Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2016

Tarikh : 20 April 2016 ( Rabu )

Tempat : Makmal SK Paris Kinabatangan

Masa : 1:30 PM

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Penasihat PIBG


2. Ucapan YDP PIBG
3. Pembubaran AJK PIBG yang lalu
4. Pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2016-2017
5. Hal-hal lain

Kehadiran :

Lihat lampiran

Agenda :

1.0 – Ucapan Penasihat


1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan memohon maaf bagi pihak AJK
PIBG yang tidak dapat hadir pada hari ini kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
1.2 Guru Besar mrngucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang diluar
jangkaan.Beliau juga berharap kerjasama yang ditunjukkan dapat memperbaiki
aktiviti dan peranan PIBG di masa hadapan.
2.0 – Ucapan YDP PIBG 2009-2016
2.1 Memandangkan YDP PIBG yang lalu tidak dapat hadir maka maklumat telah
diberikan oleh Setiausaha PIBG Encik Sahari Bin Maul.Setiausaha menyatakan
bahawa hampir tujuh tahun hanya dua kali mesyuarat dijalankan dan berharap
semoga AJK PIBG yang akan dilantik dapat mengelakkan perkara yang sama
berulang.
2.2 Laporan Bendahari PIBG
Puan Norsiah Binti Abdillah selaku Bendahari PIBG 2009-2016 melaporkan kutipan
PIBG seperti berikut :

Tahun Kutipan
2012 RM 2,300
2013 RM 2,100
2014 RM 2,300
2015 RM 2,100
2016 RM 1,500
Puan Norsiah menyatakan wang kutipan PIBG telah digunakan untuk aktiviti-aktiviti sekolah
dan peningkatan pelajar Tahun Enam.
3.0 – Pembubaran AJK PIBG 2009-2016
3.1- Penasihat PIBG Puan Mastiah Bt Hassim menyampaikan salam YDP PIBG (2009-2016)
Encik Mahmud bin Ahmad atas ketidakhadiran beliau disebabkan ada masalah keluarga di
hospital.Puan Mastiah Hassim mempengerusikan mesyuarat.
3.2- Encik Sahari membacakan senarai AJK PIBG92009-2026)
Penasihat : Puan Mastiyah Binti Hassim
YDP : Encik Mahmud bin Ahmad
Timbalan YDP : Encik Ghani Medeh
Setiausaha : Encik Sahari Maul
Bendahari : Puan Norsiah Binti Abdillah

AJK
Biro Disiplin : Encik Eddie Yusuf
Biro Kebajikan : Encik Andi Mansur
Biro Kurikulum : Encik Amil Hasli Amilasan
Biro Kokum : Encik Herman James
Biro Keceriaan : Puan Albaisah Pudin
Biro Keselamatan : Encik Awang Banjir Kahar
Biro Agama : Encik Abd Ghani Suradi
Audit Dalaman : Encik Salleh Jahaya
Audit Luaran : Puan Mariam Rawing
3.3 – Hasil cadangan dan sokongan ahli PIBG yang hadir mesyuarat telah memilih AJK PIBG
Sesi 2016-2017 seperti berikut :
YDP PIBG : Encik Ali Bin Janari
Tim.YDP : Encik Nasyir Bin Tonop
Setiausaha : Puan Rohana Binti Jukarna
Tim.SU : Puan Rennih Binti Abd Hassan
Bendahari Puan Norsiah Bt Abdillah

AJK
Biro Pendidikan : Puan Sabturiah Binti Ali
Biro Kebajikan : Encik Sahari B Maul
Biro Keselamatan : Enci Dirman
Biro Pembangunan :Puan Hajjah Salwiah Bennu
Audit Dalaman : Puan Mariam Rawing
4.0 – Hal-hal Lain

4.1 Encik M.Sarip B Hakim selaku Bapa Angkat SK Paris merangkap wakil PPD
berharap agar mesyuarat agar PIBG lebih kerap dijalankan agar hubungan antara
ibubapa dan guru lebih rapat.Disamping itu,hal ini akan dapat meningkatkan prestasi
sekolah.
4.2 YDP PIBG Encik Ali mengucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan dan
mandate yang diberikan kepada beliau.Beliau berjanji akan mencuba sebaik mungkin
untuk menjalankan tugas ini.
4.3 Encik Nasyir mencadangkan pemasangan bekalan air paip bagi kemudahan guru dan
pelajar di sekolah ini.YDP PIBG akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
air atau pemasangan air bermeter ini.
Tindakan : PIBG dan Pihak Sekolah
Respon : Guru Besar menyatakan pihak sekolah telah mengusulkan masalah ini kepada
pihak PPD Kinabatangan tetapi tidak mendapat respon dari PPDK.
4.4. Cadangan Puan Masni yang mengesyorkan ibu bapa pelajar menyumbangkan RM10
Sekeluarga untuk menampung pemasangan air paip ini
4.5- Guru Besar mencadangkan supaya dibuat papan tanda SK Paris di jalan masuk
sekolah untuk memudahkan pihak yang ingin berurusan.
Tindakan : PIBG dan Pihak Sekolah

4.6- Guru Besar membawa perhatian sidang tentang keadaan jalan masuk ke sekolah
yang amat berbahaya kerana struktur yang kurang selamat.Hal ini berlaku kerana
terdapat karenah birokrasi JKR Kinabatangan dan JKR Lahad Datu.
Tindakan : Makluman
4.7 – Isu Keceriaan Sekolah – Sumbangan pasu bunga dan bunga daripada kalangan ibu
bapa
Tindakan : PIBG
4.8 – Gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah yang semak dan akan ditentukan
oleh tarikhnya pada sidang mesyuarat AJK PIBG.Makan dan minum akan disediakan.
Tindakan : PIBG dan Pihak Sekolah
4.9- Program Hari Kantin dicadangkan diambil alih penganjurannya oleh PIBG Sekolah.
Tindakan : PIBG dan Pihak Sekolah

4.10 – Sidang mencadangkan agar majlis berbuka puasa dan sambutan hari raya dibuat pada
tahun ini.Sidang mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.
Tindakan : PIBG
4.11 – Seminar keibubapaan diharap dapat dibuat dengan menjemput penceramah luar .
Tindakan : PIBG dan Pihak Sekolah
4.12 – Puan Sabturiah Bt Ali membawa perhatian ibu bapa tentang masalah jualan di gerai
seperti keropok,gula-gula dan minuman bergas. Hal ini ditimbulkan kerana pelajar-pelajar
SK Paris antara tertinggi mengalami kerosakan gigi dalam kalangan pelajar sekolah.
Tindakan : PIBG dan Penjual gerai
4.13 – Ibu bapa mencadangkan agar ibu bapa mewujudkan Whatsapps PIBG sekolah bagi
memudahkan perkongsian maklumat.
Tindakan : SU PIBG
Ucapan penutupan oleh YDP PIBG Encik Ali B Janari. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:20
petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… ………………………….
(ROHANA BT JUKARNA) (ENCIK ALI B JANARI)
Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG
Sesi 2016/2017 Sesi 2016/2017
SK Paris Kinabatangan SK Paris Kinabatangan.

Anda mungkin juga menyukai