Anda di halaman 1dari 2

TERIMA KASIH PENGACARA MAJLIS.

ASSALAMUALAIKUM WARAMATULLAHIBARAKATUH DAN SELAMAT PAGI.

YANG BERUSAHA,

PN NORHIDAH BT MAT NOOR ,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMKTBB

YANG DIHORMATI,

PN HAJAH NORSIAH BT OTHMAN ,PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

UST NOR KAMR BIN NORDIN ,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

BARISAN KETUA BIDANG

RAKAN-RAKAN GURU

PEMIMPIN PELAJAR,

BARISAN PENGAWAS

SERTA YANG DIKASIHI ANAK-ANAK DIDIK YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN

TERLEBIH DAHULU CIKGU MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG HADIR PADA HARI
INI KERANA SANGGUP BANGUN AWAL DAN BERSIAP DIRI KE SEKOLAH ADALAH JUGA SATU
PERGORBANAN DAN PERJUANGAN DEMI MASA DEPAN DIRI DAN KELUARGA KAMU SEKALIAN.

PADA MINGGU LEPAS CIKGU BERSAMA USTAZ FAREEZ DAN PN NORA BERTUGAS ,OLEH YANG DEMIKIAN,
PADA HARI INI CIKGU AKAN MENYAMPAIKAN BEBERAPA LAPORAN SEPANJANG MINGGU KAMI
BERTUGAS.

BERIKUT ADALAH LAPORAN SEPANJANG KAMI BERTUGAS.

1)Secara keseluruhannya persekolahan berjalan dengan baik,Cuma pada minggu lepas terdapat
beberapa orang pelajar yang sakit dan telah mendapat cuti sakitlah...

Disiplin berada dalam keadaan terkawal.tidak ramai yang datang lewat ke sekolah .dan pelajar yang
selalu lewat ke sekolah pula adalah pelajar yang sama setiap hari.justeru itu,cikgu memohon agar pelajar
yang selalu datang lewat ke sekolah ini akan berusaha hari demi hari untuk hadir awal ke sekolah.

2. Pelajar yang tidak memakai tanda nama bagi cikgu mungkin kamu belum menerima nam tag kamu
dan mungkin juga hilang

3.Begitu juga pelajar yang masih tidak memakai tali leher,stokin dan sebagainya. Cuma cikgu nak
tegaskan di sini kekemasan ,penampilan seseorang melambangkan sisi kehidupanya.bukan baru dan
cantik yang dilihat tetapi bagaimana kamu menaplikasinya dalam kehidupan.
c. Namun begitu cikgu ada beberapa perkara yang ingin dinyatakan dan minta semua pelajar
mengambil perhatian ye.

d) SIKAP SUKA BERLARI Sikap segelintir murid lelaki yang suka berlari-lari di dalam kelas dan
ketika menaiki tangga. Andainya terjatuh atau tersungkur, ini akan memudratkan semua pihak.kalau
boleh hentika perbuatan ini,pelajar semua bukan lagi berada di sekolah rendah..

e) KEBERSIHAN KANTIN Semua murid perlu peka dengan persekitaran sama ada di kawasan
kantin dan juga kelas supaya dapat memastikan ianya bersih sebelum belajar.Buang sampah ditempat
yang sepatutnya.dan pastikan sampah yang berada di dalam bakul sampah di dalam kelas itu di
buang.Masih banyak kelas yang membiarkan sampah bertaburan dan membiarkan sampah begitu
sahaja.

F) (BUKU TEKS)Jangan sesekali tinggalkan buku teks dan buku latihan di dalam meja kamu. Banyak kelas
yang cikgu masuk dan bila cikgu angkat meja ..ada buku teks dan peralatan yang ditinggalkan.cikgu
bimbang buku dan peralatan itu hilang dicuri dan sebagainya.

f) kebersihan blok dan tandas semuanya berada dalam keadaan baik .Cuma ada tandas lelaki
yang berbau rokok.Cikgu berharap minggu ini tidak ada lagi bau rokok itu..Kami hanya berharap yang
merealisasikan harapan kami adalah pelajar sekalian.

g) Tangga hadapan bangunan pejabat untuk laluan ke pejabat dan bilik guru adalah dikhaskan untuk
guru-guru dan pelawat sahaja.Pelajar sama sekali dilarang menggunakan laluan ini

Seterusnya,bagi keputusan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas,cikgu mempersilkan GPK 1 PN


NORHIDAH MAT NOOR untuk menyampaikan piala pusingan bagi kelas terbersih kategori menengah
rendah dan menengah. Dipersilakan

Kelas terbersih menengah rendah di menangi kelas 1A2(KETUA KELAS)dibawah PN,Norwarni manakala
menengah atas di menangi oleh Tingkatan 5SA(KETUA KELAS)PN.NURZAHIRRA)

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA GPK 1 ATAS KEUDIAN MENYAMPAIKAN PIALA PUSINGAN SEBENTAR
TADI.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KESUNGGUHAN PELAJAR DAN GURU MENCERIAKAN KELAS ANDA

CIKGU RASA SETAKAT ITU SAHAJA LAPORAN KAMI BERTUGAS..SEKIAN WABILAHITAUFIKWALHIDAYAH

Anda mungkin juga menyukai