PENDIDIKAN
GURU
MALAYSIA,
KAMPUS DARUL AMAN
60000 BANDAR DARULAMAN, JITRA,
KEDAH DARUL AMAN
BAHASA MELAYU 2
NAMA PELAJAR : MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI
KURSUS : PPISMP SEMESTER 1
: P.KHAS (BM) / PSV/ PJ
NAMA PENSYARAH : EN.HJ MANSOR HJ.AHMAD
1
ISI KANDUNGAN
Prakata -
Sosiolinguistik
-Pendahuluan
-Unsur-unsur Sosiolinguistik
Variasi Bahasa
Laras Bahasa
Kesantunan Bahasa
-Huruf-huruf Jawi
Refleksi
Lampiran
2
1.0 PRAKATA
3
Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh jangka masa yang telah
ditetapkan dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa saya
kerana sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata perangsang kepada
saya walaupun berjauhan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kawan-
kawan saya yang telah banyak membantu saya menyelesaikan masalah tentang
tugasan ini dan yang memberi pendapat serta idea kepada saya semasa dalam
proses penghasilan tugasan ini.
Sekian, wassalam.
4
SOSIOLINGUISTIK
5
2.0 : Pendahuluan
Yang pertama jika dilihat dari segi penutur maka bahasa itu berfungsi
personal atau peribadi. Maksudnya, si penutur menyatakan sikap terhadap apa
yang dituturkannya, bukan hanya menyatakan sikap lewat bahasa tetapi juga
memperlihatkan sikap itu sewaktu menyampaikan tuturannya, baik sedang
marah, sedih, ataupun gembira.
Manakala yang kedua pula dilihat dari segi pendengar maka bahasa itu
berfungsi direktif, iaitu mengatur tingkah laku pendengar. Dalam hal ini, bahasa
itu tidak hanya membuat si pendengar melakukan sesuatu, tetapi melakukan hal
sesuai dengan keinginan si pembicara.
Jika dilihat dari segi topik maka bahasa itu berfungsi referensial. Dalam
hal ini bahasa itu berfungsi sebagai alat untuk membicarakan objek atau
8
peristiwa yang ada di sekeliling penutur atau yang ada dalam budaya pada
umumnya.
Dari segi kode maka bahasa itu berfungsi metalingual atau metalinguistik,
iaitu bahasa digunakan untuk membicarakan bahasa itu sendiri, seperti pada
saat mengajarkan tentang kaedah-kaedah atau aturan-aturan bahasa yang
dijelaskan dengan menggunakan bahasa.
Akhirnya apabila dilihat dari segi amanat yang disampaikan maka bahasa
itu berfungsi imaginatif, yakni bahasa itu dapat digunakan untuk menyampaikan
fikiran, gagasan, dan perasaan (baik sebenarnya mahupun khayalan/rekaan).
Sosiolinguistik jika ditinjau dari segi bahasa maka ilmu antara disiplin, iaitu sosiologi dan
linguistik yang merupakan dua bidang ilmu yang berkaitan erat. Oleh karana itu, untuk
memahami tentang Sosiolinguistik, perlu terlebih dahulu disampaikan apa yang
dimaksud dengan sosiologi dan linguistik itu.
Antaranya ialah Chaer (2004:2) berpendapat bahawa intinya sosiologi itu adalah
kajian yang objektif mengenai manusia di dalam masyarakat, mengenai lembaga-
lembaga, dan proses sosial yang ada di dalam masyarakat, sedangkan pengertian
linguistik adalah bidang ilmu yang mempelajari bahasa atau bidang ilmu yang
mengambil bahasa sebagai objek kajiannya. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa
Sosiolinguistik adalah bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa dalam
kaitannya dengan penggunaan bahasa itu di dalam masyarakat.
10
konvensi-konvensi tentang relasi penggunaan bahasa untuk aspek-aspek lain
tentang perilaku sosial.
11
2.1.3 : Sejarah Sosiolinguistik
12
Di England, sosiolinguistik tidak begitu berkembang kerana ahli-ahli bahasa di
sana sentiasa bergelumbang dengan teori ‘keperihalan keadaan’, (context of
situation). Di Amerika, perkembangan disiplin ini begitu pesat seperti yang
dinyatakan dalam hasil terbitan Ervin-Tripp (1968). Pendalaman dalam bidang
ini berterusan dengan adanya kajian dan perbincangan. Dalam tahun tujuh
puluhan bidang ini telah mencapai kematangan yang agak tinggi.
2.1.5.1Dialek
13
Mengikut kamus linguistik, dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari
segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku. Terdapat
pelbagai jenis dialek di Malaysia. Antaranya ialah:
Dialek Johor-Riau
Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di
Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan
Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’
yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:
Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut:
14
Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)
Pergi - disebut Pegi
Berjalan - disebut Bejalan
Dialek Perak
Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)
Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku
‘a’ seperti contoh berikut:
Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:
Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan
seperti dibawah:
Dialek Terengganu
Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan.
Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu
adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’. Contoh:
Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’
yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)
Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh
berikut:
Dialek Pahang
Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi
berbeza sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang
dialek ini kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau
(Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-
Riau-Lingga)
Dialek Sarawak
Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya
dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa
Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di
Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak
dan banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan
dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (tapi ada juga yang sama)
Dialek Sabah
Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu
Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang
bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah.
Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu
Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka
menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Disaming
itu terdapat juga kata pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu.
Bagaimanapun data yang tersedia masih minium
21
Biarpun banyakvariasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi
muda kinisemakin ramaiyang menggunakan bahasa Melayu Standard
berbanding dialek ibu mereka sendiri.Keadaan ini dapat dilihatketara pada
pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan,Pahang dan Perak.
22
Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa baku sudah
dikodifikasikan, baik dari segi ejaan, peristilahan, mahupun tatabahasa,
walaupun kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan penyeragaman
kod yang mutlak. Misalnya, dalam tatabahasa sudah ada rumus morfologi
Melayu yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu kata dasar
digugurkan apabila diberi awalan meN; umpamanya kasih menjadi mengasihi,
dan ketat menjadi mengetatkan. Tetapi dengan masuknya kata asing yang
mengandungi gugus konsonan pada awal kata, rumus tersebut diberi rumus
tambahan, iaitu untuk kes tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi
awalan meNG; umpamanya kritik menjadi mengkritik.
Dari segi fungsi, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur
pemisah dan pemberi prestij kerana Unsur penyatu: digunakan oleh orang-
orang daripada pelbagai daerah loghat. Unsur pemisah: memisahkan bentuk
bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu dan Pemberi
prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya
dalam urusan rasmi; umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio,
televisyen, dan sebagainya.
23
2.1.5.4 Bahasa Rasmi
Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu
dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan
perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.
Bahasa Pijin merupakan nama yang diberikan kepada bahasa yang bertindak
sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa
24
yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang digunakan
tidak semestinya salah satu bahasa asal kedua-dua pihak penutur tersebut.
bahasa Pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan
struktur dan kosa katanya. Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa
sebagai bahasa asal, sebaliknya dipelajari kemudian. Sebagai contoh, bahasa
Pijin ini digunakan oleh para pedagang untuk bertukar-tukar barang dagangan
mereka atau berjual beli. Begitu juga dengan bahasa para pekerja di ladang atau
di kilang ketika bertutur sesama sendiri atau dengan majikan mereka.
Oleh sebab sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling
memahami tujuan perbualan maka bahasa Pijin mempunyai kosa kata yang
terhad. Perkembangan bahasa Pijin memakan masa yang lama kerana
digunakan hanya untuk tujuan-tujuan tertentu. Di Malaysia anda boleh
memerhatikan pertuturan para peniaga yang berbagai-bagai kaum berhubung
dengan pelanggan mereka ketika jual beli. Begitu juga anda boleh mendengar
pertuturan para pendatang asing yang bekerja di negara ini yang bukan penutur
jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu pijin di Malaysia sering digelar sebagai
bahasa pasar atau bazaar language.
A+B = C
25
2.1.5.6 Bahasa Kreol
Kreol ialah bahasa yang berkembang daripada bahasa pijin dengan meluaskan
kosa katanya dan memperoleh struktur tatabahasa yang lebih kompleks. Tidak
seperti pijin, kreol mempunyai penutur asli. Ia akan wujud apabila sesuatu pijin
diperolehi oleh kanak-kanak sebagai bahasa ibunda mereka. Sekiranya ia
diwarisi dan diajar kepada kanak-kanak maka ia akan menjadi kreol.
Kreol merupakan sejenis bahasa pijin yang telah mantap penggunaannya dan
mempunyai komuniti penuturnya yang tersendiri. Contoh kreol yang ada ialah
Kreol Cape Verdean (KCV) yang digunakan di Cape Verde, Kepulauan Afrika
dan merupakan bekas jajahan Portugis sehingga 1975. Walaupun KCV
merupakan bahasa bangsa, namun bahasa Portugis masih menjadi bahasa
rasmi di sana (Marlyse Baptista 2004: 661). Sebagai contoh (Marlyse Baptista
2004:664):
26
2.1.5.7 Bahasa Slanga
27
2.1.6 Laras Bahasa
Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa
atau konteks pengucapan.Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus
penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan.
Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.Laras juga dipengaruhi
oleh tatabahasa.
-Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang
pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza.
28
ragam ayat yang digunakan.
Sama ada wacana berkenaan
disampaiakan secara lisan atau tulisan.
29
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa
dan laras khusus
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti
ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana,
laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus
ialah kosa kata, tatabahasa dan gaya.
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum
tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan),
pengetahuan dan penerangan (syarahan,rencana) dan maklumat dan
pemujukan (rencana, iklan).
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya. Disokong pula oleh
gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.
31
1.1.6.1.4 Laras Bahasa Akademik
Bersifat teknikal.
Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain
daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya
ilmiah.
32
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah :
Pertama, bahasa yang digunakan mudah. Kedua, gaya tulisan yang jelas dan
ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang
ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang
ramai.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
33
1.1.6.1.8 Laras Bahasa Agama
34
1.1.7 Kesantunan Berbahasa
35
Digunakan untuk orang lelaki
Pak yangs ama sebaya dengan
ayah kendiri.
Digunaka untuk orang
Mak perempuan yang kira-kira
sebaya dengan emak kendiri
Digunakan untuk orang lelaki
atau prempuan yang kira-kira
Tok
sebaya dengan datuk atau
nenek sendiri.
Digunakan untuk orang lelaki
Abang yang tidak setua ayah sendiri
dan juga tidak semua sendiri.
Digunakan untuk orang
perempuan yang tidak setua
Kakak
emak sendiri dan juga tidak
semuda sendiri.
Digunakan untuk orang lelaki
Adik atau perempuan yang lebih
muda daripada sendiri.
Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah
10.
dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
37
dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam
mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
14. Gelaran Warisan
38
(Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).
15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk
Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi,
Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh
kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk
di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh
pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
16. Gabungan Gelaran
17. Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
39
Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha
Raja Permaisuri Agong Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah,
Tengku Ampuan, Raja Duli Yang Maha Mulia
Permaisuri
Balu Raja Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Duli Yang Teramat Mulia
Mahkota atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri, Menteri Yang Amat Berhormat
Besar, Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli
Dewan Undangan Negeri Yang Berhormat
(wakil rakyat)
Wakil Rakyat yang
mempunyai gelaran Tengku Yang Berhormat Mulia
atau Raja
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran
kurniaan kerajaan (selain
Yang Berbahagia
Tun dan Toh Puan) atau/dan
gelaran ikhtisas yang formal
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
40
41
3.0 SISTEM FONOLOGI TULISAN JAWI
3.1 Pendahuluan
Tulisan Jawi ( )توليسن جاويadalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-
abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan
kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab
dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan
bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan
digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini
telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke
Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti
kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat
Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang
paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi
telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi
merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa
42
penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan
adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis,
dan Terengganu.
Bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayu dahulu boleh
dilihat bahan-bahan bertulis seperti batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama,
majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat
senjata,duit syiling, batu lontar, tembikar dan seumpamanya, ukiran-ukiran pada
masjid , istana, azimat dan tangkal
43
Fatimi (op. cit.: 66) juga telah menegaskan bahawa islam mula-mula
datang ke Kepulauan Melayu melalui hala Timur dengan menyangkal pendapat/
anggapan pengkaji-pengkaji Barat misalnya de Jong yang berpendapat islam
mula-mula datang melalui Barat sama ada langsung dari tanah Arab atau pun
melalui India.
44
Rajah 2: Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
bertulisan Jawi.
Jadual 1 menunjukkan huruf-huruf Arab yang dasar, iaitu yang digunakan untuk
menulis mushaf suci al-Qur’an.
45
kha ﺥ ﺧ ـﺨ ـﺦ kh
ﻥ
nun ﻧ ـﻨ ﻦ n
46
wau ﻭ ـو w, u, o
va ۏ ـۏ v
Catatan:
47
Kehadirannya hanya diakhir kata. Huruf-huruf jawi,boleh dibahagikan kepada
dua,iaitu huruf vokal dan huruf konsonan.
Dalam tulisan jawi terdapat huruf baru yang diperkenalkan iaitu huruf ca[ ],
nga[ ], ga[ ], pa[ ], nya[ ] dan va[ ]. Keadaan ini membolehkan huruf-huruf
jawi memenuhi keperluan untuk mengadakan lambang bunyi bagi setiap
konsonan.
Dalam sistem tulisan jawi terdapat tiga huruf vokal. Tiga huruf vokal yang
kerap digunakan sebagai vokal iaitu Alif[ ], wau[ ]dan ya[ ]. Disebabkan vokal
melayu ada enam,sedangkan huruf yang boleh dimanafaatkan hanya tiga maka
48
tiap-tiap satu huruf menjadi lambang kepada dua bunyi iaitu Alif dijadikan
lambang vokal [e] pepet dan [a]. Wau dijadikan lambang vokal [u] dan [o]. Ya
dijadikan lambang vokal [i] dan [e] taling
Namun begitu, bunyi w juga dilambangkan oleh huruf wau dan huruf y
dilambangkan dengan huruf ya. Ini bermakna huruf wau dan ya menjadi
lambang kepada dua bunyi vokal dan satu bunyi konsonan.
Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas
dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu fonem
tetapi dilambangkan dengan dua vokal. Dalam tulisan jawi terdapat tiga diftong
iaitu ai, au dan oi.
Diftong ai: merupakan hasil pertemuan dua vokal iaitu vokal alif dan vokal
ya.
Diftong au: merupakan hasil pertemuan antara vokal alif dan vokal wau.
Diftong oi: merupakan pertemuan antara vokal wau dengan vokal ya.
50
-jika huruf ini digunakan selepas huruf pemutus maka sifatnya sama dengan
huruf pemutus, datulis pada paras rendah atau pertengahan.
-jika huruf ini digunakan ia antara huruf-huruf perangkai maka sebuah rumah
hendaklah disediakan dan dengan itu ia dapat dirangkai dengan huruf perangkai
yang lain.
-jika huruf ini digunakan berasingan dengan di-, ke- atau se- pada kata dasar
yang bermula dengan huruf alif [ ], maka ia hendaklah diletakkan bertepatan di
atas huruf alif[ ] permulaan kata dasar itu.
Setiap kali tiba hari raya, orang ramai akan mula berpusu-pusu pulang ke
kampung halaman masing-masing untuk melawat ahli keluarga tersayang.
Namun di sebalik keseronokkan pulang ke kampung ada kejadian yang tidak
dingini berlaku. Kemalangan ngeri bukan lagi satu perkara yang menghairankan.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan namun kematian terus
berlaku setiap tahun.
52
Pemandu-pemandu di Malaysia telah dikategorikan sebagai biadap di dalam
satu kajian yang dilakukan oleh salah sebuah universiti luar negara. Mereka tidak
fikir perasaan dan keselamatan orang lain. Apa yang paling penting adalah diri
mereka sendiri. Mereka hanya ingin cepat pulang ke rumah berbanding orang
lain.
Tindakan seperti inilah yang menjadi punca utama kemalangan dan kematian
setiap tahun. Pelbagai langkah telah diambil kerajaan. Seperti mengadakan
sekatan jalan raya, mengawal kesesakan lalulintas, meronda pada setiap malam
dan macam-macam lagi langkah yang diambil. Pihak swasta seperti media
elektronik juga turut menyiarkan iklan bagi memberi kesedaran kepada
pemandu-pemandu.
Namun usaha – usaha itu bukanlah perkara yang sia-sia. Kemalangan maut
saban tahun terus berkurangan walaupun dengan bilangan yang sedikit. Namun
apa yang pasti ia menunjukkan kesan yang baik. Apa yang boleh saya katakan
di sini ialah, sentiasa bersabar ketika memandu. Sayangilah nyawa anda dan
ingatlah orang yang anda sayangi.
Tiak kali ada ari raye, orang rama akang mule pusu-pusu ke kapung halamang
masing-masing tuk lawat ali keluage tersayang. Namung di balik keseronokkang
pulang ke kapung ade kejadiang hok dok inging laku. Kemalangang ngeri
bukang lagi se kare hok meherangkang. Walaupung pelbagai usehe teloh
dilakukang kerajaang. Kemalangang mauk sabang tahung teruh berkurangang.
Mandu-mandu kat mlaysia kena ketegeri sebagai biadakkat dalang satu kajian
hok dilakukang oleh saloh se univesiti luor gare. Puak-puak tu dok piker pasa
53
perasaang dengang kelelamatang orang laing. Hok paling peting adaloh diri
mereka diri. Mereka hanya nak cepak pulang ke ghumah banding orang laing.
Tindakan hok gini lah hok jadi puce utame kemalangang ngang kematiang setiak
tahung. Macang-macang lakoh doh kerajaang ambik. Macang buak sekatang
jalang raye, kawal kesesokkan lalulitas, meronde pade setiak malang ngan
macang-mancang lagi langkoh hok diambik. Pihok swasta macang media
elektronik juge turuk menyiorkan iklang bagi memberi kesedarang kepade
pemandu-pemandu.
54
BIBLIOGRAFI
55
BIBLIOGRAFI
Rujukan;
56
o Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad. (2007). Teks Pra-U
STPM Bahasa Malaysia Kertas;Kuala Lumpur, Longman.
o Hashim Musa,(1997) Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
o Raminah Hj Sabran, Rahim Syam (1985), Kajian Bahasa untuk Pelatih
Maktab Perguruan, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
o Haji Malik Bin Hasan,(2006) Sistem Ejaan Jawi, Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Rujukan Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/jawi.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/socioliguistic.html
http://tutor.com.my/stpm/variasibahasa/.html
57
BIODATA DIRI
UMUR : 17 TAHUN
58
NO IC : 901018-11-5091
ZODIAK : LIBRA
NO.TELEFON : 0194706223
REFLEKSI
Secara kesimpulannya, tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk
mengkaji tentang Sosiolinguistik. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui
tentang definasi sosiolinguistik,sejarah sosiolinguistik, perkembangan
sosiolinguistik dan unsur-unsur yang terdapat dalam sosiolinguistik.
Selain itu, tugasan Bahasa Melayu Dua ini juga melibatkan tulisan jawi.
Oleh yang demikian, saya telah mengkaji sistem tulisan jawi. Melalui kajian ini,
saya telah mengetahui dan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang
tentang sejarah tulisan jawi, huruf-huruf jawi, huruf-huruf arab, pembahagian
kelompok tulisan jawi dan semua yang berkaitan dengan jawi.
59
Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan banyak info yang
berguna kepada saya untuk memantapkan lagi ilmu yang ada selama ini.
60