Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN ST ANNE’S CONVENT

UJIAN PRESTASI 1 TAHUN 4 2015

BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 MASA : 50 MINIT

NAMA: __________________________________________ KELAS: 4 BESTARI / PINTAR

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1-18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Shahrina __________ terbahak-bahak apabila melihat adiknya berlari lintang-


pukang dikejar anjing.
A. marah C. merajuk
B. ketawa D. menangis

2. Walaupun telah lulus dengan baik, namun Suzilah __________ belum puas hati
dengan tahap pencapaiannya.
A. masih C. telah
B. sudah D. Akan

3. Izhar sangat gembira setelah menerima sepucuk surat __________ rakan


lamanya di London semalam.
A. kepada C. dari
B. daripada D. pada

4. Beberapa __________ bunga ros digunakan untuk membuat gubahan tersebut.


A. tangkai C. susun
B. rangkai D. helai

5. Salim pergi ke _________ untuk mendapatkan rawatan pergigian.


A. Klinik Pergigian Mona C. Mona Klinik Pergigian
B. Pergigian Mona Klinik D. Klinik Mona Pergigian

1
Soalan 6 Berdasarkan gambar di bawah

6. Wajah Fasha yang ___________ itu menyebabkan dia sering menjadi siulan
anak muda.
A. sombong C. cantik
B. tenang D. hodoh

7. Ibu membeli bantal __________ di pekan Temerloh.


A. jejari C. kekabu
B. geguli D. lelangit

8. Fatin kelihatan sungguh cantik selepas disolek _______ profesional.


A. juruselam C. jurusolek
B. jurucakap D. jururawat

9. “Pisang goreng ini sungguh enak jika dimakan _________ ˮ kata Aqilah.
A. senyap-senyap C. panas-panas
B. rapat-rapat D. jauh-jauh

10. ______ , tolong berikan saya sedikit air!


A. Oi C. Ah
B. Eh D. Oh

11. Hisham telah berjanji kepada ___________ bahawa ___________ tidak akan
merokok lagi.
A. beta ... patik C. saya ... dia
B. aku ... beliau D. hamba ... kamu

2
12. ________ Amri pandai _______ dia tdak kedekut ilmu.
A. Sedangkan ... apatah C. Makin ... sambil
B. Sungguhpun ... tetapi D. semakin ... semakin

13. Wahida menjemur baju itu _________ cepat kering ________ dia mahu
memakainya pada malam nanti.
A. kerana ... supaya C. agar ... kerana
B. supaya ... malahan D. dan ... supaya

14. Mira terpaksa _________ kaki ke asramanya setelah dia _______ dengan
kakaknya.
A. bergayut ... bergaduh C. merangkak ... bertengkar
B. berjalan ... bertengkar D. berlari ... berselisih

15. Bas itu __________ pokok lalu _________ ke dalam gaung.


A. dilanggar ... menjunamkan C. berlanggar ... menjunam
B. melanggar ... terjunam D. terlanggar ... dijunamkan

16. “Janganlah bersedih, Farhan. _________ akan membantu __________, ˮ kata


Halim dan Kumar.
A. Dia ... mereka C. Mereka ... ku
B. Kita ... engkau D. Kami ... mu

17. Ramai orang berpindah ke bandar untuk meningkatkan taraf hidup.


Berikan perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
A. desa C. kampung
B. kota D. taman

18. Suasana di rumah Siti bising dengan suara adik-adiknya.


Perkataan berlawan bagi bising ialah ___________.
A. senyap C. bingit
B. riuh-rendah D. sunyi

3
Soalan 19 – 20
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
19. I Pemuzik itu telah memainkan lagu-lagu yang rancak.
II Azmi mengelirukan abangnya dengan permainan yang rancak.
III Hidayah dan Nani rancak berbual setelah lama tidak bertemu.
IV Faris bermain bola sepak dengan rancak.

A. I dan II C. II dan IV
B. II dan III D. III dan IV

20. I Dua orang rakyat Iraq telah ditawan oleh Israel.


II Puncak Gunung Everest itu telah ditawan oleh pendaki dari Malaysia.
III Azlan telah ditawan oleh ayahnya kerana ponteng sekolah.
IV Hati Suraya telah ditawan oleh pemuda kacak itu.

A. I dan II C. II dan IV
B. II dan III D. III dan IV

21. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Di manakah saya perlu simpan buku-buku lama ini?
A. Awak sahajalah yang pergi membuang bku-buku lama itu.
B. Simpan sahaja buku-buku lama ini ke dalam kotak kosong itu.
C. Jangan buang dulu uku-buku lama itu.
D. Saya rasa elok buku-buku lama ini kita jualkan sahaja.

22. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Ya, Encik Nazmi yang akan menyampaikan hadiah kepada pemenang
pertandingan melukis poster itu.
A. Bilakah pertandingan melukis poster itu akan diadakan?
B. Bilakah pemenang pertandingan melukis poster itu akan medapat hadiah?
C. Siapakah yang akan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan
melukis poster itu?
D. Encik Nazmikah yang akan menyampaikan hadiah kepada pemenang
pertandingan melukis poster itu?

4
Soalan 23-24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
23. Helmi telah dimarahi oleh ayahnya kerana ponteng sekolah.
A. Ayah telah memarahi Helmi kerana ponteng sekolah.
B. Oleh sebab ayah marah, Helmi telah ponteng sekolah.
C. Helmi ponteng sekolah kerana dimarahi oleh ayah.
D. Kerana ponteng sekolah, ayah dimarahi oleh Helmi.

24. “Pada masa cuti, saya akan ke rumah nenek,ˮ kata Aiza.
A. Aiza berkata saya akan pergi kerumah nenek saya pada masa cuti.
B. Nenek Aiza berkata bahawa dia pergi ke rumahnya pada masa cuti.
C. Aiza memberitahu bahawa dia akan pergi ke rumah neneknya pada masa cuti
sekolah.
D. Aiza berkata bahawa neneknya pergi ke rumahnya pada masa cuti.

Soalan 25 – 28
Pilih ayat yang betul.
25. A. Kamu sudah makan atau belum?
B. Azmah pandai menari tetapi menyanyi.
C. Amy pandai dan malas belajar.
D. Banyak murid-murid hadir ke pameran Anti Dadah itu.

26. A. Adik memberikan sisa makanan itu ke kucing.


B. Sila makan kuih-muih yag terhidang di meja.
C. Sila makan makanan yang terhidang di meja itu.
D. Para pemain sudah arif tentang selok-belok permainan itu.

27. I Salmi sangat pandai di dalam mata pelajaran Sejarah


II Fiona berjaya dalam cemerlang uji kaji itu.
III Nora dan Liza rancak berbual apabila bertemu.
IV Kakak pergi ke kedai untuk membeli sekilo gula.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. II dan IV

5
28. I Ema menaiki teksi ke pasar.
II Para petani sedang menumbuk emping.
III Kanak-kanak yang bertuah akan hadiah.
IV Percakapannya belum mudah difahami.

A. I dan II C. I, II dan III


B. II dan III D. II, III dan IV

Soalan 29 – 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29. Dia ___________ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.


A. makan diri C. makan gaji
B. Makan hati D. makan suap

30. Anak bongsu salsabilah itu ____________ tidak padan dengan usianya yang
baru tujuh tahun itu.
A. bijak laksana pendeta
B. wangi seperti bunga
C. terang laksana siang
D. keras seperti nasi

6
Soalan 31 – 35
Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Guru : Perhatian kepada semua murid. Satu rombongan lawatan sambil belajar
akan dianjurkan oleh pihak sekolah semasa cuti penggal kedua ini nanti.
Murid 1 : Ke manakah rombongan itu akan pergi, cikgu?
Guru : Pihak sekolah bercadang untuk mengadakan lawatan ke negeri Melaka.
Murid 2 : Mengapakah negeri Melaka yang dipilih, cikgu?
Guru : Melaka dipilih kerana kerana disana terdapat banyak tempat bersejarah
yang menarik untuk dilawati.
Murid 3 : Mengapakah kita perlu melawat tempat-tempat yang bersejarah, cikgu?
Guru : Tujuan kita melawat tempat-tempat bersejarah itu adalah untuk
menambahkan pengetahuan kita tentang sejarah negeri Melaka.
Murid 4 : Bolehkah cikgu namakan tempat-tempat yang akan dilawati nanti?
Guru : Antara tempat-tempat yang akan dilawati ialah Muzium Kebudayaan
Melaka, Kota A Famosa, Bukit Cina dan Pantai Tanjung Bidara.
Murid 5 : Berapa harikah lawatan ini akan diadakan?
Guru : Lawatan ini akan diadakan selama dua hari satu malam.
Murid 6 : Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengikuti rombongan ini, cikgu?
Guru : Bayarannya adalah sebanyak RM 50 bagi setiap murid.
Murid 7 : Jika kami ingin pergi, kepada siapakah kami perlu mendaftar, cikgu?
Guru : Mula-mula kamu perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa kamu
dahulu. Jika dibenarkan, kamu boleh mendaftar nama kamu dengan saya
atau Cikgu Bahari.

31. Perkataan rombongan dalam petikan bermaksud


A. sekumpulan murid yang sedang belajar
B. sekumpulan murid yang pergi melawat ke sesuatu tempat
C. sekumpulan murid yang tinggal di sesuatu tempat
D. sekumpulan murid sekolah yang mengadakan perkhemahan

32. Berapa orangkah watak yang terdapat dalam dialog tersebut?


A. Enam orang C. Lapan orang
B. Tujuh orang D. Sembilan orang

7
33. Apakah perkara yang diumumkan oleh guru itu?
A. Pihak sekolah akan mengadakan lawatan ke negeri Melaka.
B. Guru itu hendak bercuti ke negeri Melaka.
C. Murid-murid boleh pergi ke negeri Melaka semasa cuti penggal kedua.
D. Pihak sekolah meminta murid membayar RM50 seorang untuk pergi ke
Melaka.

34. Mengapakah negeri Melaka dipilih?


A. Negeri Melaka tidak jauh dari sekolah.
B. Tambang perjalanan ke Melaka tidak mahal.
C. Murid boleh belajar di sana.
D. Di Melaka terdapat banyak tempat bersejarah yang menarik.

35. Apakah syarat utama yang perlu dipatuhi oleh murid yang ingin mengikuti
rombongan tersebut?
A. Mesti patuh kepada peraturan sekolah.
B. Sanggup bercuti selama satu hari.
C. Mempunyai wang sebanyak RM50.
D. Mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

8
Soalan 36 – 40
Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, yang
berusaha para guru, yang disayangi semua rakan perjuangan dan seterusnya barisan
pembangkang yang kami hormati.

Sebagai pencadang ketiga, saya ingin menangkis hujah pihak pembangkang kedua.
Beliau mengatakan bahawa penggunaan banyak jentera menyebabkan para pekerja akan
kehilangan pekerjaan. Sebenarnya, penggunaan jentera yang banyak akan
mempercepatkan kerja dengan bilangan pekerja yang sedikit. Seterusnya tenaga kerja lain
dapat digunakan untuk mengembangkan sektorlain, contohnya dalam industri berasaskan
hasil pertanian.

Hujah pertama saya kemajuan sains dan teknologi memudahkan perhubungan.


Kini, telah tercipta pelbagai alat komunikasi yang canggih untuk menghubungkan satu
pihak dengan pihak yang lain. Maka, perhubungan yang cepat ini dapat meningkatkan
keuntungan dalam pelbagai urusan.

Alat-alat elektrik seperti mesin basuh, periuk elektrik, mesin pengisar dan banyak
lagi dapat membantu para suri rumah melakukan kerja mereka dengan cepat. Jadi, masa
yang selebihnya dapat digunakan untuk mendidik dan membimbing anak-anak.

Sesungguhnya penggunaan komputer juga banyak membantu manusia melakukan


pelbagai pekerjaan dengan cepat dan tepat terutama dalam urusan penyimpanan
maklumat pentadbiran atau perniagaan. Urusan ini bukan sekadar dapat menjimatkan kos
tetapi dapat mengangkat imej sebuah syarikat.

Demikianlah hujah-hujah kami pihak pencadang bahawa ‘kemajuan sains dan


teknologi memudahkan kehidupan manusia’. Sekian, terima kasih.

36. Apakah tajuk perbahasan ini?


A. Kepentingan sains dan teknologi
B. Kemajuan sains dan teknologi memudahkan kehidupan manusia
C. Kegunaan jentera banyak keistimewaannya
D. Penciptaan alat komunikasi yang canggih.

37. Siapakah yang menyaksikan perbahasan diatas?


A. Guru besar dan murid
B. Guru besar dan ibu bapa
C. Guru besar, guru dan murid
D. Guru, murid dan ibu bapa

38. Apakah keistimewaan penggunaan jentera?


A. Dapat mempercepatkan kerja dengan bilangan pekerja yang sedikit.
B. Dapat memudahkan pekerjaan.
C. Dapat mengelakkan pengangguran.
D. Dapat mengurangkan kos pengeluaran.

9
39. Mengapakah peralatan elektrik diperlukan oleh suri rumah?
A. Untuk menjadikan mereka mewah.
B. Kerana suri rumah suka mengumpul peralatan elektrik.
C. Kerana peralatan elektrik ini mudah digunakan.
D. Kerana mereka dapat melakukan kerja dengan cepat.

40. Penggunaan komputer dapat menaikkan imej sesebuah syarikat kerana


A. dapat menyimpan pelbagai jenis maklumat.
B. segala urusan tidak akan tergendala/
C. segala urusan dapat dijalankandengan cepat dan tepat.
D. dapat mengurangkan kos pengeluaran.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH DISAHKAN OLEH

_________________ ______________________ ____________________


(CIK SHAZWANA BT (PN. SYARIFH NORDIA EDAYU (PN. SITI JURINAH BT MOHD
SALAHUDDIN) BT SYED MOHAMAD) JAMIL)
‘Guru BM T4’ ‘Ketua Panitia BM’ ‘Guru Penolong Kanan 1’

10

Anda mungkin juga menyukai