Anda di halaman 1dari 3

Lampiran A

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DENGAN KOMITMEN


GURU

Soal selidik ini ialah untuk kajian akademik bagi meningkatkan pengetahuan tentang
perlunya hubung kait antara komitmen guru dengan kepimpinan sekolah. Segala maklumat
yang diberikan adalah rahsia dan untuk tujuan ilmiah semata. Setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang diberikan.

BAHAGIAN A

DEMOGRAFI

ARAHAN:

Sila tandakan ( √ ) pada ruang yang berkenaan.

1. Jantina
Lelaki Perempuan
2. Umur
20 – 30 tahun 41 – 50 tahun
31 – 40 tahun 51 – 60 tahun
3. Taraf Pendidikan
Sijil Perguruan Sarjana
Diploma Pendidikan Doktor Falsafah
Ijazah Sarjana Muda
4. Pengalaman Mengajar
1 – 10 tahun 21 – 30 tahun
11 – 20 tahun 31 tahun ke atas
5. Lokasi Tempat Bertugas
Bandar Luar Bandar
BAHAGIAN B

ARAHAN:
Sila bulatkan jawapan anda berdasarkan skala yang dinyatakan seperti di bawah.

Sangat Tidak Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju


Setuju (STS) (TS) (KS) (S) (SS)
1 2 3 4 5

Bil Keterangan SKALA


STS TS KS S SS
A. Berkarisma
1 Saya berbangga dikenali sebagai sebahagian dari ahli 1 2 3 4 5
pasukan guru besar saya.
2 Guru besar mengutamakan kepentingan organisasi 1 2 3 4 5
melebihi kepentingan diri.
3 Guru besar sanggup berkorban untuk kepentingan orang 1 2 3 4 5
lain.
4 Guru besar menunjukkan contoh teladan yang baik 1 2 3 4 5
menyebabkan kami sangat menghormatinya.
B. Motivasi Inspirasi
5 Guru besar menunjukkan semangat dan dedikasi yang 1 2 3 4 5
tinggi untuk kebaikan guru dan sekolah.
6 Guru besar sangat yakin bahawa para guru dapat 1 2 3 4 5
mencapai matlamat yang ditetapkan.
7 Guru besar sentiasa optimis dengan apa yang akan berlaku 1 2 3 4 5
pada masa akan datang.
8. Guru besar mempunyai visi yang sangat menarik. 1 2 3 4 5
C. Merangsang Intelek
9 Guru besar menilai semula perancangan awal berdasarkan 1 2 3 4 5
keperluan dan kesesuaian semasa.
10 Guru besar meminta para guru untuk melihat sesuatu 1 2 3 4 5
masalah dari pelbagai sudut yang berbeza.
11 Guru besar memberi kebebasan kepada guru untuk 1 2 3 4 5
merancang dan mengatur kurikulum dan pengajaran tetapi
berdasarkan kepada kerangka kurikulum yang telah
ditetapkan.
12 Guru besar akan mengadakan mesyuarat setiap kali ada 1 2 3 4 5
perkara-perkara yang perlu dibincangkan.

D. Bertimbang rasa
13 Guru besar melayan guru sebagai sebahagian dari anggota 1 2 3 4 5
penting dalam pasukannya.
14 Guru besar membantu guru meningkatkan kemampuan 1 2 3 4 5
masing-masing.
15 Guru besar meminta pandangan berbeza untuk 1 2 3 4 5
menyelesaikan sebarang masalah di sekolah.
16 Guru besar sentiasa menggalakkan kerja secara 1 2 3 4 5
berkumpulan dalam merancang dan mengimplimentasi
sesuatu yang baru di sekolah.
BAHAGIAN C

ARAHAN:

Sila bulatkan jawapan anda berdasarkan skala yang dinyatakan seperti di bawah.

Sangat Tidak Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju


Setuju (STS) (TS) (KS) (S) (SS)
1 2 3 4 5

Bil Keterangan SKALA


STS TS KS S SS
Komitmen Afektif
1 Saya gembira untuk kekal di sini sehingga hujung karier 1 2 3 4 5
saya.
2 Saya beranggapan apa sahaja masalah yang berlaku dalam 1 2 3 4 5
organisasi ini sebagai masalah saya sendiri.
3 Organisasi ini sangat penting dan sangat bermakna bagi 1 2 3 4 5
saya.
4 Saya merasakan organisasi ini adalah sebahagian dari saya. 1 2 3 4 5
Komitmen Berterusan
5 Adalah sangat sukar untuk saya meninggalkan organisasi 1 2 3 4 5
ini pada masa sekarang.
6 Terlalu banyak masalah yang akan berlaku sekiranya saya 1 2 3 4 5
meninggalkan organisasi ini sekarang.
7 Saya perlu kekal organisasi ini kerana saya punya banyak 1 2 3 4 5
tanggungan yang perlu saya tanggung.
8 Saya tidak mempunyai banyak pilihan kerjaya lain jika 1 2 3 4 5
saya ingin meninggalkan organisasi ini sekarang.
9 Banyak pengorbanan yang perlu saya lakukan sekiranya 1 2 3 4 5
saya meninggalkan organisasi ini. Lagipun, organisasi lain
mungkin tidak dapat menyediakan kemudahan yang sama
dengan apa yang dapat disediakan oleh organisasi ini.

Komitmen Normatif
10 Saya merasakan adalah satu kewajipan untuk saya kekal 1 2 3 4 5
dalam organisasi ini.
11 Saya merasakan adalah tidak patut untuk meninggalkan 1 2 3 4 5
organisasi ini sekarang.
12 Saya akan rasa bersalah sekiranya saya meninggalkan 1 2 3 4 5
organisasi ini sekarang.
13 Saya perlu menunjukkan kesetiaan saya kepada organisasi 1 2 3 4 5
ini.
14 Saya rasa terhutang budi terhadap organisasi ini. 1 2 3 4 5

Soalan tamat. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai