Anda di halaman 1dari 2

Amrun dengan Singa

Di sebuah kampung, tinggal seorang pemuda miskin bernama


Amrun. Amrun sering ke hutan untuk mencari kayu api. Pada suatu hari,
Amrun pergi ke dalam hutan. Dia terjumpa sebuah gua. Dia berehat di
dalam gua itu. Amrun tertidur kerana terlalu penat. Tiba-tiba masuklah
seekor singa. Dia terkejut apabila mendengar bunyi singa mengaum.

Dia sangat ketakutan. “Matilah aku!” katanya dalam hati. Singa itu
menghampirinya. Dia melihat singa itu tempang.“Oh, singa ini tercucuk
duri!” kata Amrun. Dia kasihan melihat singa itu .Dia memberanikan
dirinya. Dia mencabut duri di kaki singa itu. Kemudian, singa itu pun
beredar.

Beberapa hari kemudian, Amrun ditangkap oleh pengawal raja.


Raja dalam negeri itu sangat suka melihat pertandingan manusia
berlawan dengan singa.

Di dalam gelanggang, Amrun diminta berlawan dengan singa.


“Matilah aku dibunuh oleh singa!” kata Amrun. Tetapi singa itu mencium-
cium kaki Amrun.Raja hairan melihat peristiwa itu. Amrun lalu
memberitahu raja, “Patik pernah menolong singa ini di dalam gua
dahulu.” Singa itu pandai membalas budi.

Raja itu berasa insaf. Baginda membebaskan Amrun dan singa itu.
Semenjak hari itu, baginda tidak lagi mengadakan pertandingan manusia
melawan singa.

Pengajaran :

Kita perlu menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan kerana


haiwan juga merupakan makhluk ciptaan tuhan.

Anda mungkin juga menyukai