Anda di halaman 1dari 33

EDU 3101

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia


PISMP Semester 1
Pensyarah: Hj. Ridzwan Mahmad
Jabatan Ilmu Pendidikan
1. Falsafah Pendidikan Islam


Falsafah Islam:

 Falsafah Islam adalah berdasarkan ajaran Islam, bersumber


daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

• Ia juga termasuk hal mengetahui cara mencapai kepuasan di


Dunia dan juga cara mengelakkan kesengsaraan di Akhirat
(Ead, 1998).

• Pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih


minda, tubuh, roh, dan emosi manusia, dan membimbing
pendidik untuk membentuk pelajar berdasarkan ajaran Islam.
1. … Falsafah Pendidikan Islam


• Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa
Pendidikan Islam ialah usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran, dan amalan Islam
berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

• Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan


pengetahuan yang mencukupi supaya dia tahu siapa dia,
peranannya, dan tanggungjawabnya sebagai hamba
Tuhan serta menjadi seorang pemimpin yang baik.
1. … Falsafah Pendidikan Islam


 Antara perkara penting yang difokuskan oleh Falsafah
Pendidikan Islam adalah:
 Pendidikan akidah
 Pendidikan ibadah
 Pendidikan akhlak
 Pendidikan akal
 Pendidikan jasmani
 Pendidikan rohani
 Pendidikan ketrampilan
 Pendidikan keibubapaan
 Pendidikan kemasyarakatan
 Pendidikan kepimpinan
1. … Falsafah Pendidikan Islam


Falsafah Islam:

 Ibn Rushd, yang juga terkenal di Barat sebagai Averroes,


ialah ahli pemikir Muslim agung dan terkenal sebagai ahli
sains yang ternama, serta seorang doktor yang ulung dan
Hakim Besar (Kadi Agung) di Sepanyol Muslim semasa abad
ke-12.

 Beliau mempunyai pengaruh besar terhadap pemikiran Barat.

 Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah


saling bersetuju. (Raslan,1997; Ead,1998).
1.1 Konsep Falsafah Pendidikan Islam


 Menurut Mohd Kamal Hassan (1989);
 Pendidikan seumur hidup
 Pembangunan menyeluruh – JERI
 Dua fungsi – hamba (abid) dan khalifah
 Memakmurkan alam
 Kesepaduan – iman, ilmu dan amal soleh
 Al-falah (berjaya)
1.2 Prinsip Falsafah Pendidikan Islam


 Menurut Omar al-Syaibani (1991);
 Sesuai dengan roh Islam, aqidah dan undang-undang Islam
 Berkaitan dengan realiti masyarakat
 Berkaitan dengan kehidupan manusia (ilmu pengetahuan &
pengalaman)
 Bersifat universal (sosial, budaya, spiritual, ekonomi dan lain-lain)
 Bersifat memilih (sesuai dengan roh Islam)
 Bebas daripada sebarang percanggahan
 Contoh yang jelas
 Dinamik (dengan contoh-contoh yang jelas).
1.3 Fungsi Falsafah Pendidikan Islam


• Fungsi Falsafah Islam adalah untuk menerangkan hubungan
antara manusia dan Penciptanya (Allah), antara manusia dan
manusia, dan antara manusia dengan alam sekitarnya (BPG,
2002).

• Pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih


minda, tubuh, roh, dan emosi manusia, dan membimbing
pendidik untuk membentuk pelajar berdasarkan ajaran Islam.

• Hal ini tercapai berdasarkan ilmu wahyu (Al-Quran), amal


(amalan) Nabi Muhammad s.a.w. (Sunnah) dan sahabat-
sahabatnya, dan melalui pengalaman Salafal-Salih dan tokoh-
tokoh pendidikan ulung yang lain.
2. Falsafah Pendidikan Timur


• Falsafah Pendidikan Timur boleh dikategorikan kepada dua
mazhab:
i. Konfusianisme dan Taoisme
ii. Nasionalisme dan Internasionalisme
2.1 Konfusianisme


 Pengasas agung Konfusianisme ialah Confucius, atau lebih
dikenal sebagai Kung Fu ‘Tze (551–479 SM).

i. Prinsip utama pendidikan adalah pada hal pemikiran berfokus,


menegakkan kebenaran, dan mempercayai kebaikan (jen).

ii. Menurut Konfusionisme, kepentingan pendidikan terletak pada


hal mengubah tingkah laku manusia supaya menjadi warga yang
memiliki kelakuan mulia, mematuhi undang-undang, setia kepada
kewibawaan dan mencintai negaranya.

iii. Dalam perkataan lain, pendidikan ialah proses untuk memupuk


kesempurnaan kelakuan etika manusia.
2.1 … Konfusianisme


 Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan
merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan
norma masyarakat, dan seterusnya pula mengekalkan
kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa
kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.
2.1 … Konfusianisme


 Mereka menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni
baik hati, dan nilai baik hati ini dapatdiperkembangkan melalui
proses pendidikan.
 Bagaimanapun, untuk menjadikan manusia yang sempurna
dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan
masyrakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma,
peraturan dan kebudayaan masyarakat.
 Sehubungan itu, pelajar hendaklah menghafal kelima-lima
buku klasiks yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh cendekiawan
dari tamadun purba kala, iaitu buku syair, buku sejarah, buku
elemen etika, buku upacara dan buku sastera.
2.1 … Konfusianisme


 Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi
yang berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut
kebolehan individu.
 Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk
menyampaikan pelajaran.
2.1 … Konfusianisme


 Dalam zaman Dinasti Sung:
 Chenghao (1032-1085),
 Chengyi (1033-1107),
 Zhuxi (1130-1200),
memperkenalkan unsur rasionalisma dalam falsafah
pendidikan konfusianisme.
2.1 … Konfusianisme


 Mereka berpendapat, untuk memperolehi ilmu yang sebenar,
pelajar hendaklah menggabungkan pemikiran rasional dengan
mentalnya.
 Sehubungan ini, mereka menyarankan kaedah inkuiri untuk
memperolehi ilmu pangetahuan.
 Mereka menghuraikan tujuan pendidikan sebagai
perkembangan kecerdasan individu, pembentukan individu
bermoral tinggi dan berbudaya sempurna.
2.1 … Konfusianisme

 Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam


dinasti Ming, menentang hukum dera dan mengurungkan
kanak-kanak sebagai pendekatan pengajaran. Sebaliknya,
beliau menyarankan teknik peneguhan dan motivasi
digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam
pembelajaran.
2.1 … Konfusianisme


 Sehingga tahun 1911, aliran fahaman konfusianisme menjadi
falsafah pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem
pendidikan di negeri China.
 Pada tahun 1911, iaitu masa Koumintang mengambil alih
tempat perintahan, falsafah pendidikan barat mula
mempengaruhi sistem pendidikan China.
2.2 Taoisme


 Taoisme merupakan aliran falsafah penting di Cina selepas
Konfusianisme.
 Taoisme sering dianggap sebagai falsafah mistik, bahkan
sebagai salah satu bentuk mistisisme tertua di dunia yang
berpengaruh hingga abad ke-20.
2.2 … Taoisme

 Ia berbeza dari Konfusianisme yang memfokuskan pada


persoalan manusia sebagai anggota sosial, kehidupannya
dalam etika dan politik.
 Taoisme menaruh perhatian besar terhadap persoalan
metafizika dan persatuan mistikal antara manusia dengan
alam.
2.2 … Taoisme


 Diasaskan oleh Lao Tze atau dikenali sebagai guru Tua.
 Lahir pada tahun 604 S.M.
 Dikatakan berada dalam perut ibunya selama 82 tahun dan
dilahirkan dalam keadaan sudah tua.
 Nama asalnya Li Peh Yang, Lao Tze merupakan gelarannya
sebagai orang tua yang bijaksana.
 Dikatakan beliau hidup hampir dua ratus tahun kerana
mengamalkan pemakanan raksa dan bahan campuran lain.
 Ajaran-ajarannya telah dikumpulkan di dalam sebuah kitab
besar yang diberi tajuk I-Ching.
2.2 … Taoisme


 Ajarannya:
 Menekankan unsur-unsur primitif untuk mencapai
kehidupanya yang abadi.
 Penganut Taoisme perlu bertapa di gua-gua dan
gunung-gunung untuk menghapuskan dosa.
 Anti-materialisme iaitu penganut diajak meninggalkan
hal-hal duniawi supaya memperolehi tempat yang baik
pada hari akhirat.
2.2 … Taoisme


 … Ajarannya:
 Banyak menggunakan pendekatan batin untuk
mewujudkan perpaduan masyarakat.
 Setiap manusia mempunyai satu bentuk tenaga di
dalam jiwanya.
 Tenaga iaitu tuhannya boleh dibangkitkan melalui
amalan yoga dan meditasi apabila seseorang berjaya
mengosongkan fikirannya.
2.3 Nasionalisme


 Rabindranath Tagore (1861–1941), ahli falsafah dan
penyair terkenal dari India, mentafsirkan pendidikan
nasionalisme sebagai proses yang bermatlamat untuk
menghasilkan individu dengan penaakulan sempurna yang
berupaya mencapai semua aspek termasuk fizikal, intelek,
moral dan rohani serta yang ada hubung kait dengan
pengalaman hidup.
2.3 Nasionalisme

 Pendidikan nasionalisme harus bermatlamat untuk


menyemai ideal dan tradisi sesebuah negara. Selain itu,
pendidikan harus berdasarkan pengetahuan sejarah,
geografi, kesusasteraan, situasi sebenar dan tuntutan
negara pada masa itu yang termasuk masalah nasional,
pencapaian, kegagalan dan kejayaan.
2.4 Internasionalisme


 Pendidikan internasionalisme harus cuba memupuk
hubungan baik, persaudaraan, harmoni, dan keamanan
antara negara di dunia.

 Justeru pendidikan harus berdasarkan pengetahuan


sebenar dan harus ada hubungan langsung dengan
budaya dan tradisi rakyat negara lain.
2.5 Konsep Falsafah Pendidikan Timur


 Pendidikan merupakan suatu elemen yang sangat penting
bagi seseorang individu baik di dunia mahupun di akhirat.
 Pendidikan membolehkan seseorang individu mencapai
kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan,
menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak
sosial dan ekonomi.
2.5 Prinsip Falsafah Pendidikan Timur


 Manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah.
 Sikap merupakan faktor penentu mencapai kebahagiaan.
 Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi –
refleksi kendiri akan menimbulkan rasa kesyukuran.
 Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan
mencapai Nirvana.
2.6 Fungsi Falsafah Pendidikan Timur


 Pendidikan untuk internasionalime adalah bertujuan
memupuk perhubungan baik, persahabatan, dan
keamanan di antara semua negara di dunia,
danpendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan yang
tepat dan tidak berbelah bagi yang diperolehi dengan cara
pengkajian dan perhubungan langsung dengan adat-
istiadat dan tradisi, sejarah dan kebudayaan orang-orang
di negara lain.
2.6 Fungsi Falsafah Pendidikan Timur


 Pendidikan untuk perkembangan individu adalah
bertujuan membentuk kuasa dan sikap individu
sepenuhnya.
 Pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan
adalah bertujuan mengarahkan tenaga-tenaga dan
kebolehan individu kepada kebajikan masyarakat dan
negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut
agar hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada
prinsip bekerjasama, berbaik-baik dan menghormati
antara satu sama lain.
2.6 … Fungsi Falsafah
Pendidikan Timur

 Melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya
mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal,
intelek, moral dan kerohanian ,dengan penuh bermakna.
 Tujuan pendidikan sebagai perkembangan kecerdasan
individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan
berbudaya sempurna.
Siapakah tokoh-tokoh
dalam bidang ini?

Siapakah tokoh ahli Falsafah Pendidikan Islam?

Siapakah tokoh ahli Falsafah Pendidikan Timur?

Apakah sumbangan mereka?

Apakah kesannya sumbangan mereka ke dalam


sistem pendidikan di Malaysia?
Siapakah mereka ini?


Ibn Rushd? Imam al-Ghazali?

Ibn Khaldun? Al-Farabi?

Confucius? R. Tagore?

Sila buat rujukan perpustakaan @ internet


untuk sesi tutorial minggu ini. Wassalam.

Sila rujuk facebook ISL
untuk aktiviti tutorial
akan datang.
Sekian, selamat beramal …

Anda mungkin juga menyukai