Anda di halaman 1dari 21

TAFSIR TEMATIK:

KEADILAN DALAM KEKELUARGAAN MENURUT

PANDANGAN AL-QURAN
1.0 Pengenalan

Keluarga merupakan satu komponen penting dalam pembentukan


sesebuah masyarakat dan seterusnya membentuk sesebuah negara dan
tamadun. Tanpa institusi kekeluargaan, pembentukan sesebuah negara tidak
akan sempurna. Islam memandang institusi kekeluargaan sebagai sebuah
institusi yang akan menjadi pencorak kepada masyarakat yang bakal dibina.
Institusi keluarga ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk
peribadi individu yang baik. Berikutan dari itulah, akan lahirnya masyarakat
yang berdisplin dalam agama Islam, tanggungjawab sebagai ketua keluarga
pada asasnya terletak di bahu kaum lelaki namun isteri dan anak-anak juga
turut mempunyai peranan.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan kejayaan dan kelancaran


sesebuah institusi kekeluargaan, kedua-dua pihak, iaitu ibu dan bapa
memainkan peranan mereka yang tersendiri dalam pembentukan keluarga yang
sakinah dan mawardah. Oleh hal yang demikian, selain amaran dalam
memikul amanah sebaiknya, melihat kepada pentingnya peranan sesebuah
keluarga terhadap tingkahlaku manusia dan kesannya kepada sesebuah
tamadun, Islam telah menggariskan panduan yang terbaik kepada individu
yang telah bernikah untuk sentiasa berlaku adil dan bersifat saksama sesama
keluarga sungguhpun setelah penceraian berlaku.

Al-Quran merupakan petunjuk bagi seluruh umat Islam dalam menuju


kehidupan sejahtera di dunia mahupun akhirat. Al-Quran bukan hanya
mengajarkan kepada manusia tentang ibadah baik hubungan manusia dengan
tuhannya dan hubungan manusia dengan makhluk yang lain. Namun begitu,
ajaran Islam bersifat menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan. Di dalam
al-Quran, Allah swt telah menyebutkan tentang konsep keadilan.. Konsep
keadilan yang telah ditekankan di dalam al-Quran terpakai dalam seluruh skop
kehidupan.

Kajian ini akan membincangkan tentang konsep keadilan di dalam


kekeluargaan menurut kaca mata al-Quran. Di awal kajian, penulis
mengenalpasti definisi keadilan dalam kekeluargaan Islam. Seterusnya, penulis
menganalisis ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan keadilan dalam
kekeluargaan menurut al-Quran. Di akhir kajian, penulis merumuskan konsep
keadilan dalam keluarga menurut al-Quran.

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mencapai beberapa objektif seperti berikut:

2.1 Mengenalpasti definisi keadilan dan keluarga dalam kekeluargaan Islam.


2.2 Menganalisis ayat-ayat al-Quran yang mempunyai kaitannya dengan hal
keadilan dalam kekeluargaan menurut al-Quran.
2.3 Merumuskan konsep keadilan dalam keluarga menurut al-Quran.

3.0 Sorotan Karya

Zulaikhah Fitri Nur Ngaisah (2015) dalam kajiannya Keadilan di


dalam al-Quran merupakan kajian tematik berdasarkan kalimah al-Adl dan
al-Qist yang terdapat di dalam al-Quran. Metod yang digunakan di dalam
kajian ini ialah metod tematik yang bersifat deskriptif analisis. Kajian ini
bertujuan melihat definisi al-Adl dan al-Qist di dalam al-Quran berdasarkan
tematik seterusnya melihat hubungan yang terdapat di dalam kedua-dua istilah
tersebut. Pendekatan yang digunakan ialah pendekatan semantik iaitu kajian
analitik terhadap istilah-istilah keadilan sehingga membawa kepada pengertian
yang membentuk sebuah konsep yang menyeluruh.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kalimah adil di dalam al-Quran


bukan hanya menggambarkan bagaimana hubungan antara sesama manusia
tetapi adil pada hakikatnya adalah apabila wujud keimanan, taqwa dan
ketundukan terhadap Allah swt. Hubungan yang dapat dilihat di antara kalimah
al-Adl dan al-Qist di dalam al-Quran membentuk satu persamaan sehingga
penyelidik mengambil perkataan al-Tawazzun sebagai titik pertemuan yang
mengikat kedua-dua istilah tersebut. Al-Adl merupakan keadilan yang tidak
dapat dilihat secara langsung adapun al-Qist merupakan perbuatan yang zahir,
jelas dan bersifat material.

Alfionitazkiyah (2014) dalam kajiannya yang bertajuk Keadilan di


dalam al-Quran sebuah analisis terhadap kalimah al-Qisth. Kajian ini
menerangkan bahawa al-Qisth merupakan sebahagian daripada sifat manusia
yang wujud dalam semua keadaan. Sifat al-Qisth memiliki kesan yang sangat
positif bagi orang yang melaksanakannya. Kajian ini merupakan kajian
kepustakaan dengan menggunakan metod perbahasan yang bersifat deskriptif
analisis iaitu menggambarkan dan menghuraikan data-data penafsiran al-Quran
yang diperoleh daripada sumber bacaan primer dan sekunder.

Hasil kajian mengenai keadilan di dalam al-Quran menunjukkan


bahawa setiap kalimah mengandungi makna khusus yang tersendiri. Terdapat
dua perkataan yang membawa maksud adil iaitu al-adl dan al-Qisth.
Perkataan al-Qisth mengandungi dua makna iaitu adil dan menyimpang. Al-
Qisth merupakan sifat orang yang berilmu, al-Qisth terhadap anak yatim, al-
Qisth di dalam jual beli dan al-Qisth di dalam meleraikan pergaduhan.
Berdasarkan kajian ini, penyelidik menyimpulkan bahawa perkataan al-Qisth
adalah keadilan yang memiliki tanggungjawab yang lebih berat daripada al-
Adl. Hal ini kerana al-Qisth lebih mengutamakan kepuasan di antara kedua
belah pihak seperti sebuah amanah yang harus dijalankan.

Rina Antasari dan Rika Liyadh (2010) dalam kajiannya Nilai


Ketertiban dan Keadilan dalam Kehidupan Keluarga. Metod penulisan yang
digunakan di dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan berdasarkan
penggunaan data daripada bahan primer dan sekunder. Pendekatan yang
digunakan ialah konsep dan falsafah ketertiban dan keadilan di dalam rumah
tangga. Pengumpulan dan pengolahan data dilakukan dengan pembacaan dan
tulisan. Setelah itu, dapatan kajian dinalisis secara perspektif normatif
sehingga mendapat kesimpulan yang bersifat deduktif.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai ketertiban dan keadilan


menunjukkan hubungan komunikasi secara zahir yang melihat kepada proses
interaksi seseorang dengan anggota masyarakat yang lain. Dengan keadilan,
pelbagai keperluan sosial manusia dalam masyarakat akan dipenuhi yang
akhirnya membawa kepada keadilan di dalam kehidupan berumah tangga.

Agus Romdlon Saputra dalam kajiannya yang bertajuk Konsep


Keadilan Menurut al-Quran dan Ahli Falsafah Islam membahaskan
tentang persamaan dan perbezaan konsep keadilan menurut al-Quran, para
mufassirin dan ahli falsafah. Secara umumnya, konsep yang di bawa oleh ahli
falsafah tidak berbeza dengan al-Quran. Ahli falsafah mendefinisikan konsep
keadilan sebagai nilai murni atau akal budi yang didasarkan kepada dunia
realiti dalam masyarakat. Daripada nilai tersebut, lahirlah konsep keadilan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud sedikit perbezaan di antara


kedua konsep tersebut. Perbezaannya ialah konsep al-Quran bersifat deduktif
manakala pandangan ahli falsafah bersifat induktif. Di dalam al-Quran,
sesebuah kebenaran itu merupakan wahyu daripada Tuhan. Justeru, yang perlu
dilakukan adalah memahami dan menerapkan kebenaran tersebut di dalam
kehidupan. Namun begitu, menurut para ahli falsafah, kebenaran itu masih
belum wujud tetapi perlu dicari dengan akal. Dengan demikian, keadilan akan
diperoleh dengan renungan yang mendalam sehingga bebas daripada sebarang
keraguan.

Azwarfajri (2011) dalam kajiannya Keadilan Berpoligami dalam


Perspektif Psikologi membincangkan tentang poligami sebagai salah satu
bentuk perkahwinan yang mempunyai hukum syariat. Ia bukan merupakan
suatu perbuatan sunnah kerana hal ini merupakan sebuah pintu darurat yang
kecil untuk kemaslahatan. Hal ini kerana permasalahan utama yang wujud
adalah keadaan yang sangat sulit untuk mewujudkan keadilan dalam
berpoligami sehingga pertauran yang ketat dalam berpoligami baik dari
pemahaman ayat al-Quran yang menjelaskan tentang poligami mahupun dari
peraturan undang-undang yang dilaksanakan di hampir setiap negara yang
menggunakan hukum Islam sebagai dasar pelaksanaan hukum.

Menurut perspektif psikologi pula, proses untuk berpoligami juga


haruslah memenuhi kriteria keadilan yang tertentu sehingga poligami yang
dilakukan dapat memberikan kesejahteraan dan keadilan kepada semua pihak
yang terlibat dalam proses tersebut. Apabila poligami sudah berlaku di dalam
sebuah perkawinan, maka dituntut daripada semua pihak untuk dapat
memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan bersama agar tidak berlaku
kecuaian dalam menjalankan kehidupan bersama dalam satu keluarga. Hal ini
kerana pola kehidupan berpoligami sangat berbeza dari bentuk keluarga lain
yang monogami.
Fathul Lubabin Nuqul dalam kajiannya Pertimbangan Keadilan
dalam Kewangan Rumah Tangga merupakan sebuah analisis tehadap
peranan dalam interkasi pasangan suami isteri dalam menguruskan kewangan.
Hubungan di antara suami isteri dalam ikatan rumah tangga merupakan sebuah
hubungan yang unik. Hal ini kerana faktor keadilan merupakan perkara pokok
dalam menguruskan keluarga terutamanya dalam bidang kewangan. Kajian ini
melibatkan 137 orang responden yang terdiri daripada 26 orang mahasiswa
dan 111 orang mahasiswi. Metod pengumpulan data digunakan secara angka
terbuka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya pembahagian yang
seimbang tethadap penilaian keadilan daripada pihak suami isteri sebagai
pengendali kewangan.

Hasil kajian menunujukkan bahawa responden yang memilih suami


sebagai pengurus kewangan keluarga melebihi isteri kerana melihat dari sudut
peranan suami sebagai ketua keluarga. Adapun responden yang memilih isteri
sebagai pengurus kewangan rumahtangga berpendapat bahawa isteri memiliki
kompetensi yang tinggi dalam menguruskan kewangan melebihi peranan
seorang suami. Kesimpulan yang dapat dilihat daripada kajian ini adalah nilai
peranan gender sangat mempengaruhi penilaian individu terhadap keadilan
dan keseimbangan dalam keluarga. Hasil kajian lebih cenderung meletakkan
suami sebagai pengurus kewangan keluarga kerana peranan dominan yang
dimainkan oleh seorang suami. Jika peranan menguruskan kewangan diberikan
kepada isteri pula, ia membawa maksud kompetensi isteri itu yang mampu
mengendalikan kewangan dengan baik.

Zuraidah (2013), Keadilan dalam Keluarga: Poligami,


membincangkan tentang konsep keadilan yang diharuskan dan disyaritakan di
dalam hukum poligami. Ia mencakupi keadilan material dari sudut pemberian
nafkah, tempat tinggal dan sebagainya. Adapun keadilan yang berbentuk
kecintaan dan kecenderungan hati adalah bentuk keadilan yang tidak
diharuskan. Hasil kajian mendapati bahawa di dalam Islam, untuk melakukan
poligami dibolehkan apabila si isteri tidak dapat memberikan keturunan, tidak
mampu melayani suami, cacat, mempunyai penyakit yang tidak boleh
disembuhkan dan suami telah mendapatkan keizinan dari isteri pertama dan
isteri-isterinya yang lain. Islam memberikan solusi yang terbaik iaitu poligami
dengan syarat seorang suami itu mampu untuk berlaku adil terhadap isteri-
isterinya dari sudut material mahupun kasih sayang. Justeru, apabila yakin
tidak dapat berlaku adil, maka cukup sekadar sati isteri sahaja agar tercipta
keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah selari dengan tujuan
perkahwinan yang disyariatkan Islam.

4.0 Definisi Keadilan Menurut al-Quran

Keadilan adalah kata terbitan atau kata pinjaman yang diambil dari
perkataan bahasa Arab Adl. Adil menurut bahasa arab disebut dengan kata
adilun yang mempunyai pengertian yang sama iaitu seimbang. Menurut
Ghazali, adil adalah keseimbangan antara sesuatu yang lebih dan yang kurang.
Sedangkan menurut Ibnu Miskawaih keadilan adalah memberikan sesuatu
yang kepada orang yang berhak terhadap sesuatu.

Kamus Dewan Bahasa dan Pusaka Edisi ke 4, keadilan didefinisikan


sebagai menyebelahi pihak yang benar atau meletakkan sesuatu pada
tempatnya yang betul termasuklah dalam tindakan seseorang, undang-undang,
keputusan dan sebagainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010)

Keadilan diungkapkan oleh al-Quran iaitu dengan kata-kata al-Adl,


al-Qist, al-Mizan dan ini secara lazimnya menafikan kezaliman. Adl yang
membawa maksud sama, memberi kesan apabila adanya dua pihak atau
lebih kerana mustahil untuk berlakunya persamaan dengan perseorangan
sahaja.

Al-Qist yang asalnya bermaksud bahagian iaitu yang wajar atau yang
patut., bersifat lebih umum daripada kata al-adl, dan ini dibuktikan apabila al-
Quran menuntut seseorang untuk berlaku adil terhadap diri sendirinya, kata
qist inilah yang digunakan, sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisa
pada ayat 135 yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak al-Qist
(keadilan) menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu
sendiri.

Perkataan al-Qisth adalah keadilan yang memiliki tanggungjawab yang


lebih berat daripada al-Adl. Hal ini kerana al-Qisth lebih mengutamakan
kepuasan di antara kedua belah pihak seperti sebuah amanah yang harus
dijalankan. Kalimah adil di dalam al-Quran bukan hanya menggambarkan
bagaimana hubungan antara sesama manusia tetapi adil pada hakikatnya
adalah apabila wujud keimanan, taqwa dan ketundukan terhadap Allah swt.

Hubungan yang dapat dilihat di antara kalimah al-Adl dan al-Qist di


dalam al-Quran membentuk satu persamaan sehingga membentuk perkataan
al-Tawazzun sebagai titik pertemuan yang mengikat kedua-dua istilah tersebut.
Al-Adl merupakan keadilan yang tidak dapat dilihat secara langsung adapun
al-Qist merupakan perbuatan yang zahir, jelas dan bersifat material.

4.1 Definisi Keluarga

Menurut Binokraitis, keluarga mengandungi dua atau lebih individu dalam


satu persekitaran intim yang hidup bersama dalam bentuk perhubungan komited,
melihat identiti mereka sebagai penting kepada ahli keluarga lain serta berkongsi
fungsi dan mempunyai ikatan emosi yang rapat (Saedah, 2011).

Sebuah keluarga menurut perspektif sistem adalah sebuah sistem sosial sejadi
yang mempunyai ciri-ciri tertentu, membentuk satu set peraturan-peraturan
tertentu. Peranan, struktur kuasa, bentuk komunikasi dan cara perbincangan
tertentu dalam penyelesaian masalah yang membolehkan pelbagai tugas dijalankan
secara berkesan. Pengertian keluarga yang diberikan ini berdasarkan kepada teori
sistem yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak yang saling berinteraksi dan
mempengaruhi di antara satu sama lain dan akhirnya membentuk satu keluarga.
(Saedah, 2011)
5.0 Konsep Keadilan Menurut al-Quran

5.1 Keadilan Terhadap Ibu Bapa

Seorang Muslim wajib berlaku adil terhadap kedua ibu bapanya. Keadilan
yang dimaksudkan di sini bermaksud adalah dengan memenuhi dan
menunaikan segala hak-hak mereka sebagai ibu dan bapa. Hak-hak tersebut
mencakupi perintah ihsan iaitu berbuat baik, sebgaaimana sering diungkap
dalam al-Quran atau perintah birrul walidain iaitu berbuat baik kepada kedua
ibu bapa sebagai mana sering kali dijelaskan dalam hadith-hadith. Kedudukan
ibu bapa begitu tinggi menurut pandangan Islam. Pada surah al-Isra Allah
s.w.t menyuruh hambaNya supaya mengesakanNyadan mengabdi kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra dalam ayat 23 dan 24 yang
bermaksud:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak


menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah
Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua
Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun
perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking
menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka
perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah
Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan
dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan
berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih
sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Di samping itu Allah s.w.t mengiringi perintah itu dengan perintah berbakti
kepada ibu bapa. Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam
pandangan syarak.Ini bermakna berbakti kepada ibu bapa adalah yang paling
penting dilakukan setelah mengabdi kepada Allah.
Dalam surah Luqman, Allah s.w.t menyuruh kita supaya bersyukur
kepadaNya. Selain bersyukur kepada Allah,kita juga disuruh supaya bersyukur
kepada ibu bapa kita. Perintah bersyukur kepada ibu bapa ini disejajarkan
dengan perintah bersyukur kepada Allah berdasarkan surah luqman ayat 14
yang bermaksud,

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu


bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga
akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah
Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada
Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Kita disuruh bersyukur kepada Allah kerana banyaknya nikmat Allah yang kita
terima.Kita disuruh bersyukur kerana ibu bapa banyak jasa yang telah diberika
oleh meraka tanpa meminta sebarang balasan.Walaupun kita sudah berpuluh
membelanjai dan mengurus ibu bapa kita,namun tidak terbalas oleh
kita.Kerana mulianya ibu bapa serta besarnya jasa ibu bapa kepada kita,maka
berbuat baik kepada mereka memberikan ganjaran pahala yang besar di sisi
Allah s.w.t.

Di dalam hadith disebutkan yang bermaksud:

Dari Abdullah bin Masud, ia berkata: Aku pernah bertanya


kepada Rasulullah saw:Amalan apakah yang paling
utama?Beliau menjawab, Solat pada awal waktunya.
Kemudian aku bertanya, Apa lagi?, Beliau menjawab:
Berbakti kepada kedua orangtua. Lalu aku bertanya, Apa
lagi?, Beliau menjawab: Jihad fi sabilillah. (HR Muslim)

Hak-hak ihsan yang harus diberikan oleh seorang anak kepada kedua ibu
bapanya dengan, menghormati dan memuliakan mereka termasuklah dengan
mengikuti atau menunaikan keinginan mereka berdasarkan kemampuan anak
lelaki tersebut. Sebagaimana firman Allah SWT mafhumnya,
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang
akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah:
"Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu belanjakan
maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat,
dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-
orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa
jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka
Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan
membalas Dengan sebaik-baiknya).

Memperlakukan secara adil dan ihsan terhadap kedua ibu bapa di dunia ini
termasuklah dengan menjaga mereka secara fizikal dan material, serta
mendoakan kedua ibu bapa agar dikurniakan keampunan dan rahmat daripada
Allah. Hak ihsan dan bersikap adil terhadap mereka tidak pernah terputus
walaupun setelah mereka meninggal dunia kerana antara hak yang wajar di
lakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya adalah dengan mengurus
jenazahnya dengan cara yang terbaik, melunaskan segala hutang yang masih
tertangguh, melaksanakan wasiat secraa adil dan saksama, menyambung
hubungan silaturrahim yang telah dibina oleh mereka malahan dianjurkan
untuk memuaikan sahabat mereka yang masih hidup.

Seharusnya seorang Muslim menyedari bahawa perintah berbuat ihsan dan


berlaku adil kepada kedua ibu bapa adalah menempati peringkat kedua setelah
perintah beribadah kepada Allah SWT dan mentaati ajaran Rasulullah. Hal ini
memberi petunjuk bahawa adanya keutamaan dalam pemberian hak kepada
kedua orang tua sebelum melaksakan hak kepada kaum kerabat yang lainnya.
Seorang Muslim yang memahami ketegasan syariat Allah ini seharsunya
sentiasa berhati-hati dan tidak akan mengabaikan hak-hak kedua ibu bapanya
dengan melakukan kederhakaan (uququl walidan), karana ia ini termasuk
dalam dosa besar iaitu satu tingkatan di bawah dosa syirik.

Rasulullah saw bersabda:

Rasulullah saw ditanya tentang dosa-dosa besar: Beliau menjawab:


Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh
jiwa dan persaksian palsu.
Tambahan pula, Islam sangat memandang mulia seorang ibu sehingga adanya
hadith yang mafhumnya,

Dari Abu Hurairah katanya ada seorang lelaki mendatangi


Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: Siapakah orang yang
paling berhak ku layan dengan baik? Rasulullah s.a.w
menjawab: ibumu.Lelaki itu bertanya lagi: kemudian siapa
lagi?Rasulullah s.a.w menjawab: ibumu. Lelaki itu
bertanya lagi: kemudian siapa lagi?Rasulullah s.a.w
menjawab: ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: kemudian
siapa?Rasulullah s.a.w menjawab: kemudian ayahmu.

Berdasarkan hadis ini beerti kasih sayang kepada ibu sepatutnya 3 kali ganda
daripada kasih sayang terhadap bapa. Perihal ini bukanlah menggambarkan
ketidakadilan Islam yang melebihkan ibu berbanding bapa namun ianya
sebenarnya sesuatu yang sangat wajar kerana jasa ibu telah susah
mengandungkan dan bertarung dengan maut sewaktu ingin melahirkan
anaknya, merasa penat ketika menyusukan dan menguruskan anaknya,
mendidik dan membimbing anak-anak ketika mereka membesar.

Malahan Islam tidak menolak perihal keadilan anak-anak terhadap ibu


bapa yang bukan Muslim. Walaupun anak-anak yang sudah Islam, tetapi Islam
tidak membenarkan berlakunya perhubungan yang tidak baik antara ibu bapa
dan anak tersebut. Allah telah berfirman dalam surah al-Mumtahanah ayat 8
yang yang bermaksud,

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku


adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana
ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
Yang berlaku adil.

Malahan Allah melarang anak-anak daripada bercakap kasar atau mengherdik


walaupun hanya dengan mengatakan ah kepada ibu bapa sekali pun, seperti
dalam surah al-Isra ayat 23 yang bermaksud,
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak
menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah
Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua
Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun
perkataan "ah", dan janganlah Engkau menengking menyergah
mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang
mulia (yang bersopan santun).

Menurut Abu Raja Al-Ataridiy yang bermaksud uf atau ah dalam ayat itu
ialah kata-kata memaki dan meremehkan. Menurut mujahid maksudnya:

Apabila mereka sudah tua, kemudian engkau melihat mereka


membuang air besar dan kecil, maka jangan jijik melihatnya
dan jangan mengatakan cih, tetapi bersihkanlah dengan ikhlas
sebagaimana mereka mengurus engkau sewaktu kecil.

Bukan dengan mengataka uh atau cih disebut sebagai derhaka bahkan dengan
menjeling dengan sinis kepada ibu bapa juga dikatakan telah derhaka.

Selain kedua orang tua, seorang Muslim juga memberikan hak-hak kepada
skaum kerabatnya dengan pemberian kasih sayang, bersilaturrahim, memberi
bantuan, nafkah dan waris sesuai dengan ketentuan hukum Islam.
Sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Anam pada ayat ke 152 yang
bermaksud:

"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan


Dengan cara Yang baik (untuk mengawal dan
mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak
mengurus hartanya Dengan sendiri); dan sempurnakanlah
Segala sukatan dan timbangan Dengan adil". - Kami tidak
memberatkan seseorang Dengan kewajipan melainkan sekadar
kesanggupannya - "Dan apabila kamu mengatakan sesuatu
(semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu
berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat
(dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah
hendaklah kamu sempurnakan. Dengan Yang demikian itulah
Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat
(mematuhiNya)".

Allah SWT tahu apa yang tersembunyi di dalam hati seseorang sama ada
sayang orang tuanya atau benci. Allah juga tahu sama ada seseorang itu
menguruskan orang tuanya kerana mengharapkan harta warisan atau ingin
mendapat pujian masyarakat atau ikhlas kerana Allah SWT.

Allah SWT menjanjikan keampunan bagi orang-orang yamg menguruskan


ibu bapanya dengan ikhlas juga yang berusaha untuk memperlakukan
seadilnya terhadap kedua ibu bapanya dan juga orang-orang yang ingin
bertaubat.

Kita juga tidak boleh taat kepada ibu bapa dalam perkara yang menyalahi
syarak. Perkara yang menyalahi syarak seperti orang tua kita menyuruh kita
meninggalkan perkara fardhu atau menyuruh yang haram. Suruhan sebegini
tidak perlu diikuti. Tetapi jika kita ingin melakukan perkara yang sunat, dan
pada waktu yang sama ibu bapa kita menyuruk berbuat yang lain (yang tidak
melanggari syarak), kita perlu mentaati perintah ibu bapa.

5.2 Keadilan Terhadap Suami Atau Isteri

Berlaku adil terhadap isteri atau suami dilangsaikan dengan melakukan


hak-hak suami atau isterinya dengan memberi perkara yang berhak
diterimanya. Secara umumnya, seorang suami harusnya memberikan tamattu
badani, pemberian maharnya, nafkah zahiri dan batiniyyahnya termasuklah
kasih saying, belas kasihan, berlemah lembut, pergaulan yang baik, nasab
anak, harta waris dan yang paling penting adalah bimbingan agama yang mana
sudah semestinya perakara yang paling diutamakan dalam mengekalkan
hubungan kekeluargaan suami dan isteri yang mawaddah warahmah. Allah
SWT berfirman dalam surah An-Nisa ayat ke 19,
Wahai orang-orang Yang beriman, tidak halal bagi kamu
mewarisi perempuan-perempuan Dengan jalan paksaan, dan
janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan
menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik
sebahagian dari apa Yang kamu telah berikan kepadaNya,
kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji Yang
nyata. dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu
itu) Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai)
benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah
kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa
Yang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu).

Bagi seorang isteri, hak-hak suami yang harus dilaksanakan antaranya ialah
memberikan tamattu badani, nasab anak, patuh dan pergaulan yang baik
sebagaimana hadith Rasulullah yang bermaksud,

Mana-mana perempuan yang solat 5 waktu, berpuasa di


bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mentaati
suaminya, di hari akhirat nanti akan dikatakan kepadanya
masuklah ke syurga melalui mana-mana pintu yang
disukainya.

Terdapat hadith lain juga yang menguatkan bahawa wanita yang terbaik adalah
wanita yang mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada
diri dan hartanya sehingga membuat suami benci. Ini menunjukkan bahawa
antara hak-hak utama seorang suami terhadap isterinya adalah mentaati dan
melayani suami selagi ia tidak lari dari batasan syariat. Rumahtangga seorang
Muslim pasti akan harmoni dan diliputi suasana sakinah, mawaddah wa
rahmah apabila meletakkan hak pada tempatnya iaitu bersikap adil dengan cara
saling memberikan hak masing-masing samada ibu bapa, suami, isteri dan
anak-anak.
5.3 Keadilan Terhadap Anak-Anak

Seorang Muslim wajib berbuat adil kepada anak-anaknya dalam bentuk


memberikan hak-hak anak menurut yang selayaknya. Hak-hak anak yang
harus diberikan oleh kedua ibu bapa iaitu antaranya adalah kasih saying,
nafkah yang halal, pendidiakn agama, ilmu pengetahuan dan keterampilan,
harta warisan, dan lain-lain. Rasulullah mengingatkan kepada setiap kedua ibu
bapa akan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya, sabda Rasulullah yang
bermaksud:

Kalian semua adalah pemimpin dan seluruh kalian akan


diminta dipertanggungjawab atas pimpinannya. Penguasa
adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabkan atas
yang apa dipimpinnya dan seorang lelaki adalah pemimpin
dalam keluarganya dan akan diminta dipertanggungjawabkan
atas yang dipimpin. Wanita juga adalah pemimpin atas rumah
suaminya dan akan diminta untuk dipertanggungjawab atas
yang dipimpin. Pembantu adalah pemimpin akan diminta untuk
dipertanggungjawabkan atas yang dipimpin.
(HR Bukhari)

Antara hak anak-anak yang paling utama harus dititikberatkan adalah


hak terhadap duniawi seperti akademik dan bimbingan agama kepada anak-
anak sama ada dengan cara formal mahupun tidak formal. Hal ini kerana
pembentukan awal kanak-kanak yang terbaik adalah bermula daripada rumah
iaitu daripada ibu bapa itu sendiri sejak kecilnya anak-anak tersebut kerana
anak-anak ini mampu menjadi asset mahupun beban kepada ibu bapa kelak di
akhirat sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud,

Jika seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah


seluruh amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariyah,
ilmu yang dimanfaatkan, dan danak-anak soleh yang
mendoakan kebaikan baginya.(HR. Tabrani)

Kewajipan lain yang harus diperhatikan oleh kedua ibu bapa terhadap
anak-anaknya secara adil iaitu menempatkan mereka dalam posisi yang sama
iaitu muwasawwa dalam pemberian perhatian dan kaish saying. Contoh
manusia terbaik iaitu Rasulullah sendiri menganjurkan perbuatan baik terhadap
anak-anak seperti sabda baginda ketika seorang sahabat baginda yang ingin
memberi hadiah kepada salah seorang anaknya, baginda mengingatkan sahabat
tersebut dengan sabdanya iaitu:

Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersikap adillah


terhadap anak-anakmu
(HR Bukhari)

Memperlakukan secara adil terhadap anak-anak bukanlah bererti


menyamakan setiap pemberian dan perhatian namun ianya dipertimbangkan
melalui kesesuaian waktu, umur dan keadaan sesuai dengan definisi adil itu
sendiri iaitu bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya.

5.4 Adil Dalam Berpoligami

Topik ini diasingkan dari aspek perkahwinan bukan bermakna ianya


bukan sebahagian dari perkahwinan itu sendiri namun ia harus diberi perhatian
khas oleh para suami dan isteri-isteri dan masyarakat umumnya. Keadilan yang
seharusnya diaplikasikan dalam poligami iaitu memberikan pengertian
berkenaan hak yang sama rata di antara mereka. Hal tersebut meliputi
keperluan-keperluan yang bersifat lahiriyah seperti rumah, keperluan makanan,
pakaian, giliran bermalam yang adil dan lain-lain. Firman Allah dalam surah
an-Nisa ayat 3 yang bermaksud:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-


perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka),
maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian
jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-
isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang
demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
tidak melakukan kezaliman.

Ayat ini membuka peluang seorang lelaki untuk memiliki lebih dari seorang
isteri sama ada dua, tiga atau empat dengan bersyaratkan adil terhadap isteri-
isterinya iaitu memberikan hak yang sama berat terhadap semua isteri dalam
hal nafkah. Namun demkian, dalam urusan perasaan sepeti kasih saying,
seorang lelaki dibolehkan untuk memberati terhadap mana-mana isterinya hal
ini kerana hal perasaan bukan suatu yang boleh dipaksa tetapi sesuatu yang
boleh dibina. Melalui konteks inilah, Allah berfirman dalam surah an-Nisa
ayat 129 yang bermaksud,

Dan kamu sekekali tidak akan dapat berlaku adil di antara


isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak
melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan
melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi)
sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang
tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki
(Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada
perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Pejuang-pejuang hak asasi wanita seringkali mempertikai berkenaan hukum


Islam yang kelihatan tidak adil kerana Islam telah membenarkan kaun lelaki
untuk memiliki lebih dari seorang isteri sehingga mereka beranggapan bahawa
mereka perlu berkongsi suami mereka dengan wanita lain secara tidak adil
meskipun secara halal. Hal ini menjadi isu kerana ketidakadilan yang
dilakukakan oleh individu yang berpoligami itu sendiri sedangkan kaedah
poligami yang digariskan oleh Islam adalah sangat adil dan saksama.

Dengan hubungan yang halal seperti poligami inilah yang


membolehkan seorang lelaki yang ingin memberi bantuan kepada seorang
wanita yang lainnya . Namun demikian, individu yang berkeinginan untuk
melakukan poligami hanya dibenarkan untuk melakukannya apabila mereka
yakin bahawa mereka mampu untuk berlaku adil dengan cara memberikan hak
yang sama beratnya terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya. Ketegasan Islam
berkenaan keadilan dalam poligami ini jelas dibuktikan melalui hadith
Rasulullah yang bermaksud,

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, Barangsiapa


memiliki dua orang isteri dan ia cenderung kepada salah satu
daripada kedua-duanya, nescaya ia akan datang pada hari
Kiamat dalam keadaan sisi badannya condong. (HR Abu
Daud)

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Al-Quran merupakan petunjuk bagi seluruh umat Islam dalam


menuju kehidupan yang sejahtera di dunia mahupun akhirat. Al-Quran bukan hanya
mengajarkan kepada manusia tentang ibadah baik hubungan manusia dengan tuhannya
dan hubungan manusia dengan makhluk yang lain. Namun begitu, ajaran Islam
bersifat menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan. Di dalam al-Quran, Allah swt
telah menyebutkan tentang konsep keadilan. Perkataan al-adl telah disebutkan
sebanyak 28 kali di dalam al-Quran. Konsep keadilan yang telah ditekankan di dalam
al-Quran terpakai dalam seluruh skop kehidupan. Kedailan dalam agama, sosial,
ekonomi mahupun politik.

Keadilan dalam sosial dapat dilihat menerusi hubungan di dalam kekeluargaan.


Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang membicarakan berkaitan konsep
keadilan yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan berumahtangga.. Konsep
keadilan menunjukkan hubungan komunikasi dan proses interaksi seseorang dengan
anggota keluarga yang lain. Dengan keadilan, pelbagai keperluan sosial manusia
dalam sebuah keluarga akan dipenuhi yang akhirnya membawa kepada keadilan di
dalam kehidupan berumah tangga. Keluarga merupakan lingkungan sosial pertama
yang dikenali oleh manusia. Dalam keluarga, manusia belajar untuk mulai berinteraksi
dengan orang lain.

Istilah keluarga dapat terdiri daripada beberapa individu yang akhirnya


membentuk sebuah keluarga. Individu-individu tersebut termasuklah ibu bapa, isteri
dan anak-anak. Justeru, konsep keadilan yang dibincangkan oleh penulis di dalam
kajian ini meliputi aspek keadilan terhadap ibu bapa, keadilan terhadap isteri, keadilan
terhadap anak-anak dan keadilan dalam berpoligami. Setiap anggota di dalam keluarga
mempunyai hak-hak keadilan yang harus diberikan tanpa membataskan kepada
keadilan suami isteri sahaja.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa Al-Quran telah memberikan panduan


yang jelas berkaitan konsep keadilan. Istilah yang sering digunapakai bagi
menggambarkan konsep keadilan adalah al-Adl dan al-Qisth. Secara kesimpulannya,
konsep adil yang ditekankan di dalam al-Quran bukan sahaja membawa maksud
pembahagian sama rata tetapi membawa maksud yang lebih luas iaitu meletakkan
sesuatu itu pada tempatnya. Kaedah ini diguna pakai bagi menterjemahkan hak-hak
yang seharusnya diperolehi oleh setiap anggota keluarga bagi memperoleh
bahagiannya dalam semua aspek kehidupan.
6.0 Bibiliografi

Buku

1. Al-Ghazali, Muhammad, Ayyuhal Walad. Terj: Ali al-Banjari (1998). Kedah:


Khazanah Banjariah.

2. Al-Ghazali, Zainab. Nasihat untuk Wanita (2014). Kuala Lumpur: Jabatan


Kemajuan Islam Malaysia.

3. Al-Hilali, Majdi, Manajemen Sukses Qurani. Terj: Achmad Sunarto.


Semarang: Pustaka Nuun.

4. Al-Hilali, Majdi. Aku Rindu pada Allah (2006). Jakarta: Maghfirah Pustaka.

5. Al-Qarni, Aidh (2005). Jadilah Pemuda Kahfi. Terj: Sarwedi M. Amin


Hasbuan. Solo: Pt Aqwam Media Profetika.

PDF

1. Aliyah, S (2013). Ulul Albab dalam Tafsir Fi Zhilali al-Quran. Hal. 115-148.

2. Arniyuzie binti Mohd Arshad (2015). Program Ulul Albab dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia.

3. Elmi Baharuddin, Zainab Ismail (2015). Kecerdasan Rohani Membentuk


Manusia Unggul.

4. Jannah, M (2015). Penafsiran Ulul Albab Menurut Tafsir al-Misbah. Jakarta:


Univeristi Islam Negeri Sunan Kalijaga.

Anda mungkin juga menyukai