Anda di halaman 1dari 2

Prabakara Rau A/l Subramaniam (810722-07-5421)

Dewasa ini, istilah “telefon pintar” merupakan satu- satu yang sangat popular di
kalangan semua lapisan masyarakat. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan
kanak- kanak kini juga amat berpengaruh dengan penggunaan telefon pintar.
Minda mereka amat tertarik dengan segala penggunaan telefon pintar. Selain
bercakap, mengambil gambar dan menghantar sms, terdapat pelbagai
penggunaan lagi melalui telefon pintar.

Misalnya, penggunaan internet merupakan antara penggunaan yang paling


utama melalui telefon pintar. Ini kerana internet merupakan satu media yang
amat popular serta amat berleluasa penggunaannya di seluruh dunia. Selain itu,
ia juga merupakan satu alternatif yang paling utama bagi kita mengetahui berita
serta isu- isu semasa dari dalam dan luar Negara dalam masa yang singkat.
Selain itu, ia juga dapat membantu kita mencari serta dapat mengetahui apa jua
informasi. Selain membaca berita dan mengetahui informasi terkini, internet juga
dapat membantu kita dalam penggunaan “facebook” yang merupakan amat
berleluasa penggunaannya di seluruh dunia. ‘Facebook’ merupakan satu kaedah
yang sangat mudah bagi kita dalam perkenalan antara satu sama lain. Di
samping itu, ia juga dapat membantu dalam pengetahuan serta penyebaran
informasi terkini mengenai apa jua perkara. Telefon pintar juga dapat digunakan
untuk menghantar email sepertimana yang dapat dihantar melalui internet.

Selain penggunnaan internet, telefon pintar juga dapat digunakan bagi kita
wujudkan kumpulan rakan yang lebih digelar sebagai ‘watsup’. Penggunaan
‘watsup’ ini lebih mudah untuk penyebaran maklumat terkini antara satu sama
lain. Misalnya, jika seorang pengguna ‘watsup’ menghantar satu maklumat, maka
maklumat tersebut dapat disebarkan kepada semua pengguna ‘watsup’ yang
terdapat dalam kumpulan tersebut. Beginilah caranya telefon pintar dapat
membantu dalam penambahan ilmu kita.

Selain daripada dua penggunaan yang disebut di atas, telefon pintar juga
dapat membantu kita menonton video. Kita dapat menonton video melalui
‘youtube’. Kita juga dapat melihat pelbagai program serta maklumat melalui video
yang dapat ditonton melalui telefon pintar. Di samping itu, telefon pintar juga
membantu untuk bermain permainan bagi membantu mengisi masa lapang. Oleh
itu, lebih sesuai dikatakan penggunaan telefon pintar ini adalah lebih sesuai
digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai