Anda di halaman 1dari 4

KUALA KANGSAR, 23 April – Empat lelaki bersenjatakan pistol telah merompak wang tunai

berjumlah dua ratus ribu dari sebuah rumah seorang usahawan di Jalan Merak di sini pagi
tadi. Rompakan itu adalah kali kedua di rumah usahawan berkenaan. Kira-kira dua bulan
yang lalu, sebanyak lima puluh lapan ribu wang tunai telah dilarikan dari rumah tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar memberitahu pemberita, rompakan yang
memeranjatkan tuan rumah berlaku dalam masa beberapa minit sahaja. Rompakan itu
berlaku kira-kira pada pukul 11.30 malam. Semasa kejadian rompakan itu, keluarga
berkenaan masih belum tidur. Perompak juga tidak mencederakan penghuni banglo mewah
itu. Tidak berlaku sebarang pergelutan semasa kejadian tersebut.

Menurut siasatan awal pihak polis, perompak-perompak tersebut mungkin


mendapat kerjasama daripada pembantu rumah usahawan berkenaan beberapa hari
sebelum rompakan berlaku. Pembantu rumah itu juga turut melarikan diri selepas kejadian
itu. Pembantu rumah usahawan tersebut ialah seorang perempuan warga negara Cina. Dia
telah berkerja sebagai pembantu rumah di rumah usahawan berkenaan hampir tiga tahun.
Tiada sebarang syak yang meragukan tentang penglibatan pembantu rumah dalam kes
rompakan tersebut sebelum ini.

Perompak-perompak itu telah memecahkan peti besi yang terletak di dalam bilik
tidur usahawan tersebut. Mereka telah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Toyota
Vios yang dipercayai dicuri lima hari lalu. Pihak polis sedang mengesan dan memburu
mereka yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan tersebut. Pihak polis memohon
kerjasama orang ramai yang ternampak kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat.
Baca petikan di bawah .Jawab soalan-soalan berikutnya.

Bala : Berita apakah yang kamu sedang baca ? Saya nampak kamu sedih saja.

Farid : Saya terbaca berita tentang seorang kanak-kanak yang mengalami penyakit

barah hati. Kasihan saya melihatnya.Keluarganya orang susah.Mereka tidak

mampu untuk membiayai kos pembedahan .

Bala : Berapakah umur kanak-kanak itu?

Farid : Dia baru berumur enam tahun. Murid pra sekolah di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina Chi Ming, Muar.Dia perlu menjalani pembedahan untuk

menyembuhkan penyakitnya.

Bala : Pernahkah dia menjalani pembedahan sebelum ini?

Farid : Ya, dia pernah menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan ketika

berumur tiga tahun. Ini merupakan kali kedua dia perlu dibedah.

Bala : Kasihan sungguh saya mendengarnya .Tentu keluarganya memerlukan

wang yang banyak untuk membiayai pembedahan itu.

Farid : Ya, keluarganya memerlukan perbelanjaan yang besar.Lebih kurang

RM 50,000 untuk membiayai semua kos pembedahan . Bapanya hanya

bekerja sebagai buruh binaan.Ibunya pula bekerja mengambil upah

mencuci baju. Sudah pasti mereka tidak mampu untuk membayar kos

rawatan yang begitu tinggi. Mereka membuat rayauan kepada orang

ramai untuk menderma seikhlasnya.


Bala : Jika begitu,marilah kita menderma untuk meringankan beban kos

pembedahan tersebut. Saya sangat bersimpati dengan kana-kanak itu.

Farid : Ya , kita boleh mengajak kawan-kawan yang lain juga.

31. Berita yang dibaca oleh Farid menceritakan tentang

A keluarga yang miskin di Muar

B kanak-kanak perempuan yang berumur enam tahun

C murid pra sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Ming, Muar

D kanak-kanak perempuan yang mengalami penyakit barah hati

32. Berapa kalikah kanak-kanak itu sudah menjalani pembedahan?

A Sekali

B Tiga kali

C Enam kali

D Lima puluh kali

33. Mengapakah keluarga kanak-kanak itu meminta bantuan derma daripada orang

ramai?

A Mereka terikat dengan kerja masing-masing

B Mereka tidak mahu mengeluarkan wang sendiri

C Mereka kurang berupaya untuk membiayai kos pembedahan itu

D Mereka mahu meraih simpati orang ramai

34. Andaikan kamu salah seorang daripada pembaca berita tersebut,apakah tindakan

kamu?

A Tidak memngambil apa-apa tindakan

B Memberi derma mengikut seikhlasnya

C Mengeluarkan semua simpanan untuk menderna


D Mengeluarkan semua simpanan yang ada

35. Antara berikut, yang manakah bukan sifat Farid?

A Penyayang C Bertanggungjawab

B Belas kasihan D Mementingkan diri

Anda mungkin juga menyukai