Anda di halaman 1dari 5

KONSEP DOSA Terbahagi kepada 2 iaitu:

:Dosa besar

:Dosa kecil

APA ITU DOSA BESAR? Dosa besar ialah dosa yang tidak mendapat keampunan oleh

ALLAH S.W.T ke atas pelakunya melainkan menerusi taubat yang

di sertai kalimah syaadah bagi medapatkan

Keampunan daripada ALLAH S.W.T

Dosa besar yang dilakukan oleh manusia ialah pembunuhan

Habil Qabil iaitu anak adam Nabi adam a.s perbuatan ini

kemudiannya berlarutan sepanjang zaman tanpa menghiraukan

balasan azab di akhirat mahupun hukuman di dunia.begitu juga

perbuatan syirik yang berlaku zaman dahulu hingga sekarang.

AL-QURAN telah merekodkan bahawa para rasul sentiasa

berdepan dengan masaalah syirik terhadap ALLAH S.W.T. Bahkan

keadaan ini telah menjadikan tugas utama mereka adalah untuk

menggembalikan pandangan,pemikiran atau lebih tepat iaitu

akidah manusia supaya mentauhidkan ALLAH S.W.T

3 KATEGORI DOSA BESAR >Dosa besar menuju kufur

>Dosa besar menuju kufur ( Dengan khilaf)

>Dosa besar yang lain

DOSA-DOSA BESAR MENUJU KUFUR Pengenalan Dosa besar yang menuju kekufuran ke
atas [Pelakunya terdiri
daripada 3 perbuatan iaitu syirik,nifak dan riddah.sesiapa yang

melakukan 3 perbuatan ini atau salah 1 daripadanya sahaja sudah

cukup menjadikan diri pelakunya sebagai orang yang syirik

terhadap ALLAH S.W.T Tanpa mengira sama ada perbuatannya itu di sertai dengan niat atau
tidak.

SYIRIK Syirik bermaksud menyekutukan ALLAH S.W.T

Dengan sesutau yang lain daripadanya samaada secara

rububiyyah,uluhiyyah atau ubudiyyah.contohnya (seseorang itu

percaya bahawa ada kuasa lain yang boleh mencipta

sesuatu,menyembuhkan penyakit-penyakit,menghidupkan dan

mematikan,mentadbir alam semesta dan memberi rezeki secara

Hakiki,begitu juga dengan perbuatan memuja atau menyembah

sesuatu yang lain yang di percayai berkuasa.

Dalil AL-Quran dan Hadith 1.Syirik merupakan perbuatan zalim yang sangat Besar 2.Syirik
adalah dosa yang tidak akan di ampunkan Oleh ALLAH S.W.T 3.Syirik adalah perbuatan yang
amat sesat 4.Manusia di larang daripada syirik kepada ALLAH S.W.T dalam beribadah

5.Orang yang syirik adalah orang hilang arah

6.Orang yang syirik tidak akan masuk syurga

7.Orang yang syirik tidak akan mendapat kedamaian

Dan petunjuk

8.Orang yang syirik adalah perosak agama

9.Rasulullah s.a.w bersabda syirik adalah dosa yang

Amat besar

20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA

"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka...!

Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau


bersabda: ((Barangsiapa yang menderhakai dan melupakan kedua orang

tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian

ia tidak bisa masuk syurga))" HR. Muslim, No. 2551.

21. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN

"Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir

miskin sama juga dengan orang yang berjihad di jalan

Allah" dan saya (perawi-pent beliau berkata:

((Dan seperti orang melakukan qiyamullail yang tidak

pernah jemuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak

pernah berbuka" HR. Bukhari, Juz. X/No. 366.

7 Sebab Pahala DiTolak Allah Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a
tentang

hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari

Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian

menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau, bahawa sesungguhnya

setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan

menghalang pahala 'amal 'ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu

dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.

1. Langit pertama - Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji. 2. Langit kedua

- Bermegah dengan Kebendaan - pangkat..jawatan...wang..nama....ilmu dan

sebagainya.

3. Langit ketiga - Takbur - seorang yang sombong...bongkak dan merendahkan orang lain 4.
Langit keempat - Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri 5.
Langit kelima

- Hasad dengki - seorang yang hasad dengki... cemburu kejayaan orang iri

hati dan sebagainya.


6. Langit keenam

- Tidak bersifat Rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang

kepada semua makhluk Allah.

7. Langit ketujuh

- Riak - seorang yang suka memperlihatkan amal..menunjuk-nunjuk serta

mencari pujian manusia.

Setelah pahala amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di tujuh lapisan langit tersebut,
maka pahala amalan seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt. Lantas Allah swt
berfirman kepada malaikat: "Kamu semua penjaga amalan hamba-hambaku sedangkan aku
pengawas

dirimu. Sebenarnya amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-

mata, maka aku laknatkan ke atasnya".

Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala
isinya. Pengajaran 1. Kesemua 7 sifat di atas mudah menghinggapi diri semua manusia

dan amat susah untuk dibuang, kita hendaklah sentiasa mengawasi diri dan

hati agar tidak merosakkan pahala amalan kita dengan cara sentiasa mencari

ilmu dan beristighfar di samping berdoa.

2. Renungkan selama ini setakat langit ke berapakah atau banyak

manakah pahala amalan kita yang telah berjaya melepasi pintu-pintu langit

dan yangtelah berjaya dibawa menghadap Allah swt.

3. Jika seorang yang bergelar sahabat besar Rasulullah saw yang bernama

Muaz bin Jabal r.a pun berasa gerun dan takut lalu menangis bila

mengenangkan pesanan Nabi saw ini di manakah dan bagaimanakah

kedudukan kita di hadapan Allah swt ?.

4. Janganlah kita mensia-siakan pahala amalan yang kita lakukan dengan sifat-sifat negatif di
atas. 5. Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan amalan kita sebelum tiba
masanya kita dipanggil untuk mengadap Allah swt. 6. Sama ada susah atau senang, berat atau
ringan, suka atau tidak
itulah pra syarat yang mesti dipenuhi untuk melayakkan kita bertemu dengan

Allah swt namun ia tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita dapat

mengikuti jalan-jalan yang telah dilalui oleh para kekasihnya.

7. Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua manusia dapat menghayati dan menghindari
sifat-sifat negatif di atas demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. YA ALLAH
JANGANLAH SIA-SIAKAN AMAL KEBAJIKAN KAMI

YANG SEDIKIT INI....AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KAMI.... JIKA

ENGKAU TIDAK MERAHMATI KAMI NESCAYA KAMI TERMASUK

DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI.

Anda mungkin juga menyukai