Anda di halaman 1dari 1

Al fatihah.....

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit


dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjangkan
kesyukuran atas segala rahmat -Mu.

Ya Rahman....

Berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.


Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-
Mu.

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota,


kecergasan minda, dan ketenangan jiwa. Semoga
dengannya kami mampu mengangkat martabat diri,
keluarga, masyarakat dan negara.

Ya Rahim....

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon


taufik-Mu. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah
dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan
serta bimbingan dari guru kami yang kami kasihi.
Semoga majlis ini dapat dilaksanakan hingga ke
akhirnya dengan penuh kesempurnaan hanya dengan
izin dari MU YA ALLAH…

Amin ya robbal a’ lain......

Anda mungkin juga menyukai