Anda di halaman 1dari 1

Wujud ertinya ada dan dikehendaki dengan wujud itu wujud yang zati dengan makna bahawasa ada

Allah Ta’ala itu iada dengan memberi bekas oleh yang lainnya lagi yang tiada menerima ‘adam tiada
pada sediakala dan tiada pada sentiasa dan wujud itu sifat yang tsubutiyyah yang menunjuk oleh
bersifat dengan dia atas diri zat tiada ia makna yang lebih atas zat dan memadalah atas mukallaf bahawa
mengetahui bahawasa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu maujud sebagai wujud yang tiada tasawwur pada
‘aqal ternafinya dan tiada wajib atas mukallaf mengetahuikan bahawasa wujudnya itu ‘ain zatnya atau
lain daripada zatnya kerana demikian itu setengah daripada ghawamid ilmi al kalam.

(Petikan dari kitab Faridah Faraid-Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al Fathani rah)

Pertamanya wujud ertinya ada zat Allah Ta’ala yang maha mulia mustahil lawannya iaitu ‘adam ertinya
tiadanya ertinya tak daknya dan tidak adanya

(Petikan dari kitab Bakurah-Syeikh Pak Da’el Al Fathani rah)

Wujud itu bukan sifat kerana kalimah wujud itu ialah satu lafaz akan suatu nama. Sesuatu nama itu sah
tentu ada sesuatu yang ditunjuk olehnya iaitu Musamma pun sah.Maka makna wujud itu baru sifat.
Maka wujud bukan sifat ianya nama. Maknanya itulah sifat

Berbeza pendapat Asyairah dan Maturidiyyah pada:

Musamma yang wujud itu Zat (Asyairah)/ Sifat (Maturidiyyah)-Ada 2 yang berbeza.

Bezakan istilah: ADA TUHAN – WUJUD (SIFATNYA) - Maturidiyyah

TUHAN ADA – MAUJUD (ZATNYA) – Asya’irah

Di sisi Asya’irah ADA itu ZAT

Di sisi Maturidiyyah ADA itu Sifat

SIFAT ADA BUKAN ADA, SIFAT ADA SUNGGUH ADA, YANG ADA ITU ADA, ADA YANG ADA

TUNJUK ADA TAK KENA ADA, SENTUH ADA TAK KENA ADA, PEGANG ADA TAK KENA ADA, YANG AZA ZAT

Anda mungkin juga menyukai