Anda di halaman 1dari 8

Komunikasi 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan
fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan
proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:

 perbuatan menghantar matklumat; dan


 proses untuk bertukar-tukar maksud;

supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan
mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan
penulisan.

Isi kandungan
 1 Dimensi utama komunikasi
 2 Proses komunikasi
 3 Kategori Komunikasi
o 3.1 Komunikasi interpersonal
o 3.2 Komunikasi intrapersonal
 4 Bentuk dan komponen komunikasi manusia
 5 Teknologi komunikasi
 6 Peranan perhubungan awam
o 6.1 Juruteknik komunikasi
o 6.2 Pakar Pempreskripsi
o 6.3 Pemudah cara komunikasi
o 6.4 Pemudah cara penyelesaian masalah
o 6.5 Menyemai hubungan
o 6.6 Menulis dan menyunting
o 6.7 Maklumat
o 6.8 Penerbitan
o 6.9 Acara khas
o 6.10 Pengucapan
o 6.11 Penyelidikan dan penilaian
 7 Profesionalisme pengamal perhubungan awam

Dimensi utama komunikasi


Terdapat berbagai-bagai takrif komunikasi, dari takrif yang mengiktiraf komunikasi antara
haiwan sehinggalah yang hanya mengiktiraf komunikasi antara manusia sahaja. Bagaimanapun,
komunikasi biasanya diperikan berdasarkan enam dimensi utama, seperti yang berikut:

1. Kandungan (apakah yang disampaikan?)


2. Penghantar/Sumber/Pengekod (oleh siapa?)
3. Bentuk (apakah bentuknya?)
4. Saluran (apakah perantaranya?)
5. Penerima/Sasaran/Penyahkod (kepada siapa?)
6. Tujuan.

Proses komunikasi
Komunikasi boleh dilihatkan sebagai proses untuk menghantar maklumat yang tertakluk kepada
tiga tingkat peraturan semiotik:

1. Sintaks (sifat tanda dan simbol yang formal)


2. Pragmatik (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan pengguna)
3. Semantik (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol, dan maknanya).

Oleh itu, komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-kurangnya dua ejen
berinteraksi yang berkongsi satu set tanda serta satu set peraturan semiotik yang sama. Perbualan
merupakan sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya saling menghantar dan menerima
maklumat. Teori pengawalan bersama memerihalkan komunikasi sebagai satu proses selanjar
yang kreatif dan dinamik, dan bukannya penukaran maklumat yang berasingan.
Dalam model yang mudah, maklumat atau kandungan (misalnya, pesanan dalam bahasa sejadi)
dihantar daripada penghantar kepada penerima menerusi saluran penghantaran, misalnya udara.
Perantara komunikasi bukan sahaja membabitkan media massa dan media berita, tetapi juga
merangkumi perantara tunggal yang digunakan untuk menyampaikan apa-apa data bagi apa jua
tujuan. Bahantara ialah storan dan peralatan penghantaran data yang digunakan untuk
menyimpan dan menghantar maklumat atau data. Jika wujudnya gangguan komunikasi dalam
saluran penghantaran, maka penerimaan dan penyahkodan kandungan akan terjejas dan dengan
itu, penghantar pesanan itu tidak akan mencapai kesan yang diingini.

Bahasa ialah sistem isyarat teratur daripada segi sintaks — misalnya intonasi, gerak isyarat, atau
simbol bertulis — yang menyampaikan pemikiran atau perasaan. Kedua-dua bahasa pertuturan
dan bahasa tulisan manusia boleh diperihalkan sebagai sebuah sistem yang terdiri daripada
simbol (leksem) serta juga peraturan tatabahasa yang mengolah simbol tersebut. Walaupun
haiwan tidak memiliki sebarang bahasa tulisan, ia masih berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa, iaitu bahasa tersendiri.

Kategori Komunikasi
Komunikasi interpersonal

Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara
seseorang dengan seseorang yang lain.atau antara manusia proses komunikasi ini sangat
berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.

Komunikasi intrapersonal

Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.

Bentuk dan komponen komunikasi manusia


Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa
komunikasi manusia ialah percakapan, bahasa isyarat, penulisan, sikap, dan broadcasting.
Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga
boleh jadi lisan atau tanpa lisan.

Teknologi komunikasi
Penyiaran radio dua hala transatlantik yang pertama berlaku pada 25 Julai 1920.

Apabila teknologi berkembang, protokol komunikasi pun berubah, misalnya Thomas Edison
mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail
yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.

Peranan perhubungan awam


Juruteknik komunikasi

Juruteknik komunikasi menyediakan kepakaran khas yang diperlukan untuk program-program


perhubungan awam. Oleh kerana ia sebahagian daripada kumpulan pengurusan, juruteknik
bertanggunjawab menyediakan dan menghasilkan material komunikasi untuk kegunaan
perhubungan awam . Juruteknik komunikasi menumpukan kepada kemahiran komunikasi
(journalistic skill). Mereka terlibat secara langsung dalam menyediakan newsletter , kenyataan
akhbar dan berurusan dengan pihak media. Mereka tidak hadir dalam penyelesaian masalah dan
pembuatan keputusan dan tugas mereka lebih kepada menerbit dan mengimplementasi program.
Keberkesanan tindakan komunikasi dan program bergantung kepada difinisi masalah, buat
keputusan yang strategik dan kebolehan penyampaian. Kelemahannya mereka tidak
menyumbang kepada pembuatan keputusan dan perancangan strategik.

Pakar Pempreskripsi

Pakar Pempreskripsi bekerja sebagai penguasa ke atas masalah dan penyelesaiannya. Pelangan
atau pengurusan selalu meningalkan tanggunjawab perhubungan awam kepada pakar dan
mengandaikan perhubungan awam adalah peranan yang pasif. Pakar Penentu bekuasa dalamyang
sensitive. Mereka bertindak sebagai penterjemahan dan orang tengah dalam saluran komunikasi
terbuka (two-way permasalahan dan penyelesaiannya. Mereka mendapat kepercayaan
pengurusan atasan dan bertanggunjawab mengenalpasti masalah, membangunkan program dan
perlaksanaan program. Namun, mereka sering dipersalahkan kerana pihak pengurusan
meletakkan kepercayaan seratus peratus ke atas pengamal perhubungan awam tanpa pengurus
bertanyakan permasalahannya.

Pemudah cara komunikasi

Pemudah cara komunikasi pula berperanan sebagai broker maklumat. Pengamal berkhidmat
sebagai penghubung, penterjemah dan penyampai antara organisasi dan awam. Mereka juga
adalah pendengar komunikasi). Mereka terlibat dalam pembuatan keputusan dalam perkara yang
mempunyai kepentingan bersama seperti mengadili, interaksi, mengadakan perbincangan,
mengulas pandangan, mendapatkan reaksi dan memperbetulkan keadaan dengan hubungan
komunikasi. Selain itu, fasilitator komunikasi turut menyediakan komunikasi turut menyediakan
komunikasi untuk meningkatkan kualiti keputusan yang berkaitan dengan polisi, tatacara dan
tindakan bagi kedua-dua belah pihak iaitu orang awam dan organisasi.

Pemudah cara penyelesaian masalah

Pemudah cara penyelesaian masalah berperanan sebagai ahli kumpulan pengurusan dan
memandu ahli yang lain melalui proses penyelesaian masalah yang rasional iaitu melibatkan
semua bahagian organisasi dalam perancangan perhubungan awam publik dan proses merancang
program. Mereka berkerjasama dengan pengurus untuk mengenali masalah dan penyelesaian
masalah. Fasilitator penyelesai masalah juga menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan
perancangan strategik dan mengamalkan proses perhubungan awam seperti kajian, tindakan,
komuniksai dan penilaian. Mereka adalah pengurusan kini yang menyediakan kandungan polisi
dan prosedur iaitu kuasa membuat perubahan yang bersama-sama dengan pengamal
perhubungan awam dalam aspek pembuatan keputusan dan strategi komunikasi yang berkesan
memerlukan kesefahaman, cadangan dan perancangan aktiviti. Fungsi ini juga mungkin
termasuk kerja-kerja penentuan belanjawan dan bertanggungjawab menentukan orang yang
sesuai untuk menjalankan kerja-kerja perhubungan awam. Sebagai contohnya, presiden
organisasi atau CEO selalaunya orang utama yang diberi tanggungjawab dalam aktiviti
perhubungan awam.

Menyemai hubungan

Kejayaan perhubungan awam professional ditentukan melalui kebolehannya membangunkan


kemahiran mengumpul maklumat daripada pihak pengurusan dan rakan sekerja dalam organisasi
dan juga sumber luaran. Penilaian yang berterusan akan dilakukan dan setiap cadangan yang
diformulakan oleh pengamal perhubungan awam perlu mendapat kelulusan daripada pihak
pengurusan organisasi. Kebanyakan aktiviti perhubungan awam memerlukan kerjasama dan
kadangkala melalui unit organisasi lain seperti kakitangan personel, undang-undang dan
pemasaran. Perhubungan awam professional perlu mempelajari cara dan teknik terbaik untuk
membujuk publik agar profesion tersebut menjadi lebih efektif.

Menulis dan menyunting

Perhubungan awam professional sentiasa cuba menemui dan berinteraksi dengan kumpulan
manusia yang besar. Dalam aktiviti tersebut, bahan bercetak merupakan perkakasan yang
penting. Contohnya, bahan bercetak yang meliputi laporan, kenyataan akhbar, brochures, ucapan,
video, skrip, artikel majalah perdagangan, maklumat produk dan material teknikal, penerbitan
pekerja, newsletter, laporan pemegang saham dan lain-lain bahan bercetak berkaitan dengan
komunikasi pengurusan. Bahan-bahan ini berfungsi sebagai medium komunikasi bagi kedua-dua
publik iaitu publik dalaman dan juga publik luaran. Maklumat yang jelas dan gaya penulisan
yang baik adalah penting bagi kerja-kerja perhubungan awam.

Maklumat

Aktiviti perhubungan awam berperanan mengukuhkan sistem penyebaran bahan berita kepada
akhbar, media penyiaran dan penyunting penerbitan perdagangan. Aktiviti berkomunikasi
dengan media dilakukan agar berita organisasi diterbitkan. Maka, pengamal perhubungan awam
perlu mengetahui bagaimana akhbar dan media lain beroperasi, bidang yang menjadi tumpuan
penerbit dan bahan yang menjadi minat penyunting. Disebabkan penyunting dan penyiar
mempunyai jumlah ruang dan masa yang terhad, maka pengamal perhubungan awam terpaksa
bersaing dengan pengamal daripada organisasi lain. Pengamal perhubungan awam perlu
mendapatkan penyunting, penerbit dan cerita pada masa yang tepat. Selain idea diterima
berdasarkan berita dan nilai yang ada, kebolehan membangunkan hubungan dan kerjasama
dengan media berita amat berguna bagi kedua-dua pihak pengamal dan media.

Penerbitan

Kepelbagaian penerbitan, laporan khas, video dan program multimedia menyediakan banyak
ruang untuk berkomunikasi bagi pengamal perhubungan awam. Perhubungan awam professional
tidak memerlukan kemahiran dalam seni, reka letak, tipografi dan fotografi tetapi pengetahuan
asas tentang teknik penyediaan adalah penting untuk tujuan perancangan dan penyeliaan.

Acara khas

Persidangan akhbar, pameran, perasmian bangunan baru dan sambutan ulang tahun, peraduan
dan anugerah, lawatan dan mesyuarat khas adalah sebahagian daripada acara khas yang boleh
digunakan untuk meraih perhatian dan penerimaan kumpulan orang ramai. Ia melibatkan
perancangan rapi dan kerjasama pelbagai pihak, perincian tindakan, penyediaan buku
cenderamata, bahan publisiti dan laporan.

Pengucapan

Tugas perhubungan awam selalunya memerlukan kemahiran komunikasi bersemuka iaitu dengan
menyediakan ucapan dan menyampaikan ucapan. Pengamal perhubungan awamyang boleh
berucap kepada individu atau kumpulan akan memperolehi kelebihan menyampaikan idea
berbanding penulisan.

Penyelidikan dan penilaian

Aktiviti penting yang perlu dijalankan oleh pengamal perhubungan awam adalah mendapatkan
fakta. Ia boleh dilakukan melalui temubual, penyelidikan bahan-bahan perpustakaan dan
perbualan informal. Penyelidikan juga boleh melibatkan teknik kaji selidik dan kepakaran, serta
mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan pendapat publik. Selepas program lengkap
dijalankan, perhubungan awam professional perlu mengkaji keputusan dan penilaian
perancangan, perlaksanaan dan keberkesanan program. Pihak pengurusan mengharapkan input
yang berguna kepada organisasi melalui penyelidikan dan penilaian yang dilakukan dalam
aktiviti perhubungan awam.

Profesionalisme pengamal perhubungan awam


Kajian terawal mengenai tahap profesonalisme pengamal perhubungan awam telah dilakukan
oleh Gruning dan Hunt (1984) di kawasan Baltimore, Washington. Beliau menggunakan empat
dimensi untuk membezakan pengamal yang professional daripada yang tidak professional.
Empat dimensi tersebut ialah:-

1. Pengamal nilai-nilai professional - Kebebasan daripada pengawasan yang berterusan


semasa menjalankan tugas. Mempunyai pekerjaan yang bernilai dan penting kepada
masyarakat. Berpeluang mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan. pengiktirafan
daripada pengamal perhubungan awam yang lain. Golongan yang menentukan tahap
profesionalisme mereka seperti ahli masyarakat, pihak pengurusan organisasi, pengamal
perhubungan awam, pemimpin-pemimpin organisasi perhubungan awam.
2. Nilai-nilai kerjaya iaitu pendapatan, keselamatan, status, dan pengiktirafan daripada
golongan atasan dalam organisasi.
3. Indeks aktiviti yang dilakukan oleh seorang pengamal perhubungan awam seprti
menghadiri mesyuarat, mempersembahkan program, rancangan yang berkaitan dengan
bidang perhubungan awam. Responden juga ditanya sama ada mereka menjadi ahli dalam
Public Relation Society of America (PRSA).
4. Latihan dan kelayakan yang ada pada pengamal perhubungan awam seperti mempunyai
kelayakan dalam bentuk sijil, diploma, ijazah dalam bidang perhubungan awam.

Kesemua nilai professional dan nilai kerjaya adalah sama seperti yang digunakan oleh McLeod
dan Hawley (1964) untuk mengkaji tahap profesionalisme wartawan dari Milwaukee. Gurning
dan Hunt (1984) membandingkan nilai-nilai professional yang diperolehi dengan nilai kerjaya.

Indeks professional McLeod dan Hawley (1964) terdiri daripada 24 ciri-ciri pekerjaan yang
diinginkan dalam mana-mana pekerjaan yang dibahagikan kepada 12 item professional dan 12
item bukan professional. Pengamal yang professional akan memberi skor yang tinggi dalam item
professional daripada item bukan professional.

12 item professional yang disenaraikan oleh McLoed dan Hawley ialah:-

1. Penggunaan penuh kebolehan dan latihan


2. Peluang untuk keaslian dan dayausaha
3. Peluang untuk mempelajari kemahiran baru dan pengetahuan.
4. Mencapai kemajuan dalam kerjaya professional.
5. Bekerja dalam syarikat akhbar yang dikenali dan dihormati oleh wartawan lain.
6. Pekerjaan yang dinilai dan penting kepada masyrakat.
7. Penghormatan kepada kebolehan dan kecekapan rakan sekerja.
8. Berpeluang mempengaruhi pemikiran public.
9. Penyelia yang menghargai masa anda untuk memperbaiki kebolehan anda.
10. Kebebasan daripada pengawasan rapi dalam menjalankan tugas.
11. Berpengaruh dalam membuat keputusan.
12. Satu pekerjaan yang membuat organisasi berbeza kerana saya menyumbang kearahnya.

Manakala 12 item bukan professional pula ialah:-

1. Keseronokan dalam penglibatan kerja.


2. Terdapat sokongan daripada orang lain
3. Mencapai kemajuan dalam organisasi
4. Pendapatan yang lumayan untuk menjalani kehidupan yang baik
5. Bekerja dengan orang dan bukan benda-benda
6. Keselamatan kerja kerana ia stabil
7. Kegembiraan dan kepelbagaian dalam kerja
8. Bekerja dengan orang-orang yang bersefahaman
9. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam masyarakat
10. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam organisasi
11. Pekerjaan yang membolehkan saya bertemu dengan orang-orang ternama seperti
pemimpin Negara.
12. Pekerjaan yang tidak menganggu keluarga saya.

Anda mungkin juga menyukai