Anda di halaman 1dari 9

KUALA LUMPUR: Selepas empat bulan diwartakan sebagai undang-undang di bawah

pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN), Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuhkan di
Dewan Rakyat, hari ini.

Pemansuhan itu diluluskan selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Antiberita
Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata pemansuhan
itu dibuat kerana undang-undang dan akta sedia ada memadai untuk mendakwa mana-mana
pihak yang membuat berita palsu bertujuan memfitnah.

Pada masa sama, katanya, agensi penyiasatan dan penguat kuasa akan diperkasa bagi
memastikan kes berita palsu dan fitnah dapat ditangani.

"Pemansuhan akta itu sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berikrar
menghapuskan akta yang menzalimi rakyat dan undang-undang 'rimba' kerajaan terdahulu,"
katanya menggulung perbahasan RUU itu di Dewan Rakyat.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan di Parlimen pada 27 Mac lalu, sebelum
diluluskan pada 2 April, dengan pindaan terhadap hukuman penjara daripada maksimum 10
tahun kepada enam tahun.

Mohamed Hanipa berkata, perintah sementara dalam Akta Antiberita Tidak Benar 2018
terkandung dalam undang-undang sedia ada seperti Akta Kanun Acara Jenayah.

Katanya, akta itu dilihat mengulangi banyak peraturan dalam undang-undang lain.

"Itulah sebabnya kita perlu memansuhkan akta ini," katanya.

Sepanjang penggulungan kira-kira 30 minit itu, Mohamed Hanipa diasak pelbagai celahan Ahli
Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati sambil mengajukan soalan untuk penjelasan.
Usul pemansuhan itu ditolak oleh 28 senator pembangkang terdiri daripada wakil Barisan Nasional (BN)
dan PAS manakala 21 senator Pakatan Harapan menyokong. Tiga senator berkecuali dan selebihnya
tidak hadir.

Dewan Negara kini mempunyai 68 anggota dengan 28 senator mewakili BN, tiga dari PAS, tiga dari
Gabungan Parti Sarawak (GPS), dua dari Gerakan dan seorang wakil Parti Barisan Kemajuan India
Semalaysia (IPF). Tiga lagi senator mewakili masyarakat Siam, Orang Asli dan orang kurang upaya
(OKU).

Pemansuhan akta itu sebelum ini diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos lepas, empat bulan setelah
diwartakan sebagai undang-undang. Akta itu diwartakan oleh pentadbiran Najib Razak pada 11 April lalu,
lebih kurang sebulan sebelum PRU14.

Pada sidang Dewan Rakyat ketika itu, Timbalan Menteri di Jabatan perdana Menteri Mohamed Hanipa
Maidin berkata akta itu dimansuhkan kerana undang-undang sedia ada sudah memadai untuk
menangani penyebaran berita palsu.

“Pemansuhan akta itu sesuai dengan manifesto PH yang berikrar menghapuskan akta yang menzalimi
rakyat dan undang-undang ‘rimba’ kerajaan terdahulu,” katanya ketika menggulung perbahasan
pemansuhan akta itu di Dewan Rakyat.

Akta itu mentakrifkan “berita tidak benar” sebagai “apa-apa berita, maklumat, data dan laporan yang
bahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman
audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea”.

Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun bagi
kesalahan antara lain mengadakan, menawarkan atau menerbitkan berita tidak benar atau penerbitan
yang mengandungi berita tidak benar.

Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dibentang untuk bacaan kali pertama dalam
sidang Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu dibaca oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Berikut ialah soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan RUU tersebut:

1. Apakah tujuan Kerajaan memperkenalkan undang-undang baharu ini serta cabarannya


memandangkan terdapat beberapa undang-undang sedia ada untuk mengekang isu penyebaran berita
tidak benar?

JAWAPAN
Isu penyebaran berita tidak benar merupakan masalah yang dihadapi secara global ekoran revolusi
teknologi komunikasi yang berkembang dengan pesat dan terlalu pantas. Sejak kebelakangan ini,
Malaysia sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran kesan daripada penyebaran berita tidak benar
yang bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah boleh memberi ancaman terhadap keselamatan,
ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara. Justeru, pendekatan baharu dengan
memperkenalkan satu RUU baharu adalah amat kritikal.

Malah, beberapa negara luar telah mula menyedari bahawa isu penyebaran berita tidak benar
merupakan ancaman global yang besar kepada dunia maklumat (information world) yang perlu ditangani
secara efektif dan segera. Sebagai contoh di Singapura, suatu Jawatankuasa Pilihan (Select Committee
On Deliberate Online Falsehoods: Causes, Consequences And Counter measures) ditubuhkan untuk
mengkaji masalah berita tidak benar, jenis-jenis pelaku dan motif mereka dalam menyebarkan berita
tidak benar dan kesan penyebarnya. Ini termasuklah kemungkinan untuk mengadakan suatu undang-
undang baharu bagi menangani penyebaran berita tidak benar.

Filipina juga telah menggubal suatu RUU khas untuk menangani penyebaran berita tidak benar, iaitu
Anti-Fake News Bill 2017 yang memperuntukkan kesalahan bagi mana-mana orang yang menawarkan,
menerbitkan, mengedar atau menyebarkan berita tidak benar.

Justeru, harus difahami bahawa walaupun terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan, namun
sehingga hari ini masalah ini tidak dapat dikawal secara efektif berikutan perkembangan semasa
teknologi maklumat yang semakin pantas dan kompleks.

Apatah lagi, undang-undang yang sering disebut dalam perkara ini seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah digubal pada atau sebelum
tahun 1990an yang tidak dapat menangani sifat kesalahan yang kompleks seiring dengan peredaran
teknologi terkini.

Sehubungan dengan itu, elemen-elemen yang baharu akan diperkenalkan dalam RUU ini.

Antara elemen baharu yang dicadangkan termasuk memperuntukan pemakaian luar wilayah (extra
territorial application) dengan hasrat menunjukkan keseriusan Kerajaan dalam menangani kesalahan-
kesalahan penyebaran berita tidak benar oleh mana-mana orang di luar Malaysia.

Selain takrif, penjelasan atau ilustrasi yang jelas mengenai maksud “berita tidak benar”, RUU ini juga
akan memperuntukkan kesalahan mengenai bantuan kewangan bagi tujuan penyebaran berita tidak
benar, kesalahan sekiranya seseorang itu tidak menghapuskan sesuatu penyiaran berita tidak benar dan
sebagainya.

Pada masa yang sama, RUU ini akan mewujudkan langkah sementara (interim measures) untuk
menyekat penyebaran sesuatu berita tidak benar sementara siasatan dan pendakwaan sesuatu kes
sedang dijalankan.

2. Merujuk kepada, definisi mengenai “berita tidak benar” dalam RUU ini, adakah definisi tersebut bersifat
umum atau spesifik?

JAWAPAN
Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberikan takrif yang jelas dan khusus mengenai “berita tidak
benar” dalam RUU yang dicadangkan termasuk memperuntukan beberapa illustrasi untuk menunjukkan
keadaan-keadaan berlakunya sesuatu penyebaran berita tidak benar.

RUU ini mentafsirkan “berita tidak benar” termasuk apa-apa berita , maklumat, data dan laporan, yang
sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu sama ada dalam bentuk rencana, visual, atau
rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.
Perlu diberi penekanan bahawa buat masa ini, tidak ada mana-mana undang-undang yang berkaitan
dengan penyebaran berita tidak benar yang memberikan definisi khusus mengenai “berita tidak benar”.
3. Dalam konteks ini, siapakah yang akan menentukan sesuatu berita atau informasi itu tidak benar atau
sebaliknya?
JAWAPAN
Dalam perkara ini, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberikan satu pihak yang neutral dan
adil iaitu Mahkamah untuk menentukan sama ada sesuatu berita atau informasi itu tidak benar atau
sebaliknya. Yakni, dengan proses undang-undang yang sewajarnya (by due process of law).

Kuasa akan diberikan kepada Mahkamah untuk membuat perintah bagi menghapuskan apa-apa
penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.

4. Terdapat dakwaan bahawa RUU ini akan menyekat kebebasan bersuara yang diperuntukkan, apakah
pandangan Kerajaan mengenai perkara ini?

JAWAPAN
Ini adalah satu dakwaan yang tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata. Tiada mana-mana
undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen adalah bertujuan untuk menyekat hak
kebebasan bercakap dan bersuara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apatah lagi, di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Kerajaan telah berjaya melaksanakan
transformasi undang-undang (legal transformation) seperti melalui pemansuhan Akta Keselamatan
Dalam Negeri 1960 atau ISA, memperkenalkan Peaceful Assembly Act atau Akta Perhimpunan Aman
2012 yang menyuburkan lagi hak bersuara rakyat di negara ini.+

RUU ini digubal selaras dengan punca kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (a)
Fasal 2 Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. RUU yang dicadangkan ini bertujuan untuk melindungi
orang awam daripada lambakan berita tidak benar dan pada masa yang sama bertujuan untuk
memastikan hak kebebasan bercakap dan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati.

5. Adakah RUU ini akan memperuntukan hukuman yang lebih berat?

JAWAPAN
RUU ini juga berunsur pencegahan (deterrence) bagi memberi mesej yang jelas bahawa setiap individu
hendaklah bertanggungjawab terhadap perkongsian maklumat yang benar dan sihat. Pihak didapati
bersalah dalam menyebarkan berita tidak benar boleh dikenakan denda serta penjara atau kedua-duanya
sekali. Selain itu, Mahkamah juga boleh memerintahkan mereka yang didapati bersalah untuk membuat
permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang terjejas.

Pada masa yang sama, RUU ini juga akan memberikan mesej yang jelas bahawa Kerajaan tidak akan
berkompromi dengan penyebaran berita tidak benar yang boleh memudaratkan ketenteraman awam atau
keselamatan Negara malah akan terus memastikan keselamatan Negara terus terpelihara. Justeru,
sememangnya, hukuman yang lebih tinggi diperuntukkan berdasarkan degree sesuatu kesalahan
termasuk pengenaan denda dan hukuman penjara.

6. Adakah RUU ini hanya untuk mengawal penularan berita tidak benar dalam media sosial?

JAWAPAN
RUU ini mengawal selia penyebaran berita tidak benar dalam mana-mana medium penerbitan dan tidak
terbatas kepada media sosial sahaja.

7. Adakah dengan adanya RUU ini akan menangani isu penyebaran berita tidak benar secara total?
JAWAPAN
RUU ini dapat menzahirkan komitmen Kerajaan untuk menangani penularan berita tidak benar ekoran
revolusi teknologi komunikasi yang berkembang dengan pesat dan terlalu pantas.
Sehubungan dengan itu, RUU ini akan melengkapi (complement) peruntukan undang-undang sedia ada.
Pada masa yang sama, skop RUU ini luas dan eksklusif bagi menangani kesalahan-kesalahan
mengenai berita tidak benar secara menyeluruh dan efektif. - UTUSAN ONLINE
KE ARAH POLITIK MALAYSIA YANG MATANG (SIRI 17)
Dua hari lepas, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar
yang mula dibentangkan minggu lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman
Said, berkata bacaan kali pertama RUU itu dicadang dibuat di Dewan Rakyat pada minggu depan.

Pembentukan RUU itu bertujuan untuk mengenakan hukuman ke atas beberapa kesalahan berhubung
penyebaran berita tidak benar dan langkah bagi mengekang berita tidak benar. Azalina sebelum ini
menjelaskan

“RUU ini digubal demi kepentingan masyarakat umum bagi melindungi rakyat daripada lambakan berita
tidak benar serta menjadi mangsa kepada berita tidak benar. Bagaimanapun, RUU ini sama sekali tidak
menyekat hak kebebasan bersuara rakyat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan. Pada masa sama, RUU ini akan memberikan mesej yang jelas bahawa kerajaan tidak akan
berkompromi dengan apa-apa perkara yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan
negara.”

Secara dasarnya, tujuan diperkenalkan RUU ini adalah sangat baik. Berita palsu yang tersebar di media
sosial terutamanya semakin berleluasa hari ini. Kesannya amat buruk sehingga menyebabkan ahli politik
hilang kepercayaan, ahli perniagaan menanggung kerugian, keluarga dan komuniti menjadi tegang dan
sebagainya. Sehingga kerajaan terpaksa mewujudkan satu portal rujukan www.sebenarnya.my kepada
rakyat bagi mengenal pasti apakah berita yang ditularkan sahih ataupun tidak.

Langkah memperkenalkan Akta Anti Berita Tidak Benar menjadi semakin popular akhir-akhir ini terutama
di Eropah. Presiden Perancis, Emmanuel Macron mahu pemantau media Perancis (CSA) diberikan
kuasa untuk memerangi propaganda yang dimainkan oleh stesen TV yang dikawal atau dipengaruhi oleh
negara asing. Presiden Perancis itu juga merancang untuk memperkenalkan undang-undang bagi
meningkatkan ketelusan mengenai kandungan media sosial. Jerman pula sudah menguatkuasakan
undang-undang yang boleh mendenda sehingga 50 juta Euro bagi pemilik akaun media sosial yang gagal
memadamkan sebaran berita palsu dalam tempoh 24 jam. Parlimen Ireland pula sedang
membentangkan undang-undang serupa dalam memerangi peningkatan akaun media sosial palsu,
propaganda dan kempen pilihanraya yang tidak demokratik.

Terbaru, UK menyatakan hasrat tinggi dalam memperkenalkan undang-undang serupa. Setakat ini
mereka sedang menubuhkan Skuad Anti Berita Palsu. Mereka percaya peranan besar telah dimainkan
oleh berita palsu sehingga memberi kesan kepada Brexit dan polisi-polisi pentadbiran negara terbabit.
Malah mereka telah mengecam syarikat Facebook dan Twitter serta mengugut akan menyekat akses dua
portal media sosial popular berkenaan sekiranya mereka tidak bersifat proaktif

Institusi agama turut dilibatkan dalam memerangi berita palsu ini. Pada 13 Mei 2017, Ketua agama
Kristian Katolik, Pope Francis telah mengeluarkan kenyataan mengenai berita palsu sebagai menyambut
pembukaan Persidangan Katolik Dunia yang diadakan di Vatican City, Roma Itali. Menurut beliau, berita
palsu pertama adalah riwayat mengenai kisah ular bersama Adam, Hawa dan syaitan yang termaktub di
dalam Injil kepercayaan mereka. Ia dipercayai sebagai respon kepada trend negara-negara Eropah yang
semakin mengambil berat berkenaan berita palsu ini.

Di dalam Islam, pembohongan adalah termasuk di dalam kesalahan dan merupakan satu dosa yang
besar. Tuduhan palsu dalam perkara berkaitan zina dikenakan hukuman hudud dan tidak akan diterima
lagi penyaksian mereka selepas daripada itu. Justeru itu sepatutnya akta sebegini sudah lama
dilaksanakan di negara yang bermajoriti muslim seperti Malaysia ini mendahului negara-negara Eropah.
Namun, akta yang baik seperti ini juga ditentang oleh sebahagian parti politik di Malaysia yang tidak
matang. Menurut MP Padang Serai daripada PKR, undang-undang anti berita tidak benar adalah
bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Ia akan menyekat kebebasan bersuara yang dijamin oleh
sistem demokrasi. Had hukuman yang dicadangkan iaitu sebanyak RM500 000 maksimum juga
disifatkan sebagai keterlaluan.

Pandangan beliau amat jelek kerana menganggap berita tidak benar sebagai sebahagian daripada
kebebasan bersuara. Walhal yang mahu diperangi hanyalah berita tidak benar semata-mata, bukannya
keseluruhan berita-berita tanpa mengira kesahihan.

Namun sekiranya melihat kepada budaya politik PKR, pandangan Surendran bukanlah satu perkara yang
menghairankan. Ini kerana mereka memang pakar dalam mencipta berita-berita tidak benar. Jika masih
ingat, YB Rafizi Ramli pernah mengeluarkan kenyataan menghentam Rahman Dahlan tanpa usul periksa
sehingga tersilap orang. Saifuddin Nasution pernah mengeluarkan dokumen 91 mukasurat mendedahkan
salah laku bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa pemerintahan beliau. Setelah
diambil tindakan undang-undang, beliau mengaku laporan tersebut adalah palsu semata-mata.

Akta Antiberita Tidak Benar bukan hanya ditentang oleh PKR, malah oleh semua parti di dalam PH. PAN
melalui Timbalan Ketua Pemudanya Faiz Fadzil dan DAP melalui Lim Guan Eng mengeluarkan
kenyataan mengkritik akta yang dianggap hanya melindungi kepentingan pemerintah semata-mata dan
menyekat kebebasan media di negara ini. Malah, mereka turut menjadikan isu ini sebagai alasan untuk
menuduh PAS bersekongkol dengan kezaliman Umno sebagaimana yang sering diperkatakan.

Keadaan seperti ini tidak menggambarkan Malaysia menuju ke arah kematangan berpolitik.
Pembangkang terutamanya PH masih lagi meletakkan semua perkara dalam bakul politik. Semua
perkara dikaitkan dengan politik. Di samping itu mereka masih mengekalkan budaya membangkang
semua perkara yang dicadangkan oleh pemerintah. Cadangan pemerintah itu adalah keperluan
mendesak negara demi kestabilan negara. Walaupun berita palsu telah memberi kesan buruk kepada
ramai pihak di Malaysia, tetapi kerana mereka pembangkang, mereka tetap membangkang semuanya

TERMA fake news, berita palsu atau tidak benar mula mendapat perhatian dunia selepas dipopularkan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Biarpun tindakan penyebaran maklumat palsu bukan
fenomena baharu, masyarakat global dilihat terpanggil mengambil langkah tertentu untuk
membendungnya.

Kita lihat beberapa negara menggubal undang-undang antiberita palsu. Di Malaysia, Akta Anti-Berita
Tidak Benar (AATB) 2018 antara undang-undang terakhir yang digubal oleh Kerajaan Barisan Nasional
(BN) sebelum pilihan raya berlangsung.

Namun, beberapa negara yang memiliki sistem keadilan jenayah berdasarkan kerangka Common Law
dan berteraskan Kanun Keseksaan seperti negara kita kelihatan lebih berhati-hati dalam menggubal
undang-undang sebegini. Tindakan sedemikian munasabah mengambil kira beberapa faktor dan bahaya
dari undang-undang ini.

Berikut ialah empat sebab utama AATB 2018 perlu dimansuhkan oleh kerajaan baharu pimpinan Pakatan
Harapan.

Pertama, AATB 2018 ialah undang-undang reaktif (reactive legislation) yang dikhuatiri digubal bukan
bersandarkan keperluan sebenar, tetapi lebih dipengaruhi oleh sentimen politik antarabangsa dan
tempatan.

Sarjana undang-undang jenayah kerap mengingatkan mudarat undang-undang reaktif yang tidak reflektif
kepada ancaman jenayah yang ingin dibanteras.
Secara amnya, undang-undang jenayah perlu senantiasa ditambah baik mengambil kira tuntutan
semasa, tetapi, undang-undang reaktif lazimnya digubal dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa kajian
mendalam dan pembabitan pihak secara lebih terangkum.

Bataskan hak

Memandangkan undang-undang ini boleh membataskan hak madani rakyat, pandangan pelbagai pihak
seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan kumpulan masyarakat sivil perlu
diambil kira. Menurut SUHAKAM, kerajaan terdahulu merujuk badan itu pada minit terakhir tanpa kemuka
rang undang-undang itu kepada mereka.

Kedua, konsep fake news sendiri samar. AATB 2018 mendefinisikan 'berita tidak benar' dengan
merangkumkan apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya
palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual, atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang
boleh menggambarkan perkataan atau idea.

Skop definisi ini cukup besar dan samar. Prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) menuntut
kepada peruntukan undang-undang yang jelas dan difahami oleh masyarakat. Bahkan, amat sulit untuk
mahkamah merumuskan sama ada sesuatu maklumat atau kenyataan sebagai palsu secara muktamad.

Ada sebahagian perkara yang mustahil untuk dibuktikan benar atau palsu dalam bentuk keterangan yang
boleh diterima pakai di mahkamah atau secara saintifik. Misalnya, kenyataan tentang doktrin agama atau
teori baharu.

Terdapat juga hal tidak boleh ditentukan secara muktamad, dan terdedah kepada penafsiran yang
pelbagai. Contohnya kenyataan berkaitan sejarah yang ada kalanya berbeza mengambil kira sumber dan
elemen politik yang menyelubungi penceritaannya.

Begitu juga ada perkara bersifat relatif kepada maklumat sedia ada yang dianggap berwibawa ketika itu,
dan akal waras membuat kesimpulan yang sama. Sukar diterima akal bahawa tindakan menyatakan
penilaian semasa adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara.

Harus ditekankan bahawa AATB 2018 menetapkan sesuatu maklumat boleh dikelaskan sebagai 'berita
tidak benar' biarpun hanya sebahagiannya didapati palsu. Situasi ini dikhuatiri menekan kebebasan
bersuara rakyat, termasuk kumpulan media dan golongan akademik.

Ketiga, AATB 2018 tidak selari dengan prinsip dan norma undang-undang jenayah di negara kita. Bagi
negara yang mengguna pakai Kanun Keseksaan, Lord Macaulay pada 1835 dan prinsip keadilan jenayah
bersandarkan common law, konsep fake news adalah cukup asing.

India tidak meneruskan hasrat menggubal undang-undang ini. Secara umum, undang-undang jenayah
hanya menjenayahkan perbuatan berkaitan kenyataan palsu bersandarkan tiga perkara.

l Pertama, seseorang hanya akan dihukum kerana mengeluarkan kenyataan palsu jika undang-undang
mewajibkan dia berkata benar. Misalnya, seseorang melakukan jenayah jika dia berdusta di mahkamah
atau ketika dalam proses siasatan.

l Kedua, tindakan mengeluarkan kenyataan palsu menjadi kesalahan jenayah jika tindakan
mengakibatkan mudarat langsung kepada orang yang mendengar dan mempercayainya. Misalnya
jenayah penipuan, kata-kata tidak benar diguna untuk memperdayakan dan mengakibatkan mangsa rugi.
Dalam hal ini, pendakwaan perlu buktikan mangsa mempercayai tipu daya itu.

l Ketiga, kata-kata palsu yang disebar hanya menjadi jenayah sekiranya dibuat atas niat jahat (malicious
intent) untuk menggugat ketenteraman awam. Elemen niat mens rea ini tiada dalam AATB 2018.
Tindakan menyebarkan berita tidak benar semata-mata tanpa niat jahat sukar untuk dikelaskan sebagai
kesalahan berliabiliti ketat mengambil kira kesan langsungnya.

Perihal ini ternyata berbeza dengan impak jenayah keganasan dan penyalahgunaan dadah. Selain itu,
AATB 2018 ada bidang kuasa menjangkaui sempadan yang membolehkan seseorang sama ada
warganegara atau tidak, didakwa di Malaysia biarpun kesalahan dilakukan di luar negara.

Pendekatan ini bercanggah dengan norma kelaziman dalam undang-undang jenayah. Peruntukan ini
mungkin boleh diterima bagi kesalahan berkaitan keganasan dan jenayah transnasional.

Harus diingat, jenayah sedemikian diterima secara global sebagai fenomena yang wajib dibanteras setiap
negara. Perkara ini dapat digarap melalui resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan
konvensyen antarabangsa lain.

l Keempat, undang-undang AATB 2018 ialah produk penjenayahan yang berlebihan atau lazim dirujuk
sebagai over-criminalisation. Kesalahan yang diwujudkan dalam AATB 2018 bertindih dengan kesalahan
jenayah dalam undang-undang yang sedia ada.

Sebagai contoh, beberapa per-untukan dalam Kanun Keseksaan seperti Seksyen 505 Kanun Keseksaan
memadai mengekang penyebaran kenyataan berniat jahat yang mampu menggugat ketenteraman dan
keteraturan awam.

Lebarkan kuasa

Pertindihan ini hanya melebarkan kuasa budi pihak berkuasa dan dikhuatiri boleh membuka ruang
kepada salah guna kuasa.

Berdasarkan empat faktor di atas, penulis mencadangkan kerajaan memansuhkan AATB 2018 ini, dan
bukan dengan menyemak semula. Undang-undang jenayah lain sedia ada memadai untuk mengekang
penyebaran maklumat yang bertujuan menimbulkan kekacauan.

Secara alternatifnya, pihak yang terjejas hak mereka disebabkan penyiaran berita tidak benar boleh
mengambil tindakan sivil di mahkamah. Negara tidak perlu menampung kos untuk terbabit dalam
pertikaian yang bersifat peribadi antara orang awam.

Pihak pendakwaan dan polis pula dapat menumpukan tugas mereka dalam membanteras jenayah yang
mengancam keselamatan dan ketenteraman masyarakat. AATB 2018 juga dikhuatiri membungkam hak
dan kebebasan rakyat sebagaimana yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Pemansuhan AATB 2018 boleh menjadi langkah mula sebelum kerajaan memansuh undang-undang lain
sebagaimana dijanjikan dalam manifesto pilihan raya, seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984.

PETALING JAYA:
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berkata, Rang Undang-undang (RUU) Anti Berita Palsu 2018
mempunyai implikasi besar terhadap media kerana penalti yang dikenakan ke atas sumber, penerbit dan
penyumbang dana.
"Walaupun RUU mensasarkan orang-orang yang mereka berita palsu, organisasi media mungkin akan ditindas," kata
Setiausaha Agung NUJ, Chin Sung Chew.
Chin berkata, NUJ prihatin terhadap fasal yang menyatakan bahawa sebarang perintah oleh kerajaan yang mahu
penerbitan untuk menarik keluar 'berita palsu' tidak boleh diketepikan.
"Kebenaran sebelah pihak mempunyai kuasa yang tidak boleh dipersoalkan untuk menarik keluar artikel yang tidak
dipersetujui (mereka), (peraturan itu) akan mudah disalahgunakan," katanya.

Sesiapa yang didapati menyediakan bantuan kewangan akan menghadapi hukuman yang sama,
manakala sesiapa yang gagal membuang penerbitan yang mengandungi berita palsu boleh didenda
sehingga RM100,000.
"NUJ mempersoalkan tentang mengapa RUU itu mengenakan penalti yang jauh lebih tinggi berbanding
penalti sedia ada yang menangani isu berita perbalahan dan posting di laman sosial," kata Chin.
Sebagai perbandingan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah jenayah membawa
hukuman sehingga penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya.
Satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia untuk penggunaan
kemudahan rangkaian yang tidak betul boleh dihukum dengan denda sehingga RM50,000 dan sehingga
satu tahun penjara, atau kedua-duanya.

Anda mungkin juga menyukai