Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal. Namaku BMX. Aku diperbuat


daripada besi dan keluli yang berkualiti. Badanku berwarna merah
dan hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Selangor.

Setelah dilahirkan, aku dan kawan-kawanku dihantar ke


sebuah kedai basikal di Kelantan. Pekedai itu mempamerkan kami
di hadapan kedai.

Pada suatu hari, seorang lelaki dan anaknya singgah di


kedai basikal. Mereka tertarik dengan kecantikan aku. Mereka
membeli aku dengan harga RM 450.00. Hatiku girang sekali kerana
telah bertuan.

Tuan aku bernama Fazli. Dia ialah murid tahun empat.


Setiap hari, tuan mengayuh aku ke sekolah. Pada sebelah petang,
dia mengayuh aku ke taman permainan bersama-sama kawannya.
Tuan sentiasa mengayuh basikal dengan cermat.

Pada hari minggu, tuan akan mencuci badan aku dengan


air sabun. Selepas itu, dia menggilap badanku sehingga berkilat-kilat.
Pada sebelah malam, tuan akan mengunci aku di dalam garaj
kereta agar tidak dicuri orang.

Aku sangat berbesar hati kerana diriku dihargai. Aku akan


berbakti kepada tuan aku sehingga akhir hayatku

Anda mungkin juga menyukai