Anda di halaman 1dari 1

Nubuwat

Bukan kita perlu memfana'kan sifat-sifat kita kerana ianya dari Allah dan baik yang perlu kita
hapuskan adalah objek jahat sifat-sifat itu.
Inilah jalanan Nubuwat.
Terhapusnya sifat kita keseluruhannya BELUM TENTU HILANGNYA JUGA OBJEK JAHATNYA.
Fana' Iradah kita dalam Iradah Allah belum tentu kita dapat fana'kan kehendak jahat Iradah kita.
Fana' dan Baqa' para sahabat adalah dengan berpandu kepada cara Nabi kerana Sahabat tidak
perlu melalui fana', baqa', jazbah, suluk.
Tiada jalan bagi menghapuskan kehendak jahat kita melainkan menurut Rasulullah saw kerana
setiap perbuatannya adalah baik.
Cara Walayat adalah berbeza kerana perlu melupakan selain Allah termasuk dunia dan akhirat.
Soalan: Kenapa kami cuba ittiba' Rasul tetapi masih ada kejahatan dalam diri kami?
Jawapan: Kamu adalah jenis yang ditakdirkan Allah melalui Walayat sehingga sampai kamu ke
Nubuwat. Sementara setengah orang hanya sampai dengan jalan yang paling dekat iaitu ittiba'
Rasulullah saw.

Last modified: 31 Aug 2018

Anda mungkin juga menyukai