Anda di halaman 1dari 3

Soalan PPMP

Kata Sendi Nama

1 Pemain itu menendang bola __________ penjuru padang.

A dari

B pada

C kepada

D daripada

2 Semua pekerja disuruh mengikuti peraturan __________ kelicinan pengurusan kilang.

A bagi

B demi

C tentang

D terhadap

3 Penyelia kilang itu sentiasa curiga __________ kejujuran pekerja bawahannya.

A oleh

B tentang

C umpama

D terhadap
Kata Bantu Aspek

1 Ketua pengawas _________ belum menyiapkan laporan mingguan.

A baru

B telah

C masih

D pernah

Ayat Perintah

1 Pilih ayat perintah yang tepat dengan situasi ayat penyata yang diberikan.

Mak Timah menghalau anaknya keluar dari rumah.

A Harap keluarlah dari rumah ini.

B Sila keluar dari rumah ini.

C Usah keluar dari rumah ini.

D Tolong keluar dari rumah ini.

Ayat Pasif

1 Pilih ayat pasif yang tepat untuk ayat aktif berikut :

Kita akan menanggung beban ini bersama-sama.

A Beban ini ditanggung oleh kita bersama-sama.

B Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.

C Beban ini kita akan tanggung bersama-sama.

D Beban ini menanggung kita bersama-sama


Ayat Ajuk

1 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“ Tolonglah berikan saya sedikit makanan. Saya sangat lapar dan sakit,” rayu peminta
sedekah kepada gadis itu.

A Gadis itu meminta sedikit makanan daripada peminta sedekah kerana dia lapar dan sakit.

B Gadis itu memberikan sedikit makanan kepada peminta sedekah itu kerana dia lapar dan

sakit.

C Gadis dan peminta sedekah itu merayu untuk mendapatkan sedikit makanan kerana lapar

dan sakit.

D Peminta sedekah merayu kepada gadis itu supaya memberikannya sedikit makanan kerana
dia lapar dan sakit.

Jawapan
Kata Sendi Nama
1 A 2 B 3 B

Kata Bantu Aspek


1 C

Ayat Perintah
1 A

Ayat Pasif
1 B

Ayat Ajuk
1 D

Anda mungkin juga menyukai