik
dan salah satu daripada keduanya itu lebih utama dari yang lain.

13. Hadis daripada Abi Darda’ r.a.


Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 30
________________________________________________________________________

$ &3 $ &%
%&=  $ &%
'  (  '  : '  $ !3 $ &%
 V   5u 6i  
 O0 : 3 
 O !* &3  !
. 8 X  j    F * " 
e  # 1*
 0 $ &%
: G A ,) :.&%( 
• O
3 0 %G   :'  7u568 P n  5u ^,TO
9 7€ !
. 8 + ,l # 7g g & 

:'  ‰.8  A  – . 8  =  – ! . 8 &oj :$&%


'  (  # :' " $ ,/  &3
.($  / p # $ &%
 / m &3 L  A 2 
 # –P > ]^,  : * $%&
  L  O^Ca

Ertinya: Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah SAW


bersabda: Pada hari kiamat nanti Allah akan mengutuskan satu
kaum terdapat cahaya pada wajah-wajah mereka semacam
kilauan mutiara, orang ramai iri hati mengenainya kerana mereka
bukanlah dari kalangan para nabi dan bukan dari kalangan
mereka yang mati syahid, dikatakan, maka datang seorang Arab
yang duduk seperti duduk Tahiyyat Awal di hadapan Nabi SAW.
lalu berkata: “Ya Rasulullah, terangkan kepada kami untuk
mengetahui siapa mereka sebenarnya”. Rasulullah bersabda:
“Mereka itulah orang-orang yang mencintai Allah dari pelbagai
golongan, mereka berkumpul untuk berzikir kepada Allah dan
mengingatiNya”.

14. Hadis daripada Abi Razi al-‘Aqili r.a.

$ &%
 V
  M &" A 
Š
M )  O0 : 3 H  d  
   8,=  n
Ž   ~ 0
U <
 * &3 [  Bi 0 n 0 : $  '  . &%(  $ &3 $ &%
%&=
 $ &%
'  (  L% 0 $ !3
[  &3 7&O :'  ‰W ~ ”
 Π
Š   ~ $ O H E  - Š  p %
 * n

.($&%
 / p O [   9 U M C      &%~
mv 7/ po 
R  2 O
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 31
________________________________________________________________________

Ertinya: Diriwayatkan oleh al-Asbihani dalam kitab al-Targhib


dariapada Abu Razi al-‘Uqaili r.a bahawa Rasulullah bersabda
kepadanya: (Mahukah aku tunjukkan kepada kamu ke atas
mereka yang mampu memiliki kebaikan dunia dan akhirat?
Dijawabnya, memang. Lalu Baginda bersabda: Hendaklah kamu
mengikuti majlis zikir dan apabila kamu berada bersendirian
hendaklah kamu sentiasa gerakkan lidahmu untuk berzikir kepada
Allah.

15. Hadis daripada Anas r.a.

: '  . &%(  $ &3 $ &%


%&=
 $ &%
'  (  : 3 $ !3 $ &%
 V   R Q 0 : 3
@ & + - L 0 v D ,E  
W < =  A O $ &%
L   / p # eQ   @ * R &j 0 L JI u )
eQ   @ * R  &j 0 L JI u 7R2 f  
$ &3  A &h 2*  v H   0 R  2 f  

 
: *  v H  0 R  2 f
 
H l - L 0 v  E  A 
 A O $ &%
L   / p #
.( 8 *
Ertinya: Daripada Anas r.a daripada Rasulullah bersabda:
(Bahawa duduk bersama-sama kaum yang berzikir kepada Allah
selepas solat Subuh sehingga terbit matahari itu lebih saya sukai
daripada segala benda yang dsinari oleh matahari. Dan duduk
bersama-sama kaum yang berzikir kepada Allah selepas Asar
sehingga terbenam matahari itu lebih saya sukai daripada dunia
dan segala isi kandungannya. (Diriwayatkan oleh al-Suyuti dalam
al-Jami’ al-Shaghir (7199) dan dikatakan sebagai hadis hasan.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 32
________________________________________________________________________

BERZIKIR
DENGAN SUARA YANG NYARING

Dr. Ali Jumaat mengatakan: Bersederhana mengangkat suara


semasa bertasbih dan sebagainya adalah disunatkan mengikut
kebanyakan ahli fiqah. (Al-Bayan Lima Yasyghalu al-Azhan, hal.
239-240). ini berdasarkan firman Allah dalam suarah Al-Isra' ayt
110:

Wξ‹Î6y™ y7Ï9≡sŒ t÷t/ Æ0tFö/$#uρ $pκÍ5 ôMÏù$sƒéB Ÿωuρ y7Ï?Ÿξ|ÁÎ/ öyγøgrB Ÿωuρ

Ertinya: Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan do'a atau


sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan
gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. Dan Nabi
SAW. melakukan demikian.

o&E # Q ; O OTO  X
mt F} & Ž
  ~ (x) $ &%
'  (  L% 0 :Wi    O0 : 3
2& :'  .$- =
 1A
 o&E  #  X   2 A O  *  :'  .$- =
 : *    ƒ  #
o&E -  0 [  O     * 7Q; O O0 # :'  (x) M ,!
 !3 A2 j

:'  .$&%
'  (  #  j  : *  A 2 ( 0   :'  .[- =     C  -
:' ".[- =  1A
 o&E  -  0 [  O    * :2 A  '   <
} &  @  
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 33
________________________________________________________________________

: * 
  ~ v :'  7L +f
 
i  h 0 7L !(  
—
 0 7$&%
'  (  #
. }“P [ - =

Ertinya: Daripada Abi Qatadah r.a. Rasulullah SAW. bersabda
yang Ertinya: Bahawa Rasulullah SAW. keluar pada satu malam
di dapati Abu Bakar bersolat dengan memperlahankan suaranya.
Katanya lagi: Baginda melalui Umar beliau solat dengan
menyaringkan suaranya. Katanya: Bila kedua-duanya telah
selesai dan berkumpul bersama Nabi SAW. Nabi bersabda:
Wahai Abu Bakar aku lalu di sisimu sedang engkau bersolat
dengan memperlahankan suaramu. Abu Bakar menjawab:
Sesungguhnya didengar apa yang aku pohonkan wahai
Rasulullah. Nabi bersabda: Tinggikan sedikit suaramu itu.
Kemudian Baginda bersabda kepada Umar: Aku lalu di sisimu
sedang engkau solat dengan meninggikan suaramu. Umar
menjawab: Wahai Rasulullah, (uqidzu al-asnan watrudi al-syaitan,
Baginda bersabda: Rendahkan sedikit suaramu itu.
(Riwayat Abu Daud dalam kitab Sunanny (2/37). Ibn Huzaimah
dalam kitab Sahihnya (2/189). Al-Tabrani dalam kitab al-Aushat
(7/181). Al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak (1/410).

Setengah ulama’ salaf berpendapat ianya disunatkan


meningkatkan suara pada takbir dan zikir mengiringi solat fardhu.
Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abas r.a. katanya:

mv [
 p O –
  E  

mv™ . &3 0  !/ :'  $ 0 € Q ,3 : O
: 3 ˜   
q
  & ›
 "#nu œ A * $ A   7O 
 š &O0 <
} 2 3  G/ 0 $ n u .$A 2 (
.:& l

Ertinya: Aku mengetahui – jika sekiranya mereka bersurai –


dengan yang demikian aku mendengarnya. Kerana kebanyakan
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 34
________________________________________________________________________

amalan dan yang paing baik penelitiannya dan manfaatnya


menjangkau untuk menghidupkan hati orang-orang yang hatinya
lupakan Tuhan.

Sebaik-baik yang patut diperkatakan dalam masalah ini


ialah apa yang dikatakan oleh (sahib Maraqi al-Fallah) untuk
menghimpunkan antara hadis-hadis dan pendapat ulama’ yang
berselisih pendapat mengenai kelebihan antara berzikir dengan
kuat dan berzikir dengan perlahan di mana berkata: Perselisihan
itu adalah bedasarkan individu, keadaan, masa dan tujuan. Maka
bila takut menjadi riya' atau menganggu seseorang, maka dengan
menggunakan suara yang perlahan itu lebih afdal. Apabila
ketiadaan apa yang disebutkan itu maka dengan suara kuat itu
lebih afdal.

Berdasarkan huraian ini, maka berzikir dengan suara yang


kuat bukanlah satu bid'ah dan tidak ada apa-apa halangan, dan
kadang ia menyatukan hati dan tumpuan jika sekiranya seseorang
itu menjauhi penyakit riya'.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 35
________________________________________________________________________

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada dalil-dalil dari al-Quran, sunnah dan


pendapat ulama’-ulama’ muktabar yang diperturunkan di atas,
jelas kepada kita bahawa zikir, wirid-wirid selepas solat fardhu,
berzikir dengan suara yang nyaring dan sebagainya, itu bukanlah
satu amalan bid’ah sebagaimana dakwaan golongan Wahabi.
Kerana perkara-perkara yang dibid’ahkan itu mempunyai asas
daripada syarak.

Persoalannya, mengapa banyak sangat amalan yang


bersifat jamaah dianggapnya sebagai bid’ah? Ini yang perlu
dipersoalkan. Apakah di sana memang ada agenda tersirat
melalui dakwaan tersebut? Atau fahaman ini digunakan untuk
memerangkap golongan muda khasnya golongan terpelajar di
pusat-pusat pengajian tinggi supaya menjadi pengikutnya?

Tidak dapat dinafikan, bahawa orang yang tidak


mendalami ajaran Islam akan mudah terpengaruh dengan
fahaman ini, kerana ajarannya mudah, mereka tidak perlu susah-
susah berzikir, berwirid dan bertasbih selepas solat fardhu, tidak
perlu berdoa dan berqunut dalam solat Subuh. Tidak perlu
membaca al-Quran dan Yasin pada malam Jumaat, tidak perlu
mentalqinkan si mati, tidak perlu mengirim doa atau kenduri arwah
dan sebagainya.

Renung-renungkanlah supaya kita tidak terperangkap


dengan di’ayah golongan Wahabi yang mahukan kita semeua
meninggalkan amalan yang baik dan selari dengan fahaman Ahli
Sunnah wal Jamaah, dan akhirnya supaya kita mengikut fahaman
Wahabi yang mereka sebarkan.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 36
________________________________________________________________________

Marilah kita berdoa semoga Allah menunjukkan kebenaran


kepada kita dan memberikan kekuatan untuk kita mengikutinya
dan menunjukkan kebatilan kepada kita serta memberikan
kekuatan untuk kita menjauhinya. Amin.

Wallahu a’lam.
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 37
________________________________________________________________________

RUJUKAN

1. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran,


Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri,
1995.

2. Sahih Al-Bukhari, Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

3. Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Dar al-Fikr Birut 1978.

4. Sunan al-Nasa’i Bi Syarh al-Imamain al-Suyuti wa al-Sindi,


Dar al-hadis al-Qahirah, 1999.

5. Sunan al-Tirmizi, Abi Isa Muhammad bin Isa bin Saurah,


cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

6. Sunan Abi Daud, Imam al-Hafiz Abi Daud Sulaiman bin al-
Asy’as al-Sajastani al-Azadi, cetakan Gagri Yayinlari,
Istanbul Turki.

7. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, cetakan Gagri Yayinlari,


Istanbul Turki.

8. Muhyiddin Abi Zakaria Yahya ibnu Syaraf al-Nawawi al-


Dimasyqi al-Syafi’e, Al-Adzkar al-Muntakhabah min Kalam
Sayyid al-Abrar, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, tahun 1979.

9. Jalal al-Din Abd. Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuti, Al-Jami’


al-Saghir fi Ahadith al-Basyir wa al-Nadhir, Dar al-Kutub al-
Ilmiyah Beirut, cet. Ke-4, tahun 197-

10. Dr. Ali Jumaat, (Mufti al-Diyar al-Masriyah) dalam kitabnya


al-Bayan Lima Yasyghalu al-Azhan (huraian mengenai
Doa Qunut, Zikir Dan Wirid Bid’ah? 38
________________________________________________________________________

perkara yang menggangu pemikiran) cetakan al-Muqattam


li al-Nasyr wa al-Tauzi' tahun 2005,

11. Al-Syeikh Yusof Khattar Muhammad, Al-Mausu’ah al-


Yusofiyah Fi Bayani Adillati al-Sufiyah, cetakan Dar al-
Taqwa, Surya. Tahun 2003.

12. Mauizah al-Mukmin Min Ihya'i Ulum al-Din (Bimbingan


Mukmin), Imam Al-Ghazali, terjemahan Syed Ahmad
Semit, Cetakan Da'wah Printing, Singapore: 1997.

13. Al-Dalail al-Muniqah Fi Bayan Adillah al-Masail al-


Khilafiyyah, susunan al-Hai’ah al-Syar’iyah Li Wilayah
Perak.

14. Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu


kajian terperinci berdasarkan hadis dan pendapat ulama’
mu’tabar. Cetakan D’Nonce (Kelantan) Sendirian Berhad,
tahun 2008.

Anda mungkin juga menyukai