Anda di halaman 1dari 2

'BELIA MENUJU WAWASAN' begitulah tema sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-8 tahun ini.

Tema ini dipilih oleh pihak penganjur kerana penglibatan golongan belia berwawasan adalah wajar
kerana mereka adalah pewaris masa depan negara.
Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang berlangsung hari ini Rabu, 20 November 2013, merupakan salah
satu daripada acara tahunan yang utama anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang
disambut pada 1 Ogos setiap tahun yang mana pengishtiharan sambutan tersebut telah diperkenankan
oleh Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini.
Dalam usaha membangun belia di negara ini Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa
memberikan perhatian yang penuh melalui penyediaan berterusan program-program pembangunan
kapasiti, kemudahan-kemudahan prasarana, infrastruktur dan bantuan fisikal dan fiskal. Hari Belia
Kebangsaan juga merupakan 'platform' kepada para belia untuk mengadakan perjumpaan khusus bagi
menghargai sumbangan dalam pembangunan belia.
Memang benar dan tidak kita nafikan bahawa golongan belia adalah aset paling bernilai bagi mewarisi
kepimpinan dan pembangunan masa depan negara. Mereka merupakan barisan pelapis yang
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar. Berpotensi dalam mempengaruhi trend
mahupun sikap masyarakat dalam sesebuah negara. Kerana jika barisan muda belia kita lesu dan tidak
bermaya, maka mundurlah sebuah bangsa dan negara.
Perkara ini selaras dengan titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang antara lain menekankan supaya golongan belia di
negara ini komited dan mempunyai kesedaran atau 'responsive' terhadap apa jua usaha kerajaan untuk
negara ini.
Bagi menuju belia yang berwawasan, para belia amat perlu untuk memiliki 'daya tahan diri' yang tinggi
bagi menangkis segala gejala buruk dan jahat dan pelbagai cabaran yang dicetuskan oleh globalisasi
kerana mereka merupakan benteng yang paling diharapkan oleh negara.
Ledakan teknologi maklumat yang semakin pesat dan canggih ketika ini, boleh sahaja membawa
implikasi positif ataupun sebaliknya terhadap aspek kehidupan belia masa kini termasuk sosiobudaya
sesebuah negara dan bangsa di mana ia akan melibatkan generasi belia kita dan malah ummah
seluruhnya. Dari itu kita tidak boleh lalai menghadapi apa jua yang boleh membawa padah dan bencana
kepada belia kita.
Amat menyedihkan apabila golongan belia dan remaja sering dikaitkan dengan fenomena yang kurang
baik. Dewasa ini kita disogokkan dengan cerita-cerita negative yang melanda golongan ini sehinggakan
kita sering tertanya-tanya akan puncanya.
Selain itu, dalam membentuk keperibadian para belia khususnya generasi muda hari ini, para ibu bapa
sewajarnya memberikan penekanan terhadap pendidikan agama kerana dengan pendidikan ugama
sahaja akan menjadi landasan dan benteng dalam diri belia kita, untuk tidak terjerumus dalam gejala
buruk masyarakat. Jiwa mereka mesti dibekalkan dengan unsur-unsur baik sebagai pembimbing akal
fikiran dan pembakar semangat pada masa hadapan serta mencegah mereka daripada keruntuhan
akhlak.
Dari itu, para belia tidak ada pilihan lain kecuali sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan dan
kemahiran. Hanya dengan cara ini sahaja mereka dapat diharapkan untuk menjadi belia yang
berwawasan yang cemerlang.
Sementara itu kayu ukur kecemerlangan dan kelemahan sesuatu bangsa dan negara itu adalah
bergantung kepada generasi hari ini. Perhimpunan Hari Belia Kebangsaan hari ini adalah wadah untuk
menilai pencapaian matlamat pembangunan belia ke arah belia Brunei yang berwawasan dan kepada
para belia di negara ini diucapkan 'Selamat Menyambut Hari Belia Kebangsaan 2013'.
TIDAK disangkalkan lagi belia merupakan tulang belakang kemajuan dan peneraju pembangunan masa
depan negara, di samping menjadi generasi pengganti kepimpinan yang ada pada masa ini. Justeru,
mereka perlu mempunyai wawasan yang mapan dengan dilengkapi jati diri yang kental, berakhlak mulia
serta bertanggungjawab. Semua itu menjadi nadi yang sangat berguna agar belia kitani tidak terpesong
kepada agenda yang tidak berfaedah malah merugikan negara.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam sejak awal lagi menyedari betapa pentingnya menangani isu-isu belia dengan
menerapkan mereka ke arah model insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat mahupun bangsa
dan negaranya.
Sehubungan dengan itu, tema sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-8 iaitu ‘Belia Menuju Wawasan’
dilihat sangat tepat pada masanya sebagai satu suntikan semangat ke warga belia yang melangkah
untuk merealisasikan harapan dan cita-cita negara. Itulah sebabnya, para belia perlu cekal menghadapi
cabaran-cabaran yang dicetuskan oleh keadaan sekeliling dengan ketabahan dan berpendirian yang
teguh.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah untuk mengetahui corak kepimpinan sesebuah negara, kita
perlu melihat kepada generasi belia, kerana belialah bakal penerajui kepimpinan di masa akan datang.
“Merekalah perancang dan penggerak satu-satu pembangunan, makanya, belia itu menjadi tumpuan dan
perhatian dalam perbincangan-perbincangan serantau dan antarabangsa”, titah baginda pada Majlis
Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-8, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal
Bolkiah, Berakas, pada 20 November lalu.
Namun, lebih kurang 18 ribu belia di negara ini menghadapi cabaran mencari pekerjaan dan perlu
ditangani secara bersepadu bagi mengelakkan isu pengangguran terus meningkat.
“Kerajaan beta melalui sebuah badan khas, akan terus mengambil langkah-langkah perlu bagi
menangani perkara ini. Di antaranya, akan terus melengkapkan para belia dengan ilmu dan kemahiran”,
titah baginda.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam telah melahirkan rasa gembira atas langkah sekolah-sekolah vokasional kerajaan dan
swasta yang banyak menawarkan pelbagai bidang kemahiran untuk diterokai oleh para belia.
Dalam masa yang sama, terdapatnya ketidaksepadanan (mismatach) dalam pasaran buruh, dari aspek
pembekalan dengan permintaan juga banyak menyumbang kepada terjadinya pengangguran.
Oleh itu, baginda bertitah agar semua pihak yang berkaitan untuk meningkatkan lagi usaha dan strategi
dalam kerjasama membangun kapasiti belia dan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi
memperkesankan lagi langkah menangani masalah pengangguran.
Dalam masa yang sama, para belia perlu menukar ‘mindset’ ke arah perubahan sikap agar tidak terlalu
bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan. Inilah masanya para beliau lebih bersedia
untuk merebut peluang di sektor swasta dan di bidang keusahawanan.

Anda mungkin juga menyukai