Anda di halaman 1dari 16

GURU SEBAGAI AGEN PERUBUHAN

ATAU

GURU SEBAGAI PENGEKAL TRADISI


BONG SOOK
JONG
LIM JUN YAN
Guru ialah pakar dalam pengajaran yang bertanggungjawab
merancang, memandu dan menilai pembelajaran.

Maka, guru haruslah menjadi agen perubahan, di mana


pengetahuan dan keterampilannya selalu diperbaharui sesuai
dengan perkembangan masa kini.

Sebagai agen perubahan, juga dapat membimbing murid-murid


agar dapat menghasilkan perubahan tingkah laku dan membuat
persediaan untuk menghadapi segala perubahan yang akan
berlaku.
JENIS PERUBAHAN
TERHADAP GURU
Perubahan ke arah
peningkatan

Perubahan di peringkat Dessler Perubahan strategik


sekolah / kementerian (1995), organisasi
Mohamme
d Sani
(2000)

Perubahan akibat Perubahan


daripada jangkauan reaktif/proaktif
1. Perubahan ke arah peningkatan
Guru perlu meningkatkan kemahiran (cara melaksanakan tugas).

Guru perlu melakukan perubahan dalam cara pengajaran agar murid-murid


mendapat keputusan peperiksaan yang lebih baik. Jika tidak, keputusan
peperiksaan akan terus kekal seperti sebelumnya atau semakin merosot.

Guru juga perlu menekankan aspek meningkatkan pengeluaran.

Bahan pengajaran yang banyak tetapi menggunakan kos yang rendah dan
eko.
2. Perubahan strategik organisasi.
Pencapaian strategik adalah satu perancangan yang berstrategi untuk
mencapai matlamat yang diharapkan dengan mengambil kira banyak
angkubah lain.

Pembaharuan misi, visi dan nilai (sekurangnya 5 tahun)

=> Kurikulum yang lengkap memerlukan peralatan yang mencukupi, teknik


mengajar perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
3. Perubahan reaktif/proaktif
Perubahan reaktif/proaktif dilakukan ke arah memenuhi kehendak
pelanggan.

Contoh:

JPA menghantar pelajar ke luar negara berdasarkan guna tenaga


mengikut pengkhususan dan keperluan masa depan iaitu sama ada
pelajar dapat memenuhi keperluan pelanggan untuk kerajaan atau sektor
swasta.
4. Perubahan akibat daripada jangkauan
Perubahan untuk hadapi pesaing baru. (sekolah swasta)

Persiapan terhadap kemungkinan berlaku (atas tuntutan pelanggan)

=> Guru perlu menguasai kemahiran computer untuk diajar kepada pelajar
sebagai persediaan kepada tenaga kerja pada masa depan.
5. Perubahan di peringkat sekolah / kementerian
Perubahan amat bergantung kepada tahap keterdesakan.

Keterdesakan bergantung kepada tekanan yang dihadapi khasnya


daripada luar (masyarakat), keluarga,dan institusi lain.

Contoh:

=> Beberapa langkah segera telah diambil dalam menangani budaya black
metal.
Guru yang berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan di
mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan kepimpinan yang
bersifat autokratik kepada demokratik.

Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara


berikut:

1. Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi


pemusatan murid.

2. Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat,


ketua, staf sokongan dan sekolah.

3. Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk
menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.
1. Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi
pemusatan murid.

Murid boleh bertanya jika terdapat sebarang persoalan tentang pengajaran


pada waktu tersebut.
Bukan semata-mata mendengar penjelasan dan penerangan daripada
guru sahaja.
Semua pendapat murid mestilah dipertimbangkan dan diterima sekiranya
pendapat tersebut benar dan tepat selain ia berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran juga menggalakan murid mencari
maklumat tambahan melalui teknologi internet. Ini dapat melatih mereka
mengadaptasi dengan kemajuan dan perubahan yang berlaku mengikut
peredaran semasa.
2. Guru mengamalkan sifat penyayang

Kanak-kanak lebih tertarik untuk berdamping dengan guru yang


mempunyai sikap ini memandangkan guru merupakan orang yang kedua
rapat selain ibu bapa mereka.
Guru yang penyayang ini mampu membuat kanak-kanak lebih memberi
perhatian serta tumpuan terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung.
Guru juga perlulah mengamalkan sikap penyayang terhadap setiap
masyarakat.
Hal ini dapat menimbulkan rasa hormat daripada masyarakat lebih-lebih
lagi, tugas menjadi seorang guru adalah satu profession yang dianggap
mulia di sisi masyarakat.
3. Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia
untuk menghadapi perubahan

Sebagai contoh, pemansuhan program Pengajaran dan Pembelajaran


Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada program
memperkasa Bahasa Melayu sedangkan program ini baru sahaja 7
tahun dilaksanakan bermula dari tahun 2003.
Kesediaan guru dalam menerima perubahan ini dengan menghadiri
kursus dan sebagainya dapat dilihat tanpa sebarang rungutan. Sifat
keterbukaan secara proaktif ini mampu menjadikan guru sebagai agen
perubahan yang sesuai mengikut peredaranzaman dan masa.
Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi
yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.
Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir
dan budaya menulis.

Menurut sharil et al.(1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu,


guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka.Tanpa pembinaan
budaya ilmu dalam inovasi pendidikan, matlamat yang disasarkan agak sukar
dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya
dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah
bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah,
pemangkin dan pendorong pembelajaran
Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam penciptaan
alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahan- perubahan dan
pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya
di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan
pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik darjah.
PERANAN GURU DALAM SEKOLAH
PERANAN AKTIVITI

PENGURUS - Mengurus masalah pelajar.


- Menbentuk disiplin pelajar.

PENGGANTI IBU - Menjaga kebajikan pelajar semasa di


BAPA sekolah.

KAUNSELOR - Memotivasikan pelajar.

PAKAR RUJUK - Membimbing pelajar dari segi JERIS.

PEMIMPIN - Sebarkan nilai dan norma masyarakat.


MASYARAKAT

Anda mungkin juga menyukai