Anda di halaman 1dari 2

Puan Fenella Lajanty

Sekolah Menengah Kebangsaan Maktab Sabah,


88806, Kota Kinabalu
Sabah.

YB Terence Siambun
Pengerusi Cement Industries Sdn Bhd
88839, Kota Kinabalu
Sabah. 15 Ogos 2018

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENYERTAI KEJOHANAN 1ST PENAMPANG


RELAY ATHLETICS CHAMPIONSHIP 2018 DENGAN TUARAN OPEN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


02. Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami akan menyertai kejohanan 1st Penampang
Relay Athletics Championship dan Tuaran Open 2018 pada 20 Ogos 2018 bertempat di
Stadium Penampang. Seramai 8 orang atlet akan megikuti kejohanan ini. Kami memohon
sumbangan kewangan sebanyak RM800.00 bagi menampung yuran penyertaan, T-shirt atlet,
running vest atlet dan kos makanan dan minuman atlet dalam kejohanan ini. Berikut merupakan
kos yang diperlukan:
1 Yuran penyertaan RM 160
2 T-shirts atlet RM 180
3 Running vest RM 360
4 Makanan dan minuman atlet RM 150

03. Keprihatinan serta kerjasama dari pihak tuan berhubung dengan perkara di atas amat
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh
berhubung dengan puan Fenella Lajanty (0102311306)
Sekian dan terima kasih.

Saya yang Menurut perintah,

( FENELLA LUJANTY )
Pengurus pasukan

Anda mungkin juga menyukai