Anda di halaman 1dari 4

Bilangan Jurnal : Kesembilan

Minggu Praktikum : Minggu Kesembilan (11 Mac - 15 Mac 2018)

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 15 Mac 2018 (Khamis)

Tajuk Jurnal : Tahap penguasaan yang lemah terhadap

Ilmu membaca peta

a) Masalah

Minggu ini merupakan minggu kesebilan saya menjalani praktikum di


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Johor. Penulisan jurnal pada
minggu ini saya ingin fokuskan pada tahap penguasaan murid terhadap ilmu
membaca peta. Murid-murid yang terlibat dalam masalah ini ialah murid-murid
dari Tingkatan 1 Mustari. Murid-murid di dalam kelas ini sangat aktif dan
menunjukkan minat untuk belajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
Sejarah dijalankan. Malah terdapat beberapa orang murid dari Tingkatan 1
Mustari berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Sejarah dilaksanakan. Buktinya apabila guru
memberikan latihan berkumpulan atau latihan di dalam kelas, rata-rata murid
dari Tingkatan 1 Mustari ini Berjaya menyiapkan latihan Sejarah dengan baik.
Walau bagaimana pun, setiap kelebihan yang wujud pasti terselit kelemahan di
sebaliknya. Setelah sembilan minggu dipertanggungjawabkan untuk mengajar
Sejarah bagi murid-murid Tingkatan 1 Mustari, guru mendapati bahawa
terdapat beberapa orang murid dari Tingkatan 1 Mustari ini tidak dapat
membaca peta dengan baik. Malah murid-murid ini kadang-kala keliru
kedudukan negara-negara di Asia Tenggara.

Kelemahan segelintir murid-murid dari Tingkatan 1 Mustari ini menyebabkan


sesi pengajaran guru tidak dapat dijalankan dengan lancar. Keadaan ini juga
menyebabkan murid berkenaan lebih gemar untuk bermain dengan
rakan-rakannya yang lain berbanding untuk menyiapkan tugasan yang telah
disediakan oleh guru.
Menurut Galton (1869), kecerdasan ialah sesuatu yang diwarisi. Mereka yang
mempunyai tahap kecerdasan rendah mempunyai sensori yang lemah
berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap kecerdasan tinggi
mempunyai sensori yang kuat. Dalam pada itu, Alfred Binet (dalam Brody,
1997), turut menjelaskan perbezaan individu semakin ketara pada peringkat
tinggi proses kognitif. Sehubungan itu, pemahaman terhadap kecerdasan
dapat difahami melalui pengamatan terhadap proses berfikir yang kompleks.

b) Analisis Masalah

Menurut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan


dalam dirinya iaitu linguistik, logikal,ruang, muzik, kinsestetik, interpersonal,
intrapersonal dan naturalis. Masalah yang ditunjukkan oleh beberapa murid di
dalam Tingkatan 1 ini telah menyebabkan saya terpaksa menyiasat masalah
yang dihadapi oleh murid berkenaan. Antara persoalan yang timbul di kepada
saya ialah:

1) Adakah peta yang dibaca oleh murid sukar untuk ditafsir oleh murid?

2) Adakah murid masih keliru dengan kedudukan negara di Asia Tenggara?

3) Adakah murid bosan dengan pengajaran Sejarah yang saya sediakan?

4) Adakah peta yang disediakan, sukar untuk difahami oleh murid?

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual serta
pemerhatian yang saya lakukan terhadap murid-murid ini, saya dapati bahawa
terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah ini.
Antara faktor yang menyumbang ialah

1) Kebanyakan murid belum dapat membaca peta dengan baik.

2) Murid-murid perlu sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan.

3) Tiada sebarang kecacatan pada diri.

4) Murid tidak yakin untuk membaca dan mengenalpasti kedudukan negara


dengan baik..
c) Cadangan

Bagi membantu murid-murid yang lemah di dalam membaca peta, saya


telah membuat beberapa cadangan yang boleh membantu membaca peta
dengan mudah. Antara cadangan saya adalah seperti berikut:

Memberikan kata-kata perangsang supaya murid lebih yakin untuk membaca


peta.

1) Membimbing murid untuk membaca peta.

2) Membuat latih tubi kepada murid-murid yang lemah dalam membaca peta.

3) Memilih kaedah pengajaran yang lebih sesuai dengan tahap pemikiran


serta tahap umur murid.

d) Kesimpulan

Sebagai seorang guru kita hendaklah peka dalam memilih kaedah serta
teknik pengajaran bagi memudahkan kita untuk melaksanakannya di dalam
kelas. Malah pemilihan kaedah serta teknik yang sesuai dapat membantu guru
serta murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Guru
berperanan sebagai seorang perancang serta perlu sentiasa memberikan
bimbingan dan maklum balas kepada murid agar setiap apa yang dilaksanakan
benar-benar dapat membantu perkembangan murid khususnya dalam bidang
akademik.

e) Rujukan

Brody, G. H. (1997). Maternal psychological functioning, family processes, and


child adjustment in rural, single-parent, African American
families. Developmental psychology, 33(6), 1000.

Galton, F. (1869). Hereditary genius: An inquiry into its laws and


consequences (Vol. 27). Macmillan.
Gardner, H. (1991). "Multiple Intelligences" as a Catalyst. The English
Journal, 84(8), 16-18.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai