Anda di halaman 1dari 36

KARNIVAL e-KOKURIKULUM

PENDIDIKAN KHAS NEGERI


PAHANG TAHUN 2022
PENGENALAN
1. Karnival e-Kokurikulum Khas peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2022 akan
Pendidikan dilaksanakan secara dalam
talian.

2. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
menceburi aktiviti kokurikulum secara dalam talian dan mengembangkan bakat serta potensi MBPK ke
peringkat lebih tinggi.

3. Pendaftaran bermula pada 14 November sehingga 16 Novemberv 2022 sebelum jam 12.00 tengah hari.

4. Semua maklumat berkaitan Karnival eKokurikulum Pendidikan Khas Pahang akan dikongsikan melalui
aplikasi telegram ( PT Daerah ).
SYARAT UMUM PERTANDINGAN
1. Setiap kontijen daerah dibenarkan menghantar satu (1) peserta lelaki dan satu (1) peserta
perempuan bagi setiap kategori. Kecuali bagi acara Tarian Rampaian seramai ( 4 ) orang peserta. ( peserta
boleh secara keseluruhan lelaki atau perempuan atau secara 2 lelaki dan 2 perempuan).
2. Setiap peserta dibenarkan menyertai dua (2) kategori acara ( 1 acara indidvidu dan 1 acara berkumpulan ).

3. Semua penyertaan kontinjen daerah akan menerima sijil penyertaan manakala pemenang akan menerima sijil
pencapaian dan hadiah.
4. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube tetapan
unlisted.
5. Pautan rakaman video hendaklah disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form yang telah
disediakan.
6. Format penghantaran teks lirik lagu dan tepuk sorak (jenis tulisan Arial dan bersaiz 12 serta
jarak langkau 1.5) dalam format *pdf.
7.Penampilan pakaian peserta hendaklah bersesuaian dengan irama dan lagu
yang
dipersembahkan serta harus menjaga sensitiviti budaya masyarakat Malaysia (jika berkenaan).
SYARAT UMUM PERTANDINGAN ~SAMB

8. Setiap peserta wajib berada di dalam paparan rakaman sepanjang masa pertandingan berlangsung serta
peserta tidak dibenarkan keluar masuk.
9. Kedudukan kamera hendaklah diletakkan di hadapan peserta dalam kedudukan
melintang
(landskap).
10. Semua rakaman video hendaklah TANPA tanda pengenalan daerah.
11. Rakaman video hendaklah TANPA menggunakan sebarang aplikasi tambahan.
12. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak
akan
dipertimbangkan.
13. Semua rakaman/bahan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak milik urusetia. Pihak
urusetia berhak menggunakan rakaman/bahan tersebut dalam apa jua bentuk dan tujuan.
14. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi terma
dan syarat pertandingan.
KATEGORI ACARA PERTANDINGAN
INDIVIDU INDIVIDU BERKUMPULAN JUMLAH
ACARA KATEGORI
LELAKI PEREMPUAN LELAKI / PESERTA
PEREMPUAN
1. BP – Sekolah Rendah 4 4
2. BP – Sekolah Menengah 4 4
1. TARIAN RAMPAIAN
3. BD – Sekolah Rendah 4 4
4. BD – Sekolah Menengah 4 4
5. BP – Sekolah Rendah 1 1 2
6. BP – Sekolah Menengah 1 1 2
2. GAJET
(PERKHEMAHAN) 7. BD – Sekolah Rendah 1 1 2
8. BD – Sekolah Menengah 1 1 2

9. BD – Sekolah Rendah 1 1 2
3. LAGU SOLO KOD
TANGAN 10. BD – Sekolah Menengah 1 1 2

11. BP – Sekolah Rendah 1 1 2


12. BP – Sekolah Menengah 1 1 2
4. TEPUK SORAK
13. BL – Sekolah Rendah 1 1 2
14. BL – Sekolah Menengah 1 1 2
KATEGORI ACARA PERTANDINGAN ~SAMB

INDIVIDU INDIVIDU BERKUMPULAN


ACARA KATEGORI
LELAKI PEREMPUAN LELAKI / JUMLAH
PEREMPUAN PESERTA
15. BP – Sekolah Rendah 1 1 2
16. BP – Sekolah Menengah 1 1 2
5. NYANYIAN SOLO
17. BL – Sekolah Rendah 1 1 2
18. BL – Sekolah Menengah 1 1 2
19. PH - Terbuka Sekolah Rendah 1
20. PH - Terbuka Sekolah Menengah 1
21. BP – Sekolah Rendah
1 1 2

6. REKA CIPTA BAHAN 22. BP - Sekolah Menengah


1 1 2
TERBUANG
23. PH – Terbuka Sekolah
1
Rendah
24. PH – Terbuka Sekolah
1
Menengah

JUMLAH KESELURUHAN 16 16 16 52
TARIAN RAMPAIAN
TARIAN RAMPAIAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Sekolah Rendah (SR) dan
Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Pendengaran
(BD).

2. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada empat (4) minit dan tidak lebih daripada lapan (8)
minit sahaja.

3. Peserta perlu mengambil gambar seperti spesifikasi berikut:

Gambar 1 : pandangan hadapan dari paras dada ke atas (lengkap tatarias) Gambar
2 : pandangan hadapan keseluruhan badan (busana lengkap) Gambar 3 :
pandangan belakang keseluruhan badan (busana lengkap)
TARIAN RAMPAIAN ~SAMB

4. Spesifikasi rakaman video.

i. Video perlu dirakam dari kedudukan yang lebih tinggi supaya peserta dapat dilihat dengan jelas
dalam rakaman video.
ii. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak
digerakkan sepanjang rakaman.
iii Ruang tarian berukuran 10M X 10M. Ruang ini perlu ditandakan secara jelas dengan
. menggunakan kon, pita pelekat atau alatan yang bersesuaian.

5. Lagu pilihan hendaklah mempunyai gabungan rentak Joget dan Inang sahaja.

6. Ciptaan karya tarian hendaklah tidak melangkaui tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia.

7. Penggunaan prop seperti senjata, barangan elektrik, elemen api dan air tidak dibenarkan.
KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH
1 TEKNIK TARIAN DAN KOREOGRAFI
ASAS GERAK / RAGAM TARI 15
KESINAMBUNGAN GERAKKAN 10
KREATIVITI 5
2 KOORDINASI MUZIK DAN GERAKAN
KESERAGAMAN 15
KETEPATAN 5
3 PECAHAN TARI DAN POLA LANTAI
FORMASI GERAKAN 10
DISIPLIN 10
4 KESANTUNAN
PERGERAKAN MASUK 5
PERGERAKAN KELUAR 5
PERGERAKAN SEMASA 5
5 PENAMPILAN
BUSANA 10
TATARIAS 5

Jumlah 100
TARIAN RAMPAIAN ~SAMB

PAPARAN VIDEO PERSEMBAHAN

BUSANA LENGKAP
SOALAN LAZIM
1. Adakah lagu berentak joget dan Inang wajib dibawa semasa persembahan?
Ya, lagu berentak joget dan Inang wajib dibawa semasa persembahan.
2. Adakah lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan?
Ya, lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan.
3. Bolehkah lagu ‘minus one’ digunakan?
Ya, lagu minus one boleh digunakan.
4. Adakah prop boleh digunakan semasa persembahan?
Ya boleh. Namun demikian, prop seperti senjata, alatan tajam, unsur api, unsur air, barangan elektrik dan prop yang
merbahaya adalah tidak dibenarkan.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan busana dan tatarias?
Busana ialah pakaian yang lengkap. Tatarias ialah hiasan/kemasan di muka dan kepala.
6. Adakah markah akan dipotong sekiranya peserta menari melebihi masa yang ditetapkan?
Markah tidak akan dipotong, tetapi penilaian hakim hanya mengikut masa yang ditetapkan sahaja.
7. Adakah rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan?
Ya, rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan iaitu 10m x 10m dan ditandakan secara
jelas.
8. Adakah penggunaan filter dalam rakaman video dibenarkan?
Tidak dibenarkan.
GAJET
(PERKHEMAHAN)
GAJET (PERKHEMAHAN)
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Pendengaran (BD).
2. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik melalui aplikasi
Youtube (tetapan unlisted).
3. Spesifikasi rakaman video:

i) Video 1 – Pembinaan gajet


a. Rakaman video hendaklah menunjukkan peserta dan proses kerja dengan jelas.
b. Penggunaan muzik latar, teks, dan lain-lain animasi grafik tidak dibenarkan.
c. Setiap peserta diberikan tempoh masa maksimum 90 minit sahaja untuk membina gajet.
d. Rakaman video hendaklah menggunakan aplikasi Time Lapse Video sahaja dengan
tetapan kelajuan 10x.
ii) Video 2 – Pembentangan hasil gajet
a. Rakaman video hendaklah menunjukkan peserta dan gajet.
b. Rakaman video wajib mempunyai sari kata Bahasa Melayu.
c. Pembentangan perlu dirakamkan dalam tempoh masa tiga (3) hingga lima (5) minit.
GAJET (PERKHEMAHAN) ~SAMB

4. Setiap peserta digalakkan memakai pakaian lengkap unit beruniform masing-masing.

5. Setiap peserta perlu membentangkan hasil gajet yang dibina bagi yang berikut:
perkara
i. Nama gajet
ii. Bahan gajet
iii. Ikatan yang digunakan
iv. Fungsi gajet
6. Penggunaan tali untuk ikatan gajet perlulah jelas menampakkan jenis ikatan yang digunakan bagi
memudahkan sesi penjurian dijalankan.

7. Semua gajet wajib dibina menggunakan teknik ikatan sahaja.

8. Semua gajet yang dibina hendaklah mempunyai ketinggian minimum 30 cm dan maksimum 200 cm.

9. Gajet yang berbentuk perangkap atau berbahaya tidak dibenarkan.


GAJET (PERKHEMAHAN) ~SAMB

KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH
IKATAN
1 a. BILANGAN IKATAN 30
b. JENIS IKATAN 10
2 KREATIVITI 10
3 KEASLIAN HASIL KERJA 10
4 KEKEMASAN 10
5 KESEIMBANGAN 10
6 MASA 5
7 PEMBENTANGAN 15

JUMLAH 100
GAJET (PERKHEMAHAN) ~SAMB

Aplikasi Time Lapse Video


SOALAN LAZIM
1. Bolehkan video 1 dan video 2 digabungkan?
Tidak boleh. Peserta perlu menghantar dua (2) video berbeza secara berasingan.

2. Bolehkah rakaman time lapse bagi proses pembinaan gajet menggunakan aplikasi lain selain dinyatakan?
Tidak.

3. Bolehkan lagu latar dimasukkan dalam video 1?


Tidak. Video 1 kekal memaparkan keseluruhan proses awal hingga akhir gajet tanpa sebarang suntingan dalam tetapan
time lapse.

4. Adakah peserta boleh membina gajet kurang daripada 90 minit dan rakaman time lapse menjadi lebih pendek?
Boleh. Masa maksimum pembinaan gajet adalah 90 minit dan ditukar kepada tetapan time lapse.

5. Apakah jenis bahan dan tali yang boleh digunakan dalam pembinaan gajet?
Boleh menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati. Penggunaan tali perlulah bersesuaian dengan saiz bahan digunakan
dan pastikan ikatan yang dibuat dapat dilihat dengan jelas.

6. Adakah kamera perlu berada dalam kedudukan statik sewaktu rakaman video?
Tidak. Kebebasan diberikan bagi menunjukkan peserta dan gajet dalam pelbagai sudut secara berterusan tanpa sebarang potongan
dalam rakaman tersebut.
LAGU SOLO
KOD TANGAN
LAGU SOLO KOD TANGAN
1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Sekolah Rendah (SR) dan
Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Ketidakupayaan Pendengaran (BD) sahaja.
2. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan (kecuali bagi penambahan
sarikata Bahasa Melayu) dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube (tetapan unlisted).
3. Spesifikasi rakaman video:
i) Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman.
ii) Video perlu dirakam daripada pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa
persembahan.
4. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada tiga (3) minit dan tidak melebihi
tujuh
(7) minit.
5. Tema lagu kategori Balada daripada album/single artis Malaysia dalam versi Bahasa Melayu.

6. Penggunaan prop dibenarkan TETAPI elemen dan aksi berbahaya adalah dilarang.
LAGU SOLO KOD TANGAN ~SAMB

KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH
KOD TANGAN
1 a. KETEPATAN 20
b.KEKEMASAN 10
PENGHAYATAN
2 a. PERGERAKAN 20
b.EKSPRESI 20
3. TEMPO 10
4. KREATIVITI 10
5. PAKAIAN DAN TATARIAS 5
6. KETEPATAN TEMA 5

JUMLAH 100
SOALAN LAZIM
1. Adakah penyertaan terbatal sekiranya rakaman video tidak menampakkan keseluruhan
badan peserta?
Tidak, selagi pergerakan kod tangan boleh dilihat oleh hakim.

2. Adakah tampalan muzik pada rakaman video dibenarkan?


Ya, tampalan muzik pada rakaman video dibenarkan.

3. Apakah kod tangan yang dibenarkan?


Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

4. Adakah tarian yang tidak keterlaluan dibenarkan?


Ya, tarian dibenarkan selagi tidak melanggar tatasusila masyarakat Malaysia dan
tidak mendatangkan risiko kecederaan.
TEPUK SORAK
TEPUK SORAK
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Pendidkan Khas (MBPK) Sekolah Rendah (SR) dan
Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL) yang
menyertai unit beruniform di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Spesifikasi rakaman video:
i) Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman.
ii) Video perlu dirakam daripada pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa
persembahan.
3. Setiap peserta digalakkan memakai pakaian lengkap unit beruniform masing-masing.
4. Tepuk sorak yang dibuat hendaklah berupa kata-kata semangat atau membawa mesej yang baik (positif)
bertemakan SEKOLAHKU SEJAHTERA dan tidaK mengandungi unsur-unsur perkauman atau yang boleh
menyinggung perasaan mana-mana pihak.
5. Tepuk Sorak hanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau gabungan kedua-dua bahasa tersebut. Dialek
negeri tidak dibenarkan.
6. Tempoh jangka masa video tersebut adalah tidak kurang 30 saat dan tidak melebihi 60 saat.
7. Sebarang penggunaan muzik latar adalah TIDAK dibenarkan.
KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH
TEKNIK SORAKAN
a. SORAKAN
i. SEBUTAN 10
ii. SUARA 10
iii. ALUNAN 10
1
b. TEPUKAN 10

c. KOORDINASI
i. TANGAN 10
ii. KAKI 10
d. LIRIK 5

PERSEMBAHAN
a. PERSONALITI
i. GAYA 5
2
ii. EKSPRESI 5
b. PERALATAN PROP 10

c. KREATIVITI 10

PAKAIAN
3
UNIFORM LENGKAP 5

JUMLAH 100
SOALAN LAZIM
1. Adakah penyertaan terbuka kepada ahli pengakap sahaja?
Tidak, penyertaan terbuka kepada semua MBPK.

2. Adakah pemakaian baju seragam unit beruniform diwajibkan?


Tidak, namun ia akan mempengaruhi pemarkahan

3. Adakah laungan semangat selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dibenarkan?
Ya, laungan semangat dibenarkan dalam pelbagai bahasa.

4. Adakah penggunaan alat muzik dibenarkan?


Ya.
NYANYIAN SOLO
NYANYIAN SOLO
1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL), dan kategori
Bermasalah Fizikal (PH) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM)

2. Spesifikasi rakaman video:


i. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman.
ii. Video perlu dirakam dari pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas
semasa persembahan.

3. Masa yang diperuntukkan adalah minimum tiga (3) minit dan maksimum tujuh (7) minit.

4. Peserta dikehendaki mendendangkan satu (1) lagu dengan iringan muzik (minus one).

5. Pertandingan bertemakan lagu artis Malaysia sahaja. Peserta bebas memilih lagu tetapi mestilah penyanyi
asal lagu tersebut adalah penyanyi dari Malaysia.

6. Penggunaan mikrofon dibenarkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.

7. Penggunaan prop dibenarkan TETAPI elemen dan aksi berbahaya adalah dilarang.
NYANYIAN SOLO ~SAMB

KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH

SUARA
a. PIC 30
1
b. SEBUTAN 10
c. DINAMIK 10
d. KUALITI TON 5
2 TEMPO 15
3 GAYA 10
4 KREATIVITI 10
5 PAKAIAN 5
4 EKSPRESI 5
SOALAN LAZIM
1. Bolehkah peserta menyanyikan lagu secara Acapella?
Tidak digalakkan, kerana ia menyukarkan pihak hakim membuat penilaian dan memberi markah.
2. Apakah yang akan berlaku jika minus one yang digunakan mempunyai suara latar (backup
vocal/harmony)?
Tiada markah yang akan diberi untuk bahagian harmoni.
3. Bolehkah penari latar digunakan untuk tujuan gimik?
Tidak.
4. Apakah yang akan berlaku jika masa persembahan melebihi 7 minit?
Persembahan selepas minit 7.01 tidak akan dibuat penjurian/pemarkahan.
5. Bolehkah peserta menyanyikan lagu medley?
Tidak boleh. Lagu yang dinyanyikan mestilah sebuah lagu penuh.
6. Bolehkah melakukan nyanyian secara iringan pemuzik secara langsung (live band)?
Boleh, dengan syarat kesemua anggota pemuzik tidak kelihatan didalam ruang rakaman video.
7. Adakah gimik merupakan salah satu aspek kreativiti?
Ya.
REKA CIPTA
BAHAN TERBUANG
REKACIPTA BAHAN TERBUANG
1. Peserta hendaklah menggunakan sekurang – kurangnya 3 bahan dari bahan terbuang dan tidak melebihi
tiga bahan terbuang.
2. Menggunakan bahan – bahan terbuang contoh : plastik, straw minuman, sarang telur , kulit telur dan bahan – bahan lain

yang difikirkan bersesuain dan menepati syarat


3. Hiasan reka cipta boleh menggunakan bahan lain seperti cat dan cat semburan.
4. Tempoh masa membuat rekacipta adalah 90 minit ( rakaman menggunakan aplikasi time lapse berkelajuan sehingga
10x).
Bagi penerangan rekacipta adalah selama 3 hingga 5 minit .
5. Video hendaklah di upload ke daalam youtube dengan tetapan unlisted.
6. Rakaman video hendaklah dihantar secara berasingan :
i). Video pembikinan ( Aplikasi time lapse ) BERKELAJUAN 10 X.
ii ). Video penerangan tentang rekacipta
REKA CIPTA BAHAN TEBUANG ~SAMB

7. Aspek penerangan :
i). Bahan – bahan yang digunakan
ii). Alatan yang digunakan
iii ). Nama ciptaan / rekaan
iv). Fungsi rekaan .
8. Raakaman video hendaklah dibuat tanpa muzik iringan dan suntingan.
9. Keputusan Jemaah hakim adalah muktamad.
SOALAN LAZIM

1. Adakah dibenarkan penggunaan paparan masa (display timer) diwajibkan?


Tidak perlu.
BIL KRITERIA MARKAH

KREATIVITI 50%

a. Reka bentuk hasil 20


1
b. Keunikan 10

c. Mudah difahami / jelas 10

d. Bahan yang digunakan 10

2 PERSEMBAHAN 40%

a. Gaya bahasa 10

b. Kelancaran penerangan 10

c. Keyakinan diri 20

KEKEMASAN 10% 10

JUMLAH 100
SEKIAN, TERIMA KASIH
Q&A

Anda mungkin juga menyukai