Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERSEMBAHAN TARIAN LABI-LABI


DI MAJLIS PERKAHWINAN
TAHUN 2018
PENDAHULUAN

Tarian labi-Labi merupakan salah satu tarian tradisional penduduk setempat yang semakin hilang ditelan zaman.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Serambi telah
mengambil langkah untuk menghidupkan semula warisan tradisional ini di peringkat sekolah pada tahun lepas.
Perkara ini merupakan cetusan idea daripada Tuan Penghulu Mukim Pulau Manis, En. Md Ismail b. Zulkafly.
Penubuhan Kelab Tarian Labi-Labi ini diharapkan dapat memupuk minat murid terhadap tarian ini dan dapat
disuburkan kembali kemasyhurannya dalam kalangan masyarat kita.

OBJEKTIF

Objektif aktiviti persembahan tarian labi-labi ini adalah untuk :

o Menggalakkan pelajar mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.


o Berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dengan penari dan pemain muzik senior.
o Mengekalkan tarian tradisional penduduk setempat sebagai warisan yang terpelihara.

MAKLUMAT PERSEMBAHAN DI MAJLIS PERKAHWINAN

Tarikh : 17 Februari 2018

Hari : Sabtu

Tempat : No. 12, Lorong Taman Satelit 2,

Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

Penganjur : Tuan Rumah ( En. Tahir b. Awang )

NAMA PESERTA PERSEMBAHAN DAN PERANAN

BIL NAMA PESERTA PERANAN TAHUN


1 Muhammad Ikhwan Safwan b. Fairolzaman Pemain Gendang 6
2 Muhammad Ashraf Aiman b. Amerang Pemain Gendang 6
3 Muhammad Aliff Mustaqim b. Mohd Zuhrihar Pemain Gendang 3
4 Nur Alia Insyirah bt. Rahim Usani Pemain Gong 6
5 Mohammad Firdaus b. Abdul Karim Pemain Ketuk Tempurung 6
6 Nur Aina Raihanah bt. Abdul Radzi Keketuk Buluh 6
7 Muhammad Irfan b. Ahmad Sabri Penari 6
8 Saidatul Husna bt. Ahmad Wahid Penari 6
9 Muhammad Yusuf Salihin b. M. Solahuddin Penari 6
10 Nur Aina Syafiqah bt. Ahmad Sabri Penari / Penyair 5
11 Muhammad Hakim Zulhelmi b. Razwan Pemancing 5
12 Maisarah bt. Abu Hashim Penyair 5
13 Ainul Solehah bt. Abdul Karim Penyair 6
JAWATANKUASA PROGRAM PERSEMBAHAN DI MAJLIS PERKAHWINAN

Penaung : En. Md Ismail b. Zulkafly ( Penghulu Mukim Pulau Manis )

Penasihat : Pn. Manisah bt. Wanthan ( Guru Besar SK Serambi )

Pengerusi : En. Abdul Radzi b. Ismail ( YDP PIBG SK Serambi )

Naib Pengerusi : En. Tajul Azmi b. Yusuf

Setiausaha : Pn. Rosnah bt. Surif

Bendahari : Pn. Sh. Khairiah bt. Sy. Jaafar

Ahli Jawatankuasa : Pengurus Pasukan :

Pn. Rosnah bt. Surif

Pengangkutan :

En. Rahim Usani b. Hussin

Pn. Normaliza bt. Mustapha

Peralatan :

Pn. Zaharah bt. Jusoh

Keselamatan :

En. Mohd Hasnizam b. Osman

SUMBER KEWANGAN

Sumbangan individu ( tuan rumah majlis perkahwinan )

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS


1 Kos pengagkutan ( duit minyak kereta ) RM 150.00
JUMLAH RM 150.00
PENUTUP

Diharapkan tarian labi-labi yang bakal dipersembahkan dalam majlis perkahwinan yang dirancang dapat
mencapai matlamatnya dan memuaskan hati pihak tuan rumah. Semoga persembahan itu nanti memberi manfaat
dan menjadi kenangan manis kepada kedua-dua belah pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………. ………………

(ROSNAH BT. SURIF) (MANISAH BT. WANTHAN)

Penyelaras Kelab Kebudayaan & Kesenian Guru Besar

SK Serambi. SK Serambi.

Anda mungkin juga menyukai