Anda di halaman 1dari 3

ARKIB : 02/01/2001

Dadah undang padah pada atlet

Wartawan NORHASIMAH BAHARI melihat lebih dekat pengertian dadah dalam sukan
dengan meninjau laman web Agensi Anti Dadah Dunia (World Anti-Doping Agency - WADA)
yang dipertanggungjawabkan oleh banyak pihak berkaitan sukan untuk menghalang
penggunaannya dalam sukan moden ini.

Beberapa soalan dibangkitkan oleh atlet dunia dan WADA menjawab bagi meleraikan kebuntuan
itu.

- Pengarang.

WADA (World Anti-Doping Agency) merupakan badan yang bertanggungjawab mencegah


penggunaan dadah di peringkat antarabangsa, khususnya berkaitan dalam sukan.

WADA bekerjasama dengan kerajaan dan juga pihak berkuasa tempatan serta orang awam,
selain pertubuhan sukan dunia - Persekutuan Sukan Antarabangsa (ISF), Jawatankuasa Olimpik
Kebangsaan (NOC), Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang mana mengecam keras
sebarang penggunaan dadah dalam arena sukan dunia.

WADA turut berperanan membentuk program yang lebih komprehensif dalam membanteras
penggunaan dadah di peringkat antarabangsa.

WADA bertugas menyediakan program yang tersusun dan kemas di peringkat antarabangsa
ketika tiada kawalan dari pihak penganjur temasya sukan besar seperti Olimpik, Asia dan
Komanwel.

WADA juga mengawal semua atlet dan jenis permainan sukan di seluruh dunia dalam usaha
mengawal penggunaan dadah di kalangan atlet antarabangsa.

Soal jawab berhubung pengambilan dadah dalam sukan.

Apa yang dimaksudkan penggunaan dadah?

Kaedah ini digunakan untuk rangsangan tenaga, sama ada dalam bentuk peningkatan tenaga, ia
tetap berpotensi untuk mengundang bahaya kepada kesihatan dan mengubah prestasi serta otot
atlet, yang mana mengikut larangan yang dikeluarkan dalam kod etika salah guna dadah oleh
Gerakan Anti-Dadah Olimpik.

Mengapa penggunaan dadah dilarang?

Ia telah melanggar keharmonian Sukan Olimpik dan ketelusan temasya ini, jika digunakan oleh
para atlet. Kebanyakan dadah rangsangan yang diharamkan dalam Olimpik ini memberikan
kesan jangka pendek dan panjang ke atas seseorang atlet tersebut.
Apakah pengambilan ubat juga mendorong kepada kesan dadah ini ketika diuji?

Kebanyakan ubat yang diambil seperti ubat tahan sakit dan asma, mengandungi dadah ransangan
yang tidak dibenarkan.

Sebab itu atlet begitu berhati-hati ketika mengambil pil ini.

Jika atlet mahu mengambil dadah rangsangan yang tidak dibenarkan untuk tujuan kesihatan,
mereka sepatutnya mendapat kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa Penasihat Perubatan-
Suruhanjaya Perubatan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Semua permohonan untuk ubat ini harus dibuat sebelum atlet mengambil bahagian.

Adakah semua atlet akan diuji semasa Sukan Olimpik?

Kebanyakan sukan terutamanya Olimpik, pemenang tempat pertama hingga ketiga akan diuji air
kencing mereka.

Tetapi WADA juga akan mengadakan ujian secara rambang ke atas atlet yang dipilih.

Di Atlanta, sebanyak 2,000 ujian telah dilakukan.

Bolehlah kita melakukan penipuan ketika ujian dadah dilakukan?

Bagi mengelakkan ini berlaku, setiap kali ujian dijalankan mereka akan diawasi oleh pegawai
terlatih, di mana mereka akan tinggal bersama atlet sepanjang ujian itu berlangsung.

Sebab itu, setiap sampel yang diambil akan diawasi dengan cermat agar tidak berlaku sebarang
penipuan atau penganiayaan.

Apakah tindakan yang dikenakan ke atas atlet jika disahkan positif di Sukan Olimpik?

Paling minimum mereka akan digantung dari menyertai mana-mana kejohanan selama dua tahun
- ini bagi kesalahan yang pertama.

Mana-mana rekod atau pingat yang telah diperoleh sebelum ini akan ditarik serta-merta atau
selepas sampel itu diambil.

Penggantungan atlet itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja ia disahkan positif.

Bagaimanapun terdapat juga peruntukan tambahan di mana persekutuan sukan masing-masing


mengenakan hukuman lain ke atas pesalah yang mengambil dadah dalam sukan ini.

Apakah dadah yang dilarang dalam sukan?


Sudah jelas - Anabolic Steroids - digunakan untuk menguatkan otot dan sering kali digunakan ke
atas sukan yang memerlukan penggunaan tenaga berlebihan seperti lontar peluru dan pecut.

Beta - Selain itu juga ia membantu untuk mengurangkan tekanan darah dan selalu dilihat
digunakan kepada penembak bagi mengurangkan getaran ketika memetik picu pistol.

Diuretics - digunakan untuk mengurangkan kadar air dalam badan bagi meringankan berat
semasa penimbangan, terutamanya dalam sukan tinju dan mendayung.

Bagaimanapun implikasi dari penggunaan ini ke atas atlet boleh menyebabkan mereka
kekurangan air dalam badan.

Adakah kafien diharamkan?

Ia diharamkan oleh IOC kerana mampu meningkatkan kadar metabolisma dalam badan, serta
suhu badan, tekanan darah dan peningkatan kadar gula.

Sudah berapa lama penggunaan dadah ini berlaku dalam sukan?

Agak malang kerana pengambilan dadah rangsangan dalam sukan ini sudah lama ber-laku. Ia
seperti cendawan yang baru tumbuh. Penggunaannya terlalu tinggi.

Hari ini, WADA dan agensi sukan telah melancarkan perang besar-besaran terhadap
pengambilan dadah dalam sukan agar ia tidak berkembang, selaras dengan perkembangan sukan
moden hari ini.

Anda mungkin juga menyukai