Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN 3

Pengenalan

Tugasan ini merangkumi penulisan laporan tentang perbelanjaan yang dilakukan oleh siswa
siswi di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim(IPGKTI). Tajuk yang telah
dititikberatkan adalah ‘ Siswa guru IPGKTI lebih baik pengurusan kewangan wang biasiswa
berbanding Siswi guru IPGKTI ‘. Saya dapati untuk mencari penyelesaian ataupun jawapan
kepada soalan ini, saya perlu mengadakan suatu kajian ke atas siswa siswi kampus tersebut.
Jadi saya membuat keputusan untuk membuat satu soal selidik kepada siswa siswi ini untuk
mengetahui kebenaran pernyataan tersebut. Soal selidik ini adalah tentang penggunaan wang
iaitu wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia juga dikenali sebagai elaun.

Kriteria - kriteria yang dikenal pasti dalam kajian

Kriteria - kriteria yang saya pilih untuk disoal selidik adalah tentang perbelanjaan untuk
makanan dan minuman serta perbelanjaan untuk hiburan. Perbelanjaan makanan dan minuman
yang disebut di sini adalah penggunaan wang elaun yang digunakan untuk perbelanjaan siswa
siswi untuk makanan dalam tempoh masa sebulan. Saya memilih kaedah ini kerana seperti
yang kita sedia tahu semua individu di muka bumi ini perlukan makanan untuk hidup. Jadi saya
hendak melihat tahap perbelanjaan siswa siswi ini. Di samping itu, kriteria yang kedua saya pilih
adalah perbelanjaan untuk hiburan. Setiap individu meluangkan sekurang-kurangnya sedikit
masa untuk menenangkan fikiran mereka dan untuk berasa gembira. Jadi mereka akan mencari
hiburan dan sama ada mereka membeli atau menggunakan hiburan tersebut. Oleh itu, di sini
juga saya ingin mengkaji tentang penggunaan wang siswa siswi dalam aspek perbelanjaan
untuk hiburan.
Kaedah pengumpulan data

Soal selidik ini telah dibekalkan kepada siswa siswi seramai 60 orang iaitu 30 orang
lelaki(siswa) dan 30 orang perempuan(siswi). Saya telah mengadakan soal selidik ini kepada
pelbagai bangsa, jantina, dan juga opsyen dan saya berada di sisi mereka semasa menjawab
soal selidik saya. Saya menggunakan kaedah seperti ini untuk memastikan kajian saya berjalan
dengan teratur. Saya juga memastikan bahawa maklumat yang diisi oleh setiap individu tepat
dan benar supaya kajian saya ini membuahkan hasil yang betul. Setelah merujuk beberapa
buku saya dapati kajian yang saya gunakan ini adalah berbentuk inferens. Apakah yang
dimaksudkan sebagai inferensi? Ia meliputi hasil kesimpulan atau kajian berdasarkan
sebahagian yang dipilih untuk mengetahui keseluruhan populasi. Manakala skalanya berbentuk
skala nisbah iaitu nilai yang diperoleh berbentuk angka dan taksiran yang dapat dinilai. Borang
soal selidik yang telah saya gunakan untuk mengumpul data daripada siswa siswi IPGKTI.

BORANG KAJI SELIDIK MENGENAI PENGURUSAN WANG BIASISWA SISWA – SISWI GURU
IPGKTI
Kepada responden yang dihormati, mohon kerjasama anda untuk meluangkan sedikit masa bagi
menjawab soalan-soalan berikut.
1. Jantina : Lelaki / Perempuan
2. Berat Badan (kg) : ____________________
3. Umur : ____________________
4. Amaun Simpanan (sebulan) : ____________________
5. Perbelanjaan Makanan & Minuman (sebulan) : ____________________
6. Perbelanjaan Kad Prabayar (Top Up) (sebulan) : ____________________
7. Perbelanjaan Pengangkutan (sebulan) : ____________________
8. Hiburan (sebulan) : ____________________
Hasil Kajian 1 (soal selidik)

Sebagai permulaan, saya mengaitkan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan
untuk makanan dan minuman untuk lelaki (siswa). Data yang dikumpul adalah seperti berikut:

Wang simpanan Perbelanjaan makanan &


Bilangan (Lelaki) minuman (Lelaki)
1 400 90
2 50 500
3 150 500
4 100 250
5 200 400
6 300 150
7 50 300
8 50 300
9 0 600
10 100 280
11 50 300
12 50 300
13 200 200
14 0 680
15 20 500
16 40 340
17 20 420
18 0 670
19 100 450
20 100 500
21 100 300
22 200 300
23 150 110
24 240 300
25 10 270
26 5 560
27 150 250
28 100 350
29 400 40
30 50 500

Jadual 1 Wang simpanan berlawan perbelanjaan makanan dan minuman (siswa)


Saya juga mengaitkan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan untuk makanan dan
minuman untuk perempuan (siswi). Data yang dikumpul adalah seperti berikut:

Wang simpanan Perbelanjaan makanan &


Bilangan (Perempuan) Minuman (Perempuan)
1 600 150
2 150 180
3 100 250
4 40 200
5 600 50
6 600 45
7 180 160
8 50 250
9 150 300
10 100 300
11 0 350
12 100 300
13 150 370
14 100 300
15 150 350
16 500 60
17 500 100
18 200 260
19 300 200
20 250 200
21 300 200
22 130 300
23 250 150
24 250 160
25 170 270
26 150 300
27 130 280
28 50 350
29 200 200
30 150 300

Jadual 2 Wang simpanan berlawan perbelanjaan makanan dan minuman (siswi)


Apakah yang boleh didapati daripada data-data yang dikumpulkan ini? Setelah meneliti setiap
perkara saya dapati data ini bercorak diskret iaitu merangkumi nilai yang tepat dan benar.
Selain itu skala yang digunakan adalah skala nisbah. Dengan adanya data-data ini, saya
berjaya melukis graf bagi semua data tersebut. Graf yang sesuai digunakan adalah graf
korelasi. Graf ini menerangkan hubungan antara pemboleh ubah kuantitatif secara linear. Nilai
korelasi adalah sentiasa dalam lingkungan -1 hingga +1. Kekuatan perhubungan di antara
pemboleh ubah - pemboleh ubah dalam kajian ini dianggar dengan menggunakan skala
kekuatan yang dicadangkan oleh Davies (1971) seperti di bawah

Skala Davies (1971) bagi kekuatan korelasi antara dua pemboleh ubah

Nilai Pekali Tafsiran Deskriptif

0.70 – 1.00 Amat Tinggi


0.50 – 0.69 Tinggi
0.30 – 0.49 Sederhana Tinggi
0.10 – 0.29 Rendah
0.01 – 0.09 Diabaikan
Graf Korelasi

Graf 1

Graf yang pertama ini mempersembahkan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan
makanan dan minuman siswa guru.

y
Perbelanjaan makanan dan minuman (siswa)
800

700
Perbelanjaan makanan dan minuman

600

500
Perbelanjaan makanan &
minuman (Lelaki)
400
Linear (Perbelanjaan makanan
300 & minuman (Lelaki))
Linear (Perbelanjaan makanan
200 & minuman (Lelaki))

100
x
0
0 100 200 300 400 500
Wang Simpanan

Graf 1 Wang simpanan berlawan perbelanjaan makanan dan minuman (siswa)

Dalam hal ini, paksi x mewakili amaun wang simpanan yang disimpan oleh siswa. Pada masa
yang sama, paksi y mewakili perbelanjaan makanan dan minuman dalam tempoh masa
sebulan. Wang simpanan yang disimpan oleh siswa guru dan perbelanjaan mereka saling
berkait rapat. Maka, kajian ini membuktikan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan
harian. Semua data telah digabungkan dan hasilnya telah ditunjukkan dalam bentuk graf ini.
Hubungan graf ini ialah apabila wang simpanan siswa guru meningkat maka perbelanjaan
makanan dan minuman akan berkurang. Graf ini adalah berbentuk korelasi yang bermaksud
pengiraan arah dan hubungan antara pemboleh ubah kuantitatif secara linear. Hubungan graf
ini berbentuk korelasi negatif. Nilai bagi pekali kolerasi pearson adalah -0.7078
(=PEARSON(B2:B31,C2:C31) iaitu nilai yang diperoleh dari Excel. Ini menunjukkan kekuatan
korelasi adalah amat tinggi kerana dalam skala Davies(1971) nilai Pekali Tafsiran Deskriptif
dalam lingkungan 0.70 – 1.00 adalah hubungannya amat tinggi. Nilai varian bagi graf ini ialah
(-0.7078 x -0.7078) x100 = 50.10%

Graf 2

Graf yang ini mempersembahkan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan makanan
dan minuman siswa guru.

y
Perbelanjaan Makanan & Minuman (Siswi)
800

700
Perbelanjaan Makanan dan Minuman

600

500

400 Perbelanjaan makanan &


minuman (Lelaki)
300 Linear (Perbelanjaan makanan
& minuman (Lelaki))
200

100

0 x
0 100 200 300 400 500
Wang Simpanan

Graf 2 Wang simpanan berlawan perbelanjaan makanan dan minuman (siswi)

Dalam hal ini, paksi x mewakili amaun wang simpanan yang disimpan oleh siswi. Pada masa
yang sama, paksi y mewakili perbelanjaan makanan dan minuman dalam tempoh masa
sebulan. Wang simpanan yang disimpan oleh siswi guru dan perbelanjaan mereka saling
berkait rapat. Maka, kajian ini membuktikan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan
harian. Semua data telah digabungkan dan hasilnya telah ditunjukkan dalam bentuk graf ini.
Hubungan graf ini ialah apabila wang simpanan siswi guru meningkat maka perbelanjaan
makanan dan minuman akan berkurang. Graf ini adalah berbentuk korelasi yang juga
bermaksud pengiraan arah dan hubungan antara pemboleh ubah kuantitatif secara linear.
Hubungan graf ini berbentuk korelasi negatif. Nilai bagi pekali kolerasi pearson adalah -0.82104
(=PEARSON(B2:B31,C2:C31) iaitu nilai yang diperoleh dari Excel. Ini menunjukkan kekuatan
korelasi adalah amat tinggi kerana dalam skala Davies(1971) nilai Pekali Tafsiran Deskriptif
dalam lingkungan 0.70 – 1.00 adalah hubungannya amat tinggi. Nilai varian bagi graf ini ialah
(-0.82104 x -0.82104) x100 = 67.41%
Hasil Kajian 2 (soal selidik)

Seterusnya, saya mengaitkan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan untuk
hiburan untuk lelaki (siswa). Data yang dikumpul adalah seperti berikut:

Bilangan Wang simpanan Hiburan


1 400 0
2 50 200
3 150 190
4 100 200
5 200 10
6 300 0
7 50 200
8 50 190
9 0 500
10 100 200
11 50 100
12 50 150
13 200 30
14 0 480
15 20 400
16 40 350
17 20 410
18 0 600
19 100 200
20 100 175
21 100 190
22 200 50
23 150 150
24 240 20
25 10 600
26 5 700
27 150 100
28 100 300
29 400 0
30 50 600

Jadual 3 Wang simpanan berlawan perbelanjaan hiburan (siswa)


Saya juga mengaitkan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan untuk hiburan untuk
perempuan (siswi). Data yang dikumpul adalah seperti berikut:

Perbelanjaan
Bilangan Wang simpanan Hiburan
1 600 0
2 150 50
3 100 15
4 40 30
5 600 10
6 600 10
7 180 50
8 50 50
9 150 50
10 100 50
11 0 75
12 100 50
13 150 70
14 100 50
15 150 50
16 500 10
17 500 15
18 200 30
19 300 20
20 250 30
21 300 50
22 130 50
23 250 40
24 250 40
25 170 30
26 150 40
27 130 50
28 50 50
29 200 50
30 150 50

Jadual 4 Wang simpanan berlawan perbelanjaan hiburan (siswi)


Apakah yang boleh didapati daripada data-data yang dikumpulkan ini? Setelah meneliti setiap
perkara saya dapati data ini juga bercorak diskret iaitu merangkumi nilai yang tepat dan benar.
Selain itu skala yang digunakan adalah skala nisbah. Dengan adanya data-data ini, saya
berjaya melukis graf bagi semua data tersebut. Graf yang sesuai digunakan adalah graf
korelasi. Graf ini menerangkan hubungan antara pemboleh ubah kuantitatif secara linear. Nilai
korelasi adalah sentiasa dalam lingkungan -1 hingga +1. Kekuatan perhubungan di antara
pemboleh ubah - pemboleh ubah dalam kajian ini dianggar dengan menggunakan skala
kekuatan yang dicadangkan oleh Davies (1971) seperti sebelum ini. Ia lebih membantu kita
menganalisis graf-graf korelasi dengan tepat dan mudah.
Graf Korelasi

Graf 3

Graf yang ini mempersembahkan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan hiburan
siswa guru

Perbelanjaan Hiburan (Siswa)


y
800
700
600
500
Perbelanjaan Hburan

400
300
Hiburan
200
Linear (Hiburan)
100
0
0 100 200 300 400 500
-100
-200
-300 x
Wang Simpanan

Graf 3 Wang simpanan berlawan perbelanjaan hiburan (siswa)

Dalam hal ini, paksi x mewakili amaun wang simpanan yang disimpan oleh siswa. Pada masa
yang sama, paksi y mewakili perbelanjaan hiburan dalam tempoh masa sebulan. Wang
simpanan yang disimpan oleh siswa guru dan perbelanjaan mereka saling berkait rapat. Maka,
kajian ini membuktikan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan harian. Semua data
telah digabungkan dan hasilnya telah ditunjukkan dalam bentuk graf ini. Hubungan graf ini ialah
apabila wang simpanan siswa guru meningkat maka perbelanjaan hiburan akan berkurang.
Graf ini adalah berbentuk korelasi yang bermaksud pengiraan arah dan hubungan antara
pemboleh ubah kuantitatif secara linear. Hubungan graf ini berbentuk korelasi negatif. Nilai bagi
pekali kolerasi pearson adalah -0.757 (=PEARSON(B2:B31,C2:C31) iaitu nilai yang diperoleh
dari Excel. Ini menunjukkan kekuatan korelasi adalah amat tinggi kerana dalam skala
Davies(1971) nilai Pekali Tafsiran Deskriptif dalam lingkungan 0.70 – 1.00 adalah hubungannya
amat tinggi. Nilai varian bagi graf ini ialah (-0.757 x -0.757) x100 = 57.30%

Graf 4

Graf yang ini mempersembahkan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan hiburan
siswi guru.

Perbelanjaan Hiburan (Siswi)


y
80

70

60
Perbelanjaan Hiburan

50

40
Perbelanjaan Hiburan
30 Linear (Perbelanjaan Hiburan)
20

10
x
0
0 100 200 300 400 500 600 700
Wang simpanan

Graf 4 Wang simpanan berlawan perbelanjaan hiburan (siswi)

Dalam hal ini, paksi x mewakili amaun wang simpanan yang disimpan oleh siswi. Pada masa
yang sama, paksi y mewakili perbelanjaan hiburan dalam tempoh masa sebulan. Wang
simpanan yang disimpan oleh siswi guru dan perbelanjaan mereka saling berkait rapat. Maka,
kajian ini membuktikan hubungan antara wang simpanan dan perbelanjaan harian. Semua data
telah digabungkan dan hasilnya telah ditunjukkan dalam bentuk graf ini. Hubungan graf ini ialah
apabila wang simpanan siswi guru meningkat maka perbelanjaan hiburan akan berkurang. Graf
ini adalah berbentuk korelasi yang juga bermaksud pengiraan arah dan hubungan antara
pemboleh ubah kuantitatif secara linear. Hubungan graf ini berbentuk korelasi negatif. Nilai bagi
pekali kolerasi pearson adalah -0.7755 (=PEARSON(B2:B31,C2:C31) iaitu nilai yang diperoleh
dari Excel. Ini menunjukkan kekuatan korelasi adalah amat tinggi kerana dalam skala
Davies(1971) nilai Pekali Tafsiran Deskriptif dalam lingkungan 0.70 – 1.00 adalah hubungannya
amat tinggi. Nilai varian bagi graf ini ialah (-0.7755 x -0.7755) x100 = 60.14%
Interpretasi Kajian

Jadi beginilah caranya hasil kajian saya ini. Saya percaya bahawa hasil kajian saya ini adalah
tepat dan benar. Ini adalah kerana saya berusaha sedemikian dan memastikan saya berada di
sisi responden-responden yang menjawab soal selidik saya ini. Responden yang dimaksudkan
di sini adalah 30 orang siswa guru dan 30 orang siswi guru. Saya berharap hasil kajian ini
menggambarkan perbelanjaan yang dilakukan di seluruh kampus ini. Oleh itu, saya berjaya
menganalisis hasil kajian saya ini dan dapat mengenal pasti hubungannya dalam aspek wang
simpanan siswa siswi dan perbelanjaan mereka menggunakan wang yang dibekalkan oleh
kerajaan kepada mereka. Interpretasi hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan dan
hubungan signifikan di antara wang simpanan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh siswa
siswi. Data dan maklumat yang diperoleh oleh saya ini menyokong pernyataan bahawa

‘Siswa guru IPGKTI lebih baik pengurusan kewangan wang biasiswa berbanding Siswi guru
IPGKTI ‘

Apabila mengatakan tentang korelasi, korelasi di antara wang simpanan dan


perbelanjaan secara keseluruhan adalah amat kuat mengikut skala Davies. Sekarang mari kita
lihat perbandingan secara terperinci. Dalam kriteria makanan dan minuman, graf bagi siswa
mempunyai nilai pekali Pearson yang rendah iaitu -0.7078. Peratusnya adalah 50.10%
manakala siswi guru mempunyai nilai pekali Pearson yang amat tinggi iaitu -0.82104.
Peratusnya adalah 67.41%. Ini menunjukkan bahawa siswi-siswi guru berbelanja lebih dalam
kriteria makanan dan minuman. Ini adalah kerana saya berpendapat bahawa kebanyakan
mereka keluar bersama rakan-rakan mereka dan mereka menggunakan wang yang banyak
untuk perbelanjaan makanan mereka. Mereka juga menggunakan wang mereka untuk
membelanja rakan-rakan mereka di tempat makan. Ini telah menjadi gaya hidup “trend” pada
masa ini. Di samping itu, siswa guru pula kurang menggunakan wang mereka dalam
perbelanjaan makanan kerana mereka hanya makan di kafe kampus iaitu pada waktu pagi,
tengah hari dan juga pada waktu malam.Ini menyebabkan perbelanjaan mereka rendah kerana
makanan di kafe adalah harganya yang rendah. Nilai negatif pekali korelasi menunjukkan
bahawa hubungan semakin wang simpanan meningkat, perbelanjaan siswa siswi semakin
berkurangan dalam kriteria perbelanjaan makanan dan minuman.
Tambahan pula, apabila melihat dari kriteria perbelanjaan untuk hiburan dalam kalangan
siswa siswi IPGKTI, graf siswa mempunyai nilai pekali Pearson yang lebih rendah iaitu
sebanyak -0.757. Peratusnya adalah 57.30% manakala siswi guru mempunyai nilai pekali
Pearson yang tinggi iaitu -0.7755. Peratusnya adalah 60.14%. Ini menunjukkan bahawa siswi-
siswi guru berbelanja lebih dalam perbelanjaan hiburan kerana saya berpendapat siswi-siswi
guru ingin lebih menerokai alam hiburan berbanding siswa-siswa guru. Mereka ingin mencuba
benda-benda atau aktiviti-aktiviti yang menarik manakala siswa guru mereka lebih berfokus
kepada aktiviti yang menarik dan hanya mengulangi aktiviti yang sama dan mereka memastikan
kos yang dikeluarkan adalah rendah dalam setiap perbuatan mereka itu. Maka, setelah merujuk
nilai-nilai daripada graf-graf korelasi ini, dapat dibuktikan bahawa siswi-siswi guru berbelanja
lebih dan pernyataan ‘Siswa guru IPGKTI lebih baik pengurusan kewangan wang biasiswa
berbanding Siswi guru IPGKTI ‘ adalah betul dan tepat kerana siswa-siswa guru kurang
berbelanja dalam kriteria makanan dan minuman serta dalam kriteria hiburan mereka.

Anda mungkin juga menyukai