Anda di halaman 1dari 7

Sekolah Kebangsaan Nanga Kota, Julau

Peperiksaan Penggal 1 2017


Bahasa Malaysia Tahun 3

Nama: _________________________________ Tarikh: _____________

Bahagian A: Soalan 1-30 (30 markah)

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. “Bapa ____________ ada di rumah?” tanya Pak Ali kepada Suresh.


A mereka B saya
C kamu D tuan

2. “Boleh saya bantu _____________ untuk mengangkat buku-buku ini?” tanya Emilia kepada
Cikgu Anidah
A kamu B cikgu
C awak D tuanku

3. Kamal, Selvi dan Rajan ingin _____________ Cikgu Hamid dan murid-murid kurang upaya
untuk membersihkan kelas itu.
A menggaru B membantu
C menolak D melayan

4. Encik Ismail dan anaknya sedang memotong rumput menggunakan __________.


A gunting B sabit
C cangkul D pongkes

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Ibu _____________ tangan Elena semasa melintas jalan.


A memegang B mengambil
C membawa D memimpin

1
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Ahmad ______________ air kopi suam di atas pahanya semasa bersarapan pagi tadi.
A mentumpahkan B menumpahi
C tertumpah D ditumpahkan

7. Gunakan jejantas di kawasan _____________ trafik yang sibuk.


A aliran B bahagian
C tindakan D kurangkan

8. Ikut ____________ di sebelah kiri semasa menggunakan jejantas.


A hindari B laluan
C tindakan D perhatian

9. ____________kah pengguna diminta beratur semasa menaiki komuter?


A Siapa B Apa
C Di mana D Mengapa

10. ____________kah tempat duduk orang kurang upaya terletak?


A Bila B Siapa
C Di mana D Bagaimana

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Samad seorang pekerja yang __________________.


A cakar ayam B keras kepala
C berat tulang D anak buah

2
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Hani dan Rizal sering dimarahi bapanya akibat sikap ____________ mereka.
A besar kepala B berat mulut
C anak angkat D buah tangan

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Adik menghabiskan se___________ durian itu dengan cepat sekali.


A biji B tandan
C buah D pangsa

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Ayah menghadiahkan se____________ subang emas kepada ibu sempena hari jadinya.
A bentuk B pasang
C biji D buah

15. Susu ____________ daripada haiwan seperti lembu dan kambing.


A terdapat B berperisa
C terhasil D bertukar
3
16. “Kamu pergi ke __________ semalam?” tanya Puan Haida kepada Azri.
A bila B apa
C mana D siapa

17. Akibat demam, muka Alia menjadi _________ dan badannya menjadi __________.
A berat, letih B kurang, pucat
C sedih, kurang D pucat, panas

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. ____________ daripada makan makanan yang tidak ditutup.


A Biarkan B Pastikan
C Elakkan D Jadikan

19. Umie menyiapkan kerja rumahnya ______________ mendengar radio.


A sambil B selepas
C sementara D serta

20. Beberapa __________ mawar diletakkan di dalam balang kaca itu.


A helai B kuntum
C biji D buah

21. __________ Hanisah mempunyai sepuluh orang cahaya mata.


A Puan B Saudari
C Encik D Cik

22. “Hakimi, __________kah kamu tidak datang ke sekolah semalam?” tanya Cikgu Saiful.
A apa B bila
C di mana D mengapa

4
23. __________, cantik sungguh baju kebaya kamu itu!
A Oh B Amboi
C Cis D Aduh

24. Poster Hari Malaysia ditampal ____________ pengawas pada papan kenyataan.
A pada B untuk
C di D oleh

25. Murid-murid Tahun 3 menyusun kerusi ___________ dewan sekolah pada waktu rehat.
A di B daripada
C pada D untuk

Soalan 26 dan 27: Pilih perkataan yang berlawanan erti bagi perkataan yang bergaris.

26. Ali seorang murid yang suka berjimat cermat. Dia juga suka menabung.
A degil B boros
C pandai D baik hati

27. Buku itu sangat tebal.


A panjang B pendek
C nipis D besar

Soalan 28 dan 29: Pilih perkataan yang sama erti bagi perkataan yang bergaris.
28. Luka pada tangan Hellen itu sudah baik.
A sembuh B segar
C kuat D sihat

29. Puan Lim berasa risau kerana sudah tiga hari anaknya demam.
A malu B bimbang
C takut D kecewa

30. Kepak ___________ itu berwarna-warni. Ia sering terbang di taman Bungan.


A biri-biri B rama-rama
C sibur-sibur D labah-labah

5
Bahagian B (10 markah)
Baca dan jawab soalan pemahaman di bawah.

Pada hari Ahad yang lepas, bapa membawa Nisa ke kedai barangan elektrik. Bapa hendak membeli

cerek elektrik yang baharu. Terdapat banyak barang elektrik di kedai itu seperti kipas, periuk

nasi elektrik, mesin basuh dan banyak lagi. Nisa melihat bapa memilih cerek elektrik yang hendak

dibelinya. Bapa perlu bijak dan berhati-hati semasa membuat pilihan.

Untuk menentukan cerek itu berfungsi dengan baik, bapa meminta penjual menguji cerek

yang dibelinya itu. Bapa membeli cerek tersebut setelah berpuas hati. Akhir sekali, bapa

melengkapkan kad jaminan borang tersebut di kaunter.

1. Siapakah yang membawa Nisa ke kedai elektrik?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. Bilakah bapa membawa Nisa ke kedai elektrik?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. Apakah yang terdapat di kedai elektrik itu?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

4. Bagaimanakah bapa menentukan cerek itu berfungsi dengan baik?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

5. Di manakah bapa melengkapkan borang jaminan tersebut?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

6
Bahagian C (10 markah)
Bina 5 ayat berdasarkan gambar di bawah.

1. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

5. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai