Anda di halaman 1dari 5

Selain daripada adat perkahwinan, masyarakat india juga mempunyai adat

menyambut kelahiran bayi. Dalam menyambut kelahiran bayi, semua ahli keluarga akan
dimaklumkan tentang kelahiran seseorang bayi. Setelah itu, apabila bayi dilahirkan, ahli
keluarga tidak boleh menjalankan sebarang upacara keagamaan selama 16 hari. Pada hari ke
16 merupakan hari menamakan anak. Ketika ini, rumah dan buaian akan di hias dengan
begitu cantik. Dalam acara ini, jiran-jiran akan dijemput bagi memeriahkan majlis. Dala
memberikan nama yang sesuai kepada anak, seorang ahli agama akan dirujuk untuk mencari
nama yang bertuah dan bersesuain dengan bintang aksaranya. Dalam memberikan nama bayi,
bayi tersebut dipangku satu persatu oleh golongan tua dan dinyanyikan lagu agama oleh
golongan wanita.

Sewaktu kelahiran
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan
tepat bagimenentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan
menentukan mental, fizikaldan rohani bayi sehingga dewasa.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi
mengenai agamaHindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di
telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya
membisikkannya sebaik sahajamelihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak
membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.
Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi
mendengar nama Tuhansebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa
rahmat kepada bayi tersebut.
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan
rumah bersamaduit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan
bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada
lidahnya. Di sampingmadu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang
merupakan campuran minyak bijan,minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan.
Kegunaan minyak ini dipercayai bolehmembawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang
sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapatmelembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi
bertutur.
Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi
akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi
tersebut.
Selepas kelahiran
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga,
kelima, ketujuh dansebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk
ke rumah upacara Aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang
malapetaka dariapada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang
dicairkan, arang,sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali
mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya
para Cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke
dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk kedalam rumah, isi dulang
aalati dibuang.
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang
lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama,
orang luar dilarang melawatmereka kecuali untuk tujuan perubatan.
Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan
mandi selama duaminggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana
pembedahan dan kesankelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang
sehari selepas bersalin.
Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut
digunakan untuk mandi.Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan
bagi mengelakkan sakit kepala,selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas
bersalin.
Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang
berpengalaman.Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan
menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan
untuk mengelak penyakit sawan ataukuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk
melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang
belakang bayi supayatidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut
diurut. Beberapa bahan sepertiserbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang
ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit
kulit dan melicinkan kulit bayi.
Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki
sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan
dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya
tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedungdengan kain bertujuan untuk
meluruskan anggota badan bayi.Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara
pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan denganmemasukkan bayi ke dalam buaian dan
dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentangagama dan perkara yang
berkaitan dengan dewa-dewa.
Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda
kesyukuran. Terdapat jugaupacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri
dilakukan oleh segelintir masyarakat India.Upacara pemujaan dilakukan dengan
membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak dikeliling rumah. Bahan-
bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikankering dan
sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan kem dalam buaian dan namanya
diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan
upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan
bayi.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh
kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan
agama Hindu juga dipilih bagi bayitersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi
perwatakannya kelak.

Adat resam kelahiran


Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat
bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami
atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan
Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong.
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.
Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga
kadangkala digunakan untuk kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang
penyakit.Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut
bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran
bayi tersebut. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga,
kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk
ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau sebarang malapetaka dariapada
berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga dan orang luar dilarang melawat
kecuali untuk tujuan perubatan selama dua minggu. Amalan mendodoi bayi merupakan
upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali
sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro
aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang
berguna. Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan..
Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu
minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam
betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam
buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi
pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi
mendoakan kesejahteraan bayi

Tradisi Unik Perawatan Bayi Masyarakat India

India tidak hanya terkenal dengan berbagai produk film karyanya yang sudah banyak diakui
di berbagai belahan dunia serta mampu mencetak banyak aktor dan aktris yang namanya
telah memasuki jajaran artis terkenal di Hollywood.

Meskipun merupakan salah satu negara dengan penduduk terbesar di dunia, India adalah
salah satu negara yang memiliki berbagai seni budaya dan adat istiadat yang senantiasa
dijunjung tinggi oleh masyarakatnya. Ini tentunya sudah terjadi selama turun-temurun.

Berbagai prosesi upacara banyak dilakukan oleh India yang mayoritas penduduknya
memeluk agama Hindu. Dalam menyambut kelahiran bayi, masyarakat India juga memiliki
teknik perawatan bayi yang unik. Untuk itu, berikut ulasan mengenai budaya India yang
merupakan tradisi unik yang dilakukan masyarakat India kepada bayi mereka.

Serangkaian perawatan bayi di India

Menyapu Madu
Menyapu madu adalah sebuah ritual perawatan bayi yang baru lahir dengan menggunakan
madu yang sudah dicampur minyak savvennai yang dioleskan pada lidah sang bayi. Minyak
savvenai adalah sebuah campuran minyak lenga, minyak bijan dan mambu yang dipercaya
dapat melembutkan lidah bayi, menghindarinya dari berbagai penyakit serta memudahkan
bayi belajar berbicara.
Upacara Aalati
Upacara Aalati merupakan sebuah prosesi perawatan bayi sebelum bayi masuk ke rumah
dengan tujuan menghilangkan segala malapetaka atau sebagai tolak bala. Dalam upacara ini
menggunakan serbuk kunyit, kapur sirih, arang, dan kapur barus yang kemudian diangkat
serta diputar sebanyak tiga kali.

Ritual mandi
Selesai seorang ibu menjalani persalinan, dengan segera bayi dimandikan ketika petang yang
dilakukan oleh wanita yang telah berpengalaman. Perawatan bayi yang satu ini menggunakan
air suam yang dicampur dengan berbagai ramuan herbal yang nantinya akan dibasuhkan pada
tubuh bayi.

Pengasapan bayi
Selesai bayi dimandikan, perawatan bayi selanjutnya adalah dilakukan pengasapan pada bayi
di atas kemenyan yang kemudian sang bayi akan dibedaki dengan tepung beras agar bayi
tidak terserang ruam.

Mendodoi Bayi
Mendodoi bayi merupakan teknik perawatan bayi yang sering dilakukan masyarakat India
atau sering juga disebut taalaatu yaitu memberikan nasihat agar sang bayi kelak menjadi
orang yang berguna.

Melempar bayi
Untuk memperoleh keberuntungan, seorang bayi India diharuskan untuk dijatuhkan dari
sebuah menara yang memiliki tinggi sekitar 50 kaki. Para bayi akan dibawa ke atas menara
untuk dilemparkan ke bawah dimana di bawah ada pria yang bertugas menangkap bayi
menggunakan sprei yang kemudian sang bayi akan dioper para penonton untuk dikembalikan
kembali kepada ibunya.

Ritual unik ini sudah banyak dilakukan masyarakat di India secara turun temurun. Ritual ini
tergolong menegangkan mengingat yang dilempar adalah seorang bayi namun ini merupakan
salah satu tradisi wajib dalam rangkaian perawatan bayi yang ada di India. Ritual ini sering
diselenggarakan hampir di segala penjuru India.
India memang memiliki berbagai teknik perawatan bayi yang unik yang menjadikannya
berbeda dari berbagai negara lainnya. Masyarakat India memiliki kepercayaan bahwa bila
seorang bayi diberikan serangkaian perawatan bayi seperti yang telah dibahas tadi, maka
niscaya bayi tersebut akan diberikan perlindungan serta mendapatkan keberuntungan. Tak
heran bila masyarakat India selalu menjunjung tinggi tradisi yang merupakan warisan para
leluhur mereka.

Anda mungkin juga menyukai