Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Tesis ini bertujuan mengkaji aspek kebudayaan, social serta kemanusiaan yang
terkandung dalam karya sastera. Kajian ini melihat permasalahan yang deselidik dalam
novel TIVI oleh sasterawan tempatan, Dato Shahnon Ahmad dan novel
TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK (TKVDW) oleh pengarang Indonesia Haji
Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka. Pada awal bab kajian
ini, telah menjelaskan tingkah laku individu yang bercanggahan dengan kebudayaan
serta pendidikan agama. Kemudian, tesis ini telah menggambarkan kegagalan dalam
percintaan antara seorang lelaki kacukan yang bernama Zainudin dan seorang wanita
minang tulen yang bernama Hayati. Data kajian dikutip melalui kaedah perpustakaan,
laman web serta dua buah novel. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan
bahawa tingkah laku yang bertentangan dengan kebudayaan serta didikan agama,
kepercayaan terhadap adat yang dibawa oleh novel TIVI dan TENGGELAMNYA KAPAL
VAN DER WIJCK (TKVDW) selaras dengan bentuk gerakan sosial baharu.

Anda mungkin juga menyukai