Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN TETAP PERKHEMAHAN

a) Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran


bertulis dari ibu bapa atau penjaga
b) Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan
semasa menyertai perkhemahan.
c) Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah
ditetapkan. Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan
perkhemahan tidak akan dilayan.
d) Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan
perkhemahan, kecuali dengan kelulusan kem komandan atau guru
bertugas.
e) Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang
boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang
f) Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau
barang – barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik
g) Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan
larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pelaksana termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai
bertugas dan kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.
h) Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan – arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa, khususnya semasa
melaksanakan aktiviti – aktiviti di sepanjang perkhemahan.
i) Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
j) Semua peserta perlu sensitive kepada keperluan keselamatan sepanjang
masa.
k) Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari
pihak penganjur.
l) Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu
yang ditetapkan oleh kem komandan.
m) Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-
masing, selepas jam 12.00 tengah malam.
n) Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari
semasa kesemasa jika difikirkan perlu.

Anda mungkin juga menyukai