Anda di halaman 1dari 1

4.

9 LAPORAN DAN REFLEKSI

Setelah selesai melaksanakan perkhemahan, para peserta perkhemahan dikehendaki


menulis laporan. Laporan ialah keterangan atau informasi tentang suatu berdasarkan
fakta tentang keadaan atau aktiviti yang dilakukan. Segala maklumat dan data perlu
dimasukkan dalam laporan apabila melakukan setiap kegiatan atau aktiviti.

Refleksi pula ialah kemahiran yang memerlukan seseorang itu memerhati secara
terperinci apa yang berlaku sekelilingnya, dan menilai sama ada peristiwa tersebut
berlaku disebabkan oleh tindakannya, perasaannya, alam sekitar, atau ada hubungan
dengan orang lain. Seterusnya peserta perkhemahan perlu menilai berdasarkan satu
standard nilai (agama, etika, nilai masyarakat, panduan pengajaran, prosedur dan
sebagainya)adakah sesuatu peristiwa yang berlaku itu adalah berdasarkan nilai yang
baik, atau berlaku seperti yang sepatutnya. Peserta perkhemahan perlu membuat
analisis kenapa peristiwa itu berlaku dan adakah peserta perkhemahan telah memberi
reaksi yang sepatutnya ke atas peristiwa berkenaan. Setelah itu, peserta
perkhemahan perlu memikirkan bagaimana cara yang lebih sesuai untuk memberi
reaksi ke atas peristiwa berkenaan berdasarkan nilai-nilai yang sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai