Anda di halaman 1dari 11

Increase Font Size

Home Read Sign in

Search in book …

WLA 104/03 PENGAJIAN ISLAM

CONTENTS

152

TASAWWUR ISLAM: CIRI-CIRI DAN


KEISTIMEWAAN

TASAWWUR ISLAM: CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN

Perbincangan tentang ciri-ciri dan keistimewaan Islam dalam tasawwur tidak


diperoleh secara khusus dalam al-Qur’an, al-Hadith mahupun penulisan para
ulama’ silam. Namun, berdasarkan pemerhatian dan kajian yang teliti, mendalam
serta objektif terhadap ajaran dan isi kandungan Islam, maka kita dapat
simpulkan bahawa Islam mempunyai beberapa ciri dan keistimewaan unggul
yang membezakannya daripada ajaran-ajaran lain. Ciri-ciri dan keistimewaan
Islam ini dapat dapat dirumuskan seperti berikut:
Increase Font Size

Rabbani (Ketuhanan)

Rabbani atau ketuhanan bermaksud segala hukum, konsep, nilai dan peraturan
yang terdapat di dalam Islam adalah ditetapkan dan diwahyukan oleh Allah s.w.t.
Ia bukanlah hasil pemikiran dan ciptaan manusia. Peranan manusia hanyalah
sekadar memahami, memperkembangkan dan melaksanakannya dalam
kehidupan mereka. Manusia, walau setinggi mana pun kedudukannya, tiada hak
untuk campur tangan dalam urusan ketuhanan seperti penentuan hukum haram,
halal, dosa, pahala, nilai baik, buruk, jahat dan sebagainya. Peranan manusia
dalam hal ini hanyalah untuk mengkaji dan mengenal pasti hukum Allah dalam
sesuatu perkara. Kemudian, setelah jelas kepada mereka tentang hukum tersebut
maka mereka perlu melaksanakannya dalam kehidupan.

Ciri-ciri rabbani ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. pada banyak tempat di dalam al-
Qur’an. Antaranya, firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu kitab (al-


Qur’an) dengan kebenaran, maka taatlah kepada Allah dengan
penuh keikhlasan kepada-Nya, ingatlah bahawa agama yang
bersih (benar) itu adalah milik Allah.

(Surah al-Zumar: 2 – 3)
  Increase Font Size

Al-Thabat wa al-Murunah (Tetap dan anjal)

Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran Islam, ada
perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip
dan perlaksanaannya. Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah
aspek akidah dan hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan secara qat’i (pasti)
dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Konsep al-thabat dalam aspek akidah dapat dilihat dari segi kepercayaan
terhadap Allah s.w.t. yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Perkara-perkara
berkaitan akidah adalah tetap dan tidak boleh dipinda atau diubah-ubah.
Sementara dalam konteks amaliyyah seperti ibadat solat, puasa, haji dan zakat
telah ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam. Begitu juga
beberapa prinsip dalam muamalat seperti pengharaman riba, gharar (unsur-
unsur yang tidak ketentuan), kewajipan saling meredai dalam berakad dan lain-
lain. Selain itu, hukum jenayah yang diwajibkan dalam al-Qur’an dan al-Hadith
seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu
juga hukum haram bagi perkaraperkara yang dijelaskan oleh al-Qur’an dan al-
Sunnah seperti khinzir, minum arak, berjudi dan riba. Perkara-perkara ini
ditentukan secara qat’i dan tidak mungkin berubah sampai bila-bila. Perkara-
perkara seperti inilah yang termasuk dalam konsep al-thabat.

Al-Murunah (anjal) pula bermaksud bahawa selain daripada perkara-perkara


pokok dan dasar yang tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara ranting
dan cabang yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan
maslahah manusia sepanjang peredaran zaman. Hal ini menjadikan agama Islam
yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sentiasa sesuai dan bersifat senang dan mudah
untuk diamalkan. Islam mementingkan kemudahan dan tidak sesekali
menyusahkan umatnya dalam mengamalkan segala ajarannya. Sebagai contoh,
solat adalah wajib dan perlu dilaksanakan mengikut ketetapan rukun.
Walaubagaimanapun, jamak dan qasar dibenarkan dalam solat sekiranya
seseorang itu bermusafir. Ini terbukti bahawa hukum Islam tidak statik,
sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel dengan memberi keutamaan kepada
keselesaan penganutnya.
Increasefirman
Ciri menjaga kepentingan manusia ini dapat dilihat dengan jelas dalam Font Size
Allah s.w.t. yang bermaksud:

Allah tidak sesekali memberatkan seseorang itu kecuali


dengan kadar upayanya. Baginya (pahala) bagi kebaikan yang
dikerjakannya, dan keatasnya (dosa) bagi kejahatan yang
dikerjakannya. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami
atas apa yang kami terlalai atau silap padanya. Ya Tuhan
kami, Janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat ke
atas kami sebagaimana yang Engkau bebani ke atas mereka
yang sebelum daripada kami.

(Surah al-Baqarah: 286)

Waq’iyyah (Realistik)

Waq’iyyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu


bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring
dengan kenyataan hidup manusia. Dalam menetapkan sesuatu hukum atau
peraturan, Islam sentiasa mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang
diamalkan. Umpamanya, jika sesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu
adat atau budaya tertentu dalam menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan
Increase Fontdan
antara mereka, dan adat itu pula tidak mendatangkan sebarang keburukan Size
tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima
dalam Islam.

Selain itu, dalam memerintahkan ketaatan manusia kepada hukum-hukumnya,


Islam tidak membebankan manusia dengan hukuman yang tidak realistik
sehingga manusia tidak mampu menunaikannya. Misalnya, Islam tidak
memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan
kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Malah, kerja-kerja harian ini jika dilakukan
dengan betul dan memenuhi syarat-syaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan
pelakunya diberi pahala yang banyak.

Islam merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun begitu,


pada masa yang sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan
manusia di alam ini terdapat perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan fizikal
dan mental, taraf ekonomi dan lain-lain. Dengan itu, dalam menunaikan keadilan
ekonomi umpamanya, Islam tidak menuntut agar harta kekayaan dibahagikan
sama rata antara manusia. Hal ini kerana realitinya, manusia tidak sama dari segi
keupayaan fizikal, mental, kreativiti, kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain. Oleh
itu, anugerah dan habuan ekonomi juga berbeza-beza berdasarkan perbezaan
setiap individu dari segi usaha dan kesungguhan, kerajinan, kreativiti,
tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain.

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang


lain (dari segi anugerah) rezeki.

(Surah al-Nahl: 71)

Namun begitu, Islam juga memerintahkan agar manusia yang dianugerahkan


dengan kelebihan rezeki itu tidak melupai golongan yang kurang bernasib baik.
Realiti dalam kehidupan manusia menunjukkan bahawa sentiasa terdapat
golongan miskin dan kurang bernasib baik yang perlu dibantu. Oleh sebab itu,
Increase
Islam mewajibkan anda berzakat dan memberikan pahala/ganjaran yangFont Size
besar
kepada mereka yang bersedekah.

Ringkasnya, semua bukti menunjukkan bahawa Islam adalah realistik, malah


telah berjaya diamalkan dengan baik sehingga Islam dapat membina tamadun
yang cemerlang serta menjadi pelopor dalam pelbagai bidang kehidupan.

Tawazun (Keseimbangan)

Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada


semua aspek kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan
jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat.

Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan


kepentingan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak
membenarkan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga
mengabaikan aspek jasmani dan kebendaan dan begitu juga sebaliknya.
Umpamanya, seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga
mengabaikan keperluan menjaga kesihatan tubuh badan atau mencari rezeki
yang halal. Begitu juga sebaliknya, umat Islam tidak dibenarkan mencari rezeki
sehingga mengabaikan kepentingan beribadat kepada Allah. Islam juga tidak
membenarkan penganutnya mementingkan aspek kehidupan dunia sehingga
mengabaikan kehidupan akhirat, begitu juga sebaliknya.

Islam memerintahkan agar kesemua aspek hidup manusia mestilah digabungkan


dalam satu gabungan yang seimbang, harmonis dan sepadu supaya kehidupan
manusia menjadi sempurna dan sejahtera.

Kepentingan ciri tawazun ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang
bermaksud:

… apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari


Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan
tinggalkan jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu
mengetahui. Apabila solat telah dilakukan maka
bertaburanlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah Increase Font Size
dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

(Surah al-Jumu’ah: 9 – 10)

Ayat di atas dengan jelas memerintahkan umat Islam untuk memberi perhatian
yang sewajarnya kepada kedua-dua aspek kehidupan di dunia dan akhirat.

Syumul (Menyeluruh)

Syumul bermaksud Islam merupakan agama yang sempurna dan menyeluruh


serta mencakupi segala aspek kehidupan setiap manusia.

Allah s.w.t. memiliki segala sifat kesempurnaan dan pengetahuan. Semua aspek
kehidupan manusia dijelaskan dan diberikan panduan oleh Allah s.w.t. dalam
wahyu-Nya. Oleh itu, Islam mempunyai peraturan hidup yang serba lengkap,
merangkumi semua aspek kehidupan manusia dari segi kepercayaan, pemikiran,
akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan, alam sekitar, kesihatan
dan lain-lain. Jika prinsip dan panduan ajaran Islam ini dihayati sepenuhnya
dengan bijaksana, maka ia berupaya menyelesaikan segala masalah yang
dihadapi manusia.

Namun begitu, tidak semua aspek kehidupan manusia ini dijelaskan dengan
terperinci dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Hal ini kerana perjalanan hidup
manusia akan berterusan manakala wahyu al-Qur’an dan al-Hadith pula terhenti
dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, sebahagian besar panduan yang
berkaitan aspek kehidupan manusia dinyatakan dalam wahyu secara umum dan
prinsipnya sahaja. Perinciannya dibiarkan kepada manusia mengikut kesesuaian
masa dan suasana kehidupan mereka. Inilah yang menjadikan ajaran Islam itu
sentiasa sesuai untuk semua manusia pada semua zaman. Contohnya, pelaburan
duit di dalam insurans nyawa dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kesempurnaan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-
Hadith itu dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan kami turunkan ke atas engkau kitab (al-Qur’an) sebagai Increase Font Size
penjelasan bagi semua perkara.

(Surah al-Nahl: 89)

‘Alamiyyah (Sejagat)

‘Alamiyyah bermaksud Islam merupakan agama yang universal, tidak terikat


dengan masa, tempat dan ruang. Malah, Islam sesuai untuk semua manusia,
setiap bangsa dan tidak terbatas pada masa-masa tertentu. Aspek ‘alamiyyah
Previous (Chapter) Next (Chapter)
merangkumi tiga bidang utama iaitu syariah, akhlak dan akidah.

Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai
kedudukan yang sama di sisi Allah s.w.t. Tidak ada bangsa yang lebih mulia
daripada bangsa lain kerana faktor bangsa atau warna kulit atau bahasa semata-
mata. Faktor tunggal yang membezakan seseorang dengan yang lain ialah tahap
ketakwaan kepada Allah s.w.t. Semakin bertakwa, maka semakin tinggilah
kedudukan orang tersebut di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya yang terlebih mulia daripada kalangan kamu


ialah yang paling bertakwa.

(Surah al-Hujurat: 13)

Manifestasi kesejagatan Islam bukan sahaja meliputi sesama manusia, malah


merangkumi makhluk yang lain. Allah s.w.t. bukanlah Tuhan bagi manusia
sahaja, malah Allah s.w.t. juga merupakan Tuhan bagi makhluk yang lain. Oleh
itu, ajaran Islam diturunkan bukan sahaja untuk menjaga kebahagiaan dan
kebajikan makhluk manusia sahaja, tetapi juga makhluk yang lain seperti haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Dalam hal ini, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Increase Font Size

“Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan


sebagai (membawa) rahmat ke seluruh alam”.

(Surah al-Anbiya’:107)

Wasatiyyah (Kesederhanaan)

Wasatiyyah ialah elemen yang sangat penting dalam Islam. Islam menolak semua
unsur ekstremisme dalam kehidupan manusia. Sikap melampau bukan sahaja
ditegah dalam aspek kehidupan di dunia seperti pemakanan, mengumpul harta
dan sebagainya. Malahan, dalam aspek keakhiratan seperti beribadat dan
berzikir, sekiranya dilakukan secara melampau, juga tidak dibenarkan.

Islam amat menitikberatkan kesederhanaan dalam semua perkara kerana sifat


kesederhanaan ini sesuai dengan fitrah manusia. Dalam aspek pemakanan
umpamanya, Allah s.w.t. menyuruh manusia makan dan minum dari makanan
dan minuman yang baik. Namun pada masa yang sama juga Allah s.w.t.
mengingatkan manusia agar tidak melampaui batas.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

… dan makanlah dan minumlah dan (tetapi) jangan kamu


melampaui batas kerana Ia (Allah) tidak suka orang yang
melampaui batas.

(Surah al-A’raf: 31)

Melampaui batas dalam apa jua aktiviti sekalipun, termasuk dalam pemakanan
merupakan sesuatu yang membahayakan diri manusia. Hal ini termasuk
melakukan ibadat. Sikap melampaui batas dalam beribadat akhirnya akan
menyebabkan seseorang berasa susah, tertekan dan akhirnya menjadi jemu.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan umat Islam dalam sabdanya yangIncrease Font Size
bermaksud:

Lakukan amalan ibadat (sunat) sekadar yang kamu mampu,


kerana Allah s.w.t. tidak jemu sehingga kamu sendiri nanti
yang akan jemu.

(HR. al-Bukhari)

Namun ini tidak pula bermakna umat Islam mesti bersederhana dalam
melaksanakan akidah Islamiyyah. Ertinya beriman kepada semua rukun iman
secara sederhana sahaja dan tidak benar-benar yakin. Keimanan kepada Allah
dan semua rukun iman mestilah dilakukan dengan penuh yakin tanpa sebarang
keraguan. Keimanan yang tidak kukuh dan ragu-ragu tidak diterima oleh Allah
s.w.t.

Aktiviti 5.1

Soalan kepada Cadangan jawapan untuk


aktiviti 5.1 aktiviti 5.1

Latihan Kendiri 5.1


Increase Font Size
Soalan latihan Cadangan jawapan latihan
Kendiri 5.1 Kendiri 5.1

LICENSE

Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan Copyright © by Wawasan Open


University. All Rights Reserved.

Powered by Pressbooks

Open Source | Open Textbooks | Open Book Publishing | Learn More

Anda mungkin juga menyukai