Anda di halaman 1dari 13

Soalan 1 - 5

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Setiap orang mempunyai hobinya sendiri. Ada orang yang suka mengumpul setem
, melukis , menanam pokok bunga , memancing ikan atau mendengar muzik pada masa
lapangnya.

Hobi Azman ialah membaca buku. Ibu bapanya membeli berbagai jenis buku
untuknya. Azman suka pergi ke perpustakaan untuk membaca dan meminjam buku. Dia
dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalamannya daripada buku-buku yang
dibacanya. Di sekolah , dia juga rajin membaca buku-buku pelajarannya. Cikgu Amran
selalu memuji Azman kerana dia seorang budak yang rajin dan pandai menggunakan
masa.

1. Apakah hobi Azman ? 4. Di antara kenyataan-kenyataan berikut


, yang manakah TIDAK BENAR ?
A. Mendengar muzik
A. Azman dapat menambah ilmu
B. Mengumpul setem pengetahuan melalui membaca.

C. Membaca buku B. Ada orang yang memancing


ikan pada masa lapangnya.
D. Memancing ikan
C. Azman selalu dimarahi oleh
gurunya.
2. Ke manakah Azman pergi untuk
D. Azman rajin membaca buku-
meminjam buku ?
buku pelajarannya.
A. Pejabat Pos

B. Rumah kawannya 5. Mengapakah Cikgu Amran selalu


memuji Azman ?
C. Kedai
A. Kerana dia suka menanam
D. Perpustakaan pokok bunga pada masa
lapangnya.

B. Kerana dia membeli berbagai


3. Siapakah yang membeli berbagai-
jenis buku untuk ibu bapanya.
bagai jenis buku untuk Azman ?
A. Kakaknya C. Kerana dia selalu pergi ke
perpustakaan untuk mengambil
B. Ibu bapanya buku.

C. Cikgu Amran D. Kerana dia seorang budak


yang rajin dan pandai
D. Ibu bapa dan Cikgu Amran menggunakan masanya

Soalan 6 - 10

Baca pantun di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Budak-budak berkejar-kejar ,

Rasa gembira bermain di sana ,

Kalau kita rajin belajar ,

Tentu kita akan berjaya .

Anak Siti anak yang manja ,

Suka berjalan di atas titi ,

Orang yang malas hendak bekerja ,

Pasti akan menyesal satu hari nanti .

Jangan pergi mandi di lombong ,

Emak dan kakak sedang mencuci ,

Jangan suka bercakap bohong ,

Semua kawan akan membenci .

Buah cempedak bentuknya bujur ,


Sangat disukai oleh semua ,

Jika kita bersikap jujur ,

Hidup kita dipandang mulia .

6. Apakah jenis pantun di atas ? 9. Siapakah yang akan menyesal pada


masa hadapannya ?
A. Pantun Jenaka
A. Orang yang rajin belajar.
B. Pantun Teka-teki
B. Orang yang bersikap jujur.
C. Pantun Nasihat
C. Orang yang tidak bercakap
D. Pantun kasih sayang bohong.

D. Orang yang malas bekerja.


7. Mengapakah kita mesti rajin belajar ?

A. Supaya kita dapat rasa


10. Pilih perkataan yang berlawan
gembira bermain di sana.
dengan ‘bercakap bohong’ .
B. Supaya kita akan berjaya di
A. bercakap banyak
dalam kehidupan kita.
B. bercakap benar
C. Supaya kita boleh mandi di
lombong.
C. bercakap kasar
D. Supaya kita dapat berkejar-
D. bercakap secara sopan
kejaran dengan budak-budak
itu.

8. Orang yang suka bercakap bohong


akan menerima akibat berikut
KECUALI .............

A. mereka tidak akan


mempunyai ramai kawan.

B. mereka akan dibenci oleh


kawan-kawan mereka.
C. mereka akan dihormati oleh
orang-orang lain.

D. mereka tidak akan disukai


oleh orang-orang lain.

Soalan 11 - 15

Baca surat kiriman di bawah , kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

28, Jalan Pasar,

30000 Ipoh ,

Perak.

22hb. April 1996

Yang diingati sahabatku Swee Lan , semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudari Swee Lan ,

Saya telah sampai di rumah saya dalam keadaan selamat. Saya harap saudari dan
keluarga berada di dalam keadaan sihat semuanya.

Peristiwa-peristiwa yang menarik pada masa saya bersama saudari , tidak dapat
saya lupakan. Tempat-tempat yang telah kita lawati , sentiasa menjadi ingatan kepada
saya ; contohnya Zoo Negara dengan binatang-binatang liar yang saya belum pernah lihat
dan Muzium Negara dengan barang-barang purba yang menarik hati. Begitu juga
dengan Tugu Peringatan Negara yang mengingatkan kita kepada pahlawan-pahlawan
yang terkorban kerana mempertahankan negara. Saya juga berasa bangga melihat
Bangunan Parlimen , tempat-tempat pemimpin negara bermesyuarat.

Pada cuti penggal yang akan datang ini , saya bercadang hendak ke Terengganu
pula. Saya harap saudari dapat ikut bersama. Di sana kita dapat melihat kampung nelayan
dan cara-cara nelayan menangkap ikan.
Sekian sahaja , saya sudahi dengan salam hormat kepada saudari dan keluarga.

Sahabatmu,

Hamidah .

Hamidah

11. Penulis surat ini tinggal di .............. 14. Maksud yang sesuai sekali untuk
rangkaikata ‘barang-barang purba’
A. Terengganu ialah ........

B. Kampung Nelayan A. barang-barang lama yang telah


rosak
C. Kuala Lumpur
B. barang-barang yang telah
D. Ipoh digunakan pada zaman dahulu

C. barang-barang emas yang


dihormati
12. Tujuan utama Hamidah menulis
surat ini ialah untuk .......... D. barang-barang yang
digunakan oleh raja-raja dan
A. memberi salam hormat keluarga mereka
kepada Swee Lan sekeluarga

B. memberitahu Swee Lan


bahawa dia telah sampai 15. Pilih kenyataan yang BENAR di
dirumahnya dengan selamat antara kenyataan-kenyataan di
bawah ?
C. menyatakan rasa gembira
dan bangganya setelah A. Swee Lan dan keluarganya
melawat tempat yang menarik tinggal di Ipoh , Perak.
di Kuala
Lumpur dengan Swee Lan B. Swee Lan tidak dapat
melupakan lawatan-lawatannya
D. bertanyakan khabar Swee ke tempat yang menarik di
Lan dan keluarganya Kuala Lumpur.

C. Hamidah berasa bangga


melihat pemimpin-pemimpin
13. Apakah yang akan dapat dilihat oleh negara itu sedang
Hamidah pada cuti penggal yang akan bermesyuarat.
datang itu ?
A. Binatang-binatang liar di Zoo D. Hamidah berharap agar Swee
Negara. Lan dapat pergi ke Terengganu
bersamanya pada cuti penggal
B. Tempat pemimpin-pemimpin yang akan datang itu.
negara bermesyuarat.

C. Kampung nelayan dan cara-


cara nelayan menangkap ikan.

D. Tugu Peringatan Negara dan


Muzium Negara.

Soalan 16 - 20

Baca dialog di bawah , kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada suatu hari , Amin dan kawan-kawannya berbual-bual mengenai rancangan


masing-masing semasa cuti sekolah yang akan datang.

Amin : Wong , apakah rancangan kamu pada masa cuti sekolah nanti ?

Wong : Saya bercadang hendak menolong emak membersihkan dan


mengemaskan rumah.

Pada waktu malam , saya akan mengulangkaji pelajaran saya.

Amin : Bagus cadangan kamu itu , Wong. Saya fikir saya akan membantu ayah
saya menjual sayur di pasar pada masa cuti ini.

Wong : Bagaimana pula dengan kamu , Shanti ?


Shanti : Saya akan menaiki bas ke Melaka untuk melawat datuk dan nenek saya
yang tinggal di kampung. Selain daripada itu , saya juga
akan melawat tempat-tempat yang bersejarah di Melaka.

16. Siapakah yang berbual-bual dengan 19. Bagaimanakah Shanti pergi ke Melaka
Amin mengenai rancangan mereka ? nanti ?

A. Amin dan kawan-kawannya A. Dia akan berbasikal ke sana.

B. Wong dan Shanti B. Dia akan menaiki bas ke sana.

C. Emak Wong dan nenek Shanti C. Dia akan menaiki keretapi ke


sana.
D. Wong sahaja
D. Dia akan pergi ke sana dengan
emaknya.

17. Di antara kenyataan-kenyataan


berikut , yang manakah BENAR ?
20. Apakah maksud perkataan
A. Wong dan Amin akan ‘membantu’ di dalam perbualan itu ?
menolong emak mereka
membersihkan rumah dalam A. menolong C. menjaga
masa cuti nanti.
B. memasang D. mencuba
B. Amin tidak suka menolong
bapanya menjual sayur di
pasar.

C. Shanti akan pergi ke Melaka


untuk melawat datuk dan
neneknya yang sakit.

D. Wong akan mengulangkaji


pelajarannya semasa cuti
nanti.

18. Di manakah datuk dan nenek Shanti


tinggal ?

A. Mereka tinggal di rumah


Shanti.

B. Mereka tinggal di tempat-


tempat bersejarah di Melaka.

C. Mereka tinggal di sebuah


kampung di Melaka.

D. Mereka tidak ada tempat


tinggal yang tetap.

Soalan 21 hingga 41

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

21. Mereka berkata , “............... hendak 25. Kucing mengiau tetapi ayam
pergi ke pasar .” jantan ..............

A. Kita C. A. mengaum C.
Saya menyalak

B. Kami D. B. berkokok D.
Dia Bertelur

22. Surat itu tidak dapat dibaca kerana 26. Budak-budak kecil tidak boleh
tulisannya tidak .................. bermain dengan benda-benda
yang ...............
A. terang C.
jelas A. gemuk C.
tajam
B. panjang D.
licin B. besar D.
tumpul
23. Mereka tidak dibenarkan bermain 27. Dia nampak se ............ burung di
di .............. kerana tempat ini sangat atas se ........... pokok.
merbahaya.
A. ekor , pohon C.
A. sini C. situ ekor , tandan

B. sana D. B. biji , buah D. helai ,


Mana buah

24. Barang itu akan tahan lama jika ia 28. Aminah meminta
digunakan dengan ......... kebenaran ............... bapanya untuk
pergi ke Melaka.
A. pantas C.
lembut A. kepada C.
dari
B. lambat D.
cermat B. oleh D.
daripada

29. Kok Seng dan abangnya telah keluar 36. Farah telah mengirim empat .........
............. pagi ............ petang. surat kepada ibunya.

A. walaupun , tetapi C. dari , A. utas C.


hingga helai

B. jika , kepada D. B. pucuk D.


apabila , pada rawan

30. Fatimah berasa sangat 37. Datuknya ada dua ................... jala
gembira ............. dia mendapat hadiah
............ guru besar. A. batang C.
buah
A. ebab , kepada C. apabila ,
daripada B. bilah D.
rawan
B. selepas , oleh D.
sebelum , untuk

38. Ali dan Ah Seng .............. oleh


kawan-kawan yang lain kerana mereka
31. Jamuan itu ................ di dewan berkelakuan baik dan suka menolong
sekolah. orang lain.

A. diadakan C. A. menghormati C.
keadaan hormatkan

B. mengadakan D. B. dihormati D.
berada terhormat

32. Tolong .............. botol ini dengan air. 39. ................... keretapi dari sini ke Alor
Setar mengambil masa selama dua
A. mengisikan C. jam.
isikan
A. Berjalan C.
B. diisi D. Perjalanan
mengisi
B. Menjalankan D.
Dijalankan

33. Doktor itu sedang .................. gigi


adik saya.
40. Oslan suka pergi ke perpustakaan
A. diperiksa C. untuk ................ buku .
peperiksaan
A. meminjam C.
B. memeriksa D. pinjamkan
periksakan
B. pinjaman D.
dipinjamkan

34. .................. bapa Ramli cukup untuk


menanggung semua perbelanjaan
keluarganya. 41. Pegawai itu ............... orang-orang
kampung itu supaya menggunakan
A. Terdapat C. jentera dan cara moden untuk
Mendapat menanam padi.

B. Didapati D. A. dinasihatkan C.
Pendapatan
penasihat

35. ................ kertas lukisan berharga B. menasihatkan D.


dua puluh sen. nasihatkan

A. Sekeping C.
Sebentuk

B. Sebuah D.
Sebiji

Soalan 42 - 44

Pilih perkataan berganda yang betul untuk diisikan ke dalam tempat-tempat kosong yang
berikut.

42. Encik Leong sedang ................. dengan kawannya di ruang tamu .

A. berhati-hati

B. bergotong-royong

C. berbual-bual

D. bermain-main

43. Orang yang kaya itu mempunyai banyak ................ .

A. kaya-raya

B. lemah-lembut

C. adat-resam

D. harta-benda

44. Budak yang dilanggar tadi telah dihantar ke hospital dengan ............... .
A. serba-serbi

B. serta-merta

C. sunyi-sepi

D. susah-payah

Soalan 45 hingga 48

Pilih ayat sama maksudnya dengan ayat yang bergaris.

45. Seorang pegawai polis menyuruh pemandu kereta itu berhenti .

A. Pemandu kereta polis itu disuruh berhenti oleh seorang pegawai polis.

B. Pemandu kereta itu disuruh berhenti oleh seorang pegawai polis.

C. Seorang pegawai polis disuruh berhenti oleh pemandu kereta itu.

D. Kereta polis itu disuruh berhenti oleh seorang pegawai pemandu.

46. Buku itu ditulis oleh seorang pengarang yang terkenal .

A. Seorang pengarang yang menulis buku terkenal itu.

B. Seorang yang terkenal menulis pengarang buku itu.

C. Seorang pengarang yang terkenal telah menulis buku itu.

D. Seorang pengarang buku itu menulis yang terkenal.

47. Tukang kebun menyiram pokok-pokok bunga itu .

A. Tukang kebun disiram oleh pokok-pokok bunga itu.

B. Bunga pokok-pokok itu disiram oleh tukang kebun.

C. Pokok-pokok bunga itu disiram oleh tukang kebun.


D. Kebun pokok-pokok itu disiram oleh tukang bunga.

48. Sampan itu didayung oleh seorang tua .

A. Seorang mendayung sampan tua itu.

B. Mendayung sdampan seorang tua itu.

C. Sampan tua itu mendayung seorang.

D. Seorang tua mendayung sampan itu.

Soalan 49 hingga 50

Pilih ayat yang mempunyai perkataan yang betul.

49. A. Tangan yang mengandungi banyak kuman kotor.

B. Tangan yang kotor mengandungi banyak kuman.

C. Kuman yang mengandungi banyak tangan kotor.

D. Banyak tangan yang kotor kuman mengandungi.

50. A. Pada hari yang Sabtu lalu , ayah saya membawa saya ke ladang getah.

B. Pada Sabtu hari lalu , ayah saya yang membawa saya ke ladang getah.

C. Pada lalu yang hari Sabtu , ayah saya membawa saya ke ladang getah.

D. Pada hari Sabtu yang lalu , ayah saya membawa saya ke ladang getah.

Anda mungkin juga menyukai